Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 31, 2010

Pindah Rumah..


Assalamualaikum..

Berapa jam je lagi kita dah nak melangkah ke tahun 2011.. Yana dengan suami masih sibuk kemas rumah untuk pindah (tapi masih sempat berblog).. hehehe.. Penat juga ye nak pindah rumah ni.. Alhamdulillah, dapat juga kami ke utara pada awal tahun 2011 ni.. Sekurang-kurangnya dekat dengan mak dan adik-adik setelah pemergian abah..


Ermm..sampai sekarang dah hampir 80% rumah telah dikemas.. Letihnya tak taulah nak cakap kan.. hehehe.. Siapa yang ada pengalaman pindah randah ni tahulah macam mana rasanya..





Ni baru separuh barang.. 
Semua sumbat je kat bilik belakang nun..
Banyak lagi nih...adehhh
Bersepah kan? hehehe







Satu kotak ni handbags yana je.. 
Hubby geleng kepala.. hehehehe..




Ok lah, tu semua selingan je.. Jom kita tengok tips untuk pindah rumah:



1.  MENGEMAS RUMAH




Tentulah mengemas rumah kan.. Sebelum mengemas segala barang yang ada, tentukan barang yang penting dan barang yang dah takde kepentingan lagi. Bagi barang yang penting, bungkus dan simpanlah dalam kotak. Bagi barang yang dah takde kegunaan tu, bolehah dibuang ataupun bagi pada sesiapa yang memerlukan. Jangan pula ada rasa 'sayang nak buang' walaupun barang tu dah takde kegunaan lagi. Nanti tak muat lori yang nak mengangkut.



2.  LABELKAN SETIAP BARANG 

Bila dah mengemas barang dan masukkan dalam kotak. Jangan lupa melabelkan setiap kotak tersebut agar mudah untuk mencari barang tersebut kelak. 



3. JANGAN KEMAS RUMAH LAST MINIT

Kemas rumah ni satu benda yang sangat rumit dan memenatkan. Oleh itu, jangan buat last minit. Nanti demam kot.. hehehe.. Bila dah ada perancangan nak berpindah tu, mulakan sikit-sikit dari awal. Misalnya, mengemas buku-buku, novel, pakaian yang jarang digunakan sehinggalah kepada mengemas barang-barang yang penting.



4. PENGANGKUTAN






Jangan lupa uruskan pengangkutan. Perlu fikir sama ada memilih perkhidmatan pindah rumah ataupun nak urus sendiri. Jika memilih perkhidmatan pindah rumah, pastikan dulu ia boleh dipercayai. Jika memilih untuk menguruskan sendiri, pastikan anda cukup tenaga bantuan untuk menguruskan perpindahan dari rumah lama ke rumah baru.



Oklah.. tak tau dah nak tulis apa.. Banyak lagi barang yang nak dikemas..huhu..
Ada sape-sape nak tolong.. hehehe


Thursday, December 30, 2010

5 Pekerjaan Yang Mendapat Pendapatan Tertinggi di Dunia




CNBC Menyenaraikan Lima Pekerjaan
Yang Mendapat Pendapatan
Tertinggi di Dunia...








1. PAKAR BEDAH (AS$ 219, 770.00)

2. PAKAR ANESTHESIOLOGI 
(AS$ 211, 750.00)

3. PAKAR BEDAH ORAL (AS$ 210, 710.00)

4. PAKAR ORTODONTIK (AS$ 206, 190.00)

5. PAKAR GYNECOLOGIST
(AS$ 204, 470.000)




Tuesday, December 28, 2010

Balik Tganu Pula...


Assalamualaikum..


Yana baru je balik dari Terengganu semalam. Hubby yana orang sane.. Terengganu sama macam Penang, makanan dekat sane sedap-sedap belaka..


Cakap pasal masakan orang Terengganu ni, yana ingat lagi masa mula-mula kahwin dulu, mertua yana ada masakkan sayur lemak jambu golok campur sotong, sedappp sangat. Tak pernah rasa lagi di Penang. Yang kelakarnye, bila adik ipar tanya tau ke apa tu jambu golok? Terus yana jawab jambu batu ke? hahaha.. Rupa-rupanya, jambu golok tu adalah buah gajus.. Orang utara panggil buah janggus.. Yana tak tahu pula buah janggus boleh masak lemak..Bila dah rasa, memang sedapp.. Dekat Terengganu pun, famous dengan ikan belut.. Sedap tauu.. hehehe..


Di Terengganu ni pun, bila petang  je yana tengok banyak gerai-gerai tepi pantai yang jual ikan, udang, sotong, ketam goreng tepung. Keropok lekor pun ada.. Setiap kali balik je mesti nak ke sana..hehehe.. Dahla makan tepi pantai yang berangin.. Bestnyeee... Yana selalu pergi makan di Pantai Teluk Ketapang dekat dengan airport di Kuala Terengganu..


Dekat kawasan ni banyak gerai-gerai yang jual menu yang sama.. Tapi, yana dengan hubby selalu ke gerai ni je sebab kitaorang rasa lagi sedap.. Nama gerai ni ICT Pok Long (seafood).. Lebih kurang 15 minit je dari Bandar Kuala Terengganu.. Kitaorang sampai sini dalam 5.30 pm selepas balik jalan-jalan.. Masa ni dah mula ramai orang..




Beratur orang memilih makanan.. Sini selalu ramai tau..






Ni sotong goreng tepung.. Ni dah piring
yang ke-2.. hehehe.. Sedap tau, sotong besar..
Sepiring RM5 






Ni ketam goreng tepung.. nyam..nyam..
Sepiring RM14






Sapelah punya meja ni.. Penuhnya dengan makanan..
Ada udang, sotong, pari goreng tepung..
hahaha.. Ni la akibatnya kalau dua-dua orang
dah mengidam.. hehehehe..







Sos ni lah yang buatkan makan dengan 
lebih berselera..hehehe.. Memang best lah..
Sos kat Terengganu ni semua manis-manis belaka..




Dah habis makan.. sangat kenyang.. Kitaorang pun jalan la sana sini.. hehehe.. Sempat juga men'shopping' kejap.. Orang perempuan ni kalau tak beli apa-apa, memang tak sah kan.. Singgah lah kejap di Ariani Kuala Terengganu..Nak beli sutera batik, dah banyak sangat borong dulu di Pasar Payang..









Akhirnya terborong 3 helai tudung..Warna merah tu
sangat cantik dan terbeli la.. Yana tak pernah lagi 
pakai tudung warna merah tau.. 


Tapi, yana agak kecewa dengan sales girl Ariani di KT ni..
Taknak lah cite panjang lebar.. 
Apa pun, Ariani Bangi & Ipoh adalah TERBAEK!!
Boleh sembang gelak-gelak lagi dengan sales girlnya..






Yana tak tahu ni dekat mana.. hehehe..
Tapi, hubby kata.. boat ni bawa pusing-pusing
sekitar dengan Masjid Kristal..
Kalau salah, betulkan ye..







Ok, masa untuk pulang....



Buat pe tu yang? huhu..


Tapi, ada satu tempat best untuk breakfast di kampung hubby yana sebelum kitaorang balik.. hehehe.. Orang Terengganu ni breakfast mereka agak heavy.. Pagi-pagi ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak, nasi berlauk.. Kalau di Penang, nasi minyak ni masa kenduri kahwin je senang jumpa.. hehehe.. 






Nasi minyak untuk breakfast pagi-pagi di Terengganu..
Habislah diet ku.. hehehe.. Takpela, 
bukan selalu kan.. Gulai ayam diaorang
sedap sangat.. Rasa macam makan di kenduri kahwin pula..






Warung kecik je.. Tapi makanannya sedap-sedap dan murah.. 
Makcik warung ni pun ingat muka kitaorang walaupun
jarang-jarang datang.. hehehe..







Tak habis lagi makan.. hahahaha.. Biasalah, 
bila dah balik kampung memang keje makan je.. 
Bukan selalu boleh balik kan.. hehehe..
Masa balik, otw tu kitaorang singgah di
Temerloh.. Hubby nak pekena Patin Masak Lemak Tempoyak
versi Pahang.. Memang bestlaa.. 
Ni patin buah, RM12 seketul tu.. huhuhu..
Takpelah, yang penting sedap..




Lepas makan, hubby ajak singgah Ikea di KL kejap.. Nak tengok barang-barang rumah sikit untuk nak pindah.. Yana pun memang nak cari rak buku.. Buku yana banyak sangat sampai tak cukup rak yang ada tu nak menampung..













 Cantik tak wardrobe ni? Yana dengan hubby suka design nye..
Shoes, handbags, dress semua boleh simpan sekaligus..



Dah habis pusing satu Ikea sampai sakit kaki, kitaorang pun mencari  tempat makan untuk dinner sebelum balik.. Nampak Nando's, kitaorang pun masuklah..






Nando's Peri-Peri Kick Starter yang banyak..
Ada mini Kebabs yang sedap, Chicken Wings,
Grilled Chicken Sausages, Espetada..
Tak habis yana dengan hubby makan..huhuhu.. 






Peri-peri Sauce ni la yang buat orang datang
Nando's banyak kali.. hehehe.. 



Oklah.. Dah habis holiday selama 3 hari.. Masa untuk bekerja dan 
packing barang-barang rumah yang banyak lagi tu.. adeehhh...
Dah banyak makan masa balik kampung..  
Sekarang kena DIET!! hahaha..


  

Saturday, December 25, 2010

Balik Penang, keje makan je..

Assalamualaikum..


Hari ni kita cite pasal makan-makan lagi ye.. hehehe.. Kalau yana balik Penang, yana suka datang tempat-tempat ni.. Memang betul orang kata, selain Kelantan.. Penang pun antara tempat yang best kalau nak makan sedap-sedap. Bukan saja sedap, malah macam-macam ada di sini..hehehe..


Masa yana dengan hubby sampai Penang, nak pegi makan di Gurney.. Jenuh jugala sebab jam.. Biasalah Penang.. Kalau tak jam bukan penang la jawabnye.. Lagipun, jalan nak ke Gurney memang suka jam.. Pagi, malam sama je.. huhu.. Ok la, jom kita pegi makan..





Tengok tu, beratur keta.. haiihhh..




PASTA MANIA..





Yana memang peminat fanatik pasta okay.. hehehe.. Tak kira lah bolognese ke.. marinara ke..semua yana suka.. Yana pun ada resepi nak masak bolognese sauce.. Nanti bila-bila, yana share kan di sini.. 


Pasta Mania ni yana suka pergi dari zaman belajar di USM lagi.. Rajin juga datang dengan roomate dan classmate.. Rindunye nak datang dengan korang lagi ke sini.. huhu..Pasta Mania di Penang ni terletak di Gurney Plaza dekat dengan cinema.. Rasanya kat KL pun ada..






Yang bestnye di sini sebab macam-macam ada.. Tengok tu menu, pilih je nak apa.. Pasta ada, pizza ada.. Semua dari pelbagai rasa yang kita suka.. Boleh pilih juga nak pasta jenis apa, sama ada spaghetti ke, linguine ke.. macam-macam lagi lah.. 







Suasana dalam pun sangat selesa..














Boleh nampak chef tu sedang masak Linguine Chicken Bolognese yana punya..hehehe..







Ni, mushroom soup yang kitaorang order.. 
Tengok tu, mushroom dia besar-besar dan banyak.. Sangat sedap..







Sebelum..






Selepas dah dikacau-kacau..hehehe..


Dah sampai Linguine Chicken Bolognese yana punya.. Nyam..nyam..
Favourite ni.. Makan tak pandang kiri kanan dah.. hehehe..
Yang bestnye dekat Pasta Mania ni sebab banyak betul pastanya.. 
Tak habis jugala yana makan.. huhuhu..
Yana tak ingat sangat harganya.. Tapi around RM13 sepinggan ni..







Pastu yana order Hot Earl Grey Tea.. 
Sedap dan segar..hehehe
RM2.90 je..








Ni hubby yana order.. Chicken Hot Basil..
Sedap dan pedas.. Hubby suka rotinya yang nipis dan ranggup..
Yang ni around RM10.. Ada saiz kalau nak order yang besar..
Tapi ni untuk seorang makan je..


Memang berbaloi la makan sini. Dahla hidangannya banyak,
sedap dan harganya pun ok..




SEOUL GARDEN







Seoul Garden pun antara tempat makan favourite yana dengan en.hubby.. Seoul Garden ni best untuk makan steamboat dan grill.. Makanlah sampai kenyang.. Tapi di sini tak boleh membazir. Kalau ambil banyak-banyak dan tak habis, akan di caj..hehehe.. Bagus juga, elakkan pembaziran. Selalunya kalau orang pergi steamboat buffet, ambil tak ingat-ingat,. lepas tu tak habis.. Kan dah membazir.. Yang yana pergi ni dekat Juru Autocity.. Dekat Gurney Plaza pun ada juga..






Suasana dalamnya yang sangat selesa..






Pilih jangan tak pilih.. Macam-macam ada.. hehehe..














Yang bestnye di sini, boleh buat ABC dan ice cream sendiri.. 
Buatlah macam mana citarasa pun..







Ni la ABC hasil ciptaan yana dengan en.hubby..
Macam-macam kitaorang taruh.. hehehe..








Ok, masa untuk memasak.. hehehe.. Yang tengah-tengah tu tomyam..
Di sekelilingnya boleh grill.. Ni sedang men'grill' daging dan sotong.. nyam..nyam..
Kalau yang suka makan nasi, boleh makan dengan nasi.. 
Kalau suka mee pun ada.. 







Tak habis lagi memasaknye.. Macam main masak-masak je..hehehe..



Oklah.. Tu je untuk jalan-jalan cari makan.. hehehe..
Kalau balik Penang, keje makan je la..
Sebab macam-macam ada dan semua sedap-sedap belaka..hehehe..



Thursday, December 23, 2010

Wedges.. wedges dan wedges...


Assalamualaikum...


Hari ni yana MC!! Happy kan dengar perkataan tu..hehehe.. Semalam 4am berkejar yana dengan hubby ke hospital sebab yana sakit perut sangat-sangat. Panik la juga kitaorang.. huhu.. Kesian hubby ku tak cukup tido, dah la pagi ni dia ada meeting penting.. Sorry ye yang.. Tak tau la kenapa tiba-tiba perut ni buat perangai.. Tapi bila check, takde apa pun yang kritikal.  Semuanya okay.. Tapi kena rest juga la..



Ok, di kala cuti takde keje nak buat kat rumah sambil menonton tv yang takde cite best ni..Yana pun ambil kesempatan untuk berbloging.. Jom kita sembang pasal wedges boleh?? hehehe.. Wedges shoes ok.. Bukan potato wedges..


I love wedges because they are more comfortable than heels..  Rasanya minat pada wedges tak kan hilang sampai bila-bila kot.. huhuhu.. Masa pregnant dua bulan pun pakai wedges lagi sampai mertua bising sebab takut yana terjatuh.. Masa tu berani lagi nak pakai sebab perut pun tak besar lagi..









Tapi, rasanya lama dah yana tak shopping wedges baru. Rak kasut sekarang pun penuh dengan segala kasut-kasut dan wedges yana. Sampai kan kasut hubby ada yang kena letak di luar..hehehe..


Dalam semua wedges, yana sangat minat dengan Coach wedges.. Sebabnya, design dia cantik, stylo, sangat selesa (tak sakit kaki okay) dan yang penting simple.. Takdela over sangat.. Harganya pun takdela mahal sangat. Kalau nak pakai Chanel wedges, mau hubbyku bising sebab benda mahal-mahal letak dekat kaki je.. huhu.. Christian Louboutin? Lagilah!! hehehe.. Orang lelaki tak faham bab ni.. hehehe.. Kalau Dato' Ct kita bolehla, beg Chanel pun buat basahan je.. Yana ni masih berangan nak dapat Chanel Jumbo Flap sebiji.. huhu..
































































Sangat suka design ni.. Semua baju boleh matching kan..
Tak sabar tunggu kawan yana balik..



Semua Coach wedges, Simple.. But Sweet..


Lainlah kalau yang bawah ni.. It's gorgeous okay!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v





Cantik kan wedges ni.. It's Christian Louboutin okay!!
memang la cantik setimpal dengan $$$$$$$..






Christian Louboutin  Macarena Chain Wedges.. 
Ohhhh... Tunggu la suatu hari nanti...






  

Tak tau la apa nama tuan yang pakai wedges Christian Louboutin ni..
Tapi memang cantik kan... adusss..

Hahhh.. berangan la banyak-banyak yana oii.. huhuhu..