Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, October 31, 2010

Laksa Penang Asli



Assalamualaikum...


Hari ni lunch.. Hubby nak makan laksa penang.. Yana masakkanlah untuk suamiku yg tersayang.. Meh kita tengok resepi laksa penang.. Sebelum tu nak bagitau, yana lahir di penang tau.. So, ni adalah resepi asli dari penang..hehehe..


Sebenarnya, senang je nak buat laksa ni. Meh kita tengok bahan-bahannya..



Bawang merah, cili api, bunga kantan..




Belacan bakar.. bahan yg penting 
dalam pembuatan laksa.. 
Sape yg kuat resdung, memang tak boleh makan laksa..hehehe




Ikan kembung.. Orang penang panggil ikan termenung.. hehehe..




Ikan sardin.. Beli yg tin kecik pun cukup dah.
Nanti basuh dulu ikan sardin dan 
buang tulang sebelum di blender.. 
(Kita cite masa nak masak nanti..)





Daun kesum.. Bahan yg paling penting.. 
Kalau takde daun ni, anggap je laksa tu tak menjadi..hehehe..




Otak udang yg dibancuh dengan air panas.. 
Ada satu lagi bahan, iaitu asam jawa.. 
Ambil air dia macam biasalah..
Jangan lupa cili boh giling tu ye..


Ok, jom kita masak sekarang.. Ni cara-cara dia:


Blender je semua bahan yang yana bagitau tadi, iaitu:

* Bawang merah
* Bunga kantan
* Belacan bakar
* Cili api

Lepas tu, masuk je dalam periuk..








Ikan kembung tadi di rebus, lepas tu angkat dan ambil isinya sahaja.. 




Jangan buang tulang ikan tadi tau..
sebab ia akan di blender, tapis dan ambil airnya..






Lepas dah blender isi ikan kembung dan sardin tadi,
masukkan dalam kuali selepas 
bahan yg pertama tadi..
Masukkan juga air dari tulang ikan tadi.. 






Masukkan pula cili boh giling tu.. 
Pastu kacau-kacau.. :) 

Otak udang tadi pun dimasukkan 
dalam kuah yang sedang di masak ni.. 
Jangan banyak sangat.. 

Ada orang masukkan otak udang ni bila nak makan.. 
Cuba masuk masa sedang masak.. lagi sedap tau..

Air asam jawa pun masukkan sekali. 
Lagi pekat.. lagi sedap..nyam nyam..

Kalau ikutkan laksa penang, 
nenas di blender dan airnya dimasukkan juga..
Cuma yana tak boleh makan nenas..
Korang masukkan je nenas.. Nanti manis je..





Lepas kuah dah agak mendidih.. 
Masukkanlah daun kesum dan 
bunga kantan lagi yang dibelah dua..
Yana masukkan daun kesum banyak 
sebab hubby yana suka daun ni banyak-banyak..hehehe

Masaklah sampai kuah mendidih..





Jangan lupa potong segala rencahnye ye.. 
Bawang merah.. Timun.. Cili api, 
Bunga kantan.. Daun pudina.. Telur.. 
Nanti tabur je dalam laksa bila nak makan..




Jangan lupa pula rebus laksa.. 
Sebelum rebus, basuh dan rendam dulu tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v




Dah siap!! Nyam nyam.. 
Nak makan dah.. Siap dah kacau lg.. hehehe.. 



" SELAMAT MENCUBA"





Surah dan Doa Ketika Mengandung..




Antara surah-surah yang elok untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung:

*SURAH AL-FATIHAH

Elok diamalkan untuk terangkan hati dan kuatkan ingatan.


* SURAH YASSIN

Elok diamalkan untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan.


* SURAH YUSUF

Elok diamalkan untuk mendapat anak yang sempurna sifat, cantik rupa paras dan akhlak yang baik


* SURAH MARYAM

Elok diamalkan untuk memudahkan para ibu ketika bersalin nanti dan memperoleh anak yang taat.


* SURAH HUJARAT

Elok diamalkan bagi memperbanyakkan susu ibu.


* SURAH LUQMAN

Elok diamalkan untuk memperoleh anak yang cerdik dan berakhlak baik.


* SURAH AN-NAHL

Elok diamalkan agar memperolehi anak yang baik disiplinnya.


* SURAH AT-TAUBAH

Elok diamalkan agar dapat membersihkan jiwa agar tehindar dari maksiat.


* DOA AGAR MENDAPAT ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH:

Amalkan membaca Surah Ali-Imran ayat 38. Yana terjemahkan maksudnya dalam bahasa rumi.

" Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar permohonanku."




* DOA KETIKA MENUNGGU SAAT-SAAT HAMPIR BERSALIN:

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 87. 


Yana terjemahkan maksudnya dalam bahasa rumi.

" Sesunggunya tiada Tuhan melain Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri."

Selepas itu, sambil-sambil membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah an-Annas, Surah Al-Falak berulang-ulang kali sehingga bersalin. InsyaAllah dengan izinNya, semua akan dipermudahkan.

Semoga sama-sama dapat kita amalkan.. :)

Wallahualam..


Saturday, October 30, 2010

Tempat makan best di Perak



Assalamualaikum..

Jom kita layan makan-makan pula kali ni.. hehehe..

Pagi tadi yana keluar jalan-jalan dengan hubby. Awal-awal pagi lagi kami dah keluar. So, kami breakfast dan lunch kat luar je la.. 

Meh nak tunjuk tempat makan yg best di Perak (ni bagi citarasa yana la). Tapi rasanya yg tau pun maybe setuju, sebab selalu bila pegi je, memang sentiasa ramai orang.. Maknanya, tempat-tempat ni memang famous la..


Breakfast di Bidor.. 8:30 am




Awal pagi kami breakfast di Bidor.. Kedai makan tu kecik je..Tapi beratur keta.. Melayu, Cina, India semua ada. Nama kedai makan tu 'MEE KARI RAMLI'. Dulu kan yana janji nak tulis entry pasal tempat makan ni..




Menu best dia of course la mee kari.. Nampak tu ramai je orang.. Nak cari kedai ni senang je.. Lepas tol, selekoh kanan tu dah nampak kedai tu.




Wahhh..sedapnye.. semangat hubby yana menceduknya..hehehe.. Tapi hubby order bihun kari.. Dalam dia segala macam tauhu, kerang, sayur, macam-macam lagi ada. Nampak tu banyak tol kerang.. nyam nyam..




Selain dari mee kari, nasi lemak pun ada. Yg ni yana punya.. hehehe.. Mee kicap, Mee sup pun ada.. Semua best!!



Ni la bahagian dapur dia.. MEE KARI RAMLI ni buka pagi je, khas untuk breakfast. Lebih kurang 11am dah tutup pun.. Kalau nak datang sini, kena bangun awal tau..hehehe..


Lunch di Ipoh.. 1:00pm

Lepas jalan shopping-shopping.. Yana dan hubby singgah makan di satu tempat yg agak famous juga. Tempat ni memang ramai. Agak bersesak-sesak juga nak ambil makanan. Kami pula sampai memang waktu puncak untuk lunch time..

Meh kita jenguk.. Nama kedai ni, RESTORAN TASIK RABAN. 




Semua makanan yg disediakan adalah dari masakan kampung.. Waahh..yana suka masakan kampung.. Teringat masakan mak dengan tok yana.. Cedaapp.. Satu lagi, kedai makan ni pun ada ikan bakar untuk makan tengahari.. Best-best.. 




Nampak tu.. Memang ramai sangat orang. Kadang-kadang kena share meja denga orang sebab takde tempat dah..huhu.. Sebab tu yana kata tempat ni memang famous. (Sila abaikan gambar kepala yg kat depan tu) hehehe..




Tempat parking pun full je.. Sampai kat bahu jalan pun penuh.. Sebab ape? Sebab tempat ni best sangat..


Nak tau kenapa dia famous? Cuba tengok gambar ni. Lauk dia banyak sangat.. Mcam-macam pilihan untuk selera kita. Sedap pula tu. 

Yg paling yana suka patin masak lemak tempoyak dia.. Sedap sangat. Rasa macam makan dekat pahang je. Ulam-ulam pun banyak. Nak ulam apa? Semua ada.. 

Macam-macam jenis kerabu pun ada, kerang rebus.. Banyak lagi la. Maaf tak dapat nak ambil gambar semua tu sebab berasak-asak dengan orang ramai.



Ni satu lagi yang best di Restoran Tasik Raban ni. Ikan Bakar dia.. Memang sedap.. Ikan Siakap, Ikan Keli, Talapia dan macam-macam lagi..

Ok, kalau nak pergi Restoran Tasik Raban kat Ipoh ni. Cari je stadium Ipoh. Restoran tu betul-betul seberang jalan menghadap ke stadium.. 

Cubalah.. Kalau datang Perak, cari lah dua tempat ni.. Kalau sape tau ada  tempat makan  lain yg best di Perak, kita sama-sama share ye.. TQ..


How to Get Your PhD in 3 Easy Steps

THE 3 EASY STEPS by Eric s. Kasishke


1. Select your Dessertation Advisor


 
* Serves as a mentor to the student. i.e., the primary 
guide and advisor to the student throughout
her/his tenure as a PhD student.


2. Advance to The Candidacy



* Demonstrate Competency in the field of your topic

* Participate in Departmental Seminars

* Demonstrate Competency in your
Selected Area of Research

* Prepare and Defend your Proposal


3. Carry Out Research, Write Dessertation 
and Defend Dessertation



~ GOOD LUCK~

Friday, October 29, 2010

Bidadari Syurga..


"Dari segumpal tanah 
menjadi seketul daging,
Dari sebatang rusuk
menjadi sesusuk tubuh,
Adam dan Hawa 
bersatu di syurga,
Terpisah di dunia,
Walau berabad di jarak waktu,
Dengan izinNya pasti 
kembali bertemu.."



"Ketika anak  meraungkan tangisan,
Hati ibu tidak keruan,
Berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah,
Mencari petunjuk bantuan Allah,
Hentakan kaki menerbitkan air,
Penghilang dahaga dankering bibir,
Hajar... hikayatmu merentas kurun,
Menjadi ingatan turun temurun.."




  "Akan tumbuhkah benih
tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga 
tanpa cahaya suria?
Maryam... 
engkau jadi pilihan Allah
Membuktikan kudratNya 
yang Maha Kuasa.."











"Semulia-mulia rahim
yang mengandungkan bayinya,
Semulia-mulia wanita
yang mengandungkan rahmat,
Tidak akan terulang lagi 
di dalam hikayat,
Kisah laksana 
Aminah Binti Wahab,
Ibu pembawa berkat..."







"Ketika dia keseorangan,
Engkau menjadi teman,
Ketika dia disisihkan,
Engkau setia di sisnya,
Ketika dia terbuang,
Engkau tetap menyayanginya,
Ketika dia kebuntuan,
Engkau menjadi penunjuk jalan,
Wahai Khadijah...
Cintamu menjadi lagenda..."





"Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penenang fikiran,
Di rumah dia isteri,
Di jalanan kawan,
Sewaktu kita buntu,
Dia penunjuk jalan..."

Paraben




Assalamualaikum.. 

Semua orang kenal tak apa itu Paraben?  Maybe ada yg dah tau. Pada yg belum tau, paraben tu sejenis bahan kimia. ermm..bahaya ke paraben ni? 

Yana rasa terpanggil nak tulis entry ni sebab geram sangat bila tgk segala sabun mandi, skin care yang ada benda alah ni.. Sampaikan dalam minyak angin pun yana tengok ada.. 

Apa yg yana baca, Paraben ni memang bahaya!! Beware everybody.. Sila check ingredients segala barang kosmetik anda. Kalau ada yg nama paraben ni, buangkan je barang-barang tu walaupun sangat sygkannya.. huhu..




Jom kita tengok sebab ia sangat penting untuk kita tau tentang bahan kimia yg satu ni.. Kita belajar dalam cara yg santai ye.. Bukan dalam kelas kimia.. Yana ajar finance.. Tak pandai ajar kimia.. hehehe..


Paraben ni selalu digunakan dalam bahan pengawet dan industri kosmetik. Kalau kita perasan, selalunya paraben ni dijumpai dalam syampu, moisturizer yg kita selalu guna tu, shaving gel, personal lubricants, deodorant dan juga dalam ubat gigi. 

Maybe ada dalam byk lagi barang yg yana sendiri tak tau. Kalau sape-sape yg tau, inform la ye.. Sharing is caring.. :) Ok, sila check barang-barang anda sekarang..


 Mungkin jumlah paraben yg ada dalam barang-barang tu kecil je. Maknanya, belum sampai tahap bahaya. Tapi bagi yana, kita guna sikit-sikit nanti lama-lama jadi banyak juga.

Paraben ni juga ada banyak jenis, macam-macam nama ada. Antaranya ialah methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparaben. Ni semua family dia la..

Paraben ni sebenarnya digunakan sebagai pengawet untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria. Best je dengar kan? Tapi di sebaliknya.. waduuhhh..

Paraben ni mampu menganggu sistem endokrin kita dan ia dikaitkan dengan perkembangan kanser, sebab ia meniru estrogen semulajadi. 

Ianya juga salah satu punca kepada terjadinya breast cancer. So, wanita-wanita di luar sana. Please alert with this silent killer.. 


Yana pernah tengok macam mana azabnya seseorang yg tanggung sakit ni. Mengelupur dia atas katil sampai doktor kena ikat tangan. Badan semua jadi bengkak. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Rozita Osman.. :(

Walaupun paraben di temui dalam tumor breast cancer, tapi takde bukti bahawa ia punca pada terjadinya kanser tu. Oleh itu, ada sesetengah company yg tidak percaya bahawa penggunaan paraben adalah punca kepada masalah ni. Ermmm...biasalah, duit punya pasal.. ooppss!!

Lagi satu info yg yana dapat, penggunaan paraben juga boleh naikkan berat badan.. ooppss..

Yana bukan nak perlekehkan produk-produk yg ada paraben ni. Tapi kita sebagai pengguna di zaman yg penuh dgn pelbagai chemical ni mesti alert akan bahaya setiap dari bahan ni. Jangan nanti menyesal kemudian hari. 

Yana pun baru je tau, rupanya dah bertahun bergelumang dengan bahan-bahan kimia yg bahaya ni. Semoga kita sama-sama terlindung dari penyakit yg berbahaya. Ameen..



Apa pun pilihan di tangan kita semua. Banyak lagi produk-produk yg paraben free di pasaran. Jangan risiko kan kesihatan kita dengan bahan-bahan kimia yg berbahaya ni.

Adalah sangat penting untuk kita tahu akan barang yg kita beli. Baca artikel mengenai paraben ni dari pelbagai sumber. Lihat kembali label produk yg kita gunakan. Lihat berapa banyak yg mengandungi paraben.. 




ps: Sabun dengan sabut kelapa & pakai bedak sejuk je la.. hahahahaha 

 

Thursday, October 28, 2010

Ustaz Mohd Kazim Elias- Pesanan buat Si Suami dan Si Isteri

~ I Love Handbags~

I love handbags so much.. I have a lot of bags in my collection. Switching bags is one of the fastest ways to change a look.. and also one of the fastest ways to lose keys, cards, receipts, etc.. That's the worst aspects of having many bags.. wink wink.. ;)










Handbags really can make a women feel special and they help to create a look. Only women can understand how important they are in every day life. So, if you want to cheer your woman up,  buy her a handbag today!! hehehe








Miu Miu Coffer... 1 of my dream bag.. 
Miu Miu is a brand from the Prada..
It's around RM7k..



 Jessica Alba with her Miu Miu Coffer




Miu Miu Stage Bag.. It's so gorgeous!! 
               It's around RM5k








OMG... it's LV Mirror!!! 
      It's around RM8k!!!





Dato' Siti with her LV Mirror Silver Speedy.. 
~ nak pinjam.. ;)





The most adorable bag from Luella..




Christina Aguilera with her Luella Gisele Bag






Chanel Jumbo Flap.. I wish I can have it.. ;)
It's around RM 6k to 15k!!




Chanel Diamond Forever, Limited Edition.. 
Adorned with 3.56 carats made up of 334 diamonds!
It's around $261,000 = RM 8 Million!!
Perghhhh... membazir tol..huhuhu..




 
Victoria with her Chanel












The legendary Hermes Birkin... oohhh.. 
         I dream about it all the time..
                It's around 50k!! 




      Kim Kardashian spent $100,000 on 
handbags at Hermes Paris!!!
~ Jom pakat-pakat pengsan...huhu

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

ps: Ada sape nak hadiahkan beg-beg di atas kat yana mcm 
dato'Siti hadiahkan pada kd? hahaha..berangan je la..


 Sacs I Love...