Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, November 30, 2010

25 things About Me...


Assalamualaikum..

Yana telah di tag lagi.. hehehe.. Kali ni oleh Kak Syarifah Nor.. Thanks ye kak.. Ok, jom jawab soalan yang telah di tagkan.. Macam panjang je nak kena jawab.. hehehe.. Malam ni pun free.. Bolehlah jawab sambil tgk AXN..


R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."



25??? Wahhh.. Banyaknyee... Ok, yana jawab secara ringkas je ye.. hehehe..


I am a MUSLIM

Was born in Penang

The eldest of four siblings

A wife to a very loving husband.. Love you so much baby :)

My husband was born in Terengganu (Cinta Utara-Pantai Timur..hehehe)

I am very close with my mother.. Love you so much mak..

Daddy's little princess.. Love you abah..

I got my Degree (2008) and my Master's Degree (2010) 
from Universiti Sains Malaysia

I want to challenge myself to complete my PhD before 30.. InsyaAllah

I want to become an expert in Islamic Finance.. InsyaAllah

I love shopping, reading, blogging and hang out with my hubby

I love to cook for my husband

Love to eat spaghetti and chocolate ice cream.. Nyam..nyam..

I love wearing hijab and will never take it off.. InsyaAllah

I love watching movies

Love handbags so much.. I have hundreds of handbags in my closet.. huhu..

I am a fan of Louis Vuitton.. Love it!!

I love wearing wedges.. It makes me look taller.. hehe..

Harry Potter die hard fan!!

I like to sleep on my husband arms.. hehehe..

Julizan and Ishq is my BFF!! ~ TQ my friends

I hate migraines!!

I hate waiting.. especially when you just stand there and do nothing!!

I hate cellulite and i am sure you do too.. right?

I hate people who take advantage of others!!! grrrr..

________________________________________________________


Ok.. Sudah siap.. Panjangnyeee... hehehe..
Orait jom tag kawan-kawan yang lain pula..




Akhirnya selesai juga.. Dekat sejam mentag je..huhu.. 
Ok, pada sape yang free, bolehlah jawab tag ni sambil tengok tv macam yana buat.. 
 Tujuan tag ni adalah untuk kita mengenali sahabat kita dengan lebih baik..
 Peace :)


Sunday, November 28, 2010

Dinner Malam Ini.. nyam nyam


Assalamualaikum..


Tengahari tadi yana dengan hubby makan di luar sebab kitaorang takde di rumah. Petang baru kitaorang sampai rumah. Lepas Asar yana pun mula masuk dapur nak masak untuk dinner. Yana ni selalu problem bila fikir nak masak apa.. hehehe..


Selepas dah belek apa yang ada dalam freezer, yana decide nak buat Rasam Telur campur bendi, Sambal Tumis Udang petai dan Siakap masam manis. Nyam..nyam..



Siakap Masam Manis, Rasam Telur campur bendi
dan Sambal Tumis udang petai..



Kali ni, yana terlupa nak snapkan gambar untuk setiap step macam selalu buat. Dah hampir masak baru teringat.. hehehe.. Ok, yana sertakan resepinya.. Jom tengok..


Rasam Telur Campur Bendi:





Rasam ni adalah salah satu dari makanan orang India. Ia adalah sejenis sup dari South India. Yana suka makan rasam yang mak yana buat. Resepi ni pun mak yana yang ajarkan dulu.. Rasanya, orang dalam pantang pun boleh makan rasam. Cuma jangan pecahkan telur la.. Senang je nak masak ni. Ok, jom tengok resepi ni.


Bahan-bahan:

  • Dua biji telur
  • Bawang besar dua labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Jintan putih
  • Lada hitam
  • Halia
  • Bendi
  • Buah tomato (potong dadu)
  • Daun kari
  • Tiga tangkai cili kering
  • Air asam jawa (kalau nak masam, lebihkanlah asamnya)
  • Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup

Cara-caranya:

  1. Kisarkan selabu bawang besar bersama bawang putih, jintan putih, lada hitam, halia dan sedikit serbuk kunyit.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga agak kekuningan
  3. Masukkan air asam jawa
  4. Selepas kuah mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur ke dalamnya
  5. Di kuali yang lain, tumis selabu bawang besar yang dihiris bersama cili kering dan daun kari (yana kehabisan stok cili kering dan daun kari, sebab tu tumis bawang je..hehehe)
  6. Apabila bahan tumis dah garing, masukkan ke dalam kuah rasam tadi
  7. Masukkan bendi dan tomato yang dipotong dadu
  8. Jangan lupa masukkan garam  +gula.. dan SIAP.. :)


Siakap Masam Manis:





Ikan siakap ni memang best kalau digoreng garing-garing atau di kukus atau di masak tiga rasa atau masam manis kan? Kali ni, hubby yana request siakap masak masam manis.. Jom tengok resepinya..


Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Garam + kunyit

Bahan untuk kuah:
  • Bawang besar selabu
  • Halia
  • Carrot (dipotong memanjang)
  • Nenas (dipotong kecil)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Cili Merah (dipotong nipis)
  • Dua sudu besar cili boh
  • Dua sudu besar Sos Tomato
  • Tiga sudu besar Sos Cili
  • Satu sudu Kicap Pekat

Cara-caranya:
  1. Ikan siakap di lumur garam + kunyit dan digoreng garing 
  2. Di kuali lain, tumis bawang merah dan halia sehingga kekuningan 
  3. Masukkan cili boh + sedikit air 
  4. Apabila agak pecah minyak, masukkan sos tomato, sos cili, kicap pekat dan air 
  5. Masukkan Carrot, Tomato, Nenas dan cili merah 
  6. Jangan lupa masukkan Garam + Gula..  
  7. Setelah siap, tuangkan ke atas ikan siakap yang digoreng tadi dan SIAP :)   


Sambal Tumis Udang Petai:



Maaf gambar tak clear..


Mesti ramai yang suka sambal tumis udang petai kan. Buktinya, bila pergi kedai makan je mesti senang nak jumpa menu ni.. Nak masak pun senang je.. Buah petai ni dipercayai bagus untuk merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi.. Tapi, baunya.. haruslah kan? hehehe..


Bahan-bahan:

  • 300gm Udang (selalunya yana gunting separuh je kepalanya dan buang ekornya. Kalau buang semua nanti hilang manisnya) 
  • Buah petai (yana beli yang dah siap dikupas, ada je dekat Jusco) 
  • Dua Ulas bawang besar 
  • Belacan 
  • Lima sudu besar cili boh 
  • Air asam jawa


Cara-caranya:
  1. Kisarkan selabu bawang besar bersama belacan
  2. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  4. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa
  5. Masukkan petai
  6. Masukkan udang (jangan masak udang terlalu lama, nanti isinya keras)
  7. Jangan lupa Garam + Gula dan.. SIAP :)


Ok, ni menu bila yana rajin.. Macam-macam nak masak. Bila kurang rajin, sejenis dua je yana masak.. hehehe.. Kadang-kadang yana dengan mr.hubby suka makan di luar juga. Tapi, best sangat bila dapat masak untuk hubby. Walaupun sangat sibuk dengan kerja tapi rasa puas sangat bila tengok hubby berselera makan. Jangan lupa, ada juga pahala bagi isteri-isteri yang menyediakan makanan untuk suami dan juga anaknya.. Air tangan isteri tu dapat menambat hati suami.. hehehe.. :)



" SELAMAT MENCUBA"


Ngangkung dan Harry Potter


Assalamualaikum..


Semalam yana dengan hubby pagi-pagi dah keluar dengan tujuan nak tenggok Movie Harry Potter and The Deathly Hallows part 1. Yana ni memang peminat cite Harry Potter. Sejak awal filem tu keluar yana dah follow. Novel dia pun yana beli.. Tapi geramnye bila tau  filem ni ada part 1. Nak tunggu part 2, memang bertahun pula la... Tak sabar nih..hehehe..


Ok, bila sampai je.. Tengok, show yang pagi dan tengahari memang dah FULL.. yang untuk midnight show pun FULL. Dasyat tol.. Frust jugala yana..huhu.. Yang tinggal hanyalah tiket pukul 5:30PM.. Kitaorang ambil je la.. Tu pun dapat seat yang agak depan.


Filem Ngangkung..


Bincang dengan hubby.. "Apa kita nak buat ni sementara tunggu 5:30 pula" hehehe.. Lambat lagi tu.. Alih-alih terpandang satu poster yang agak menarik.. Filem Ngangkung.. Tengok para pelakon filem tu banyak muka-muka dari filem Adnan Sempit yang best tu.. Tengok pula show pukul 1:45PM.. Apa lagi, terus kitaorang beli tiket.. hehehe..



Source: Google


Ok, yana ni tak pandai nak buat review filem. Apa pun, bagi yana filem Ngangkung boleh tahan best. Sebuah cerita komedi seram. Tau kan apa makna ngangkung? Ngangkung ni adalah satu perbuatan memuja untuk mendapat nombor ekor. Ermm... syirik kan perbuatan tu. So, pada sape-sape yang masih mengamalkan amalan ni, eloklah tengok filem ni sebagai pengajaran. Banyak lagi cara untuk kita cari rezeki dari sumber yang halal..





Ok, berbalik kepada filem ni. Ia mengisahkan mengenai tiga sahabat yang dibintangi oleh Shaheizy Sam sebagai Azim, Azad Jazmin sebagai Tasnim dan Angah Raja Lawak sebagai Hamidah. Mereka adalah sahabat yang tinggal dalam satu kampung dengan keluarga masing-masing.



 Source: Utusan Online


Tasnim dan Hamid ni memang 'kaki ekor'.. Diaorang memang selalu mengangkung. Azim ni pula, tak hiraukan sangat perbuatan sahabat-sahabat dia yang dua orang ni. Sehinggalah satu hari, bila ekonomi keluarga dia semakin teruk. 


Dia pun terpengaruh dengan aktiviti kawan-kawannya itu. Akhirnya dia turut terlibat dengan aktiviti ngangkung. Macam-macam bomoh diaorang jumpa untuk mengangkung bagi dapatkan nombor ekor. Yang dalam gambar ni watak bomoh dipegang oleh Lan Pet Pet. Masa diaorang mengangkung ni agak best juga sebab bukan saja seram tapi lucu.. Jenuh gelak masa ni.. hehehe..



Bila dah mula mengangkung, macam-macam kejadian pelik berlaku pada diaorang. Kalau nak tau macam-macam kejadian tu, kenalah pergi tengok kan.  hehehe.. 


 Yang dalam gambar ni, salah satu darinya lah. Hamidah diganggu oleh lembaga yang bagi nombor pada diaorang tu.


Azim dan Tasnim pun tak terlepas dari diganggu. Malah, anak isteri diaorang pun kena ganggu juga.


Dalam filem ni, selain dari lucu dan seram pelbagai pengajaran kita boleh dapat akibat dari aktiviti mengangkung ni. Aktiviti ni bukan saja syirik, malah boleh menghancurkan keharmonian sebuah keluarga disebabkan dari perbuatan menjudi. Beli nombor ekor tu kan judi. Bila dah ketagih dengan judi, campur pula dengan aktiviti memuja benda-benda tak elok untuk mendapatkan nombor ekor, macam-macam lah yang akan jadi dalam keluarga. Dari seorang ayah yang penyayang, boleh bertukar menjadi seorang yang panas baran. 



Source: Google


Ok, nak tau apa yang jadi dengan diaorang bertiga ni. Sama ada insaf ke tak.. kaya ke tak... Jom tengok filem ni.. Sokonglah filem tempatan..



Harry Potter and The Death Hallows Part 1



Source: Google


Wahhh.. filem yang ditunggu-tunggu dah muncul.. Bagi yana..filem Harry Potter semua best dan tak pernah mengecewakan. Pada siapa yang ikut filem ni dari awal, akan faham jalan ceritanya. Tapi, yana pun kadang-kadang terlupa sesetengah watak yang disebut sebab lama dah filem ni tak keluar. 



Filem ni bermula apabila Harry, Ron dan Hermione berangkat untuk misi berbahaya bagi mengesan dan menghancurkan rahsia keabadian Voldemort dan penghancuran Horcruxes. Kali ni, mereka buat semua sendiri tanpa bimbingan dan bantuan dari guru-guru mereka atau dari Profesor Dumbledore.


Perjuangan mereka bermula apabila ketiga-tiganya serta Order of The Phoenix mengawal Harry semasa meninggalkan keluarga Dursley untuk ke rumah yang lebih selamat. Masa ni menarik juga sebab beberapa orang dari mereka kena minum potion untuk menyerupai Harry. Tujuannya supaya Voldemort keliru untuk mengenali Harry yang sebenar. 



Source: Google


Dalam perjalanan tu, mereka diserang oleh Death Eater dan Lord Voldemort yang jahat tu lah.. Semasa diserang tu, Harry selamat.. Tapi, Hedwig dan Mad-Eye terbunuh. Harry agak kecewa apabila mereka mati disebabkan dia.. Sedihnye bila Hedwig yang comel tu pun mati semata-mata melindungi tuannya, Harry.. Tapi suka part diaorang dalam perjalanan tu sebab suspen sangat.



Ok, Lepas tu.. Harry, Ron dan Hermione pun tiba di The Burrow dengan tujuan untuk menunggu Magic Rufus Scrimgeour datang bagi memberikan mereka wasiat dari Dumbledore. 



Source: Google


Ron dapat Deluminator iaitu benda yang boleh memberi cahaya di tempat yang gelap. Lebih kurang ala-ala torch light. Cuma lagi canggih la.. hehehe.. Hermione dapat buku kanak-kanak 'The Tales of Beedle the Bart'. Tapi, ni bukan sebarang buku tau. Harry pula mendapat dua barang iaitu Snitch, yang sejenis bola masa dia main Quidditch dulu dan Godric Gryffindor's Sword. 



Pedang ni adalah peninggalan sejarah yang terpenting. Pedang tu sepatutnya diserahkan pada Harry, tapi ia telah hilang. Dalam movie ni.. banyak mengisahkan Harry mencari balik pedang tu dan juga Horcrux. Harry adalah harapan untuk mencari Horcrux sebelum Voldemort menemuinya. Macam-macam rintangah lah dia kena lalui dalam pencarian tersebut, tambahan pula masa ni Kementerian Sihir telah jatuh ke tangan Voldemort. Malah Hogwarts pun telah ditakluki juga. Masa ni, dunia sihir telah menjadi tempat yang paling berbahaya terutamanya pada Harry Potter yang terus diburu oleh Voldemort.



Source: mail online

Kali ni pun, dari segi friendship diaorang banyak yang tergugat. Semuanya disebabkan mereka perlu bergantung sesama sendiri dalam mission kali ni tanpa bantuan dari guru-guru mereka dahulu. Ada satu part Harry dan Ron bergaduh sehingga Ron tinggalkan kawan-kawannya.. Adakah Ron akan kembali dan join mereka semula? Kenalah tengok.. hehehe..



Suka juga part ni.. Hermione yang ada hati pada Ron merajuk dan marah bila Ron tinggalkan diaorang..

 Sepanjang hari dia moody je.. Asyik termenung je..

 As a friend, Harry cuba happykan Hermione dengan mengajaknya menari.. Lucu juga time tengok diaorang menari ni.. Comel sangat.. hehehe..





 Part ni pun yana suka.. Tau sape perempuan blonde hair baju ungu tu? Tu la Hermoine.. Yang lelaki kat belakang tu pula Ron..  Agak suspen dan lucu juga part ni.. hehehe..


Time ni, diaorang minum potion untuk menyamar sebab tak mahu dikenali sebab Harry sedang diburu.. Masa ni kesan potion tu dah hilang pada Harry menyebabkan dia kembali ke rupa asal.. Apa lagi.. semua yang nampak Harry kejar mereka..


Kalau nak cerita sampai habis memang panjang lebar lah.. Kena pergi tengok sendiri lah cerita ni.. hehehe.. Memang best lah.. Yana tak sabar nak tunggu part 2 keluar.. Cepatlaaahhh... :)


Ok, jom layan gambar-gambar Harry Potter ni... Semua ni yana dapat dari Mr.Google..




Diaorang dah jadi kawan ke? hahahaha..
Voldemort dah ada hidung.. hahaha..
Ni semua behind the scenes ok.. hehe





hahahahaha... Dua orang musuh ketat dah berbaik ke? :p





hahahahaha... :p



ps: jangan pergi tengok wayang berdua-duaan kalau bukan mahram ye.. sekadar ingat- mengingati sesama kita.. peace :)



Friday, November 26, 2010

Miss you so much abah..


Assalamualaikum..


If I had my life to do over,
I'd have chosen you to be my dad once more. 
Even if it meant losing you again,
It's worth all the tears in the world. 
You were my sunshine when skies were gray.
I loved you and honored you; 
You took all my tears away.
I was happy to be with you, 
Proud to be your little girl.
Sometimes we would argue, 
But to me you meant the world.
Your love was always pure; 
You treated me as your own.
Your time seemed all too short and I feel so alone. 
What can I take from this?
My heart is completely crushed. 
But nothing loved is ever lost
-And you are loved so much


Hari ni lewat yana balik dari keje.. Otw balik, yana dapat tahu pasal khabar seorang sahabat yana yang ayahnya sedang sakit. Agak teruk juga sakitnya dan sahabat yana mohon agar sama-sama mendoakan ayahnya.






Tiba-tiba datang kembali kenangan bersama abah yana yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Ogos 2009. Tiba-tiba, kuat sangat rasa rindu dalam hati ni. Masih ingat lagi saat-saat indah bersama abah..


Abah yana memang seorang yang tegas terutama dalam pelajaran anak-anaknya . Masa yana sekolah dulu, selagi tak dapat hafal sifir, selagi tu yana tak boleh tengok TV. Disebabkan ketegasan itulah, dapat yana menjejakkan kaki ke universiti sampai ke peringkat sekarang. Terima kasih abah..


Abah pun pandai sangat masak. Sampai sekarang, yana dengan adik-adik selalu cakap.. Rindu nak makan char koey teow abah buat.. Rindu nak makan laksa goreng abah buat..Rindu nak makan murtabak durian abah buat.. Kalau mak, yana atau adik-adik demam.. Abah selalu masakkan sup ikan merah panas-panas supaya cepat surut panas badan. Masakan abah memang sangat sedap.. Abah happy sangat bila tengok mak dan anak-anaknya berselera makan masakannya..


Masa yana sekolah rendah.. Abah lah yang hantar yana pagi-pagi dengan motornya yang masih ada sampai sekarang. Masa sekolah menengah..Yana pergi sekolah naik bas. Tapi kadang-kadang terlewat bangun, terlepas juga bas.. Abah lah yang akan hantar yana ke sekolah sambil membebel supaya belajar tepati waktu. Sampai sekarang yana ingat setiap pesanan abah tu.. Sampai masa di universiti pun, kawan-kawan semua balik kampung naik bas. Tapi yana..abah jemput di universiti.. Abah tak bagi yana balik sorang-sorang naik bas.. Bila sambung Master, abah bagi yana kereta supaya senang bergerak untuk buat research, pergi dan balik kampus.. Errmm... I have been my 'daddy's little princess' always even after i was grown and married..






Bila yana dapat masuk Universiti.. Abah lah insan yang paling gembira. Abah selalu kata.. Tu lah salah satu dari impian dia.. Nak tengok anak-anaknya belajar tinggi-tinggi.. Masa di universiti.. Bila bulan puasa.. Abah selalu hantar makan untuk berbuka pada yana sebab ofisnya dekat je dengan universiti yana belajar. Yana tak pernah suruh abah hantarkan makanan. Tapi abah belikan juga., bukan sahaja pada yana, tapi untuk roomate yana sekali..Ramai kawan-kawan yana yang kenal dengan pakcik Taha..


Bila yana dah nak grad.. Nampak riak bangga dan gembira di wajah abah bila melihat yana sarungkan jubah konvo. Terbalas sudah usaha abah menyekolahkan yana selama ni.. Terima kasih abah, mak.. Abah juga sempat mewalikan yana masa yana kahwin. Tapi.. Takdir penentu segalanya.. Abah yana meninggal dunia tiga bulan selepas tu. Abah tak sempat tengok yana menyarung sekali lagi jubah konvo masa yana grad Master dan tak sempat tengok bakal cucunya. 


Masih kuat lagi ingatan yana pada malam 11hb Ogos 2009. Abah pulang kerja dengan mak macam biasa. Tak nampak apa yang beza petang tu. Yana pun kebetulan ada di kampung masa tu sebab yana ada perjumpaan di universiti (tak habis Master lagi masa tu).. Abah nampak sihat sangat.. Abah dengan yana sama-sama di dapur uruskan untuk masak kari ayam malam tu. Semuanya nampak biasa.. Tak ada apa yang pelik pun. Cuma abah nampak agak pendiam malam tu. Sekali-sekala yana terpandang abah seolah-olah termenung sorang-sorang di buaian laman luar rumah. 


Paginya 12hb Ogos 2009, selepas subuh dan semasa semua orang sedang sibuk bersiap untuk pergi kerja dan adik-adik nak ke sekolah.. Yana pun sedang bersiap untuk ke universiti.. Tiba-tiba yana terdengar mak dan adik perempuan yana menjerit dari tingkat bawah..  Dari tingkat atas, yana dengar.. Diorang kata abah jatuh toilet.. Cepat-cepat yana turun dan terkejut sangat bila nampak abah dah terbaring atas lantai toilet.. Tapi, abah masih boleh buka mata. Dalam hati yana.. hanya berdoa semoga takde apa-apa yang teruk berlaku pada abah.. Yana dan adik-adik berlari minta bantuan pada jiran dan mereka bawa abah ke hospital yang berhampiran. 






7pm, 12 Ogos 2009.. Perginya abah buat selamanya.. They say..he died of a stroke.. He was very young.. only 55, and it was a complete shock to me, my mom, my sister and my brothers. I am having a really hard time dealing with it. I think about him almost constantly. I'm getting through it though with the support of my husband. Its been nearly a years since he died but i'm still working through it. It will take time for me to be totally happy and able to accept it fully.



Semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmatNya
AL-FATIHAH buat Allahyarham Taha Hsni Hj Zaini..



ps: semalam dah tulis..tp hari ni, masuk ofis  baru sempat postkan..

 

Wednesday, November 24, 2010

My 1st Award.. Thanx Aliesya and Nana!!!


Assalamualaikum..

Yana dapat  dua kali awards ni dari  Aliesya Fairuz dan  Nana ..
Thanks a lot ye korang..
Ni 1st award yana dapat.. hehehe.. 










Minggu lepas dapat.. Tapi tak sempat lagi tag sebab banyak keje.. huhu
Ni baru sempat.. Apa pun, thanks a lot ya. Cantik ke blog yana ni? hehehe
Blog yana baru setahun jagung.. :)


Ok, sebelum tu yana kena jawab beberapa soalan..


1. Berikan satu nick name untuk saya:

Panggil je YANA.. Tu la nick name nye..


2. Ucapan untuk pemberi award ni:

Merci je l'apprecie vraiment..

(Thank You, I really appreciate it)


3. Berikan 6 fav artis/singer/group yang korang minat:

Alamak.. Yana tak minat sangat artis.. Tapi kalau nak

namakan sorang.. Maher Zain.. 



4. Tag award ni kepada 10 orang Blogger / Follower

Ok, ni antara blog yang yana rasa cantik dan ada keistimewaan tersendiri..

Jangan lupa ambil award ni ye.. 















Pasembur dan Kerang Rebus Padang Kota


Assalamualaikum..


Semalam yana baru balik dari Penang.. Balik kampung + pegi check up.. Jauh kan check up sampai ke Penang.. hehehe.. Mak yana yang suggestkan di situ.. Memang puas hati la dengan doktor di Lam Wahh Ee Hospital.. Bila nak bersalin nanti pun, nak pegi situ juga.. insyaAllah..









Ok la, entry kali ni takde yang menarik sangat.. Just nak share apa yang berlaku masa balik hari tu.. Pukul 7.30am yana dengan mr.hubby dah keluar ke pulau. Sebabnya kami nak dapat turn awal jumpa doc.. 


Tapi geram juga bila akhirnya lama kena tunggu. Yana datang awal, tapi rupanya ada yang lagi awal.. So, dapat la no. ke 17.. adoiii... 


Masa menunggu ni, baru turn no. 4.. Sorang je dekat setengah jam.. Bayangkan la berapa lama menunggu.. Mujur doktornya bagus.. So, tunggu je la..


Lepas dah check up, Alhamdulillah semuanya baik-baik aje.. Kitaorang yang sangat lapar akibat menunggu giliran yang agak lama mula mencari tempat makan yang best di Penang ni. Tak tau la kenapa yana mengidam sangat nak makan pasembur dekat Padang Kota.. Apa lagi.. Redah ke sana tengah-tengah panas ni.. hehehe..





Sebagai orang Penang, yana suggestkan Hussain Pasembur. 
Bagi yana, pasembur ni memang best!!





Nampak tu.. Banyak ye.. Pilih jangan tak pilih..
Mr.Hubby sedang memilih.. 
Hubby yana orang Terengganu pun suka makan pasembur..hehehe..






Kitaorang tak melepaskan peluang order kerang rebus juga..
Nampak tu bertingkat-tingkat.. Sotong kangkung semua ada..






Inilah hasilnya setelah siap.. hehehe.. Nyam nyam..
Kalau datang padang kota, ini menu yang best..
Ini memang antara makanan yang best di Penang..
Kalau makanan panas macam nasi goreng, 
nasi putih tak best sangat kat sini..





Tapi, nak order ni pandai-pandai pilih sebab setiap bahan tu
harganya berbeza.





Ni satu lagi menu yang best di Padang Kota lama.. Mee Sotong Hameed Pata ..
Mee ni antara yang famous di Penang.. Tanyala sape orang Penang mesti tahu..
Tapi, yana tak order hari tu sebab dah kenyang dengan pasembur..
Gambar dan info yang lebih detail boleh dapat di sini





Sambil makan..sambil menghayati keindahan pantai 
dan deruan ombak.. hehehe..





Petang macam ni memang masa pemancing-pemancing
keluar memancing sambil ditemani angin yang syahdu..
Cewahh ayat..hehehe





Cruise pun boleh nampak dari sini..
Tapi dari jarak jauh la..



Selesai makan, kitaorang pun bertolak pulang.. Letih juga memandu dalam keadaan hujan yang agak lebat.. Yana gilir-gilir drive dengan hubby.. 9pm baru kitaorang sampai rumah.. Esok dah nak keje.. haaiihhh...



ps: Sape yang datang Penang, jangan lupa singgah Padang Kota.. Ada macam-macam lagi menu yang best di situ.. Kalau nak suruh yana senarai makanan yang best dekat Penang.. Sampai esok pun tak habis.. hehehe..



Sunday, November 21, 2010

Doctor Phobia


Assalamualaikum..

Korang takut tak bila jumpa doctor?
Esok yana ada medical check up
di Lam Wah Ee Hospital, Penang..
 (Dah pergi banyak kali pun takut lagi..)

Yana ni ada sindrom takut jumpe doc
Walaupun takde pe yang kritikal pun..

Kadang-kadang demam je atau check pregnancy.. yana takut juga..
Walaupun doc tu sangat la baik pun yana takut.. Adooii..

Kalau kena jumpa doc kes kritikal-kritikal tak tau la macam mana agaknya.. huhu
Korang ada tak cadangan macam mana nak hilangkan takut pada doctor? hehehe..




Nak jumpa Dr.House la baru tak takut.. hehehe..
Suka sangat cite ni.. :)

Saturday, November 20, 2010

Bila MIL nak Datang...


Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Hari ni MIL nak datang dengan adik-adik ipar semua.. Yeyyy... Lama dah diaorang tak datang sebab duduk nun jauh di Terengganu.. So, pagi ni yana dengan husband nak ke pasar menyopping apa yang patut.. Nak masak apa ye yang best??


Sementara tunggu hubbyku mandi.. Sempat juga yana Google tengok resepi-resepi, malah sempat lagi update blog.. hehehe.. Yana rasa macam nak masak:



 Source: Google 
 Asam Pedas Ikan Merah   




 Source: Google
 Ayam Madu  



 
 Source: Hanieliza.blogspot.com
 Udang Masak Masam Manis 
(Tak pernah try lagi ni.. hehehe)




Source: Google 
Sayur Campur  



 
Source: Dari Dapur Orang Kampung 
Ulam-ulam + Tempoyak


    OK tak? Wahhh..ini dah macam nak buat kenduri.. hehehe..
    Apa salahnya sesekali masak special untuk family..


    Ok.. Nak gerak ke pasar dah.. 
    Adios :)


    Fenomena Fesyen Muslimah Hari Ini


    Assalamualaikum..

    Kalau kita lihat di sekeliling kita sekarang.. Dah semakin ramai muslimah yang memakai tudung. Alhamdulillah.. Ini suatu perkembangan yang baik. Walau bagaimanapun.. kebanyakan dari tudung yang dikenakan tidak benar-benar mengikut kehendak syariat. Semuanya disebabkan trend dan fashion tudung yang ada pada zaman sekarang tidak benar-benar menutup aurat secara sempurna.




    Source: Google


    Kebanyakan yang dapat dilihat pada zaman sekarang.. Fashion tudung yang pendek, jarang, yang menampakkan rambut dan macam-macam lagi lah. Tudung yang diselempangkan, tudung yang dililit dan tudung yang dimasukkan ke dalam baju akan menampakkan bahagian dada. Tapi fashion ni la yang famous sangat pada zaman sekarang. Ramai muda mudi kita yang memakai fashion sebegini dengan alasan ia lebih mudah, ringkas dan kemas. Malah boleh buat macam-macam style.. Tapi fashion sebegini jelas mendedahkan dada.


    Allah s.w.t berfirman:

    " Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.." (An-Nur:31)
     


    Yana pernah masuk satu butik tudung yang agak famous sekarang.. Yana pernah tanya owner dia, yana suka sangat jenis-jenis tudung yang ada di butik tu. Tapi tudung-tudungnya semua di atas paras dada. Yana minta supaya lepas ni, buatlah design yang sama tapi labuh menutup dada. Bolehlah yana beli.. Tapi owner tu diam terus..


    Ermmm... Susah sangat ke nak buat design tudung yang labuh menutup dada? Takut tak laku ke??  Boleh rujuk sini, mengenai hukum menjual tudung tak sempurna tutup aurat..


    Selain itu, kebanyakan yang memakai tudung pada zaman sekarang sering mengenakan pin di belakang tudung. Apakah fungsi pin tersebut? Untuk bagi kedudukan tudung lebih terletak atau lebih kemas? Yana tak tahu apa fungsinya sebab yana tak pakai macam tu. Cuma bagi yana, pemakaian tudung seperti itu lebih menampakkan bentuk leher kita. Bukankah segala bentuk dari tubuh kita perlu disembunyikan kerana ia adalah aurat..


    Satu lagi perkara yang benar-benar di kesali adalah cara pemakaian muslimah zaman sekarang. Kebanyakan yang memakai tudung tapi masih memakai shortsleeves, pakai baby-tee.. Malah ada yang memakai leggings.. Ada sesetengah tu, bertudung..bajunya longgar, tapi dikenakan dengan legging. Walaupun leggings tu menutup kulit/aurat, tapi ia menampakkan bentuk kaki. Cuba baca blog ni, agak menarik penulisannya mengenai leggings.


    Bila jalan-jalan di shopping mall.. Ramai betul perempuan zaman sekarang yang tak bertudung dan bertudung mengenakan leggings. Ada leggings yang biasa dan ada yang nipis. Bayangkan bagaimana keadaan lelaki apabila memandangnya, bukankah menambahkan dosa zina mata pada mereka dan juga dosa tidak menjaga aurat pada si pemakai? Jom baca sini mengenai pemakaian seksi: suatu hak kebebasan peribadi?


    Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

    Asma Binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakai tipis. Maka Rasulullah berpaling daripadanya dan berkata kepadanya:

    " Wahai Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bahagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini. Kemudian Rsulullah menunjukkan wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Raab selain-Nya." .


    Selain itu, Rasulullah s.a.w juga melarang wanita-wanita muslimah dari memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Bukankah leggings itu ketat sehingga menampakkan bentuk kaki? Bukankah segala bentuk dari tubuh badan kita adalah aurat?


    Usamah Bin Zaid pernah berkata:

    Rasulullah s.a.w pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun, aku pakaikan kepada isteriku. Nabi bertanya kepadaku:

    " Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah?" 
     Aku Menjawab: " Aku pakaikan baju itu pada isteriku." 
    Rasulullah s.a.w lalu bersabda:
    " Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, kerana saya khuatir baju itu akan menampakkan bentuk tulangnya."
    (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadith Al-Mukhtarah 1/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan Sanad Hasan)


    Oleh itu, sebagai seorang muslimah.. Kenakanlah hijab dan pakaian yang telah ditetapkan oleh syariat. Janganlah hanya mengikut trend sehingga mengenepikan apa yang telah diwajibkan untuk kita. Pada ibu bapa.. didiklah anak gadis sedari kecil mengenai aurat. Pada para suami.. bimbing dan nasihatlah isterimu mengenai aurat.


    Allah s.w.t berfirman:

    " Wahai nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."  (Al-Ahzab 33:59)

      _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _@@@@ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _



    Source: Google
    Yana tak tau nak panggil ni tudung atau topi. 
    Tapi, ini bukanlah cara pemakaian hijab yang betul. 
    Masih kelihatan bahagian dada dan juga leher..




    Source: Google
    Fashion ni memang agak famous sekarang.
    Sayang sekali ia hanyalah menutup bahagian rambut sahaja.
    Sedangkan bahagian dada dan leher jelas kelihatan..




    Source: Google
    Sorry Siti.. saya memamg minat siti..
    Tapi saya tak sokong trend tudung kamu..




    Source: Google
    Kan manis dan ayu lagi sopan kalau Siti pakai macam ni..
    Peace :)



    Ok, panjang sangat pula entry malam ni. Jom tengok gambar bawah ni.. 
    Hijab vs Not Hijab..



    Source: Google


    Wallahualam..

    ps: Hanya manusia biasa yang penuh kekhilafan.. Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan.. Sma-samalah kita ingat mengingati.. :)