Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 28, 2011

Rimas dengan FACEBOOK!!


Assalamualaikum..


Siapa yang takde Facebook? Sila angkat tangan? hehehe.. Mesti sikit atau takde langsung yang boleh angkat tangan kan.. Sebab kebanyakan dari kita memang ada akaun Facebook.. Yela, kalau takde nanti di katakan ketinggalan zaman pula..





Facebook ni boleh dikatakan dah macam satu fenomena zaman sekarang. Terlalu ramai yang taksub dengan Facebook. Kerana ketaksuban itu, kebanyakan dari kita semakin leka dengan dunia sebenar. Facebook ni ada baik dan buruknya. Tapi bagi yana, banyak yang buruk dari yang baik.



Yana juga salah seorang pengguna Facebbok tegar!! Hambek ko..Tegar tu..hehehe.. Tapi itu dulu.. Yana dah berjaya melawan ketaksuban Facebook dengan menutup akaun pada Oktober lepas!! Tepuk..tepuk..hehehe..






Yana mula merasa rimas dengan Facebook. Peminat Facebook jangan marah ye.. Ni pendapat peribadi yana.. Bagi yana, banyak kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedar semasa sedang taksub dengan segala kemudahan yang disediakan oleh Facebook..



Dari segi status di wall Facebook yang sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian kita. Kadang-kadang agak meloyakan tekak. Yelah, tu hak masing-masing nak tulis apa kan.. Tapi tak perlulah nak mencanang satu dunia pasal apa yang anda sedang lakukan [mungkin yana sendiri pernah melakukannya]. Atas sebab itu, yana tutup terus akaun Facebook supaya tak terlanjur ulang perangai macam tu.. Kalau kita tak suka orang buat macam tu.. Orang lain pun mungkin tak suka juga kita buat macam tu.. Betul tak?



Rimas kan dengan facebookers yang setiap 4 minit nak update status.. Lepas tu sentiasa nak update dia sedang buat apa.. Misalnya..






8am: Nak pergi keje dengan hubby (walaupun belum tentu itu dah jadi hubbynya)
10am: Rindunye pada hubby.. Tak sabar nak jumpa tengahari ni
1pm: Lunch dengan hubby di .... mana-mana je lah.
2pm: Otw balik lunch tadi, hubby belikan saya bunga..Sukenye...
5pm: Sedang menunggu hubby menjemputku di ofis..
9pm: Baru lepas gayut phone dengan hubby..
12am: Goodnite hubby.. Love u.. See you tomorrow..



Mesti ada Facebookers yang macam ni dalam friend list anda.. Sangat rimas.. Perlu ke benda remeh-temeh ni di canang satu dunia..  Pastu dah takde keje lain ke asyik update status memanjang.. Tapi, takpelah..tu Facebook kamu..bukan saya..hehe..



Satu lagi pula jenis Facebookers yang show off..

Hari ni beli 5 helai baju di Forever 21!!  [Baru Forever 21 pun dah nak bising.. Lainlah kalau DVF!!]



Pada yang betul-betul kaya pula, memanjang upload gambar pergi shopping di Prada, Louis Vuitton, Salvatore Ferragamo, Anya Hindmarch, Miu Miu dan macam-macam lagi la.. Bukan saja upload gambar. Siap bagitau lagi harganya dan mention bahawa beli guna Debit Card bukan Credit Card. Untuk apa semua tu? Jangan tunjuk sangat kekayaan kita di Facebook. Nanti takut ada orang berniat jahat pada kita dan takut timbulnya rasa riak..




Pada pasangan yang bakal menimang cahaya mata pula, janganlah setiap bulan gambar imbasan janin di uploadkan di Facebook.. Setiap masa menceritakan hal kandungan dan apabila melahirkan beratus gambar baby di upload, malahan video saat memotong tali pusat juga di upload.. Kadang-kadang agak jelak apabila selama 9 bulan asyik dihidangkan dengan benda yang sama je.. Nak mengelak pun, bila buka Home nampak juga kan.. Ingatlah, bukan kamu seorang saja yang menjadi ibu.. Pada yang keguguran pula, perlu ke nak canang di Facebook siap dengan upload gambar sedang nak masuk ke labour room untuk D&C.. Simpanlah sikit privacy hidupmu. Cukuplah share dengan keluarga dan teman-teman rapat..



Itu belum lagi bab gambar-gambar yang di upload di Facebook.. Yana sangat sedih bila tengok kaum-kaum hawa terutamanya, yang begitu bangga upload gambar yang tidak menutup aurat.. Bukan sahaja tidak menutup aurat, malah berposing dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah. Tambahan pula apabila gambar yang di upload adalah di antara pasangan yang belum bernikah. Tapi berani sungguh upload gambar berlaga-laga pipi walau belum menjadi suami isteri yang sah.


Tahu tak berapa ramai kawan di friend list itu adalah lelaki.. Berapa banyak mata yang melihat gambar anda yang tidak menutup aurat dan berapa banyak dosa yang telah dapat.. Malah sewaktu kita sedang tidur pun, mungkin kita sedang mendapat dosa percuma akibat dari gambar-gambar tersebut. Simpan saja kecantikan kamu untuk suami kamu nanti.. Bukan untuk tontonan di Facebook..







Pada yang telah berkahwin pula, kasihanlah pada suami kamu yang terpaksa tanggung dosa akibat dari ketaksuban kamu menayang gambar yang membuka aurat untuk tatapan di Facebook.. Pesanan ini untuk diri yana juga. Hubby yana juga pernah pesan pada yana, kalau nak upload gambar di Facebook. Pastikan gambar tersebut bahagian kepala ke atas saja.. Maksudnya hanya nampak bahagian muka sahaja dan tentulah tutup kepala memakai tudung..







 Tagging gambar pula adalah salah satu kemudahan di Facebook bagi menyebarkan gambar kita pada kenalan. Tapi tahu tak bahawa tagging gambar telah menjadi satu sumber dosa pada masa kini. Hal ini kerana, kadang-kadang gambar yang di tagging itu  membuka aurat dan tidak mendapat izin orang yang di tag. Malahan ada yang tagging gambar yang mengaibkan walaupun hanya untuk bergurau. Wahai Facebookers tolonglah alert pasal benda ni ye..



Selain itu, ada juga sesetengah wanita yang semasa zaman di sekolah atau universiti berpenampilan solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat tetapi setelah bekerja dan terpengaruh dengan suasana sekeliling, imejnya berubah secara drastik.



Apa yang menyedihkan ialah apabila gambar lama tersebut tersiar di Facebook, tuan tubuh itu dengan selambanya mengutuk diri sendiri dengan mengatakan "Itu zaman suci aku dulu" ataupun "itu zaman solehah aku dulu" ataupun "itu zaman kuno dulu".. Kenapa nak kena tulis ayat macam tu? Kenapa, sekarang dah tak solehah lagi ke? Sedarlah bahawa ayat-ayat tersebut telah membuka aib diri sendiri. Malahan secara tak langsung, ayat tersebut telah mengutuk pemakaian yang sopan. Kalau diri tidak boleh istiqamah dengan pemakaian sopan dahulu, jangan sampai mengutuknya.                                                                                                                    


Nabi s.a.w pernah bersabda:


"Setiap umatku (boleh) di ampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata: Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini, Maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka rahmat Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya."     [H.R Al-Bukhari dan Muslim]



Oklah, berjela yana membebel pasal 'muka buku' ni.. hehehe.. Kesimpulannya, pada yang masih mempunyai akaun Facebook kemas kini lah status kamu dengan otak, bukan dengan hati. Janganlah semua perkara nak di canang satu dunia. Selain itu, hormati sempadan peribadi orang lain dan yang paling penting adalah jaga pergaulan dan aurat di Facebook. Jangan cari dosa percuma..


Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa: 


"Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya" 

[ H.R Al-Bukhari dan Muslim]



Yana dah tutup akaun Facebook yana. Alhamdulillah.. Cuma sekarang share Facebook dengan hubby dan kadang-kadang sangatlah menjengahnya. Dengar kata Muslim Social Network akan di wujudkan nanti.. Jom sama-sama join.. 





Wallahualam..



Sila ke Zaharuddin.net untuk membaca lebih lanjut mengenai dosa-dosa melalui Facebook..


Friday, January 21, 2011

Sakitnya Bersalin!!


Assalamualaikum..


Semua wanita di dunia ni mesti mengimpikan untuk menimang cahaya mata sendiri. Walaupun sakit proses bersalin tu, tapi tetap kita sebagai wanita mahu melahirkan zuriat keturunan kita sendiri.. Ye tak? Yana takde lagi pengalaman bersalin. InsyaAllah satu hari nanti..









Tapi, kita semua memang sedia maklum bahawa proses melahirkan bayi itu memang amat menyakitkan.. Tambahan pula bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal. Kesakitan ini termasuklah sakit ketika kontraksi (pengecutan rahim) dan sakit ketika anak di keluarkan.. Sakit ketika kontraksi adalah sakit yang amat sangat. Yana pernah merasainya ketika keguguran dulu.. Memang sakit.. Terguling-guling jugala..huhuhu..



Bagi wanita yang melahirkan anak pertama pula, sakit tu mungkin lebih berganda berbanding melahirkan anak yang seterusnya. Secara purata, proses melahirkan anak sulung adalah sekitar 12 jam, manakala anak yang seterusnya sekitar 8 jam [Solusi isu 24]


Bagaimana cara memudahkan dan menyenangkan proses bersalin?


Allah s.w.t berfirman:


"(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata : Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Maka Jibrail menyerunya dari tempat yang rendah : Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak."    (Surah Maryam 19: 23-25)



Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah memberi panduan untuk kaum ibu bagi memudahkan proses bersalin. Allah s.w.t telah merakamkan detik-detik semasa Maryam kesakitan untuk melahirkan Nabi Isa a.s sebagai panduan kita..










Ayat di atas banyak menekankan mengenai buah tamar iaitu kurma yang dapat membantu memudahkan proses bersalin. Kita semua sedia maklum bahawa buah kurma memang mempunyai banyak khasiat. Kurma mengandungi gula semulajadi. Gula ini ialah sejenis fruktosa. Pakar perubatan juga akan menggalakkan ibu-ibu ini untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa pada fasa awal kelahiran. Fruktosa ni dapat menghasilkan tenaga yang hebat dan dapat menguatkan sistem badan kita yang lemah menjadi bertenaga. Oleh itu, proses bersalin akan menjadi lebih mudah.









Ayat di atas juga ada menyatakan mengenai "gegarlah olehmu batang pohon tamar itu". Ia bermaksud bahawa dengan menarik objek-objek tertentu dapat memudahkan proses bersalin. Tindakan itu dapat mempercepatkan proses bayi keluar dari salur peranakan. Rasanya di hospital juga telah dipraktikkan proses tersebut.



Selain itu, ayat di atas juga ada menyatakan mengenai peranan air dalam membantu proses bersalin. Air dapat membantu mengurangkan kesakitan semasa melahirkan. Kawan yana yang berpengalaman pernah cerita, semasa proses bersalin berbotol-botol air akan disalurkan pada darah ibu. Tujuannya untuk mengelakkan ibu terhidrat. Kalau terhidrat tentulah ibu itu menjadi lemah dan semakin sukar proses bersalin. Kita tengok sendiri di negara barat, mereka telah mula mempraktikkan bersalin di dalam air. Tujuannya adalah untuk mengurangkan lagi kesakitan. 











Oklah.. Bagi bakal ibu juga, amalkan membaca Surah al-Anbiya ayat : 87 semasa saat hampir hendak bersalin.. Yana pun takde pengalaman lagi.. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.. ameen.. 


Wallahualam..

 



Tak sabarnya nak tunggu saat-saat ni..
InsyaAllah pada tahun ini.. ameenn..




Wednesday, January 19, 2011

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku..





Yana baca artikel ni di iluvislam.. 
Sangat menarik untuk bacaan pada mereka 
yang sedang mencari bakal suami dan isteri.. :)
Pada yang dah kahwin pun boleh baca..
Macam yana..hehehe..



Sila klik link di atas untuk ke artikel tu ye..






~ Alhamdulillah.. diri ini telah ditemukan dengan jodoh yang terbaik.. Semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke pintu syurga.. ameen.. ~
  

Musim Demam ke Sekarang ni??



Assalamualaikum..


Sekarang ni memang musim demam ke? 
Ramai betul yang demam.. 
Adik yana yang no.3 demam lima
hari tak sembuh-sembuh sampai
akhirnya kena masuk hospital. Kesian dia..



Mula-mula kitaorang panik juga sebab
di syaki denggi.. Tapi adik yana tu relax je..
cool je dia..huhu.. Kitaorang yang risau kat dia.. 
Alhamdulillah result blood test semua ok.. 
 Rupanya adik yana demam sebab ada jangkitan virus. 



Sekarang masih di hospital..
Yana harap cepatlah dia sembuh.. 
Awal-awal tahun dah terpaksa ponteng sekolah
banyak hari.. Kesian dia.. Dahla nak SPM tahun ni..
Takpelah.. ni semua dugaan ye..
Sakit kan boleh menghapuskan dosa.




Mei cepat sembuh ye..
Kalau boleh keluar jumaat ni, 
weekend ni boleh kita buat bbq.. :)



Monday, January 17, 2011

I Love SOTHYS!!


Assalamualaikum..


Wahh.. lamanya tak update blog..
Pecah rekod selama seminggu membiarkan blog ini bersendirian.. hehehe..
Banyak sangatla keje yana semenjak dua menjak ni..
Mana dengan sibuk nak pindah rumah.. Keje yang bertimbun.. 
Tesis lagi.. adehhh.. Sabor je la..







Tapi, minggu lepas sempat juga yana merelakskan
diri dari seribu satu kesibukan di Sothys..
Thanx pada mr.hubby yang bawa yana ke sana.. Love you cyg..



Sothys ni salah satu produk kecantikan dari Paris. Tapi takdela yana
pergi sampai ke Paris nun untuk buat facial.. 
Yana pergi di Georgetown, Penang je..



Yana memang sangat suka buat facial.. 
Yana tahu pasal produk ni dari seorang blogger..
Teruja sangat nak cuba dan memang super duper puas hati dengan Sothys!!





Sothys Shaping Neck Care




Di Sothys yana cuma buat face treatments.. 
Yana tak beli produk lagi sebab Skin Renew 
dan SK11 masih banyak di rumah..
Tapi kalau pasal facial, rasanya Sothys lebih bagus..
Tapi dah mula terpengaruh dan tertarik dengan 
Shaping Neck Care nya.. huhu..  Tak cukup shape ka? hahaha..
Tunggu next appoinment..









Apa pun memang yana berpuas hati dengan face treatment di Sothys. 
Berbaloi dengan harga yang dilaburkan..



Lepas facial, memang rasa refreshing sangat.. fairer lagi!! hehehe..
Yang paling best extraction dia yang tak sakit langsung!! wahh..suke2..



Adakah sedang nak berpaling arah ni? huhuhu..
jangan marah ye skin renew..hehehe..
Nanti dah try produknye bolehlah nak buat review..


I Fall In Love With  SOTHYS!!



Monday, January 10, 2011

Jom Makan Beriani Kambing di Puncak Mutiara Cafe Penang


Assalamualaikum..


Baru-baru ni, hubby ku yang tersayang bawa yana pergi makan dekat satu tempat yang best sangat.. Salah satu tempat makan yang best di Penang.. Kalau orang Penang mesti dah tau tempat ni.. JJCM sendiri kata ni tempat makan paling best di Penang.. Penang kan terkenal dengan makanan yang sedap-sedap..





Sumber: Google




Masa mula-mula sampai di sini, yana rasa macam pergi makan dekat resort je.. Dengan suasananya yang sangat tenang, teduh dan jauh ke dalam kampung. Tak ada langsung dengar bunyi kereta.. Yang dengar hanyalah bunyi muzik sentimental (macam di spa je) dan selang-seli dengar bunyi kambing.. hehehe.. Ohh.. Kampung Pelet ni memang terkenal dengan penternakan kambing.. Sebab tu, di Puncak Mutiara Cafe ni memang famous dengan masakan berasaskan kambing..



Kalau sape rasa nak tenangkan fikiran sambil menikmati pemandangan hijau nan tenang, nak cari ilham tulis novel ke, nak hilangkan stress sambil tulis tesis ke.. Tempat ni sangatlah sesuai..hehehe..





Tempat makan sini semua di pondok-pondok..






 Siap boleh nampak pemandangan bukit-bukau lagi..

















Kitaorang datang sini dua kali berturut-turut.. hehehe.. Masa kali pertama yana datang dengan hubby berdua je.. Keesokannya kami datang lagi bawa mak dan adik-adik pula.. hehehe.. Ni antara menu yang kitaorang dah try.. Habislah dietku.. huhu.. Sekali-sekala takpe..hehehe




Roti Benggali dan Sup Kambing..
RM 10.50







Sup Kambing ni memang TERBAEK!!!







Beriani Mutiara Special.. 
Ada kari ayam kampung dan kari kambing..
Sedapp sangattt.. 
RM 20.20







 Beriani Peha Kambing..
Peha tu besar sangat.. huhuhu..
Dagingnya empuk dan lembut..
RM 18.50






Beriani Kambing Grill..
RM 23.70







Beriani Ayam Kampung..
RM 13.00






ABC Puncak Mutiara..ABCnye besar sangat.. 
Tak habis kitaorang makan.. huhuhu..
RM 5.80





Selain beriani.. Ada juga Western food, Chinese food, Seafood dan macam-macam lagi lah.. Selain famous dengan set daging kambing.. Puncak Mutiara Cafe pun ada set daging arnab, itik, rusa dan ostrich.. Tapi, berianinya tetap menjadi pilihan.. Majoriti yang datang suka order tu.. Harganya juga berpatutan dengan set yang dihidangkan. 




Puncak Mutiara Cafe ni buka setiap hari dari jam 10am hingga 2am..  Lokasinya di Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.. Maklumat lanjut boleh tengok di sini 




ps: Thanx to mr hubby bawa yana makan2 dan jalan2 sehari suntuk.. hehehe.. love u lah :) 


Thursday, January 6, 2011

Insha Allah..


Assalamualaikum..


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah Insha Allah Insha Allah..

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah we’ll find our way..


      By: Maher Zain..




Lagu ni bukan sekadar lagu pada yana.. It's so meaningfull!! Dalam hidup ni, macam-macam dugaan datang menguji kita.. Macam-macam cabaran datang mencabar hidup kita.. Macam-macam kesalahan yang kita lakukan.. Itu adalah fitrah sebuah kehidupan.. Mungkin juga ada di antara kita yang hampir putus asa.. Jatuh dan tak mahu bangun semula. Setiap masalah ada jalan keluarnya.. Ingatlah Allah selalu bukan sahaja di waktu susah.. Malah di waktu senang..  Dia sentiasa bersama kita.. 


“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”   (Ar-Ra’d: 28)


Pada hati-hati yang kecewa.. Bangunlah semula.. Ingatlah bahawa setiap ujian yang diberi oleh Allah kepada kita adalah untuk menguji keimanan kita dalam perjuangan di dunia ini.. 



Allah s.w.t berfirman:

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.."
(albaqarah:216)



Pada keluargaku.. Bersabarlah dengan ujian yang telah Allah berikan untuk kita. Allah lebih menyayangi abah.. Memang rasa rindu itu tak kan pernah hilang.. Tapi redha dan sabarlah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. Al-Fatihah untuk abah..


Pada Jue.. Jangan  putus asa dalam terus mencari rezeki.. Dalam dunia Allah yang serba luas ini, pasti ada satu rezeki yang telah di khaskan hanya untuk kamu.. Insha Allah.. Bersabarlah dan terus berusaha.. Serta jangan lupa terus berdoa pada Allah..


Pada ieda.. Jangalah terus menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku.. Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya yang belum kita nampak.. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Mungkin ini bukan yang terbaik untuk kamu.. Pasti Allah akan kurniakan hadiah yang lebih baik dari itu. Insha Allah.. Bersabar dan teruslah berdoa pada Allah..


Pada diri yana sendiri.. Semoga terus diberi kekuatan, ketenangan, ketabahan dalam menempuh segala macam dugaan hidup di dunia ini.. Semoga pada tahun 2011 ini, akan dimurahkan lagi rezeki yana dan suami, akan diberi kesihatan yang baik dan semoga terus berusaha menjadi seorang muslimah yang solehah, isteri yang solehah dan anak yang solehah.. Insha Allah.. ameen.. 



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”    (Surah Al-Imran ayat 200)