Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, February 20, 2011


Assalamualaikum...

Boringnya hari ahad di Kedah.. Yela, hari ahad kan diaorang keje. Hubby yana pun keje juga. Tu yang boringnyeeeeeeee... Rasa pelik juga bila ahad hubby takde di sisi.. Selalunya, weekend macam ni, memang spend time bersama-sama.. keluar ke sana-sini..Tu masa di Perak la..


Boring tak tahu nak buat apa dah ni.. Semua kerja rumah dah siap.. Nak tulis ni pun takde idea.. hehehe.. Nak kuar jalan sorang-sorang, tak pandai lagi jalan di sini. Nanti sesat sampai ke padang besar baru tau..huhu.. 


Jom layan novel je la.. Rasa nak baca novel ni walau dah berapa kali ulang.. huhu.. Ni memang kes boring tahap kritikal dah ni.. adeehhh..







Thursday, February 17, 2011

Pindah Rumah part. 2


Assalamualaikum...


Akhirnya yana dengan hubby dah masuk rumah baru!!! Yeayy... Tapi, penat betul yana dengan hubby seminggu dua ni. Bila dah pindah tu faham-faham lah nak kena mengemas rumah. Kitaorang pula pindah jauh dari selatan ke utara. Berulang sana sini dalam sebulan ni.. huhu.. Cuma officialnya masuk rumah baru lepas yana baik demam hari tu. 



Tapi, alhamdulillah tuan rumah yang di sewa ni sangat baik orangnya. Sebelum melangkah masuk rumah ni, dia dah basuh serta kemas rumah dengan sangat bersih. Kitaorang masuk cuci kaki je la atur barang-barang sendiri. Tapi penat juga nak mengatur barang-barang. Yana dengan hubby nama je berdua, tapi barang-barang rumah macam ada anak lima je.. huhu.. Lepas tu nak kena urus Astro, Streamyx, air cond.. adehh...



Sekarang dah hampir 60% siap mengemas.. Bahagian dapur la yang paling susah sebab banyak sangat barang.. huhuhu...







Ni pun baru 90% siap mengemas.. Air cond tak pasang lagi..








Bahagian ni dah settle.. Cuma barang-barang dapur tak bersusun lagi..









Bahagian ni banyak lagi tak settle.. Dapur
pun tak letak lagi.. Tong gas pun tak beli lagi.. 
Pinggan pun tak bersusun lagi..
Kira dapur tak berasap lagi la ni.. hehehe..
Ada sape nak tolong?? hehe..









Haa!! Ni masa mengemas nak mula menyusun
segala barang dapur.. Bersepah tak??? huhu...
Meh tolong yana.. hehehe









Bahagian luar.. Untungnye tuan rumah dah letak batu-batu gitu..
Tak payah nak jaga rumput.. hehe.. Yana ni tak pandai 
sangat nak bercucuk tanam ke berkebun ke..huhu..









Bahagian rumput ni je la kitaorang kena jaga.. Rumah dulu
takde laman.. Sekarang dah nak cari rumah 
ada laman kena la jaga kan..hehehe..




Yana tak pernah lagi rasa penatnya urusan pindah rumah. Masa family pindah dulu, yana di kampus ada exam.. Balik rumah semua dah siap.. Kali ni baru rasa sendiri macam mana situasinya.. hehehe..



Walaupun penat tapi best sebab 1st time rasa mengurus rumah dengan suami tersayang.. hehehe.. Inilah teratak cinta kami berdua.. hahaha.. cewahh..



p/s: Ermm... syg.. lepas ni kita pindah ke mana lagi? hehehehe


Wednesday, February 16, 2011

Mee Sotong Hameed' Pata' dan Nasi Padang


Assalamualaikum..


Lama pula rasa tak buat entry pasal makan-makan.. hehehe.. Hari ni yana dengan hubby pergi makan dekat tempat best di Penang. Seperti yang diulangi sebelum ni, Penang memang heaven untuk makan-makan ni.



1.30PM

Yana dengan hubby pergi ke Transfer Road, Penang nak makan masakan Padang. Nama kedai tu Restoran Nasi Padang Minang. Restoran ni share dengan Kedai Kopi International Hotel. Dulu masa arwah abah ada, selalu juga abah bawa mak,yana dengan adik-adik ke sini. Ni antara restoran favourite abah. Restoran ni memang famous, setiap kali datang mesti penuh je..






Lauk-lauk dekat restoran ni banyakkk sangat 
sampai rambang mata nak pilih.. hehehe..










Semua sedap-sedap... nyam nyam.. Tapi favourite yana dari dulu
sampai sekarang bila makan di sini ialah............







Cencaru goreng ni sangat sedap.. 
Tambah-tambah bawang goreng tu.. 
Ikan ni la yang paling laku sekali kat restoran ni.. huhu..
Dari dulu setiap kali datang, ikan ni je yang yana ambil..hehehe..








Ni pula favourite hubby yana.. Sambal cili hijau dan bendi rebus.. 
Sambal ni tak pedas sangat, manis-manis je..








Encik Suami yang sentiasa sibuk walau di mana saja berada..huhu..
Kesian syg, masa makan pun nak kena pikir hal keje..



Pada siapa yang suka makan masakan padang, 
sangat sesuai datang ke sini sebab banyak pilihan, 
sedap-sedap belaka lauknya dan harga pun biasa je.. 
Jom ke Transfer Road, Penang..





5.30 PM


Lepas menghabiskan duit di sana sini, mencari barang-barang rumah huhu... Yana dengan hubby ke Padang Kota, Penang dengan tujuan nak makan satu lagi menu yang sangat famous di Penang iaitu Mee Sotong Hameed Pata. Sapa orang Penang tak kenai mee ni memang tak sah la kan..






Pada yang belum tahu, lokasinya di food court padang kota.. 
Tapi bukan yang dekat dengan laut tu.. 
Food court ni dekat dengan padang..
Berhadapan dengan kota Fort Cornwallis..







Gerai ni dari dulu sampai sekarang
macam ni je walaupun bisnes dah semakin maju..








Inilah mee sotong yang sangat sedap dan pedas..
Sepinggan ni RM4 je.. Apa yang bestnya dengan
mee ni ialah sambal sotong tu yang sangat sedap
dan mee goreng mamak memang dah sedap pun..
Uniknya mee ni sebab di hidangkan di atas pinggan aluminium
yang sememangnya menjadi tradisi tulen masyarakat India masa dulu..







Pakej yang lengkap bila makan mee sotong bersama 
Coconut Milk shake.. hehehe.. Sedap air ni.. 
Gerainya sebelah je dengan gerai mee sotong ni..




Ok, cukuplah Jalan-jalan cari makan versi yana.. hahaha...
Jemputlah datang ke Pulau Pinang dan nikmatilah 
keenakan masakan yang ada di sini.. cewaahh..




Thursday, February 10, 2011

Elsker deg..

ELSKER DEG??

Apa tu?? 

LOVE YOU in Norwegian..

Ye la, yana dah jatuh cinta berkali-kali
dengan semua benda ni..huhu..



Semua benda ni boleh buat yana senyum sampai ke telinga..hehehe..
Bila lah boleh dapat ye.. Takpela berangan je dulu, mana la tahu
10, 20 tahun lagi boleh dapat ke kan.. hahahaha..
 Sekarang ni, semua ni sebagai self motivation..










Chanel Jumbo.. Sudah bertahun aku jatuh cinta padamu..
Bila la boleh dapat.. Yana, Chaiyok2!!!







Christian Louboutin Chain Wedges.. 
aduuhhh... Cantiknya kamu ni...






Pumps Christian Louboutin ni pun sangat cantikkkkk!!!







ROLEX!!! Tahun bila nak dapat pun tak tau la!!
Takpe.. satu hari nanti.. chaiyok2!!









iPad.. Yang ni je around the corner..
Hadiah birthday walaupun lambat lagi.. hehehe.. TQ cyg :)








Paris...
a wonderful city..
a place for lovers..

 Baru nak honeymoon ke??
Hubby kata jom pegi hujung tahun ni!! Yeayy!!








GOLF GTI!! Kena kerja keras dari sekarang.. Chaiyok2!!







House in PENANG.. Dekat pulau sana nun..
Yana dengan hubby ada perancangan ke 
arah ni.. Cuma masa yang akan menentukan.. InsyaAllah..



Sunday, February 6, 2011

Dah Baik Demam!!!


Assalamualaikum...


Pagi ni masa bangun yana rasa fresh sangat.. Eh.. EHH.. yana dah tak demam!!! ALHAMDULILLAH.. Hampir seminggu yana demam tak baik-baik..


Tak pernah demam lama macam ni. Agak teruk pula tu. Badan panas sangat, nak telan makanan pun sakit je rasa, tengah malam mesti tak boleh tido sebab sejukkk macam duduk atas Everest.


Tapi malam tadi tak rasa macam tu dah, pagi ni pun dah ok. Yana dibekalkan dua antibiotik yang paling power tau.. Baru la nak berkesan..huhu.. Tak pernah lagi rasa demam yang macam ni..Tak pernah lagi makan dua antibiotik sekaligus..huhu


Selama demam ni pun, mak yana ajarkan yana beberapa doa yang boleh di amalkan. InsyaAllah boleh membantu mengurangkan sikit rasa demam panas tu.. Antaranya amalkan:


Baca AL-FATIHAH
Baca SELAWAT SYIFA'


Yana bacakan sambil minum air zam-zam.. InsyaAllah.. Kita di suruh berikhtiar juga kan..


Ok lah, dah sembuh macam ni.. Boleh lah kitaorang nak masuk rumah baru esok!!! YEAYYY!!


Friday, February 4, 2011

Yana Pula Demam.. Adehhh..


Assalamualaikum..


Hari tu baru je yana posting pasal adik lelaki yana demam.. Ermmm.. faham-faham je la bila sorang dah demam, berkemungkinan besar satu family boleh demam.. Memang betul pun sebab lepas dia sembuh, adik perempuan yana yang kedua tu pula demam.. Lepas dia dah sembuh, adik yang bongsu pula, lepas tu mak yana pula..


Yana dengan mr.hubby baru je ingat yang antibodi kitaorang ni kuat la sebab tak demam pun. huhu.. Alih-alih sekarang yana pula demam. Mr.hubby tak demam.. Semoga bb sihat selalu..


Ni dah masuk hari ke empat tak baik-baik lagi. Adussssss.. Yana ni lama sangat dah tak demam macam ni.. Sebelum ni demam manja-manja je.. Yang paling yana risau di leher yana ada bengkak sikit. Doc kata tu infection, sebab infection tu la yana demam. Macam adik perempuan yana dia pun demam sebab infection..


Kalau demam sebab infection di tempat-tempat tertentu, memang susah nak sembuh kalau tak dapat ubat yang betul-betul untuk virus tu.  Betul ke budak Medic? Yana tak pandai sangat bab ni.. Cuma tengok apa yang jadi pada adik yana la. Macam adik perempuan yana tu, tiga klinik dah pergi, dah makan ubat tak baik-baik juga. Tunggu nak serah diri ke hospital je. Tapi atuk yana bawa dia ke satu klinik ni di Sungai Dua, Doc tu agak terer la boleh detect infection di mana dan virus apa. Lepas makan ubat yang bersesuaian, esok tu sembuh terus.


Nak pegi dekat Doc tu juga tapi sekarang kan CNY!!! uwaaaaa.. Semua klinik tutup lor.. Apa pun, semua Doc ada kepakaran masing-masing. Cuma mungkin rezeki adik yana di situ, doc tu dapat kesan sakit dia..


Andai kata tak baik juga yana ni, kenala pegi serah diri di hospital weekend ni. huhu.. Adehh.. Paling benci pergi hospital. Tapi nak buat macam mana kan.. Kawan-kawan semua.. Please pray for me ya.. Doakan yana cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.. Ameen...


Apa pun, terima kasih sangat pada suamiku yang tak tido lena sebab menjaga yana..  Terharu sangat.. Bb la anugerah paling indah yang Allah telah kurniakan untuk yana.. Yana akan sentiasa berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk bb.. InsyaAllah.. Love you syg..