Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 25, 2011

Sup Ketam dan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum..


Hari ni dua sekali entry di publish.. Mood hari ni sangat rajin..hehehe..Dalam 11am tadi yana dengan hubby ke market di tempat kitaorang ni.. Saja nak tengok apa ada market di sini.. Selama pindah ni, kitaorang beli barang basah di Tesco atau Giant je.. Bila weekend macam ni(Jumaat adalah weekend di Kedah), mood rajin sikit nak masak special2..hehehe..



Sampai je kat market, benda pertama kitaorang pergi ialah bahagian sayur-sayur sebab kitaorang ni sangat suka ulam-ulaman dan sayur kampung. Macam-macam la ulam-ulam yang diborong termasuk pucuk ubi.. Yana cadang nak masak pucuk ubi lemak cili api.. Lepas tu terpandang pula macam-macam jenis ketam, apa lagi lama dah tak makan ketam ni.. Kitaorang pun borong la..




SUP KETAM



SUP KETAM.. Semua ketam betina yang ada telur.. 
Ni dalam periuk lagi.. Yana dengan hubby suka
ketam di masak sup, sebab sup tu akan jadi manis je..



* Sup Ketam sangat bagus sebagai penawar denggi.. Selain tu, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak kecil, sup ketam pun bagus untuk menambah susu badan..



BAHAN-BAHAN:


Ketam
Sebiji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Satu inci halia* (dihiris)
Lada hitam
Ubi kentang
Tomato
Cili api 
Sup bujut
Kiub pati ayam
Telur ayam (ambil putih telur je)
Daun sup + Daun bawang



CARA:

(Tak sempat snap gambar step by step sebab 
start masak 1pm, kalut je masak pun..hehehe)


1. Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga kuning
2. Masukkan air + kiub pati ayam + sup bunjut + ubi kentang
3. Bila ubi dah empuk, masukkan ketam yang telah dibersihkan
4. Taburkan putih telur perlahan-lahan sekitar sup
5. Masukkan tomato + cili api + gula + garam
6. Bila nak tutup api, taburkan daun sup+daun bawang..


~ Teringat sup ketam yang arwah abah masak.. ermmm..  :(




PUCUK UBI LEMAK CILI API + UDANG





PUCUK UBI dicelur dulu sehingga layu. Kemudian
rendamkan dengan air sejuk.. Perah untuk buang airnya..
Lepas tu boleh di hiris-hiris..



BAHAN-BAHAN:


Pucuk Ubi
Udang
Santan
Sebiji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
6 biji cili api (ambil cili api yang kecil2, lagi pedas)*
Belacan * (ditumbuk/blend)



CARA:

1. Tumis bahan yang ditumbuk/blend sehingga pecah minyak
2. Masukkan santan
3. Masukkan pucuk ubi
4. Kacau dan kacau lagi (takut santan jadi berketul) sehingga mendidih
5. Masukkan udang + garam + gula
SIAP!!



Dekat 3pm baru siap masak.. sian encik suami tunggu lama..huhu..
Tapi menu kali ni buat encik suami makan bertambah.. 
Suka tengok suami selera makan masakan yang kita masak.. hehe..



Take 5..


Assalamualaikum...


Aktiviti hari ini....







Bila weekend (Jumaat adalah weekend di Kedah..), takde aktiviti nak buat.. Semua benda ni la yang yana akan mengadap sampai migrain.. adehh... Lepas subuh, semangat je rasa.. hehehe..



Best ke bergelumang dengan buku-buku yang banyak ni.. BESTTT.. Tapi kalau lebih 3 jam, nampak bintang dengan bulan je kat depan mata neh... hehe.. 



Masa zaman degree, kalau nak buat assignment tu, satu dua buku je jadi rujukan..hehehe.. Makin naik level, makin teruk rasanya bergelumang dengan terlalu banyak dan pelbagai jenis bahan bacaan.. Yang tak berapa nak faham pun kena mengadap juga.. Ermm.. kenalah buat-buat faham..huhu.. Pening kejap....





Ni la kitab rasmi sepanjang pengajian..
Siapa nak belajar SPSS dalam 
Bahasa Melayu, sila ambil buku ni..
Terbitan dari UTM..







Tesis sendiri pun di jadikan rujukan..hehehe..
Sambil-sambil tu saja membelek-belek tesis en.suami juga..


*Ermm.. UKM bertemu USM.. jauhnye kitaorang bertemu.. 
tak sangka betul..hehehe... Love u syg.. (sorry, iklan kejap..huhu)



Ok lah, nak sambung buat keje.. Entry kali ni agak ringkas.. Saja take 5 untuk merehatkan otak.. Tengah pening, tak tau nak tulis apa dah...





p/s: Take 5 lagi dengan Yogurt..
Nak bagi tenaga balik..hehehe..
Ngade tol yana ni..Ni la akibatnya
bila dah blur.. Benda tak berkaitan
pun masuk sekali..hehehe



Friday, March 18, 2011

Bolognese Spaghetti dan lain-lain lagi..


Assalamualaikum..


Khamis baru-baru ni, MIL yana datang rumah dengan semua adik-adik ipar.. Meriah je rumah..hehehe.. Bila MIL nak datang, selalunya apa yang menantu perempuan sibuk sekali? Of course la sibuk kemas rumah dan masak..hehehe..





Hari Rabu diaorang sampai, yana masak 
Bolognese Spaghetti..



Bahan-bahan:

1. Spaghetti 1 paket
2. Sebiji bawang besar
3. Dua batang carrot
4. Dua biji capsicum
5. Cendawan butang 
(yana ambil yang organik, bukan dalam tin)
6. Daging/ayam kisar
7. Sos Bolognese 

(Semua bahan-bahan, potong je.. Kecuali daging kisar)


Cara-caranya:

Sangatttt senang masak kuah spaghetti ni..

1. Tumis bawang sehingga agak kekuningan
2. Masukkan daging/ayam kisar. 
( Tumis sehingga daging empuk)
3. Lepas tu, masukkan carrot dan capsicum
4. Barulah masuk sos bolognese + air
5. Masuk pula cendawan butang
6. Masaklah sehingga kuah agak pekat..
7. Jangan lupa pula gula + garam...


~ Spaghetti tu rebus je la.. 
Kalau suka, boleh tabur cheese  
di atas spaghetti bila nak makan~



Esoknya pula pagi-pagi lagi kitaorang betolak ke Langkawi dari Kuala Kedah. Lama sangat dah yana tak ke Langkawi. Last pegi, masa sekolah rendah lagi.. Masa zaman U, pernah family pergi tapi yana tak dapat ikut sebab ada kelas. Rindu sangat zaman-zaman pegi jejalan dengan arwah abah.. ~Al-Fatihah untuk abah..~



Ok, photo ni je di upload sebab yana kan low profile..hahaha..poyos!





Adik yana dan adik ipar dalam Lada 2



Pagi tadi kitaorang sampai rumah dan tengahari tadi, kitaorang masak-masak sebelum family MIL balik... Haiihh..yana ni suka sangat cite pasal benda makan kan..hehehe.. Sebabnya yana ni memang suka masak dari sebelum kahwin sampai sekarang.. huhu.. Lepas tu, suka nak bertukar-tukar resepi.. hehe.. Yana suka belajar respi-resepi baru dari Chef Hanieliza. Boleh la melawat blognye.. Macam-macam resepi dok ada..



Ok, ni yang yana masak untuk family MIL sebelum diaorang balik.. Simple je.. Encik suami pun join masak hari ni.. Kecoh je kat dapur.. Best2.. hehe.. Rasanya semua yang masak kat bawah ni orang lain pun tau masak.. Yana tak masukkanlah resepi..huhu





Tomyam ayam.. nyam nyam..






Sambal ikan merah,  
masak bersama encik suami.. hehehe..







Sambal belacan + pelam.. ni encik suami yang buat..
Sesekali tunjuk bakat di dapur, licinnn sambal ni.. sedapp.. 



 " Selamat Memasak.."


 

Tuesday, March 15, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung ala cina


Assalamualaikum..


Lama rasanya yana tak post entry pasal masak-memasak ye..hehehe.. Sejak pindah ni, dapur lama betul tak berasap sebab sibuk sangat-sangat.. Hari ni yana berkesempatan masak untuk hubby tersayang.. Tu pun, 6.45pm baru start masak. Semasa menulis ni, baru je lepas makan. hehe..



Yana masak asam pedas ikan kembung hari ni.. Nyam nyam.. Resepi asam pedas ni ala-ala chinese punya asam pedas. Mak yana yang ajarkan.. Hubby pun suka asam pedas macam ni sebab ia agak pekat..



Ni antara bahan-bahannya:

  • Dua ulas bawang besar
  • Dua kuntum bunga kantan
  • Daun kesum
  • Cili boh
  • 4 ekor Ikan kembung
  • Air asam jawa
  • Sebiji tomato
  • Bendi

Sikit je kan bahan-bahannya. Cara nak masak pun sangat senang. Ni yana masak untuk dua orang je.. Jom tengok cara-caranya:





Stail yana masak blend je semua.. hehehe..
Blend kan kesemua bahan di atas..

1. Dua ulas bawang besar
2. Sekuntum bunga kantan
3. Sebelah tomato
4. Cili boh

* Beza chinese asam pedas adalah bunga kantan 
di blend sekali. Sebab tu kuahnya agak pekat.






Daun kesum.. Bahan paling penting.. Kalau takde
daun ni, bukan asam pedas la..hehe.. 






Tumis bahan yang di blend tadi sehingga
agak pecah minyak. Lepas tu masukkan
air asam jawa secukup rasa..






Kemudian, masukkan daun kesum dan 
bunga kantan yang di potong.. Yana masuk
daun kesum agak banyak sebab hubby yana suka.. huhu..



Last sekali





Masukkan ikan.. Bila nak tutup api tu,
masukkan bendi dan tomato.. 
Kalau ada nenas, boleh masukkan juga..
Yana tak makan nenas.. Jangan lupa 
juga gula dan garam tau.. 


SIAP!! Senang tak nak masak? senang kan.. hehe..


"SELAMAT MENCUBA"





p/s: esok MIL dari tganu nak dtg..dua hari kitaorg cuti nak bawa diaorang pusing2 kedah.. sambil pkir nak masak apa..huhuhu

Saturday, March 12, 2011

Female Fertility



Assalamualaikum..


Baru-baru ni masa ke Borders, yana ada terjumpa satu buku yang sangat bagus untuk kita kaum perempuan.. So, rasa nak suggest kat blog supaya sama-sama kita boleh share.. :)







Separuh dari buku ni yana dah baca.. Buku ni menceritakan banyak topik berkaitan female fertility seperti segala benda mengenai womb, ovaries, period, ovulation, pregnancy, fertility treatment, pregnancy loss dan macam-macam lagi la..hehe.. Pasangan yang baru berkahwin pun sesuai baca buku ni..



Yana pernah mengalami miscarriage dulu dan segala persoalan mengenainya yang bermain di kepala ni telah terjawab lepas baca buku ni.. Bagaimana mengatasi keguguran dari berulang, punca keguguran dan treatment mengenainya juga ada diterangkan. Begitu juga bagaimana mengatasi emosi dan stress selepas keguguran.



Pada yang ada masalah fertility pula, yana memang suggest baca buku ni. (Yana takde masalah ni ye.. Yana dah 2x pregnant..hehe).. Buku ni menerangkan mengenai pelbagai kemungkinan kepada masalah ketidaksuburan. Selain itu, pelbagai treatment untuk mengatasi masalah berkaitan dengan fertility juga diterangkan.





Penulis buku ni, Kate Brian memang expert dalam bidang female fertility.
Dari A sampai Z dia cite dalam buku ni..
RM 55.90.. Boleh cari di Borders.. 


Ok, Selamat Membaca :)


Saturday, March 5, 2011

Reasons Why I Love You...



Reasons why I Love You..

You are my soulmate for life...
You make me feel like I've never felt before...
 Your love keeps me going...
You mean the world to me...



Reasons  why I Love You..

In times of trouble or stress, you never give up on me...
When I'm sad, you take the pain away with a joke...
I get a wonderful feeling just thinking about you...
I love you because you bring out the best in me..
I love you because you have stood by me through everything..
I love the way you look after me so well..
I love that because we are best friends..
I love that I'm your princess..


Reasons why I Love You..

How you love me like no other..
How you forgive me when I'm wrong..
How times it seems like we're the only ones here..
How we both get along so well..
How you put me before your friends..
How you always find a new way to Wow me..



Reasons why I Love You..

The times you make sure nothing will harm me..
The way you hold my hand so tight..
The way you make sure I have everything I need..
The way we're so much alike..


I Love You, Love You so much my hubby :)








Wednesday, March 2, 2011

Cheechah..


Assalamualaikum..

Jom jalan-jalan cari makan lagi..hahahaha.. Baru-baru ni kami singgah makan di Damansara dekat dengan Dataran Sunway. Ada satu restoran tu namanya Kafe Cheechah.. Unik kan namanya? hehe..Sebab di situ banyak menu yg boleh cicah-cicah. Cakoi (orang utara panggil Pak Tongkol), ubi kayu, cekodok dan banyak lagi la menu orang melayu kita ada di sini.. Bukan senang nak jumpa menu macam tu.. Harga di sini pun sangat berbaloi..





Senang je nak cari Cheechah ni..
Cheechah
2-1, Ground Floor,
PJU 5/4,
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
47810 Petaling jaya


Kitaorang dari Bangi, sanggup menempuh traffic jem untuk ke Cheechah tau.. hehehe.. Sebab menu sini semua sedap belaka.. 




Suasana di dalam.. Masa kitaorang sampai, orang tak ramai lagi..
Sangat selesa lah untuk snap gambar.. hehehe..






Encik suami yang sentiasa bz.. Masa kitaorang nak makan ni
ada breakdown.. Bertalu-talu lah call masuk.. Kesian syg...




Ok, ni apa yang kitaorang order...





Porridge @ Moi @ Nasi air orang Tganu panggil..
Tak ingat RM berapa.. sedappp







Beef Ginger Koay Teow.. MUST TRY!!
Sangat sedapp dan banyak.. 
Tak habis jugala yana makan..huhu
Lebih kurang RM 12..








Yang ni la kitaorang nak makan sangat..
Ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis dan sambal nyior..
 Sambal ikan bilis ni memang best lah..
RM 5.75


Lama sangat tak makan makanan zaman jepun ni..
Dulu, nenek yana rajin buat untuk minum petang,
ubi kayu cicah gula..hehehe..


.....sambil teringat cerita nenek yang makan ubi kayu ni je masa zaman jepun.....






Ni dessert yang paling famous di Cheechah..
Namanya Omm Ali.. RM 5.75
Lebih kurang macam puding roti.. 
Sangat sedappppp







Yang ni kitaorang tak order.. Tapi upload sebab nampak sedap..hehehe
Goreng Pisang cicah colek Johor.. Nyam..nyam.. 
Tak pernah lagi makan goreng pisang cicah-cicah ni.. 
Nanti boleh try... hehehe
RM 4.75 (8PCS)




Ok lah, untuk maklumat lanjut... 
Boleh melawat sendiri ke web Cheechah