Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, April 30, 2011

Dinner, 2nd part..


Assalamualaikum..


Rajin pula yana update blog sekarang kan? hehe..
Bila datang mood rajin, gini la jadinya..
Kalau malas, seminggu lebih tersadai je blog ni..

Ok la, malam ni yana masak dinner yang sangat simple..

               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
Yana tak pernah masak sesimple ni selama ni.. huhu

               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :
               :

Hari ni sehari banyak sangat keje walaupun weekend..
Masa ni la nak ambil kesempatan kemas rumah, basuh baju,
basuh toilet, iron baju untuk seminggu punya stock.. hehe..

Masa ni juga ambil kesempatan membaca itu ini, 
menulis proposal sampai pening..
Sebab tu masak simple je.. huhu..
             



Masak lemak sayur kacang + udang..






Ikan kembung kukus.. 

(Kali ni tukar selera kukus pula, kalau 
tak hubby suka goreng garing2..)





Dessert.. Betik.. 
my fav fruit!!


~tu je.. simple kan?? huhu~

Friday, April 29, 2011

My Hunny Bunny...


Assalamualaikum..


Ni la antara hobi yana dengan hubby.. Kitaorang ni pencinta rabbit.. hehehe.. Asalnya, adik2 yana yang bela rabbit di rumah mak.. Yana dengan hubby join sekali main dengan rabbit setiap kali balik. Lepas tu rasa best pula dengan kecomelan rabbit.. Bila dah jatuh cinta dengan rabbit.. Kitaorang pun mula membeli.. Ni rasa nak tambah lagi.. Nak cari spesis anggora teddy bear pula.. Tapi susahnya nak jumpa..


Nak jaga rabbit ni tak susah pun.. Bab2 makan dia senang je.. Hasil pembuangan dia pun tak berbau sangat.. Kucing punya lagi dasyat kot..huhu.. Cuma sekali je rasa susah bila pumpkin hilang lari masuk rumah jiran.. hahaha.. Pandai nak lari rumah pula si pumpkin ni..


Jom tengok my Bunny..




Memperkenalkan Pumpkin Family.. 
hehehe.. Comel tak rabbit2 yana??


Yang paling senior tu namanya Pumpkin..
Yang menyorok di belakang tu namanya 
Labu (takde nama lain ke?) hehehe..
Yang paling kecik & cute tu namanya Bella..





Pumpkin..si senior yang comel tapi agak garang..hehe..





Ni la Labu yang suka menyorok tu..





Ni la si Bella yang paling yana cayang.. hehe..





Pantang nampak buka pintu, nak kuar je dia..





Si Bella ni je yang boleh masuk rumah.. hehe..
Dia baik sikit.. Pumpkin dengan Labu kalau
masuk rumah, tunggang langgang la
jawabnya.. Diaorang bermain2 atas 
rumput carpet je..




Budak tecik yang manja..



_____________________________________




~Lepas ni nak cari spesis Anggora pula..
sangat cute.. Tak jumpa lagi dekat
semua pet shop yang kitaorang pegi..~





Thursday, April 28, 2011

Real vs Fake


Assalamualaikum..


Malam semalam sape ada tengok rancangan 360 di TV3? Topik mengenai barang tiruan.. Yana tertarik dengan topik kali ni especially bila tunjuk mengenai handbags.. Sebabnya, I am a handbag lover!! hehe..





Ok la, bila tengok rancangan semalam.. Banyak betul penjual fake designer handbags ni di serata tempat. Yana tak tahu nak komen apa mengenai barang2 fake ni.. 


Yana sendiri pun pernah terlibat membeli fake designer handbags ni di Feringghi masa zaman belajar dulu. hehehe.. Tak silap yana, beli dalam RM80 untuk Louis Vuitton.. hehehe.. Sekali tu je yana beli sebab RM80 masih mahal untuk seorang pelajar masa tu.. Beg tu pun, yana dah bagi pada nenek yana.. huhu Sekarang tak terlibat lagi..


Bagi yana, kalau kita beli barang2 tiruan seperti designer handbags ni, kita dah secara tak langsung menyokong buruh kanak-kanak. Kesian diaorang dipaksa bekerja untuk buat barang2 tiruan ni.. Lagipun, niat tak menghalalkan cara.. Beli barang tiruan sebab tak mampu nak beli yang asli bukankah tak elok juga.. Penat2 designer tu mereka cipta.. Tapi, pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut untung.


Apa pun, tepuk dada tanya selera. Bagi yana, beli lah ikut kemampuan. Kalau tak mampu nak beli Louis Vuitton, Gucci, Channel yang asli, boleh pilih brand lain yang mampu milik dan tak kurang hebatnya seperti Guess, Carlo Rino, Baby Phat dan lain-lain lagi..


Ok, jom tengok macam mana nak spot fake Louis Vuitton (setakat yang yana tahu).. Channel ke Hermes yana tak pandai nak spot sebab tak mampu lagi nak beli.. hehe..



1. Mestilah harganya kan.. Mana ada LV yang di jual dengan harga RM80 macam yang yana beli suatu masa dulu tu.. hehe.. LV original selalunya dalam lingkungan RM 1K ke atas hingga RM 5K ke atas untuk jenis LV Monogram..





2. Mestilah juga lokasi yang dijual.. LV ada banyak butik di serata dunia dan di Malaysia boleh di dapati di KLCC, Bukit Bintang, The Garden.. Kalau yang fake di jual di pasar malam dan yang famous seperti di Golok macam yang dipaparkan di TV3 semalam.



LV Bukit Bintang







LV boleh juga di dapati secara online seperti di ebay (berhati-hati membeli designer bag di ebay sebab kebanyakannya fake!). Boleh juga di dapati di web LV sendiri iaitu http://www.louisvuitton.com/ . Di website LV sendiri mestilah original dan macam2 design ada..


Selain itu, boleh di dapati di Princess Victoria's Stylo Closet. Di sini, semuanya memang original dan bukan saja LV.. Malahan brand lain juga sepeti Gucci, Channel, Coach dan lain-lain juga ada. Yana pernah beli handbag dari sini dan memang puas hati..


Ada lagi.. hehe.. Kalau nak beli yang perloved, boleh berurusan dengan Glampot Boutique. Situ pun macam2 brand ada dan kualitinya excellent!! Boleh juga ke butiknya di Damansara..



3. Kualiti material handbag itu sendiri.. Kalau yang original boleh lihat struktur leather nya. Leather LV original sangat lembut, tetapi yang fake keras dan kasar je.. Memang boleh rasa bezanya bila disentuh.




Warna leather tu pun adalah light tan dan akan berubah warna menjadi dark brown sikit bila dah lama pakai. Cantik ok, bukan buruk.. huhu.. Perubahan warna tu menunjukkan ianya leather yang asli. Tapi kalau yang fake, pakai bertahun pun warnanya sama je..



Yana dah pakai LV Montorgueil ni hampir dua tahun..
Cuba tengok leathernya dah jadi dark brown..







4. LV original datang berpakej iaitu dengan box, dustbag, paperbag.. Fake LV pula datang dengan plastik sana sini seperti handlenya dibalut plastik..









5. Setiap LV beg akan disertai dengan date code. Boleh di dapati dalam atau di luar beg. Ianya terdiri dari dua huruf dan 4 angka.



Beg yana ni, date code dia terletak di belakang
poket beg. Camera yang tak canggih ni tak 
dapat fokus clear dekat num iaitu AR1048.

Macam yang yana kata tadi, code dia dua huruf, 4 angka..
Huruf mewakili negara mana beg tersebut dibuat, manakala
angka mewakili month/year of the production date..
Macam kod di atas AR adalah dibuat di France..




VI juga mewakili ia diperbuat di France..



Fake LV pun ada date code tau.. hehehe..
M6 stand for what?? Takde code country yang
mewakili M6 dan LV code bukan terdiri
dari lima angka..



6. Logo stamp pada LV. Kalau yang original, bila sentuh atas logonya tak rasa apa tekstur pun (yana tak tau teknologi yang LV gunakan)..


Ni logo stamp LV original. Cuba tengok huruf Louis Vuitton itu sendiri. Kemas je.. Bagi yang original, kaki huruf 'L' pendek je.. 'O' nya juga sangat bulat bukannya oval shape. 

Part lain yana tak khatam lagi.. hehe..





Ni pula logo stamp fake LV. Boleh nampak tak bezanya? Logonya tak kemas..Huruf 'L' nya sangat tak clear dan kaki 'L' panjang..Paling ketara pada huruf 'O' yang berbentuk oval. Huruf 'N' dan 'S' tebal sebelah.




Setakat tu je yang yana tahu.. Apa pun, macam yang yana kata tadi, tepuk dada tanya selera. Belilah ikut kemampuan.. Kalau tak mampu memiliki designer beg seperti LV, Gucci, Salvatore Ferragamo, Prada dan lain2 lagi.


Masih lagi boleh membeli designer beg yang mampu milik seperti Guess.. Guess tak kurang hebatnya. Designnya sangat up to date. Baby Phat from Kimora Lee Simons pun sangat cantik.. Suzy Smith London pun cantik dan semua harganya dalam lingkungan mampu milik..



Guess


Baby Phat



Suzy Smith London dustbag



Suzy Smith London


Apa pun macam yang yana kata tadi, beg tiruan ni kebanyakannya dibuat oleh buruh kanak-kanak. Jangan menyokong industri macam ni. Senang cite, duit yang ada simpan untuk keperluan masa depan.. Beli beg ni membazir je kan.. kan.. huhuhu.. (nasihat pada diri sendiri..hehe)


ps: baru perasan tak publish lagi entry ni semalam..

Tuesday, April 26, 2011

Memori dari Kingston.. :)


Assalamualaikum..


Tiba-tiba terjumpa balik cik Kingston yang dah lama hilang.. Banyak dah cik Kingston ni berbakti dengan yana masa zaman degree dulu.. Bila jumpa balik, yana pun proses la isi perut dia..hehehe.. 


Dan.... Yana jumpa balik folder gambar dengan kawan-kawan a.k.a geng masa tiga tahun buat degree di USM.. Tapi sedih sebab tak semua gambar ada, yang selebihnya dalam laptop yang dah rosak tahun lepas..





Rindunye bila tengok gambar-gambar ni semua.. Rasa macam muda remaja balik je..hahaha.. Sangat rindu masa student life zaman degree.. Kuliah, tutorial (PhD dah kurang semua ni), kuiz, test, exam.. Serius cakap, rindu nak masuk dewan exam balik jawab soalan sampai lenguh tangan..


Rindu juga nak merebut naik bas.. hehehe.. (Dah lama tak naik bas), rindu duduk hostel, bertandang bilik kawan-kawan, makan ramai-ramai dalam bilik.. Ramai-ramai jalan kaki pergi pasar malam, stay up late siapkan assignment, study group, field work sambil jalan-jalan (Kitaorang pernah buat field work dari Padang Kota ke Weld Quay sampai ke Komtar hanya dengan berjalan kaki!! Siap kena kejar anjing.. hahaha.. Bila ingat balik, kelakar pula..hehehe)





Rindu juga nak pillow talk sampai 3,4 pagi.. Tergelak kuat sampai kena marah dengan jiran.. huhu.. Ooops.. SORRY, tak sengaja.. hehe.. Kitaorang ni pillow talk sampai lupa esok ada kelas pagi.. Lepas tu mula la, mamai2 dalam kelas.. huhu.. (Sekarang pillow talk dengan hubby je.. hehe)..




Ni la Desassiwa Indah Kembara (IK), USM
yang yana duduk masa degree.. 
Tiga tahun berteduh di sini 
bersama Shila, Ku Nor dan Lin..

Sekarang ni IK dah bertambah 
cantik selepas di renovate sempena APEX





Desassiwa Restu, Saujana dan Tekun, USM..
Yana duduk di Tekun selama setahun
setengah sepanjang menyiapkan 
Master dengan my bff, Nabilah..





Coursemate masa degree.. (Ni pun separuh je)
Mana satu yana? hehehe..

Masa ni hari last final exam tahun 3..
Kitaorang buat BBQ di Tasik Harapan USM..
Separuh kawan-kawan dalam gambar 
ni dah kahwin (Termasuk yana).. hehe..
Malah ada yang dah ada anak pun.. 
Cepatnya masa berjalan kan..hehehe..





Rindu bangat sama Gabby, Nurul dan Ku Nor..
Kitaorang selalu satu group untuk apa-apa tugasan..
Master & PhD kena sorang2 je.. huhu..





Satu geng sejak tahun 1 di USM..
Tiga orang dah kahwin dan dua 
daripadanya dah ada anak pun.. 
Cepatnya masa bejalan kan.. hehe..





RINDU KORANG!!!
Especially Shila.. 
 Shila, kawan yana sejak sekolah..
Masuk U pun sama2.. Duduk pun satu bilik..
Shila antara kawan ketawa dan menangis 
yana masa campus life.. 
Kitaorang ni nak pergi toilet pun
sama-sama sebab dua2 penakut..hehehe..
Baju kurung pun, kitaorang selalu 
share dan tukar2.. hehe.. Tak payah
bawa stock baju kurung banyak2 ke hostel.. hehe


Ku Nor dengan Lin..
Ingat lagi masa kita masak spaghetti guna
rice cooker dalam bilik.. Pagi-pagi dah bangun semangat 
nak masak untuk pergi picnic di feringghi..hehehe..
Ingat juga macam mana kita struggle untuk paper Dr.Andrew..


Ok, ni je gambar yang sesuai.. hehehe




Apa pun, di sinilah tempat yana belajar macam-macam..
Selain ilmu untuk dunia dan akhirat.. Di sini juga la
yana belajar erti persahabatan.. belajar erti berdikari
dan belajar erti tanggungjawab..


Entry takde tajuk lagi..



Peugeot 308













______________________________________________________


Ford Fiesta 2011












Mana yang  bestt...??

Saturday, April 23, 2011

Dinner malam ini...


Assalamualaikum..


Dinner malam ni kitaorang makan bihun bandung.. Selalunya orang buat mee bandung kan.. Tapi yana tak makan sangat mee kuning tu.. So, yana tukarkan dengan bihun.. Encik suami tolong potong-potong.. Yana masak-masak.. hehehe..





Sedang di masak...






Dah siap!! nyam nyam..



~ Kali ni takde resepi sebab belum 
betul-betul pakar buat bihun bandung..hehehe~


Friday, April 22, 2011


Assalamualaikum..


Hari ni, hari yang mengembirakan pada yana..
Alhamdulillah..Thank you ALLAH..



Semoga aku terus menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur.. Ameen..






Friday, April 15, 2011

Port Dickson part.2


Assalamualaikum..


Baru-baru ni yana post kan entry pasal hotel yang best di Port Dickson. Sekarang part 2. mengenai chalet pula di Port Dickson juga. 


Lepas kitaorang check out dari Avillion Admiral Cove Hotel.. Kitaorang check in pula di The Legend Water Chalet dengan tujuan untuk merasai experience duduk chalet di atas laut.. Di hotel, kitaorang mengadap betul-betul ke arah laut.. Di chalet ni, kitaorang tinggal di atas laut pula..




Source: Google






Ni bahagian Lobby dan bilik hotel kalau sape yg
tak nak duduk chalet la..





Source: Google

Pandangan dari atas..
Yana tak pandai nak snap gambar cengini..hehehe






Ni pandangan chalet yang yana snapkan.. 
Macam biasa.. Blur je kan..hehehe..
Semua chalet ni terletak di atas laut.. 
Masa kitaorang pegi ni tak ramai sangat orang
sebab bukan musim cuti kan..
So, agak sunyi....huhu






Buggy ni yang akan bawa kita ke bilik dan ke mana saja..
Nak ke pool, ke lobby, ke cafe (Dalam kawasan hotel je la)..
Call je, buggy ni akan datang ambil..huhu..

Sebabnya, chalet terletak agak jauh..
Tapi kadang-kadang kitaorang jalan juga untuk
menikmati suasana laut di sini..





Laluan ke bilik..






Bilik yang kitaorang ambil ni Deluxe Water Chalet..
RM 340 per night.. Tapi rasanya, yana lagi
suka suasana di Avillion walaupun harganya murah lagi..
Pemandangan laut di Avillion lagi cantik dan bersih berbanding di sini..






Yang bestnye sebab setiap bilik di sini ada jakuzi..
I like... huhuhu..






Solid glass di depan jakuzi ni boleh nampak
laut.. Jangan risau takde orang di bawah..
Yang ada hanya laut dan ikan-ikan..hehehe..






Balkoni yang mengadap ke laut..
Dekat je balkoni ni dengan laut, jelas
dengar bunyi ombak.. Sangat menenangkan..huhu..






Boleh main volleyball, football semua ada di sini..






Kitaorang lepak tepi pool je..
Encik suami je yang terjun dalam pool ni..
Tau tak yana ni penakut air walaupun hanya
pool yang cetek.. Hahaha.. Takat jakuzi je la level yana ni..
Masa kat PD ni pun, encik suami ajak snorkeling..
Oh tidak.. jangan harap yana nak buat aktiviti tu.. hehehe..






Melihat laut adalah antara perkara yang apabila kita
melihatnya ia mendatangkan pahala..
Melihat laut sambil memuji kebesaranNya..






Makan time!!!





 Untuk breakfast makan ringan2 je..






I love croissant! Sangat sedapp..
Apple pie tu pun sedapp juga
campur dengan beef dan tuna yang di salai..





Untuk lunch di cafe hotel juga.. Kitaorang ambil buffet
Yana gabungkan local food dan western..hehehe..
Beriani ayam dan pasta bolognese..
Kurma ayam dia besstt!! Tapi,
bolognese sauce dia agak masam..





Untuk dinner kitaorang cari ikan bakar di
food court Majlis Perbandaran PD..
Ikan bakar di situ agak famous.. 
4 SETENGAH bintang la yana bagi untuk ikan bakar dia..



Kesimpulannya, best juga percutian di sini..
Cuma laut di bahagian sini kurang cantik.. huhu..



Next trip kitaorang bercadang nak ke
The Legend International Water Homes pula..
Water homes ni sebelah je dengan water chalet..




Kitaorang tak perasan kewujudan water homes ni..
Kitaorang booking chalet online je.. Bila datang sini baru
tau The Legend ada water homes juga..





Sape nak merasa private pool yang mengadap laut,
boleh la ke water homes ni.. Orang penakut
air macam yana ni memang elok la dengan private pool.. huhu..


__________________________________________

Tamat la sudah percutian sambil bekerja..
Masa untuk balik dan memulakan kerja serta 
menulis lagi dan lagi untuk tesis.. adehh..