Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, June 26, 2011

Home Sweet Home..


Rabbit yana dulu kena curi dengan cage sekali.. Baru sebulan je pakai cage baru tu.. Geram tol.. Rabbit yg baru kitaorang beli sebagai ganti duduk dalam cage yg kecik je.. Tapi cepatnya diaorang dah besar.. Kalau dalam cage kecik tu memang boleh gerak setapak dua je la.. Kecian kat diaorang..


So, yana belikan cage baru yg besar..huhu.. Nak berlari pun boleh.. Tujuan beli yg besar2 gitu, untuk keselesaan dan boleh guna sampai rabbit beranak pinak.. hehe..




Umah baru Miko & Miki.. 
Jangan hilang lagi udah ler yer.. huhu..


Saturday, June 25, 2011

Weekend Special :)


Assalamualaikum..

Lamanya tak menjengah blog ini.. Lama ke? huhu.. Petang tadi encik suami datang ambil isterinya yg di rindui.. hehe.. Miss u too syg..!! Kitaorang pun pegi makan dulu sebab dua2 orang belum makan.. Terus yana request nak sushi!! Tak tau la kenapa seminggu dua ni selera lebih kepada Japanese food.. (mengidam ke?) huhu.. Nak kena belajar buat sushi ni.. :)


Kitaorang terus ke 1st Avenue untuk makan dan yana pun nak beli barang sikit.. 



Egg Mayo..




Yakiniku - Fried beef.. Love it!!




Salmon Nishoku.. 




Sape yg suka Japanese food mesti suka
benda alah ni.. hehe.. Chuka Lidako.. 
Sotong yg sedap dan manis..




Yakitori Negimiso.. Grilled chicken




Sakana Black Pepper..
Deep fried dory fish in black pepper sauce..




Yakiniku don.. Steamed rice with pan fried beef..



Dah kenyang, dah beli barang yana teman encik suami gunting
rambut di i-Avenue.. Sebulan dua ni memang encik suami
sangat busy sampai tak sempatnak g salon..
Rambut dah agak panjang..




Rambut baru.. encem tak? huhuhu..


Ok, sudah dengan entry ntah apa2.. Takde idea tapi rindu 
nak menulis di blog.. So, tulis je la kan.. hehe..


~Biological clock yana dah kacau.. 12:35am pun mata segar lagi..huhu..


Sunday, June 19, 2011

Sahabat


Assalamualaikum..


When you win, i will proudly tell the world, "Hey! that's my friend"
But, when you loose.. I will sit by your side,
Hold your hand and say, "Hey! I am your friend.."




Nasihat Imam Syafie dalam soal persahabatan..

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku.. seakan-akan aku mencintai saudaraku.. Sahabat yg baik adalah yg sering sejalan denganku dan yg menjaga nama baikku.. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yg tidak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.."



Imam Ghazali berpesan..

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.."



Saidina Ali berkata..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.."



Hadith Riwayat Abu Daud..

"Sahabat yg salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya.. Dan sahabat yg jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya.."



Friendship isn't about whom you have known the longest, 
who came first or who cares the best.. 
It's all about WHO CAME and NEVER LEFT..




ps: kecewa dgn seorg sahabat yg dah dianggap mcm saudara sendiri, terima ksh atas segalanya.. Hanya mak dan encik suami sahabat terbaik dunia akhirat..

Friday, June 17, 2011

I am 26..


Assalamualaikum..

Lamanya rasa yana tak masak.. hehe.. Semuanya di sebabkan kesibukan amat.. huhu.. Ikutkan, hari ni pun tak plan nak masak sebabnya yana dan en.suami nak lunch di Japanese restaurant Park Avenue Hotel sempena birthday yana semalam. huhu.. Rasa dah makin tua pula.. huhu.. Kitaorang celebrate hari ni sebab semalam hari keje.. Setelah mencari sana sini info-info, jumpa juga restoran Jepun yg halal di sini..


Tapi.. Tiba2 pagi ni ada break down dan en.suami kena pergi site. Atas sebab itu, kena tukar plan untuk ke Park Avenue malam ni.. So, lunch yana masak.. Masak ala kadar je untuk kitaorang berdua sebab malam dinner luar..




Ayam masak kicap pedas.. Ni fav adik2 yana..






Gulai kawah jantung pisang (tapi tak masak la dlm kawah.. hehe)
Rempah gulai kawah ni MIL yana bagi masa balik Terengganu dulu..
Gulai kawah dari Pantai Timur memang sangattt sedap..
Jantung pisang ni pula ambil dari pokok pisang yg 
arwah abah tanam di kampung..



Tu je yana masak untuk lunch.. Simple ya amat kan.. hehehe.. Dinner malam ni tak sabarnya orang mengidam nak makan sushi dengan salmon soba!! TQ sayang..



Wednesday, June 15, 2011




"Dan demikianlah keadaan hari-hari 
(kejayaan dan kesedihan) 
Kami pergilirkan di antara manusia
(supaya menjadi pengajaran)"

Ali Imran:140


Sunday, June 12, 2011

Anak Melayu pertama menjadi pensyarah di Universiti Oxford

Dr. Afifi Al-Akiti adalah anak melayu pertama menjadi 
fellow dan pensyarah di Universiti Oxford. Beliau seorang pensyarah 
dalam bidang Pengajian Islam di Universiti tersebut. 
Beliau juga boleh menguasai 7 bahasa. 

Yana suka salah satu dari ayat beliau..  

"Tanpa pengorbanan kita tak akan dapat berada di mana kita mahu berada.."


Semoga kita dapat mencontohi kejayaan beliau.. InsyaAllah..


Saturday, June 11, 2011

Miki oh miki...


Assalamualaikum..


Seminggu dua ni macam-macam betul kena buat. Tak menang tangan dibuatnya.. Dalam sibuk macam ni, rabbit kesayangan yana si Miki jatuh sakit pula. Dahla kitaorang takde lagi pengalaman menguruskan pet yang sakit. Kalut juga la jadinya.. huhu. Mujur juga encik suami dah balik dari Perlis. Kalau yana sorang panik juga..






Kesian miki, dia kena diarrhea sampai demam.
Itu yang yana selimutkan dia.. Dah tak aktif, makan 
pun tak nak.. Kalau tak, sakan berlari sana sini..
Diarrhea adalah antara peyakit paling bahaya 
untuk rabbit.. Lagi2 untuk yang berumur 6 bulan ke bawah..
Itu yg yana risau sangat sebab miki baru umur sebulan..


Macam mana boleh kena diarrhea pun tak tau la..
Yana jaga makan dia, hanya bg rumput alfafa je..
Jenis premium lagi.. Sayur2 basah memang tak bagi..
Tapi, miki kena diarrhea juga.. adoiyai..








Kesian miki kecik2 dah kena makan macam2 ubat..
Pil chi kit teck aun je yang takde.. huhu
Get well soon ye miki...


 Ok, dah 1.30 am.. Mata dah berat, yana nak tido..
Setelah seminggu tido sorang2, hari ni tak lagi.. huhu.


Thursday, June 9, 2011


Assalamualaikum...

Masa menulis ni yana ada di Penang dan encik suami ada di Perlis.. Sejak Isnin lagi atas urusan kerja. Rindunyeeee kat encik suami.. 


Ingat masa yana masih bersekolah dulu bila ada saudara yg mengadu rindu pada suami yg jauh di mata. Yana yg masih berhingus masa tu pun terfikir kenapa nak rindu sampai sedih2. Sekarang, bila diri sendiri dah bersuami, baru tahu macam mana rasa rindu bila berjauhan dengan suami sendiri.. huhu.. Dari Isnin sampai Jumaat ni je pun dah rasa rindu sangattt.. huhuhu.


Takpe b, kita sama2 redha sesekali berjauhan atas tuntutan kerja untuk mencari nafkah pada keluarga.. Semoga bertambah murah rezeki dariNya.. insyaAllah.. Tahan kejap rindu tu.. huhu


Seperti firman Allah s.w.t mengenai kewajipan memberi nafkah oleh suami kepada isteri..



الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ  


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. (An-Nisa' : 34)


Tuesday, June 7, 2011

Pesanan untuk pengantin lama dan baru..


Assalamualaikum..

Ramai yang baru melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ni. Kawan yana je dekat 4 orang yg telah selamat di ijabkabulkan weekend baru ni.. Tahniah yana ucapkan dan semoga berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah..


Artikel di bawah sangat sesuai untuk bacaan pengantin baru dan lama.. Para isteri, semoga kita sama2 menjadi isteri solehah penyejuk di mata dan penawar di hati suami.. insyaAllah..





RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.


Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..


Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.


Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.





 
Tiada yang indah...!!!

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya, Jadilah anak yang soleh dan solehah.


Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya, Usahalah sehingga berjaya.


Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid, Jadilah syuhada' fisabilillah


Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya, Hindari diri dari mengkhianati


Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia, Wujudkanlah keluarga bahagia


Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan, Jadilah kawan yang baik


Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat, Carilah ilmu yang berkat

 
Tiada apa yang indah, Ingatlah...;


Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.


Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuba kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.


Sumber: ikutsukaakuisa.com