Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, July 26, 2011

Laksa Hadyai Alor Setar


Assalamualaikum..

Jumaat ni yana dan suami dah nak berpindah ke KL. Cedihnya nak tinggalkan Kedah.. huhu.. Sebelum tu, yana nak kenalkan sejenis laksa yg sangat sedapppp di Kedah ni.. Kalau di Penang famous dengan laksa janggus di Balik Pulau, Perlis pula famous dengan laksa belut, Kedah ni pula selain laksa Teluk Kechai, ia famous juga dengan laksa hadyai. Nanti di KL tak boleh dah nak makan laksa ni.. hehehe..


Apa yang unik dengan laksa ni ialah kuahnya adalah kuah lemak kuning ikan kembung dan dimakan dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Yana dengan encik suami memang suka makan ulam. Bertambah suka la dengan laksa ni bila sayur2nya semua ulam-ulam je.




Noriah Laksa Hadyai dekat dengan
kompleks PKNK Alor Setar..
RM3 je sebungkus..





Ni la laksanya.. Laksa halus2 je dan kuah
lemaknya dengan isi ikan kembung hancur 
memang TERBAEK!! 





Inilah yg paling besttt.. Setalam
ulam-ulam yg dimakan dengan laksa ni.
Pucuk janggus, ulam raja, daun selom, 
taugeh, hirisan mangga, timun..
Macam2 lagi la..


Unikkan laksa ni..
Yang penting sedappp sangat..
Kalau datang Alor Setar janggan lupa singgah
pekena laksa hadyai ni ye.. :)



Sunday, July 24, 2011

Pindah lagi part.2


Assalamualaikum..

Akibat last minit dapat tau encik suami transfer ke KL, yana dan encik suami dengan kalutnya mencari rumah di sana. Setelah seminggu mencari, Alhamdulillah dengan bantuan Allah kami dapat juga rumah yg sangat selesa..


Pengalaman mencari rumah sewa di tengah2 ibu kota memang sangat mencabar.. huhu.. Tambahan pula, kami bukan lah familiar sangat dengan kawasan di KL nun.. Rumah yg bakal kami duduki ni sebenarnya last choice sebab agak jauh dari ofis encik suami.. Masa kitaorang masih mencari rumah, dalam 2,3 rumah kitaorang dah pegi. Ada yg 5 minit je lagi nak kata setuju rumah tu dah dibooking orang lain. Ada yg kitaorang dah suka sangat2 tapi call agent tak dapat2.. Ada yg owner tak izinkan ada pet dalam kondo nya.. Akhirnya, kitaorang ke rumah yg menjadi last choice tu juga.. Dari situasi ni, yana belajar sesuatu.. Kalau dah memang tu rezeki utk kita.. Memang ia akan jadi milik kita juga. Kalau bukan rezeki kita, macam mana pun ia tak akan jadi milik kita.


Weekend depan dah nak pindah ke sana. Walaupun yana risau KL agak jauh dari mak dan adik2 di Kedah, tapi dengan izin dan redha mak insyaAllah semuanya ok. Yana dan encik suami pun dah bawa mak dan adik2 ke rumah sana baru-baru ni. Weekend depan, PIL pula akan datang ke sana. Kitaorang dah macam orang nomad je asyik pindah randah.. huhu.. Tapi dah ini rezeki untuk kami, alhamdulillah..




Dari taman budiman ke alam budiman pula.. huhu.
Letihnya pindah randah ni.. adehh..

Sunday, July 17, 2011

Dari Kedah ke Kuala Lumpur


DI SUATU PAGI...

" Syg.. ada news nak bagitau ni"
"Apa tu b? Good news ke bad news?"
"Good news, tapi mungkin juga bad news.."
"Apa tu b? suspen je rasa.."
" B kena transfer ke KL"
"Ooo.. ingatkan apa la.. (sambil pening2 lalat..)
"APA?? TRANSFER KE KL?? Betul ke b?" sambil ku termanggu2




"Kenapa tiba2 kena ke KL? Baru sangat kita di Kedah ni"
"Sebab kenaikan pangkat.. kena hantar ke HQ"
"Alhamdulillah.. congrats bb.. Bila kita nak ke sana?"
"1st Ogos dah nak kena lapor diri.. Sebelum tu dah nak kena pegi sana"
"HAAA... 2 minggu je lg.." Terkejut utk kali keduanya..
"Sempat ke b nak cari rumah lagi, nak packing lg"
"Weekend ni kita g KL, kita survey rumah... 
Packing2 kita upah Movers Malaysia senang keje..hehe"


Alhamdulillah.. Rezeki yg tak terduga Allah hadiahkan.
Cuma masih risau akan keluarga di Kedah..
Semoga Allah permudahkan segalanya.. ameen..


Wednesday, July 13, 2011

Outing with my dear fren


Assalamualaikum..

Semalam lepas selesaikan tugasan yana pun mengambil kesempatan outing dengan my beloved fren nabila.. Nabila sahabat yana dari sekolah lagi. Cuma masa degree kitaorang berpisah sebab dia buat degree di UNITEN dan yana di Usm. Tak sangka jodoh menemukan kitaorang semula masa sambung Master. Cewahh.. Kitaorang satu bilik lagi di Usm.. Serius cakap, rindu sangat dengan dia. Dekat setahun jugala kitaorang tak jumpa lepas habis belajar. Tapi memandangkan masa yang terhad semalam, dapat jumpa kejap je.. huhu.. Sempat kitaorang makan2 sambil borak2 je.. 

Ingat lagi masa study dulu, ni la keje kitaorang bila masa free.. Borak2+ makan2+ shopping.. Kitaorang punya banyak minat yg sama.. Suka tengok wayang especially horror movie (Bila balik hostel nak g toilet pun jadi takut.. tengok lagi cite mcm tu..hehe), Kitaorang suka sgt dengan apa saja skincare yg bagus2 (kitaorang pernah share duit utk beli sebotol SK11 essence. Student takde duit lagi, tp nak juga kenala share.. hehe), Sangat suka facial (bila ada duit, berjam2 kitaorang habiskan masa di Skin Renew dan nabila la yg teman yana sepanjang mcm2 treatment sebelum kahwin dulu.. tq nabs), Kitaorang tak suka toilet yg kotor (pernah kami sama2 dgn makcik cleaner membasuh toilet.. Eeeuuwww.. tau2 je la toilet hostel kan.. hukhuk), paling best kitaorang sama2 peminat Japanese & Italian food. Sushi King & Pasta Mania la tempat kitaorang dulu.. huhu..


Owhh.. Habis dah mengimbas kenangan.. hehe.. Nabila antara sahabat yg susah senang bersama yana sejak sekolah lagi.. Sekarang yana dah pun jadi isteri orang dan Nabila pun dua bulan lagi bakal menjadi isteri orang juga.. Tapi, kitaorang masih sama2 berusaha utk mengejar impian mencapai cita2. Nabila juga dalam proses utk menyambung pengajian ke peringkat PhD dengan yana.. Yeaayyy!! Semoga kita sama2 dpt menggapai impian itu. InsyaAllah.. Saya syg awak nabs..




Nabs & Ems.. ;)




Kitaorang sempat makan2 + borak2 je.. Jadila..
Next time pula.. hehe.. Nanti bila awk dah kahwin, 
kita plan naik cruise.. sekali dgn hubby masing2.. wahhh best2!!
Friendship isn't about whom you have known the longest, 
who came first or who cares the best. 
Its all about who came and never left.  
♥ ♥ ♥
 

Saturday, July 9, 2011

Dinner: Paprik


Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada sahabat tanya resepi paprik.. Kebetulan 
dinner malam tu yana buat paprik.. Tu antara menu 
bila malas nak masak banyak2.. 
Sebab paprik campur je semua.. hehe.. 






Yana buat paprik campur tapi bahan tak cukup..
Korang tambah2 la sendiri bahan2 yg disenaraikan ni..


Bahan-bahan:

Ayam
Daging
Udang
Bawang besar 1 labu
(dipotong bulat)
Carrot (dipotong memanjang)
Kobis bunga
Kacang panjang
Daun limau purut
Cili api (diketuk)
Sos tiram
Kicap manis
Gula + Garam


Cara-Caranya:

1. Ayam dan daging digoreng dulu
2. Di kuali asing, tumis bawang besar
3. Masukkan daging dan ayam yg digoreng tadi
4. Masukkan carrot + Kobis bunga
5. Masukkan sos tiram + Kicap manis + air
6. Masukkan udang + Kacang panjang 
(Udang jangan masak lama sangat)
7. Masuk pula cili api yg diketuk + daun limau purut
8. Bahan wajib gula + garam janga lupa pula..

SIAP!!


Tuesday, July 5, 2011



TOLONG JANGAN TANYA SAYA SOALAN ITU LAGI!!!!
SAYA DAH TERLALU LETIH NAK MENJAWAB..
TAU TAK, SETIAP KALI DIAJUKAN SOALAN TU,
HATI YG MASIH TERLUKA BERDARAH KEMBALI!!
YE.. SAYA MENGAKU MEMANG SAYA SENSITIF BILA
BERKAITAN DENGAN PERKARA TU.. 
SEBAB, SAYA SENDIRI TAK ADA JAWAPAN NAK DIBERI..


SEMUA TU TAKDIR UNTUK SAYA..
BELUM REZEKI SAYA DAN SUAMI.. 
SAYA PERCAYA ALLAH LEBIH TAHU APA YG TERBAIK..
SAYA DAN SUAMI REDHA DAN KAMI TAK PERNAH BERPUTUS ASA..
SAYA BAHAGIA WALAU HANYA BERDUA BERSAMA SUAMI..
SAYA BERSYUKUR DIKURNIAKAN SEORANG SUAMI YG TERBAIK..
SAYA BERSYUKUR MEMPUNYAI KELURGA DAN MERTUA YG SANGAT MEMAHAMI..


TERIMA KASIH PADA MEREKA2 YG SANGAT MENGAMBIL BERAT
CUMA, SAYA POHON SUSUNLAH BAHASA
DENGAN BAIK BILA BERTANYA SOALAN SEBEGITU DENGAN INSAN2
SEPERTI SAYA.. CUBA KAMU DI TEMPAT SAYA,
APA AGAKNYA KAMU RASA JIKA DIPERLAKUKAN BEGINI?
SAYA MAAFKAN KAMU, CUMA DARI BERCAKAP PERKARA YG
BOLEH MENYAKITKAN HATI ORANG.. 
LEBIH BAIK KAMU DOAKAN SAYA..





ps: thn ni ramai sedara beranak pinak.. siapla masa raya nt akan dgrla pelbagai soalan, pelbagai perbandingan.. wahai hati, KUATLAH!! KUATLAH!!

Friday, July 1, 2011

Musim udang Makan udang :)


Assalamualaikum..

Sekarang ni musim udang agaknya di Kedah.. Merata tempat orang jual macam2 jenis udang.. Harga jangan cakap la.. Murah berganda.. Sempena weekend ni pula, berkesempatan yana nak masak untuk encik suami memandangkan kitaorang tak plan nak g mana kecuali tengok Transformers 3 malam ni!! Mujur kitaorang beli tiket awal.. Kalau tak dapat seat depan sekali la jawabnya.. 



Lamanya tak makan udang lipan ni.. Orang utara panggil udang ketak.. Isi udang ni sangat sedappp.. Macam rasa isi ketam. Tapi kena pandai proses sebab kulitnya keras dan tajam.  Tak susah pun, potong je kaki2 udang dan gunting bahagian tepi yang tajam tu. Udang ni tak boleh makan kerap2 sebab high cholestrol.. huhu.. Tak bagus untuk kesihatan ye.. Tapi, sape yg tak suka seafood kan? Cuma pandai2 la kawal makan tu ye..

 
Orait, nak masak apa ye udang lipan ni? Encik suami request gulai lemak cili api pedasss punya.. hehe..


 Gulai Lemak Cili Api Udang Lipan..



Ni la rupa paras udang lipan tu..
 Source: Mr.Google



Udang Laut pun kitaorang borong..
Dahla besar2 udangnye.. Nak masak apa pula ye.. 
Selalunya orang perempuan la pening pikir nak masak apa kan..huhu





Udang masak halia.. 
Hambek serai berlonggok2.. hehe
Ni memang fav encik suami..



Lepas tu yana nak try buat Butter Prawn..
Memang tak pernah cuba buat..
Google resepi, siap tengok di Youtube lagi.. hehe..



Ini lah hasilnya.. BERJAYA!!
Terima kasih pada yg telah share resepi butter prawn nye..
Lepas ni boleh buat lagi untuk adik2 yana pula..



Banyaknye masak udang.. huhu.. 
Butter prawn ni kitaorang ratah2 je..