Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 25, 2011




ALHAMDULILLAH... 
Universiti Malaya.. Yg suatu ketika dahulu memang
yana nak sangat menjadi sebahagian dari warganya,
telah menjadi kenyataan.. Semoga yana dapat
terus menimba ilmu dan berbakti di sini.. insyaAllah..
Syukur atas hadiah dariMu ya Allah..


Wednesday, August 24, 2011

Dari sudut hati...


Salam Ramadhan..

Kita dah menjengah ke hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini.. Pencarian Lailatul Qadar pun bermula.. Sedar tak sedar berapa hari je lagi syawal akan menjelma.. Yana agak sedih apabila di hujung-hujung Ramadhan ini.. Bila difikirkan, Apakah aku memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaiknya? Apakah aku layak merayakan Aidilfitri? Semoga segala amal ibadat kita di bulan ini akan diterima olehNya dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan seterusnya.. InsyaAllah.


Terus terang dari hati, sejak tahun lepas yana tak happy pun macam orang lain setiap kali tibanya Aidilfitri.. Mungkin kerana arwah abah tidak lagi bersama kami di hari raya. Mungkin juga keadaan yg tak selesa pada yana apabila perlu mendengar pelbagai soalan, pelbagai nasihat (ermm.. barangkali) dari mereka2 yg sangatla mengambil berat.. haihh.. Bunyi yg kedua tu macam ntah pe2 je kan.. Tapi siapa yg duduk di tempat yana taulah macam mana rasa dan keadaannya.. Yana sangat terbuka untuk menjawab pelbagai soalan yg baik2.. Tapi agak terluka bila dengar cemuhan dan soalan yg seolah2 mempersoalkan takdir seseorang.. 






Tapi, yana cuba faham tipikal melayu kita memang macam tu.. Siap sedia je la menahan telinga dan kuatkan hati. Tambahan pula tahun ni ramai saudara yana yg menimang cahaya mata. Yana tumpang gembira bagi mereka. Bertambah ahli keluarga kitaorang. Cumanya, yana perlu bersiap sedia untuk dibanding2kan. Alangkah bagus kalau semua orang sedar bahawa setiap rezeki kita tidak sama. Alangkah bagus kalau mereka ingat kembali apa itu qada dan qadar Allah. Mungkin belum lagi rezeki anak untuk kami. Tapi, rezeki lain Allah hadiahkan dulu.. Alhamdulillah kami sangat2 bersyukur padaNya.


Yana sendiri tak minta untuk berada dalam situasi ini. Tapi, ini takdir untuk yana dan suami. Kami redha, kami bahagia berdua malah kami tak pernah berputus asa. Kami tahu bahawa Allah merancang sesuatu yg lebih baik untuk kami. Bersangka baiklah pada Allah..


Apa yang membahagiakan yana di pagi raya hanyalah adanya suami, mak, mertua dan adik2 yana. Walaupun belum tentu yana layak meraikan Aidilfitri.. Merekalah insan-insan hebat yang sentiasa memahami, menyokong, memberi semangat yang tak pernah putus pada yana. Aidilfitri kali ini adalah yang ketiga yana bersama suami. Yana bersyukur masih terus merasai nikmatnya Ramadhan dan Syawal bersama suami. Yana bersyukur dapat mengucup tangan suami di pagi raya.




Kalaulah diaorang semua tau blog yana dan kenal siapa yana. Yana nak tegaskan disini.. Yana dan suami TAK TAHU dan tak ada jawapan kenapa semua ni berlaku. Apa yg kami fikirkan hanyalah semua ni takdir untuk kami. Mungkin kami masih belum bersedia tanpa kami sedar, mungkin ada yg lebih baik Allah rancangkan untuk kami. Siapa tahu.. Semua ini rahsia Allah dan kami yakin ada hikmah yg menanti. Malah kami sangat bahagia walaupun masih berdua. Suami yana sentiasa pastikan yana gembira. Sentiasa berada di sisi saat yana memerlukan.. Yana bersyukur dikurniakan suami yg sangat baik, memahami dan penyayang. Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini..



Semoga hati ini kuat dan tak pedulikan cakap2 orang yg tak masuk akal. Dari bercakap perkara yg sia2, lebih baik kalian mendoakan yana. Semoga Aidilftri akan datang dapat yana dan suami meraikan bersama permata hati kami. amenn.. Mungkin seorang, mungkin dua.. Ramai juga yg mendoakan yana mendapat twin.. Terima kasih pada mereka.. Semoga doa kalian dimakbulkanNya..


Apa pun, lebih baik fokuskan pada Ramadhan. Aidilfitri bagi yana adalah untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yg berjaya..  Aidilfitri adalah untuk mereka yang mengisi Ramadhan dengan amal ibadat. Aidilfitri wujud untuk mereka yg menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada bulan yg lain.. 

Itulah Aidlifitri.. 


Walaupun pelbagai persoalan bermain difikiran.. Apakah aku telah mengisi Ramadhan ini dengan sebaiknya? Apakah aku telah telah menghidupkan Ramadhan dengan bersungguh2?


Ramadhan masih berbaki, yana rasa masih punya masa untuk kita berusaha memasukkan diri kita di antara mereka yg layak meraikan Aidilfitri.. Renung kembali pada beberapa hari Ramadhan sebelum ini.. Apa yg telah kita manfaatkan.. 

Sama-samalah kita muhasabah diri..




10 Malam terakhir ini, marilah kita sama manfaatkannya
untuk mencari Lailatul Qadar..


 Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. 
[H.R Bukhari dan Muslim]


                    Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai 
syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :


“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail."


Thursday, August 18, 2011

Berbuka di Hadramawt


Assalamualaikum..

Tinggal lagi hampir dua minggu syawal akan menjelma.. Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita.. Apa amalan yang kita dah lakukan sepanjang bulan yg mulia ni? Adakah kita memanfaatkan bulan ini atau membiarkan ia berlalu begitu saja.. 


Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang ketiga yana bersama suami. Bersahur, berbuka, bertarawikh bersama.. Alhamdulillah.. Semoga akan terus dapat menjalani ibadah ini bersama di ramadhan akan datang.. Ramadhan kali ini juga yana berjauhan dari mak dan adik-adik. Rindu sangat pada mereka, rindu nak berbuka bersama.. Tapi, atas tuntutan kerja suami.. Yana tahan kejap rasa rindu tu. InsyaAllah, dua tiga hari sebelum syawal dapat berpuasa, berbuka dan bertarawikh dengan mereka juga..


Ok la, bulan puasa ni yana tak update sangat pasal makan-makan ni.. Tak manis pula rasanya.. Cuma kali ni yana rasa nak tulis untuk suggestkan satu tempat makan untuk berbuka yang menarik di KL.


Menikmati masakan Arab masa berbuka sangat best. Kalau berbuka buffet di hotel-hotel, menunya hampir sama di mana2 pun. Tapi, di Hadramawt, dapat menikmati masakan Arab dan Yemeni yang sangat sedappp!!





Hadramawt terdapat di KL dan Johor Bahru sahaja..
Di KL, Hadramawt terletak di Jalan Raja Chulan.
Depan je dengan Pavillion..

Di Hadramawt memang 100% masakannya dari tangan
orang Arab sendiri. Dari chef, waiter, cashier semuanya orang Arab..




Source: Google

Jangan lupa booking dulu, kalau tak memang 
tak boleh la nak bebuka di sini sebab sentiasa full..











Masa melangkah masuk ke dalam Hadramawt ni, memang kagum dengan
interiornya yang cantik ala timur tengah.. Masa menunggu ni dah boleh 
bau beriani Arab.. sedapnyeeeeee...


Tibalah waktu berbuka...



Ni yana punya.. hehe.. beriani Arab dengan
ayam panggang dan daging kambing panggang
serta salad.. Yana ni tak minat sangat dengan daging..
Tapi, takpela sesekali makan.. hehe..




Ni encik suami punya.. beriani Arab dengan 
daging kambing panggang, ayam bakar, 
dalca bendi dan makaroni cheese rempah..
Memang sedappp.. 
Beriani Arab memang tiada tandingan..



Dah habis makan ni, kitaorang pegi solat Maghrib dulu
sementara tunggu semua tu dihadam dulu.. 
Di sini, ada surau yang disediakan..




Lepas tu encik suami menikmati roti nan
dengan daging kambing panggang
dan kari ayam serta salad.. yummy..




Yana tak tau apa namanya roti tu..
Tapi serius cakap sedapppppppp ya amat..
Nampak macam roti, tapi bila masuk mulut..
Wahhh.. macam makan kek je.. 
Lembut dan agak manis..
Rasa tak cukup je 4 ketul.. huhu..
Roti ni di nikmati dengan dadih..
Dadih ni susu kambing tapi
macam ada herbs dalamnya..




Lastly... of course la fruits kan..
Makan dengan dadih lagi.. Yang
warna krim tu yang macam dadih di atas..
Yang warna putih tu dadih pure susu kambing..
1st time rasa.. sedap juga..




Teh Arab.. errr... agak pahit.. hukhuk
Tapi bagus untuk penghadaman kita..



Ok la.. masa untuk membayar dan balik..
Dah habis makan, masa untuk bertarawikh pula..




Maaf kebanyakan gambar kurang clear.
Hasil si Legend ni je pun.. hehe..


Ok, maklumat lanjut mengenai Hadramawt boleh layari
web nya di sini


Makan-makan juga.. Tapi,
jangan sampai amal ibadah terabai..
Tingkatkan amal ibadah di bulan ini..
Bukan naikkan kg je tau..


Selamat Berpuasa..


Friday, August 12, 2011

ABAH..

mo
Assalamualaikum..


Semalam 12hb Ogos 2011 genap dua tahun pemergian abah yana ke rahmatullah.. Rasa macam masih baru je abah tinggalkan kami sekeluarga.. Masih jelas terbayang wajah abah di mata ni, masih jelas terdengar suara abah di telinga ni.. Rasa rindu pada abah memang tak tertanggung.. Tapi, yana sekeluarga redha kerana Allah lebih sayangkan abah..


Masih teringat sehari sebelum pemergian abah, bersyukur kerana yana ada di kampung masa tu. Dapat yana berbual-bual dengan abah, masakkan gulai ayam pada abah.. Malam tu yana di dapur masak bersama-sama abah.. Abah memang cekap di dapur. Segala ilmu masakan yang yana tahu hari ni, gurunya adalah abah..


Ingat lagi masa yana berumur 10 tahun, yana dah di ajar untuk siangkan ikan dan ayam.. Yana yang nakal masa tu, memang memberontak tak nak buat kerja dapur.. Tapi, abah sabar dan terus ajar yana sampai la yana boleh memasak.. Macam tu juga dengan belajar bawa kereta, abah juga yang bertungkus lumus ajar yana sampai dah boleh bawa kereta sampai ke KL..

Kalau nak dihitung dan diceritakan jasa ibu dan ayah kita, memang tak terhitung banyaknya. Takde apa dalam dunia ni yang boleh dibandingkan dengan jasa mereka pada kita.. Berbaktilah pada ibu dan ayah selagi mereka ada..


Yana ingat pesan abah sejak dari yana kecik lagi..

"Abah tak minta anak2 abah bagi duit banyak2 pada abah. Abah nak anak2 abah belajar tinggi, dapat ijazah, keje bagus2.. Semua tu bukan untuk abah, tapi untuk kesenangan masa depan hampa juga.."
(hampa adalah bahasa utara, maksudnya kamu)


Masa yana kecik2, abah selalu bawa yana dan adik2 ke USM bila ada majlis konvokesyen.. Abah selalu cakap.. 

"Teringin tak nak pakai jubah tu? Abah nak tengok anak2 abah pakai jubah tu, jalan atas karpet tu.."

 
Masa abah nak menjalani bypass di Adventist Hospital pun abah pesan benda yang sama pada yana dan adik2.. Alhamdulillah, abah sempat tengok yana sarungkan jubah konvo masa grad degree dulu.. Yana ingat lagi, masa kami cuba sarungkan jubah di rumah.. Terpancar rasa puas dan gembira di wajah abah.. Senyuman tak lekang di wajah abah..


Cuma abah tak sempat tengok yana grad untuk Ijazah Sarjana..

Abah.. semangat dan pesan abah lah yang mendorong yana sampai ke peringkat sekarang.. Banyak cabaran yang yana lalui sepanjang masih bergelar pelajar, tapi bila ingat akan pesan abah, yana bangun semula.. Yana janji akan habiskan pengajian hingga akhirnya.. Yana janji akan dapatkan tittle dr untuk abah.. Terima Kasih abah..




Allahyarham Taha Hsni Hj. Zaini
1.1.1954 - 12.8.2009
AL-FATIHAH..


Semoga abah tenang dan aman di sana..
Semoga roh abah bersama orang2 beriman..
Ameen..


Monday, August 8, 2011

Whisk: RVC & Macarons...


Assalamualaikum..


Dah lama teringin nak merasai kelazatan Red Velvet Cake yg sangat famous sekarang.. hehe.. Akhirnya dah jumpa satu bakery yang mempunyai RVC yang sangat sedap.. Mana lagi kalau bukan di Whisk Empire Subang.. Yummyyy...


Kenapa orang perempuan suka makan kek dan manisan ye? huhu


Tapi kek ni tak boleh makan selalu.. 3,4 bulan sekali cukup la kot.. hehe.. Kalau tak kena kencing manis baru tau.. hehe.. Badan pun nanti jadi bam bam pula.. adehh..




Merahnyaaa.. [tu pewarna je] tambah pula
dengan creme cheese... memang la sedappp..
tapi.. sungguh tak sihat..hehehe.. sesekali takpela kan..
Di Whisk, RVC ni RM11.90 satu slice..



Gambar2 di bawah semuaMr.Google yg bagi.. 
Yana tak sempat snap apa2 masa pegi sini sebab
mengejar waktu nak berbuka masa ni..



Whisk Empire Subang..



Macarons pun ada di Whisk dan memang sedappp..
5 biji rm10 je..









yummmmyyyyy...


Pegila Empire Subang kalau nak rasa keenakan Si Baldu Merah 
dengan Macarons ni.. Owner Whisk ni orang melayu.. 
Semua kek hasil tangan family diaorang sendiri..


Ok, la.. Sudah nak tidoo.. Esok bangun awal nak sahur..


Saturday, August 6, 2011

Pindah Rumah Lagi... ~ Final


Assalamualaikum..

Seminggu lamanya tak mengupdate.. Lama la sangat kan.. huhu.. Yana dan encik suami sangat2 sibuk dengan urusan pindah memindah ni.. Alhamdulillah, semuanya dah hampir selesai.. Semua barang2 dah susun, air cond, astro, unifi, coway semua dah pasang.. Legaaaa... hehehe..


Terima kasih pada mak dan adik2 yana serta mertua dan adik2 ipar sebab semuanya  turun membantu.. Thank you so much.. Sambil2 kemas2 rumah, kitaorang sambil2 pusing2 KL.. Sempat juga mak yana beli kain pasang untuk raya ni di jalan TAR.. 


Dari Taman Budiman di Alor Setar ke Taman Alam Budiman Shah Alam.. Kitaorang ni memang berjodoh betul dengan perkataan Budiman tu.. hehe..









(Semua gambar ni yana Google je.. Malas nak snap gambar.. 
Letih puasa.. huhu)



Taman ni dalam area baru di Shah Alam, kalau nak ke tengah2 Shah Alam sana lebih kurang 15 minit.. Nak ke PJ ofis baru hubby yana dalam setengah jam.. 6.30am encik suami dah kena kuar ke ofis.. Dulu kat Alor Setar 7.45am baru kuar.. huhu.. Sini biasalah, semua jalan sibuk.. Alor Setar sana nun aman dan damai je.. Jalan takde sibuk sangat..Tapi dalam taman ni semua ada, kalau malas nak pegi jauh2, boleh je dapat kat sini je.. Bulan puasa ni malas nak ke sana sini.. huhu..


Yana? Masih gigih meneruskan Phd yang sangat la payaahh..huhu.. adeehh..


Bermulalah life baru kami di Selangor ni.. Mungkin lama lagi kot nak pindah2 lagi sebab encik suami kata dah masuk hq memang akan stay lama la.. Bagus2.. letih dah pindah2 ni.. 


Semoga segalanya dipermudahkan dan bertambah murah rezeki yana dan suami.. ameen..



Salam Ramadhan untuk semua kaum muslimin dan muslimat..
Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah.. insyaAllah..