Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 30, 2011


Seminggu ni tak sabar tunggu weekend sebab nak tengok The Secret Life of Nora 3pm ni @ Istana Budaya.. Sape yg tengok cite Nora Zain masa Seniwati Saadiah berlakon dulu, mesti teruja nak tengok teater ni pula.. TQ incik suami yg dah booking tiket.. Saya sangatttt suka weekend!! Jom pegi tengok..








Thursday, September 29, 2011

Jalan2 bawah lampu


Assalamualaikum..

Weekend lepas, yana dan incik suami kuar dating di malam hari ke i-City.. hehe.. Feeling syahdu je berjalan berdua di bawah limpahan cahaya.. hehe.. [yg tak kahwin lagi tak boleh tau kuar dating malam2, siang2 pun tak boleh..] 

Dah kata duduk di Shah Alam.. takkan tak pergi melihat keindahan i-City kan.. Setelah hampir dua bulan kitaorang pindah sini, barulah berkesempatan nak pegi.. Tapi, menyesalnya pergi malam minggu sebab penuh dengan lautan manusia.. Nak naik itu ini, nak masuk itu ini semua tak boleh sebab beratur panjangggg... Takpela, kitaorang duduk dekat je, lain kali boleh pegi lagi sana..





























Ok la, tak tau nak tulis apa.. Just upload gambar je.. hehe..


Wednesday, September 28, 2011

Kasihnya ibu berkorban nyawa


Assalamualaikum..

Jom baca satu kisah yg yana dapat di FB.. Tak tahulah sama ada kisah benar ataupun tidak.. Apa pun, kisah ini boleh dijadikan ikhtibar betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu pada anaknya..




Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba

Diterjemah : FittoFitt


~ Sedihnyee baca kisah ni.. Hargai dan sayangilah ibu anda kerana betapa besar pengorbanan mereka sejak kita dilahirkan hinggalah sekarang.. Berbaktilah pada mereka hingga hujung nyawa mereka.. We love you mak..

For my little babies.. walaupun ibu tak dapat menjaga kamu, Allah menjaga kamu dengan lebih baik dan syurgalah tempat kamu.. semoga kita bertemu semula suatu hari nanti.. ;(


Monday, September 26, 2011

Lemak putih kulit buah rambai + Ikan selayang


Assalamualaikum..

Asyik posting pasal masak memasak pula sekarang. Kali ni sebab keterujaan nak share resepi yg bagi yana agak baru. Memang tak pernah rasa apatah lagi masak resepi ni.. Tapi, mertua yana ajarkan masa diaorang datang KL baru2 ni. Rupanya ni fav anak ma a.k.a my hubby.. hehe.. Kalau tau ni fav incik suami lama dah yana belajar masak benda alah ni.. Semuanya secara kebetulan bila mertua datang bawa banyak sangat buah rambai. Sambil makan tu, encik suami request fav dia.. Yana sebagai org Penang memang tak pernah rasa lagi.. Terus belajar dengan mertua dan hari ni berjaya membuatnya.. hehe.. Incik suami bertambah2 makan sampai 3 kali.. hehe..


Kalau orang Terengganu mungkin dah tau.. Mertua yana memang asal dari Terengganu.. Ok, inilah dia.. Lemak putih kulit buah rambai + isi ikan selayang.. Sangat masakan kampung tau.. SEDAP!!




Lemak putih kulit buah rambai in the making... 





SIAP SUDAH!! yummy!!




Menu macam ni sangat sesuai dengan sambal belacan, 
ulam2 dan ikan masin goreng bawang..
Baru betul masakan ala2 kampung..



Ok, nak share resepi juga la..


<Lemak Putih Kulit Buah Rambai + Isi Ikan Selayang>

Bahan2:

Bawang besar 1 biji  [Kisar]
Bawang putih 4 ulas  [Kisar]
Halia 1 inci  [Kisar]
Buah keras 2 biji  [Kisar]
Belacan sikit je  [Kisar]
Cili api 5 batang  [Kisar]

Santan
4 ekor ikan selayang
Serai 1 batang
Cili api + Cili merah
Petai  [Kalau suka]
Jangan pula lupa kulit buah rambai ye..


Cara2:

1.Kupas buah rambai dan ambil kulitnya..
2.Bersihkan kulit buah rambai tersebut dan 
rebus hingga agak lembut..
3. Bila dah lembut toskan, tunggu sejuk dan perah air
dari kulit tersebut.. Ni untuk buang segala getahnya..
4. Ikan selayang tadi pula disiangkan dan direbus, 
kemudian ambil isinya..

Ok, boleh dah nak mula masak..

1. Dalam kuali tumis semua bahan kisar tadi hingga kekuningan..
2. Masukkan santan + air [Kena selalu kacau kalau tak santan jd berketul]
3. Bila dah mendidih, masukkan kulit yg dah 
diperah tadi + buah petai..
4. Masukkan isi ikan tadi
5. Akhir sekali masukkan cili api+cili merah, garam + gula..

Ok, SIAP!! 

~sEDAP!! Dulu, mertua yana ajarkan lemak jambu golok+sotong..
tau apa tu jambu golok? dulu yana ingat tu buah jambu.. hehe..
Rupa2nya buah janggus @ gajus.. Sekarang lama dah tak buat
sebab buah tu susah dah nak jumpa kan..

Balik penang nanti, boleh masakkan ni kat mak dan adik2 pula..



Sape tak tau buah rambai tu mcm mana..
Ini lah dia. Buah rambai ye bukan langsat.. hihi..


Selamat Mencuba!!


Sunday, September 25, 2011

Bihun sup utk mertua


Assalamualaikum..

Weekend ni apa korang buat ye? Jumaat baru2 ni PIL yana datang ke rumah. Kitaorang nak ziarah saudara yang baru je buat pembedahan buang rahim. Semoga diberi kesihatan yg semakin baik pada dia.. 


Ok, macam menantu2 perempuan yg lain jugala.. Bila PIL datang rumah, mula la pikir nak masak apa kan.. hehehe.. Jumaat malam baru PIL dan adik2 ipar yana sampai rumah, yana masak simple je iaitu bihun sup... Simple pun dekat dua jam juga la nak siapkan.. hehehehe.. 



Yana masak bihun sup ayam je.. 


<Bihun>

Rendamkan dengan kunyit.. Jadila warna kuning..
Rupa2nya di Terengganu takde lagi bihun warna kuning..
So, MIL dan adik2 ipar yana agak terkejut melihatnya..
Balik nanti, diaorang nak buat bihun sup warna kuning juga.. hehe


<Sup Ayam>

Bahan: 

Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Kiub pati ayam
Sup bunjut
Fish cake
Tomato
Daun sup + Daun bawang
Jangan lupa ayam.. hehehe


Cara:

Ala.. semua orang pandai buat sup ayam..

Bawang besar, bawang putih, halia dikisarkan dan tumis
Masukkan air. Kalau nak sup banyak, masukkan la banyak..
Masukkan ayam, fish cake, kiub pati ayam, sup bunjut..
Jangan lupa garam + gula..
Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tomato,
daun sup + daun bawang..

~ Angkat ayam dan biar hingga sejuk. Carik2kan isi ayam tadi..


<Sambal kicap>

Kicap Manis
Belacan
Bawang Besar separuh
Bawang putih 1 ulas
Cili api.. 


Cara:

Kisar belacan, bawang besar, bawang putih dan cili api
Campurkan dengan kicap + gula..


<Begedil Ayam>

Bahan:

Ubi Kentang 6 biji
Isi ayam.. Nak guna daging kisar pun boleh
Bawang besar
Serbuk lada hitam
Daun sup + Daun bawang
Telur ayam sebiji


Cara:

Ubi kentang di goreng dan di angkat..
Bawang besar digoreng dan di angkat..
Lenyekkan ubi kentang tersebut (Yana tumbuk dalam lesung batu je)
Dah lenyek, campurkan dengan ayam dan bawang goreng tadi
Campurkan juga dengan serbuk lada hitam, daun sup dan daun bawang..
Jangan lupa garam + gula..

Bila dah campur ke semuanya,
bentukkan lah sesuka hati..
Bulat boleh, leper boleh, bentuk bintang, bulan, love ke.. hihi
Lepas tu gaul dalam telur ayam yg dah di kacau dan goreng..


Bihun sup dihidangkan juga dengan taugeh, tauhu goreng,
bawang goreng.. Kalau suka pedas hidang juga dengan cili merah..
Yana tak masukkan cili sebab family in law yana tak makan pedas.

Ok, selamat mencuba.. ;)




Thursday, September 22, 2011

Penantian 7 tahun..

Bersyukur dikurniakan kembar 4..




Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.

Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.


“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.


Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.


“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.


Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.


“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

Kredit to> mummynemo

________________________________________________________________________


~ Subahanallah.. rezeki dan hadiah dari Allah kita tak jangka kan.. 7 tahun menanti, akhirnya dikurniakan kembar 4. Tahniah kepada pasangan ini. Allah suruh kita usaha, doa dan tawakal.. InsyaAllah akan ada rezeki nanti. Semoga dipermudahkan juga untuk kami. Tolong doakan kami ye..

Tuesday, September 20, 2011

Kau mencintaiku....



Kau mencintaiku seperti
 bumi mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah menanggung beban derita,
Tak pernah lelah menghisap luka..

Kau mencintaiku seperti
matahari mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya,
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa..

Kau mencintaiku seperti
air mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah membersihkan  lara,
Tak pernah lelah menyejukkan dahaga..

Kau mencintaiku seperti
bunga mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,
Tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala..

~ Ketika Cinta Bertasbih..~






Tuesday, September 6, 2011

Entry takde idea.. :)


Assalamualaikum..

Sekarang ni memang mood malas blogging.. Tak tau la nape.. hehe.. Kadang dah bersarang 3,4 hari lajak ke seminggu baru nak update. Kebuntuan idea gamaknye iye.. huhu.. 


Masa menulis ni yana sedang berada di bandar ikan patin.. Kat mana lagi kalau bukan di Temerloh. Sementara yana masih menunggu surat dari UM untuk lapor diri, yana ikutla encik suami. Takutla nak duduk sorang2 kat umah tu. hehe.. Ni pun anytime je UM nak panggil. Harap2 la lepas balik dari sini baru panggil yeee... Esok encik suami nak ajak ke Taman Negara di Pahang ni. Tak pernah lagi yana sampai ke situ.


Macam tak berani je nak jalan 
atas jambatan gantung ni..



Oklah, Sehari dua ni pula.. yana sedang melayan perasaan merindui si kenit2 yg yana bela tu. Lama dah tak cite pasal rabbit2 ni kan.. Separuh darinya yana dah let go pun sebab dah nak start keje di sini, yana dengan hubby pun jarang ada di rumah.  Nanti mengabaikan diaorg, berdosa pula. So, better let go je pada yg boleh menjaga mereka dengan lebih baik. Cuma sekor je yg masih ada dengan yana lagi. Sebab tak sampai hati nak memberinya pada orang lain..huhu.. 


Yana ni memang sangaaaaaattttt sukakan haiwan tau espc rabbit dan kucing!! Cuma, dulu tak boleh bela sebab abah yana tak suka. Sekarang dengan encik suami, dia pun punya minat yang sama.. So, apa lagi.....hehe.. Baru2 ni masa gempar dengan berita penderaan kucing di petknode.. Memang menitis juga air mata ni. Ada juga manusia yg kejam macam tu. Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w, sanggup diaorang mendera kucing2 tu sampai ada yang mati.. Semoga mereka mendapat balasan di sana nanti.. ~Boleh baca kisah petknode di sini...


Udah ler masa berita ni kuar, yana memang menghantar rabbit yana si kiko tu boarding di Bangi sebab kitaorang nak ke Pahang nih.. Risau juga.. Tapi, tempat yg yana hantarkan tu memang pada seorang pencinta arnab yg bagus. InsyaAllah semuanya selamat.


Kiko yg sedang memencilkan diri..
Macam tau2 je nak hantar dia boarding.. huhu....
Si Kiko ni,tak kan let go sbb ni 
paling syg dan mahal.. huhu



Best friend.. Kiko and Mini..
Kalau lepas kat luar, diaorang suka
sangat main dalam kotak..
Mini si hitam manis tu yana dah let go
pada cousin yana.. Semoga mini happy dengan
tuan baru ye.. 



 Dua budak cute ni.. Miko and Miki pun yana
dah let go ke adik yana di kampung.. 
Ok la, boleh juga tengok diaorg bila balik kampung..
Rindddduuuuuuuuuu.. :(



Thursday, September 1, 2011

Salam Aidilfitri..


Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri pada semua yg mengenali yana.. (Raya ketiga baru nak wish.. huhu..) Tahun ni raya yg sangat membahagiakan dan mengembirakan bersama suami tercinta, mak dan adik2.. Malam raya, yana dan suami dah siap2kan masak laksa dan lontong.. Mak pula masakkan rendang kerang yg sangatttt sedap.. Oh, ya.. tahun ni takde pula soalan cepu emas.. Aman sikit.. hehe..

Pagi raya, saat yg paling ditunggu2 adalah bermaaf-maafan.. Sangat syahdu kala mencium tangan suami dan mak.. InsyaAllah, yana akan berusaha menjadi anak dan isteri yg lebih baik.. Selepas itu, seperti biasa kami semua akan menziarahi pusara abah. Syahdu juga masa ni.. Entah kenapa, rasa rindu yg teramat sangat menjalar dalam hati ni. Masih ingat saat2 kami beraya bersama abah.. 

Lepas tu, terus ke rumah baru nenek yana.. Agak lain suasana di rumah baru nenek sebabnya dah berpuluh tahun kami beraya di rumah yg lama dulu.. Sangat happy dapat jumpa saudara mara.. Ni la nikmatnya syawal dapat berkumpul dengan saudara mara jauh dan dekat.. Dah besar2 takde dah nikmat dapat duit raya kan.. hehe.. Kali ni kita pula kena bagi duit raya.. Yana dan suami bagi pada cousin2 yg kecik2 dan tak lupa juga pada mak, tok dan wan yana.. 

Lepas solat zohor kami bertolak ke kampung arwah abah di Perak. Di kampung abah.. atuk dan nenek yana dah lama meninggal.. Yang tinggal di sana abang pada arwah abah yg dulunya membesarkan abah yana.. Seronok sangat dia dapat berjumpa kami walau ada raut sedih pada wajahnya bila melihat adik2 yana.. Mungkin dia sedih mengenangkan adik2 yana yg masih kecil setelah pemergian abah. Di kampung abah ni, menu raya yg paling special adalah ketupat daun pisang dengan kuah kacang campur kerang.. Mak saudara yana tu pun pandai buat tapai yg dulunya favourite abah yana.. 

Masa ni pun, dapat jumpa cousin yana yang rupa2nya dah beranak tiga.. Lamanya kitaorang tak jumpa.. huhu.. Paling best dapat bermain dengan baby danisha yg sangat comeyyyyyyyyyy.. Semua org terkejut baby danisha nak dengan yana.. Tak nangis langsung walaupun maknye kata dia tak nak dengan siapa2 termasuk atuknya sendiri.. Wahh.. ada aura ni kan.. Tak lama lagi kot.. hehe..

Malam tu pula.. kami berkunjung ke rumah makcik2 yana sebab esoknya yana dan suami dah nak bertolak ke Terengganu rumah mertua yana.. Masa menulis ni masih di Terengganu.. Esok balik la KL.. Di Terengganu pun sangat meriah sebab suami yana punya keluarga yg besar. Mertua yana pula kedua2nya guru, jadi ramaila yg datang beraya.. Di sini, menu istimewa of course la nasi dagang, nasi minyak dan laksa.. Penuhhh perut..huhu..




Pada  yg mengenali yana dan suami..
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin andai
ada tersalah laku, tersilap bicara, terguris hati
sama ada sengaja ataupun tidak..

Pada pembaca blog ini.. 
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin andai
ada penulisan yana yg pernah mengguris
hati sesiapa..

Salam Aidilfirti.. Semoga segala amal
ibadat kita di bulan Ramadhan diterima Allah..
Semoga Syawal ini enjadikan kita insan yg lebih baik.. insyaAllah..