Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 31, 2012

Penyediaan Puree Kurma untuk Baby 6 Bulan..



Assalamualaikum..


Cerita pasal solid food untuk Rayyan lagi.. Baru2 ni yana introduce Rayyan dengan puree broccoli dan mengikut 4 day rules. Broccoli antara sayur yang boleh diberi kepada bayi sejak 6 bulan lagi. Alhamdulillah Rayyan takde alergik dengan broccoli. Risau juga masa mula nak bagi sebab ada sesetengah baby alergik dengan broccoli ni.. Yana pun memang harap sangat Rayyan tak alergik sebab sangat sayang kalau tak boleh makan sayur broccoli. Sayur ni sangat bagus, anti oksidan..









Senang sangat penyediaan puree broccoli.. Potong2 broccoli, steam dan kisar.. Siap!! Paginya yana bagi Rayyan makan puree broccoli campur susu ibu dan dinner yana bagi Rayyan bubur campur broccoli.. Yummy!!


Hari ni pula yana introduce Rayyan dengan makanan sunnah nabi iaitu buah kurma. Kurma juga antara buah yang boleh dijadikan solid food untuk baby dari 6 bulan lagi. Kurma sangat bagus untuk bayi sejak dilahirkan lagi dah ditahnik dengan kurma. Kalau baby sembelit cubalah bagi makan kurma (baby 6 bulan ke atas ye baru boleh makan)..


Cara penyediaannya pun sangat senang..



Sediakan kurma..










Buang kulit kurma sebab nanti lekat di lelangit baby. Buang juga biji kurma..










Lepas tu steamkan dan kisar sampai halus.. Kalau guna blender Philips Avent ni, air dalam 150ml.. Yana buat banyak boleh simpan dalam fridge. Buat frozen puree macam EBM tu,.
















Tapis dan campur dengan susu ibu.. SIAP!!! Yummy!!









Saya tak sabar nak mamam la.. :)



Ok, malam ni kita dah melangkah ke tahun 2013.. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik dari sebelumya.. Ameen.. Apa azam tahun baru korang? Bagi yana sama macam azam sebelum ni, berusaha untuk jadi seorang Muslimah, isteri, ibu dan anak yang lebih baik.. InsyaAllah..











- Posted using BlogPress from my iPad


Friday, December 28, 2012

Bubur Nasi untuk Baby 6 Bulan


Assalamualaikum...


Hari ni Rayyan dah genap 6 bulan 2 minggu.. Alhamdulillah.. Dalam tempoh 6 bulan ni, yana dah introduce Rayyan dengan solid food step by step.. 1st day yana buatkan Rayyan puree buah pear campur dengan susu ibu.. Tapi Rayyan tak sesuai dengan pear, esoknya Rayyan batuk2.. Yana pun stop puree pear..


Lepas tu yana buatkan Rayyan puree plum campur susu ibu. Rayyan reject pula. Maybe plum agak masam untuk Rayyan. Hihi.. Then bagi puree apple.. Wahh, Rayyan suka sangat apple dan alhamdulillah takde alergik. Dengan konsep 4 day rules, Rayyan ok dengan apple..


Lepas tu mama ni nak try introduce veggie pula kat Rayyan.. Mula dengan puree carrot campur susu ibu. Rayyan love carrot!! Lambat suap Rayyan dah bising2.. Hihi.. Anak mama belajar makan sayur dari kecik ye.. Tapi carrot ni tak elok bagi banyak2 sangat. So, yana stop masa 3rd day dan cuba puree potato pula campur susu ibu.. Potato ni takde khasiat sangat, lebih kepada karbo.. Bila tengok hari ketiga takde alergik dengan potato, yana pun stop dan mula nak introduce bubur untuk Rayyan bila paed pun dah bagi green light.. Lepas ni nak try puree brokoli pula untuk si tecik mama ni.. Rayyan kena belajar makan sayur tau..


Genap umur Rayyan 6 bulan 2 minggu, mama pun masakkan bubur untuk Rayyan atas kebenaran doktor.. Tapi bubur yang sangat2 smooth.. Jom tengok cara penyediaan bubur untuk baby 6 bulan.. Thx group Hsffyb Yang banyak memberi tunjuk ajar cara penyediaan homemade solid food.. Korang dah join group tu?








Better korang prepare awal. Yana prepare semua ni malam sebelum masak keesokkan harinya..


1. Beras di basuh dulu.. Untuk Rayyan, yana gunakan brown rice.
2. Dah basuh, rendam beras selama 2 jam..
3. Keringkan beras tadi.
4. Sangaikan beras (goreng beras tanpa minyak) sampai agak kekuningan. Jangan sampai hangit pula ye. Sian baby nanti makan bubur hangit.. Tak sedap.. Hehe..
5. Biarkan beras tadi sejuk kejap dan blend kan sampai hancur.. Sampai beras tu jadi halus2..
(boleh simpan beras tu dalam tupperware, tahan lama tau. Bila nak masak,amik je)











Cara nak masak:

1. Didihkan air, kalau boleh air banyak sikit.
2. Masukkan lebih kurang dua sudu besar beras tadi dan masak la sampai jadi bubur..
3. Bila dah hampir kering, yana masukkan puree carrot yang dah siap tersedia. Yana pilih carrot sebab ia banyak nutrisi. Kalau potato dah karbo, nasi pun karbo. Berkarbo2 pula nanti.. Hihi.. Ayam, daging, seafood masa 8 bulan baru boleh bagi ye.


----> sila jangan tambah sebarang gula & garam ye.. Baby below 2yr tak digalakkan gula & garam. Tak bagus untuk kidney..

4. Biar bubur sejuk seketika dan blend kan bubur tadi supaya teksturnya lebih halus.
5. Tapis pula bubur tadi sebelum dihidang.








6. Baby tak boleh makan gula garam lagi.. Nak bagi bubur sedap berperisa tambahla susu ibu.. Susu ibu ni manis ye. Mana tahu, dah pernah rasa ke? Hahaha.. Lagi berkhasiat bila ditambah susu ibu.







Yummmyyy..







Kali ni papa pula tolong suapkan Rayyan.. Sedap tak sayang? Hihi.. Semoga Rayyan terus membesar dengan sihat dan cerdik. Ameen..




- Posted using BlogPress from my iPad



Wednesday, December 19, 2012

My FITFLOP!!



Assalamualaikum..


Setelah berkali2 merenungnya di sana sini sampai termimpi2.. Akhirnya dapat juga!! Tq papa!! Luv u!!!!!


































My FROU & My ARENA LUXE TAN.. Love it!!















The MOST COMFARTABLE shoe. Ever!! Bye2 wedges.. Hihi..



- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, December 16, 2012

Misi Penyusuan Selama 6 bulan BERJAYA!! Alhamdulillah..


Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Rayyan dah masuk 6 bulan pada 14 December baru2 ni. Secara rasminya juga yana berjaya untuk misi pertama dalam penyusuan selama 6 bulan untuk Rayyan. Alhamdulillah.. Terharu sangat.. Bila mengenangkan banyak sangat halangan untuk yana bf Rayyan dan yana syukur sangat dapat juga terus bf Rayyan hingga sekarang..


Memang niat yana sejak Rayyan lahir untuk bf Rayyan hanya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan. Dan boleh mulakan solid food selepas 6 bulan dan teruskan penyusuan sehingga Rayyan 2 tahun.. Semoga misi seterusnya iaitu bf Rayyan sampai 2 tahun pula berjaya. Ya Allah permudahkanlah..


Yana sangat berterima kasih pada sahabat yana iaitu Izma dan juga cousin yana Wiyah yang banyak bagi support pasal bf ni. Kalau tak, mungkin dalam pantang lagi yana dah give up dan bagi Rayyan susu tin. Alhamdulillah dengan support korang yana teruskan bf Rayyan walau macam2 halangan.. Tq korang.. doakan yana dapat contohi semangat korang yang masih bf baby masing2 hingga sekarang..


Sepanjang penyusuan selama 6 bulan. Sehabis mungkin yana cuba untuk eksklusif bf Rayyan.. Yana hanya bf Rayyan tanpa campur dengan susu fm dan air masak hingga 6 bulan.. Sekarang baru sikit2 yana kenalkan Rayyan dengan air masak dan masih susu ibu..


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU (SI) SECARA EKSKLUSIF

Mengapa Penting Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif & Mengapa Jangan Campur Susu Ibu Dengan Air Masak/Kosong/Susu Formula(FM)?

* Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan Susu Ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
* Bahan pelindung penyakit yang terkandung dalam Susu Ibu bertindak dengan menyalut usus bayi. Air masak/kosong/FM akan menghakis saluran tersebut. Bayi tidak akan mendapat perlindungan.
* Bayi juga terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan FM
* Bagi akan kurang kerap menyusu & menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan-bahan pelindung penyakit dari Susu Ibu.

[kredit: SyuhadaWahi]



Rayyan 6 months hasil susu ibu.. Mama papa love u sangat2 cyg..
























Apa perkembangan terbaru Rayyan bila masuk 6 bulan ni..

* Perkembangan paling ketara adalah Rayyan dah boleh menyulur, betul ke ayat tu.. Bila dah meniarap tu laju je dia menyulur ke sana sini.. Naik walker pun dah pandai jalan gerak ke depan sikit2..
* Dah pandai marah bila orang amik apa yang dia dah pegang.. Hehe.. Suka sangat main remote tv. Bila mama amik remote tu, mula lah nangis sekuat hati.. Huhu
* Rayyan dah semakin pandai tengok tv. Bila nak start nangis, mama on je BabyTV senyap la dia. Siap leka lagi tengok sampai mama panggil pun kadang tak dengar. Siap angkat2 tangan lagi bila happy tengok gambar2 kat BabyTV tu.. Tapi semua tu ada tempoh masa, bila dah boring tu nangis juga. Hehe..
* Rayyan dah pandai nak bersosial dengan kawan2.. Hehehe.. Bila balik kampung jumpa rakan sebaya keje berebut mainan. Siap kedekut lagi. hehe.. Bila orang nak amik mainan, bantal dan handbeg mama pun Rayyan dah marah siap pegi berebut2 lagi. Hehe..
* Sangat susah nak siapkan Rayyan dari pakai pampers sampai ke pakai baju. Stress mama papa bab ni. Huhu.. Bila nak pakaikan je Rayyan keje nak meniarap..
* Rayyan takut kucing.. Nampak kucing Rayyan terus nangis.. Hehe..











Bagi balik.. Tu saya punya.. Hehe..


Masuk 6 bulan, tibalah masanya untuk 1st solid food Rayyan.. Last minit baru cari barang2 untuk solid food Rayyan.. Sibuk sangat ikut papa outstation, balik kampung..



















Review sikit pasal blander Avent ni.. Memang bestttt dan sangat membantu sebab blender ni 2 in 1 boleh steam dan blend.. Potong2 buah masukkan dalam blender ni, masukkan air mengikut sukatan untuk buah dan pusing button steam. Dia akan steam sampai la keluar bunyi tanda dah habis steam. Terbalikkan bekas tu dan pusing button blend pula.. SIAP!! Senang sangat nak buat puree guna blender Avent ni..



Dapat buku resepi untuk buat homemade puree..





Yana start Rayyan solid food dengan puree buah pear.. Tapi maybe Rayyan tak sesuai buah ni sebab Rayyan batuk. Yana dah stop dulu bagi solid food sampai batuk Rayyan baik. Lepas ni boleh try puree apple.. Bubur nasi bila dah 7 months baru boleh bagi..












Dah blend pun yana tapis lagi supaya tekstur lebih halus.. Awal2 ni Rayyan tak makan banyak sangat.. Lebihan tu simpan dalam fridge.. Buat frozen puree macam Ebm tu..






Reaksi Rayyan bila 1st time dapat makan.. Hehe.. Makan dalam walker dulu ye syg, bamboo seat papa tak beli lagi..












Lepas tu nakkk lagi.. Hehe..


Ibu2 yang nak start solid food untuk baby.. Bila dah masuk 6 months ye.. Boleh rujuk chart 4 days rules ni..











Chart ni yana amik dari Group Homemade Solid Food for Your Baby (HSFFYB).. Boleh join group ni di Fb.. Banyak yang boleh dipelajari berkaitan homemade solid food baby ni..


Doa mama hari2.. Rayyan membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan cerdik.. Ameen.. Moga berkat susu ibu yang Rayyan minum setiap hari dari kecil sampai sekarang Rayyan dapat membesar menjadi insan yang terpuji insyaAllah..


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
[Al-Baqarah: 233]




- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 11, 2012

Fenomena Durian Crepe..

Assalamualaikum..


Lama dah orang ramai bercerita perihal Durian Crepe.. Mulanya yana buat derk je bila tengok gambar2 durian crepe ni di FB.. Tapi makin lama, rasa macam fenomena pula dah DC ni.. Mulala rasa teringin nak cuba memandangkan yana pun memang peminat durian..hihi..


Tapi tak tau nak cari DC ni kat mana.. Ishh takkan la KL pun susah nak jumpa DC kan.. Yela, cuma tak tau kat mana ada jual.. Sampaila suatu hari my frenz suggestkan DC di kawasan Denai Alam..


Memang yana bertuah sangat dapat jumpa pembuat durian crepe ni sebab DC dia memang terbaekkk dari ladang!! DC-nya gebuss sgt, creamnya banyak dan isi duriannya penuh. Incik suami kata memang tak kedekut durian.. Dan hanya durian D24 yang digunakan untuk DC ni..



1st time terus order 2 packs.. Makan masa otw balik kampung.. Kejap je habis dekat yana dan incik suami..


Masa mula2 makan terus yana kata sedapnyaaaaaa. Serius sedap sangat sangat sangattttt!!! Macam makan ice cream durian tapi versi ice cream yang mahal sebab sangat sedap. Patutla fenomena DC nih..








Ni repeat order hokay..hihi.. Terus order 3 packs sekaligus.. Ada lagi nih dalam fridge.. Satu pack dah habis makan masa dalam kereta lagi..hihi.. Jangan berat badan naik pulaa.. Haihh..








Gebu sangat kan DC nih..


















Cream dan durian memang penuh dlm crepe ni.. Memang pueh hati ooo.. Creamnya takde manis sangat so tak cepat muak..


Sangat2 recommended la order dengan Sis Azzajijah dari Denai Alam.. Boleh add beliau di Instagram. Yana pernah juga try DC beli di kampung. Memang pueh hati lagi dengan DC sis Azzajijah ni..


Esok nak pegi amik DC lagi untuk adik ipar yang nak datang weekend nih.. :)




- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 9, 2012

Saya nak FITFLOP!!


Assalamualaikum..


Yana ni memang peminat kasut!! Suka kumpul kasut!! Dulu2 yana suka sangat pakai wedges.. Paling tinggi setakat 3inch je.. Tapi sejak pregnant semua wedges dah masuk store bertukar ke kasut flat2 je.. Sampai dah bersalin sedap kasut flat je. Susah dan tak berani nak berwedges tinggi2 bila dukung baby ni..


Masa pregnant yana suka sangat pakai kasut dari Crocs dan Tiamo. Walaupun saya bukanlah peminat Crocs tapi beli satu sebab tumit kaki kerap sakit bila jalan lama2 masa pregnant dulu..







Carlie Flat Crocs sangat sedappp pakai.. Yana punya sebiji yang atas warna tapak orange tu..












Masa pregnant dulu suka juga Tiamo Ballerina Flats.. Tapi tak muat dah sebab dulu saiz kaki bengkak.. Ni kaki dah kembali ke saiz asal...




Tapi......




Sekarang yana sangat nakkkkkkkkkk kasut di bawah ni. Sejak terpandang dan mencubanya di The Curve baru2 ni dah jatuh cinta.. Walaupun nampak macam sandal je tapi bila sarung di kaki cantikkkkk + selesa ya amatttt!! Tapi harganya ya ampun.... Dua kali ganda harga Crocs kot.. Huhu..


Ianya adalah...

















Fitflop bukan sebarangan kasut.. Seperti trademark-nya, footwear with the gym built in..



















Sekarang banyak lambakan Fitflop yang tak original sama macam Crocs dulu.. Kalau beli yang tak ori, tak dapatlah merasai benefit Fitflop ni..



Fitflop Electra..








Fitflop Fleur









Fitflop Rokkit









Fitflop Floretta yang sangat cantik!! Yana suka yang ni










Nk yang ni.. Sweetnyeeeee.. Tapi hari tu tak nampak colour ni di The Curve
















Fitflop Frou pun cantikkk sgt2.. Nak black tu blh?? Hihi
















Fitflop Due

















Fitflop Arena Luxe Tan (ni agak limited edition. Cantikkkkk. Nak yang ni boleh) hihi..


Gladiator meets glam, in this great new embellished wedge sandal. With a classic H-shape upper and soft adjustable ankle strap, a cluster of colourful resin stones, all on our super-cushioned triple-density Microwobbleboard™ midsole..








Nakkkkkkkkk!!!!












Fitflop Via Bar













Fitflop Palma Flame Raffia















Fitflop Walkstar Slide














Fitflop Fiorella by Anna Sui
















Fitflop Lolla














Fitflop Lunetta









Nak Fitflop sangat2!!



Ps: incik suami sila baca entry ni ye sampai habis ;p





- Posted using BlogPress from my iPad