Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, January 30, 2012

4 months!!!! :)


Assalamualaikum..

Sekarang ni jarang2 betul yana update blog. Pregnant ni buat yana jadi malas serba serbi. huhu.. Nak menulis ni pun takde idea, tulis bahan ilmiah lagi la.


CNY baru2 ni korang buat apa? Yana dan incik suami balik kampung nun di Terengganu.. Bagus juga kawin orang jauh kan, boleh balik kampung jauh2 gitu.. hehe. Sebelum CNY, yana pegi check up baby dan mama dia ni dengan gynae yana iaitu Dato Dr.Hamid Arshat.


Seminggu sebelum check up masa yana balik kampung di Kedah yana ada sikit spotting. Ya Allah risaunya Tuhan je tau. Terus pegi check di klinik. Dah la masa tu nak travel beberapa jam balik ke KL pula. Alhamdulillah baby yana ok. Balik Kl esok tu terus jumpa gynae yana.


Doktor pun scan...




Alhamdulillah baby mama & papa ni baik2 je kat dalam. Dah besar pun dia, tapi perut yana ni kecik je lagi. hehe.. Uri pun terletak elok di atas. Masa scan tu doktor mencari2 gender baby dan nampak tapi kurang clear lagi. So, tak boleh announce lagi.. hehe.. Cuma doktor tetap suruh yana jangan lasak2 sebab rahim yana tetap kategori tak berapa kuat. So kena sangat2 jaga.. 


Masa ni pun gynae dah tanya plan nak bersalin mana.. Wahh, soalan yang memang yana tunggu doc tanya.. hehe. Dulu2 tak merasa pengalaman macam ni.. Yana masih pertimbangkan antara Hospital Pantai KL atau DEMC. Pantai agak jauh tapi gynae yana sekarang ni di Pantai.. DEMC pun bagus dan sangat dekat dengan rumah tapi tak pernah check up situ lagi. Mana yang lebih baik ye??


Ermm.. next week yana akan check jantung pula di IJN. Yela, yana kan dari kecik ada prob jantung walaupun doc kata dah sembuh sepenuhnya lepas operation. Tapi still kena check masa pregnant ni. Sangat takut nak pegi check.. huhu.. Sebelum yana kawin, doktor dah pesan hanya pakar jantung yang akan decide yana boleh pregnant atau tak.. Hanya pakar jantung yang akan tentukan yana boleh bersalin normal atau tak. Alhamdulillah keadaan jantung yana boleh untuk yana pregnant. Cara bersalin pula nanti dah nak dekat bersalin pakar jantung akan decide sama ada normal atau c-zer. 

Ya Allah semoga semuanya dipermudahkan. Semoga selamat semuanya.. ameen.. Tolong doakan yana dan baby ye..



1 comment:

::Hijab::Is::Indah:: said...

Thaniah yana..Take care ye...Jom view online shop saya..ade tudung RM 25.00 je n Free postage..