Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, April 20, 2012

Ok, Dah Tau...


Assalamualaikum..

Setelah berbulan yana dan incik suami berfikir.. Setelah beberapa kali istikharah.. Yana dan incik suami pun decide untuk yana bersalin di Hospital Pantai KL.. Walaupun agak jauh sikit dari rumah, tapi setelah mendengar penerangan doktor yana agak lega sikit.. huhu.. Kena standby awal2 la. Bila dah ada tanda2 kena cepat2 pergi hospital. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkanNya.. Ameen.. 


Sekarang dah 31wk, ohhh tak lama lagi.. Baby pun dah turun di laluannya. Takutnyee. Tapi tak sabar nak jumpa baby.. Orang kata sakit bersalin dan sakit keguguran lebih kurang je.. yeke? Kalau ye.. Memang sakittt sangatttt la.. Masa contraction nak gugur dulu pun sampai nangis2 juga la. huhu.. Tapi ada beza sakitnya sebab masa 1st yana gugur dulu rasa sakitnya sangat sangat teruk. Tapi 2nd gugur yana di induce sakitnya tak seteruk yang 1st dulu. Yana siap tertidur lagi.. Harapnya, sakit bersalin nanti pun takde teruk sangat. Kalau boleh tak nak amik epidural sbb orang kata ada side effect, yeke? (next month pegi antenatal class baru belajar pasal epidural). Lagipun epidural ni mahal lorrr.. Dekat 1k juga.. huhu. Tapi kalau tak tahan sakit terpaksa lerr... huhu


Dah nak kena isi form booking doktor.. Suspen pula masa nak isi form ni sebab feeling takut nak dekat bersalin tu dah mai. Ok incik suami, kita dah kena standby duit. huhu..








Sayang mama & papa.. Bulan Jun ni kita jumpa ye
Mama & papa tak sabar nak jumpa hero kami ni.
Lama sangat dah mama papa tunggu.. :)



Monday, April 16, 2012

Rabbit......................


Assalamualaikum..

Cite ni dah lama baru nak tulis.. Susah betul nak buat keputusan yang satu ni. Dalam sebulan tu punyala yana berfikir. Incik suami selalu tanya, "cmne syg, dah buat keputusan ke?" hehe.. Suspen je bunyik.. Setelah bertahun, akhirnya rabbit2 telah kami let go.. :(


Sebenarnya, sejak yana pregnant 7 bulan yana dah tak larat sangat nak urus rabbit2 kesayangan yana yang dah masuk 6 ekor tu. Kebanyakannya suami yana yang uruskan. Tapi kesian juga dengan incik suami.. keje ofis saja dah bertimbun, pegi site je kadang sampai ke malam, nak jaga mak buyung ni lagi.. hehe. Atas sebab itu, walaupun sedih kena jugala let go rabbit2 tu..


Yana kalau boleh tak nak jual ke kedai sebab kesian.. Nanti duduk berhimpit2 dengan rabbit lain dalam sangkar yang kecik. Kalau boleh tak nak juga pisahkan si ibu tu dengan anak2nya. Haihh... Pening pikir nak let go ke mana..


Akhirnya, yana contact tunang cousin yana yang duduk di Perak nun. Dulu dah pernah let go sekor rabbit kat dia. Minta tolong dia carikan sape2 yang nak rabbit ni di kampungnya. Yana nak let go free je sekali dengan cage. 


Dan jumpa juga dengan family ni yang berminat dengan rabbit2 yana. Tu pun yana tapis dulu.. Ok ke tak diaorg ni.. Penyayang ke tak dengan haiwan. Cerewet kan walau dah nak bagi kat orang. hahaha... Ye la, kalau boleh tak nak la nanti diaorg teraniaya kalau bagi dekat orang yang salah.. Ye la tu kann... hehe. 


Anyway, TQ sooo much farid & atin tolong carikan :) Haaa.. diaorg ni bulan 8 ni dah nak kawin. Masa pegi hantar rabbit, mak ayah farid siap belanja yana dan incik suami makan lagi (diaorang ada buka gerai makan). Family yang sangat baik dan peramah. Farid pun walau tak masuk family kitaorg lagi tapi sgt baik & tak sombong. You are so lucky atin.. :) ~ Tukar topik pula yana ni.. hehe. 


Tapi bila balik dari sana, nak banjir juga la keta.. hehe.. Sedihhhh let go rabbit.. Jenuh incik suami memujuk. huhu..


Ni gambar rabbit2 yana sehari sebelum di let go kan.. :(




Husband & wife.. Miko & Kiki.. 
Miko ni yana bela dari baby lagi.. :(





Diaorg sgt suka bila lepas main2.. 
Lompat tak hingat2.. 






Ni la anak2 si kiki tu yang dah umur 2 bulan..
Pandai incik suami menguruskan diaorg sampai dah besar.. 
Comel kan.. Rindu la pula :(






Ni la hasil baka spesis teddy bear + NZ white..



Tapi.....





Si Kiko ni yana & incik suami terus membelanya
sebab jenis warna macam ni susah nak dapat +
dia je yang sangat friendly + beli dia dulu paling mahal..
So, tak boleh let go.. hehe..
Sekor ni bolehla mengubati rindu kat rabbit lain..



Ok, la sedih pula tgk gambar diaorg lama2.. 


Thursday, April 12, 2012

Jumpa Sudah Confinement Lady..


Assalamualaikum..


Alhamdulillah akhirnya yana dah dapat confinement lady (CL) yang akan menjaga yana dan little baby sepanjang tempoh berpantang nanti. Berbulan jugala mencarinya di area kampung yana nun. Memandangkan mak yana dan mertua sama2 berkerja, yana kenala cari pembantu semasa berpantang. Bersalin anak sulung banyak benda lagi yang tak tau. Mandikan baby pun tak reti, apatah lagi masak makanan dalam pantang.. hehehe..



Balik kampung baru2 ni yana jumpa dengan confinement lady tu. Kawan ofis mak yana yang cadangkan memandangkan akak tu pernah menjaga anaknya dulu selepas bersalin dan servis yang diberitahu sangat bagus. 


Bila dah jumpa, berbincang tentang pakej2 yang ditawarkan yana sangat berpuas hati. Sebab sebelum ni dah survey servis jagaan pantang di KL, tapi yana macam nak pengsan bila tengok pakej2 yang ditawarkan. Ye la KL kannnnn.. huhuhu


Ni antara pakej yang ditawarkan oleh CL yana tu:



PAKEJ A




PAKEJ B




PAKEJ C


Yana akan ambil pakej B memandangkan di hujung2 pantang nanti mak yana dan mertua akan cuti untuk menjaga cucu sulung.. TQ mak & ma.. Incik suami pula akan jaga awal2 pantang tu. Tapi still kena ada CL sebab kitaorang sama2 tak pandai lagi nak urus baby. hehehe.. Bolehla belajar masa ni kan..


Oh ya, yana tak masukkan contact number CL ni lagi sebab yana tak merasai servisnya lagi. Nanti dah lepas pantang, kalau bagus bolehlah yana kenalkan CL ni kalau ada yang perlukan servisnya di area utara..


Dalam setiap pakej ni, CL ni juga ada sediakan servis untuk mandi wap dan mandi daun selain lulur, bertangkas, urut dan lain2 lagi yang wajib buat masa berpantang lah.. Bertungku pun satu badan CL ni akan tungkukan.. Itu yang yana excited sangat. hehehe.. Tapi, nanti lepas pantang yana buat review ye.. 

Doakan yana selamat bersalin Jun nanti.. Takutttttt..

Friday, April 6, 2012

Sticker Surprise...


Assalamualaikum..


Hari ni dalam yana memproses email.. Nak delete segala email2 lama dan yang tak penting.. Yana pun terjumpa satu gambar yang incik suami kirimkan masa zaman2 belum kahwin dulu.. hehe.. Senyum sorang2 bila tengok.. Penuh nostalgia..


Yana ingat lagi masa ni, incik suami datang jumpa yana di kampus dengan wira hitamnya (masa ni masih memandu wira).. Incik suami cakap pada yana cuba tengok ada beza tak keretanya hari tu. Yana punyala renung sana sini nak tengok apala beza dekat 'si hitam' ni.. Sampaila yana ternampak satu benda ni.. 


Walaupun simple.. Tapi terharu hokayy.. hehe.. Yana gelak besar masa ni walaupun dalam hati touching2.. hihi..




Sticker gabungan nama kitaorang.. hahaha..
Lawak pula bila tengok balik. Masa ni pikir, 
boleh tahan romantik bakal suamiku ini.. hehe..
(Suami yana jarang sikit surprise2 ni.. hehe)





Sangat rindu wira hitam nih..
Masa let go untuk tukar xtrail,
sticker tu incik suami biarkan je.. hehe.
Dekat xtrail tak nak letak sticker gini dah ke syg?? hehe


Masa 1st time incik suami datang jumpa family yana.. 
Abah ada tanya yana, "Baby tu hang ka??" haha!!
Malunyeee.. Rupanya abah pun perasan sticker nih.. hehe



Okay, entry hari ni sungguh poyo.. :p

Tuesday, April 3, 2012

HoMe ALone..


Assalamualaikum..

Hari ni pagi2 dah keseorangan.. huhu.. Incik suami terchinta lepas subuh dah bertolak ke Melaka dan Johor untuk melawat site. Yana pula seharian hari ni di UIA. Selesai urusan dalam 3.30pm yana pun bertolak balik. Boringla pula balik rumah awal2. Incik suami 9pm ni baru sampai rumah. Kesian syg sekarang kalau outstation akan sedaya upaya balik hari sebab risau tinggalkan mak buyung ni sorang2. huhu..


Okla, disebabkan boring nak balik rumah awal2, yana singgah lunch sorang2 di Paparich shah alam dan lajak la ke Tesco membeli barang dapur. Cadang nak masak hari ni. Semenjak dua menjak ni dapur kitaorang tu seminggu sekali je berasap sebab mak buyung ni kena sindrom malas nak masak. hihi.. Kitaorang keje makan kat luar & bungkus je.. Tapi kena juga masak walau kadang2 sebab kesian dekat incik suami. Bak kata orang, nak pikat hati suami..pikatlah perutnya.. cewahh..hihi..


Jalan punya jalan nampak ikan merah.. Ermm..sedap juga kalau buat asam pedas. Lama dah tak masak asam pedas.. Harapnya skill tu ada lagi.. Tapi sampai rumah sempat lagi tido kejap. Sekarang ni kalau nampak bantal, laju je nak terkam.. Lepas bangun, mandi dan terus siangkan ikan untuk masak..





Siap sudah asam pedas ikan merah!!
Resepinya yana pernah tulis di sini..

Jap lagi siapkan sambal belacan,
basuh ulam pegaga & tomato dan 
tunggu incik suami balik makan sama2..


Weekend ni pun kitaorang nak balik kampung.. Rinduuu sudaa dan yana sedang mengidam mee rebus resepi arwah abah. Mak je pandai buat.. dan mak kata balik ni mak nak masakkan.. Yeayy!! TQ mak.. Dulu2 abah selalu masakkan bila raya untuk dihidangkan pada sedara bila turn kitaorang buat open house.. Abah sangat suka jamu orang makan. Kadang2 abah buat char koey teow, laksa goreng, murtabak durian.. Macam2 la.. Abah sangat pandai masak dan kami sangat rindu masakkan abah :(


Okla, dah Maghrib.. Solat dulu..