Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 30, 2012

Aidilftri 2o12...


Assalamualaikum..


Masih belum terlambat yana nak ucapkan Salam Syawal & Maaf Zahir Batin dari yana sekeluarga.. Cite pasal raya, tahun ni yana dan suami buat sistem baru iaitu sistem giliran memandangkan kampung dua2 pihak agak jauh.. Terdahulu, setiap tahun kami akan balik beraya dua kampung.. Yang beza hanyalah, raya pertama di mana mengikut giliran.. Tapi sejak hadirnya si kecil Rayyan, kami decide setiap tahun satu kampung je. Sebabnya, agak susah travel jauh2 dua kampung dengan adanya anak kecil.. Balik baru2 ni ke Terengganu dengan perjalanan selama 10jam akibat jem, yana sangat struggle dalam kereta melayan kerenah Rayyan yang letih lama2 dalam kereta. Kita yg dewasa ni pun naik kematu ponggong dan boring apatah lagi baby kecik.. Kesian Rayyan.. Dalam car seat pun kejap2 je dia nak duduk. Yg selebihnya dia nak yana dukung peluk.. Kitaorang bertolak jam 12am lebih dah jem teruk dari tol gombak.. Paginya baru sampai ke Kuala Berang dengan sangatttt letih..huhu.. hukhuk


Malam raya takde bezanya dengan orang lain.. Kitaorang mengemas rumah, susun kuih2 raya, pinggan, iron baju raya, masuk duit dalam sampul raya dan macam2 lagi.. Cumanya raya di Terengganu, yana tak sibuk masak sangat sebab mertua yana memang setiap tahun akan order segala menu di pagi raya dengan katering.. Menunya of course la nasi dagang dan gulai ikan tongkol, nasi minyak dan gulai daging campur jelatah dan laksa penang.. Menu lain yang famous di Terengganu pagi raya ialah satay. Agak jarang untuk yana jumpa ketupat, lemang dan rendang masa pagi raya.. huhu.. Masa ni mula rindu rendang air tangan tok di kampung.. huhu..


Pagi raya lepas sembahyang raya.. Yana sangat sibuk uruskan my little hero.. Tahun ni sangatt bermakna sebab tahun pertama yana dan suami beraya dengan Rayyan setelah dua tahun beraya berdua je.. hihi.. Rayyan yang baru dua bulan pun yana dah tempah baju melayu untuk dia.. Excitednya nak beraya dengan anak.. huhu.. Mama papanya tema jubah tahun ni.. Lepas sembahyang raya, dah siap cantik2 mula la sessi bergambar.. Semua pakat nak dokong amik gambar dengan Rayyan.. Famous dia raya ni.. hehe.. Dah selesai bergambar dan bersalaman, yana curi masa sikit untuk call family yana di kampung.. Mula la sesi banjir bila dengar suara mak.. huhu.. 1st time ni tak balik beraya langsung.. sedihhh.. huhu.. Takpe2, tahun dpn turn penang pula.. hehe..


Dah selesai semua, mula sesi berkunjung ke rumah sedara.. Mula pegi sekitar2 kampung suami yana je jumpa sedara. Memang kebanyakan di sana juadah raya di tempah di katering.. Masa ni ada juga yana jumpa rendang negeri sembilan yang pedas dan ketupat (tapi yana makan nasi impit je.. masih berpantang makan.. ketupat kan pulut.. oh..no no..), ada yang buat nasi bukhari, ada juga spaghetti dan kek (spaghetti pun tak boleh makan, apatah lagi laksa).. Raya dalam keadaan masih berpantang.. ermmmm.... huhuk.. Tapi best kali ni raya ramai sedara yang tegur yana dah kurus sikit.. hikhik.. Masa 9 bulan, berat last 76kg wooo... Last yana timbang berat masa pantang dah 63kg.. Latest ni tak tau la berapa sebab tak check lagi.. Tapi baju raya 2 tahun lepas pun dah muat.. best2!! Chaiyok2!!


Raya kedua dah mula sesi pusing hampir satu Terengganu ikut mertua beraya + nak memperkenalkan cucu pada family yg lain.. Banyak la duit raya Rayyan dapat.. huhu.. Kitaorang dah pun buka akaun untuk Rayyan.. Stock susu memang yana dah siapkan banyak2 untuk sesi berhari raya ni.. Oh ya yana still fully breastfeed.. Alhamdulillah susu makin banyak.. Harapnya terus banyak sebab niat yana nak bf Rayyan sampai dia umur dua tahun.. insyaAllah.. Say NO to formula! huhu.. Meh nak promote sikit, dulu susu yana sikit sampai kena berurut.. Kesian Rayyan minum asyik tak puas sebab tu kejap2 dia dah lapar.. Yana amik TMS Chocolate Drink dari Lunatots utk tambah susu dan memang susu bertambah. Alhamdulillah.. Nak order g je di web Lunatots yang famous tu.. Oit..tukar topik pula. huhu..


Panjang la pula cerita (yana ni memang bila dah start menulis payah nak stop..huhu.. dulu cikgu BM pernah warning yana jgn tulis panjang sangat sebab exam penulisan selalu terlebih panjang dari yg sepatutnya..huhu) Cut short, seminggu juga yana di Terengganu beraya kali ni.. Rayyan dah jumpa semua sedara papanya di Terengganu.. hihi.. Balik dari Terengganu, kami singgah ke Melaka pula dan sekarang dah berada di Shah Alam.. Cuti merdeka esok nak balik Penang!! yeayyy!! Maktok, tokwan, toknek semua dah rindu Rayyan.. "Mak.... nak request rendang kerang boleh tak? hihi." Dah boleh ke makan kerang? erkk.


Okla, ni je gambar yang ada.. Tu pun amik masa 1st syawal je.. Yang lebihnya tak menang tangan dah nak bergambar bagai..



Rayyan berbaju melayu.. :)



Rayyan & mama..



Ampunkan dinda wahai kekanda.. ;)



ok, ni je la gambar yang ada.. Selebihnya di facebook..
Apa pun, raya tahun ni paling bermakna dengan hadirnya Rayyan..
Alhamdulillah, Terima Kasih ya Allah atas kurniaanMu ini..


SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN..

Dari: Yana, Syahir & Rayyan.. 


Monday, August 27, 2012

ThePoplook ~ Rambang mata.......


Assalamualaikum..

Sape tak kenal dengan ThePoplook kan? Macam dah fenomena je fesyen dari ThePoplook ni.. Yana ni kategori ketinggalan zaman juga kot sebab baru je kenal dengan ThePoplook ni.. 


Masa berpantang dulu yana nampak mak yana pakai dress yang cantik2.. Bila tanya mak beli kat mana.. Mak cakap dari ThePoplook.. Ohh.. tunggu apa lagi, yana pun bukala web dan sangat kagum sebab bajunye semua cantik2 dan murah!! Yana ni tak minat sangat shopping baju online sebab tak yakin.. Tapi bila baca review, servis dari ThePoplook sangat sistematik.. fesyen yg sangat up to date.. Tangan ini mula menggatal klik itu ini untuk membelinya..




ThePoplook buat yana jadi rambang mata kejap.. Yana ni jarang pakai dress, memanjang jeans dan blouse. Tapi sejak czer ni, dah mula kena tinggal jeans dan seluar2 bagai ni sebab agak tak selesa bila bersentuhan dengan tempat luka tu. So, sekarang nak mula berjinak dengan dress2.. hihi.. Daku kemetot harap sesuaila dengan dress.. :p


Ni je apa yang yana sambar untuk permulaan memakai dress hasil godaan dari ThePoplook yang meletops..


sangat cantik pakai dgn cardigan kan.. @ inner..



I Love Black!! suka3..



Love love love......!!



yg ni tops je.. tengok redmummy pakai mcm cun je


ok, itu saje buat masa ni yang di grab kan dari ThePoplook..Kalau hari2 ngadap web diaorang boleh kopak ni sebab semua cantik2!!Sape2 yang dah berkenan baju2 sana cepat2 beli sebab bila di publish jekejap je sold out tau.. Ada juga yg lain yg yana suka tapi dah habis.. keciwaaa..




Lisa Surihani pun berpoplook.. hehe




Hanis Zalikha dan cardigan dari Poplook





cantik kan? tapi dah sold out :(














Udah lerr... Lagi lama tengok, lagi banyak duit mengalir keluar.. hihi..
Ok, selamat bershopping di ThePoplook

mode: tak sabar tunggu baju sampai.

Tuesday, August 14, 2012

Quinny Zapp Xtra 2012 Review..


Assalamualaikum..


Lamanya tak update blog sejak jadi mama ni.. Tak menang tangan dengan My Lil Pumpkin.. hihi.. Ni curi masa sikit masa Rayyan sedang tido.. Nak review pasal stroller boleh? huhu..


Yana dengan incik suami cadangnya nak beli stroller lepas yana habis pantang. Sebabnya kitaorang ni kaki berjalan, kalau takde stroller jenuh lerr. huhu.. Masa pregnant dulu yana ada juga google sana sini baca review pasal stroller mana yang best.. Dalam list memang nak Maclaren sebabnya kitaorang suka stroller yang ringan + tahan lasak + mudah nak lipat.. Dan mestilah harganya takdela mahal sangat. 


Dalam tempoh mencari stroller untuk Rayyan, my frenz owner pada LittleAulaD Baby Shop ada buat promosi stroller Quinny.. Stroller Quinny tuuuuu.. sape2 pun mesti teringin. Dulu Quinny takde dalam list sebab agak mahal. Tapi promosi yang LittleAulaD Baby Shop buat sangat berbaloi.. Tunggu apa lagi, kitaorang pun beli sebuah.. Wahhh dapat Rayyan merasa naik stroller Quinny idaman mama. hihi.. Rayyan pun happy naik stroller ni.. Tak nangis pun masa duduk dalam tu.. Rayyan love quinny!!







Pemasangan oleh papa.. 
Senang je nak pasang.. Ada direction..




Rayyan merasmikan keretanya..vroom vroom.
Quinny ni ringan je dan mudah nak lipat masuk dlm bonet kereta..
Setiap button ada number utk tengok step2 utk lipat. so senang je




Quinny Zapp Xtra 2012 ni dh blh recline sesuai utk newborn..
Yang paling best rodanya yg senang nak gerak..
Smooth je bila tolak..





Macam2 boleh :)





Kalau sape nak carseat blh beli maxi cosi ni..
Boleh masuk sekali dgn stroller tu..





Pelbagai pilihan colour yg sgt meletops.. hihi




Jom tengok Quinny Zapp Extra movie.. 
From A to Z diajar cara penggunaanya..



LittleAulaD Baby Shop sedang buat promosi Quinny Zapp Extra ni..

Normal Price: RM1699.00
Promosi: RM1000++..

Boleh pm LittleAulaD Baby Shop for the best price..
Jom Like FB LittleAulaD Baby Shop.. Ada macam2 lagi kat sane..



_________________________________________


Ok, ni cerita lain pula.. Tapi pasal stroller juga.. Stroller yang kitaorang beli sebelum Quinny ni.. Masa tu jalan2 di One Utama dan tiba2 Rayyan meragam tak nak dukung bagai.. So, mama papa yang panik terus pegi Jusco dan beli sebiji stroller emergency dari Sweet Cherry dengan harga RM250.. Stroller ni takde dalam list tapi terbeli sebab Rayyan dah buat perangai.. So, kitaorang cadang nak let go dengan harga RM200 je.. Baru guna sekali je masa di One Utama tu.. Sape nak boleh email ke yana ye.. TQ




Sangat ringan, senang nak lipat..







Masih cantik dan bersih..
Roda pun bersih lagi.. 




Brand Sweet Cherry..



Kalau berminat just pm yana di,
emykyairi@gmail.com