Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 30, 2012

Rayyan Berbuai Juga..


Assalamualaikum..

Yana ni selalu ikut incik suami out station. Maklumlah saya student bukannya wanita berkerjaya lagi..hihi.. Rayyan lepas habis pantang je dah ikut papanya ke Batu Pahat. Lepas tu ke Melaka.. balik kampung Terengganu dan Penang. Pergi pula ke Kuantan, Gambang dan Johor Bharu.. Sambil ikut papa kerja, boleh mama dan Rayyan jalan2 sama.. Mulanya memang mencabar bawa baby travel jauh2. Masa tu car seat pun takde lagi. Lenguh wehh tangan ni mendukung dan memangku Rayyan sepanjang perjalanan.. Tapi okla sebab yana dan incik suami gilir drive.. Bila yana drive incik suami jaga Rayyan dan begitulah sebaliknya.. Bila dah ada car seat ni lagi la ok. Rayyan memang diam dalam tu. Mama pun boleh tidur sekali..hihi.. Bila Rayyan nak susu je baru angkat dia..





Atas sebab itu juga, yana tak nak ajar Rayyan tidur dalam buaian walaupun orang2 tua suruh tidurkan dalam buaian lebih lena katanya.. Sampai sekarang Rayyan tidur dengan yana dan incik suami di katilnya. Tepuk2 je dah tidur.. Kalau ajar buai nanti nak travel kena angkut segala macam bawa ke hotel.. Jenuhh la.. Baby ni bila dah ajar tidur berbuai dia nak buai je kalau tak, takdenye dia nak tidur..huhu


Tapi, baru2 ni masa Rayyan kuat meragam sampai susah nak bagi tidur yana mengalah untuk beli buaian juga.. Hukhuk.. Tapi incik suami nak cari buaian yang senang nak bawa travel ke sana sini.. Yang ringan, senang nak pasang dan senang nak lipat.. Google dan cari sana sini, kitaorang jumpa cradle swing dari Fisher Price ni..





Kitaorang pilih Rainforest Cradle Swing.. Memang senang nak pasang dan senang nak lipat.. Boleh pasang suis dan juga bateri..

























Boleh adjust volume dan jenis lagu untuk dodoikan baby. Juga button untuk menghayun cradle tu. Nak buai slow2 boleh, laju pun boleh.. Tapi takde la laju sangat.. Jangan risau sebab ada safety belt supaya baby tak jatuh..


Cradle swing ni boleh digunakan oleh baby newborn sampai ke 11kg.. Untuk baby yang dah aktif nak lompat2 memang tak sesuai la.. Huhu.. Semua barang baby ni kejap je kan boleh guna.. Takpelah simpan untuk adik2 nya pula nanti..



Better for Baby…
Promotes Comfort & Security
Comfortable cradle seat with leafy rainforest canopy, calming music & sound effects, and gentle swinging motion offer baby a sense of comfort and relaxation.


Stimulates Senses
Watching leaves open and close and rainforest animals move in and out of baby’s sight fosters visual tracking skills.

Rainforest music and sound effects stimulate baby’s auditory skills.


Better for Mom…
Plug in Fisher-Price® cradle swing to save money on batteries!
Option to use batteries when an outlet is not available.
Swing-away rainforest mobile for easy access to baby.
Variety of two swinging motions.

















Mujurla Rayyan masih nak tidur dalam katilnya.. So, takdelah nak berkepit dgn cradle swing ni je.. Mama pun boleh la nak buat kerja lama2 sikit bila Rayyan dah mula leka dengan swing ni.. Kalau tak asyik nak berdukung je..huhu.. Masa majlis akikah baru2 ni pun, alang2 kitaorang guna cradle swing ni je untuk berendoi.. Hihi..


Boleh di dapati di Toys r us..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 24, 2012

Cabaran Penyusuan Lagi...

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha semua.. Esok baru yana sekeluarga bertolak balik ke kampung.. Raya haji kali ni turn beraya di kampung yana sekaligus tahun ni nak mengadakan akikah putera sulung kami.. :).. Pada yang mengenali yana, jemput ye datang ke rumah berhari raya dan semasa kenduri akikah pada hari Ahad nanti..

Sebenarnya topik lain yang yana nak cerita.. Kadang2 kanvas blog ni menjadi sahabat setia yana untuk meluahkan rasa hati..

Masih bercerita perihal penyusuan susu ibu.. Tak henti2 cabaran dan dugaan yang melanda dalam misi yana untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk Rayyan.. Walaupun masa pantang dulu yana pernah beri Rayyan susu fm atas arahan doktor selama seminggu, selepas kuning Rayyan hilang memang yana hanya memberi bm pada Rayyan sehingga ke hari ini tanpa setitik pun susu fm dan air masak..




Di hujung2 mengandungkan Rayyan dulu, memang yana dah berniat nak susukan Rayyan dgn bm. Yana banyak membuat pembacaan, bertanya pada yang pakar dan membeli segala kelengkapan untuk proses penyusuan nanti. Yana ceritakan juga niat yana ini pada incik suami.. Yana perlu support incik suami untuk merealisasikan matlamat ini.. Alhamdulillah incik suami sangat mengalakkan yana untuk bf Rayyan secara eksklusif.. Lagipun masa antenatal class dulu memang incik suami pun dah belajar selok belok hal penyusuan susu ibu ni..

Tapi...

Seperti yang ramai katakan bahawa bukan mudah untuk melaksanakan penyusuan secara eksklusif. Banyak cabaran dan dugaan perlu diharungi.. Yana sangat2 terkilan bila ada pihak yang sehingga ke hari ini tak henti2 memaksa yana memberi Rayyan air masak walaupun sudah diterangkan kesan dari air masak kepada bayi bawah 6 bulan. Paling yana sedih, bila Rayyan berada bersama mereka disuapkan juga Rayyan dengan air masak walaupun yana dah halang.






Malahan yana dikatakan kedekut kerana hanya memberi Rayyan susu ibu tanpa memberi sebarang makanan tambahan. Bukan isu kedekut tapi isu yana sayangkan anak yana dan atas sebab itu yana tak beri Rayyan sebarang makanan seperti nestum, tepung beras, bubur kerana belum masanya untuk Rayyan menikmati semua itu..

Tak beri anak makan bukan bermakna anak lapar.. Susu ibu Allah dah cipta cukup semuanya untuk keperluan bayi. Dah cukup untuk mengenyangkan perutnya yang kecik tu.. Tak perlu beri bayi air kerana dalam susu ibu dah mengandungi 88% air. Bukti bayi cukup minum adalah beratnya naik ideal dan pampersnya kerap basah.. Alhamdulillah graf berat Rayyan normal hanya dengan susu ibu..




Banyak risikonya jika memberi bayi makan sebelum umur 6 bulan.. Usus bayi sangat kecil dan tak sesuai untuk menampung solid food lagi.. Banyak kes yang kita lihat dengan memberi bayi makan awal ada yang koma, pecah usus, usus berlapis dan macam2 lagi.. Kesian bayi2 tu.. Pada mommies2, tolongla jangan bagi bayi bawah 6 bulan makan terlalu awal.. Sampai masanya nanti bagila diaorang makan sepuasnya. Sekarang bukan masanya lagi..

Pernah dulu ada yang menyuapkan Rayyan kuah masak lemak. Walaupun kuantitinya sikit tapi tetap tak elok untuk bayi 3 bulan makan semua tu. Masak lemak tu dahla bersantan, ada garam gula. Ya Allah bayangkan macam mana perasaan yana sebagai ibu. Bila bersama mereka ada saja benda makan yang nak dicalitkan ke mulut Rayyan walaupun yana dah pesan tak boleh lagi..

Baru2 ni Rayyan nursing strikes, reject susu.. Mereka2 dah mula suruh yana bagi Rayyan makan dengan alasan Rayyan lapar sebab tu reject susu. Paksa beri air masak masih belum habis. Selagi yana tak bagi selagi tu akan berterusan.. Tolonglah, yana tak mahu beri Rayyan makan lagi sebab Rayyan baru 4 bulan. Belum sesuai lagi dengan perutnya dan tolonglah hormati niat yana nak susukan Rayyan secara eksklusif sampai umurnya 6 bulan.. Sekarang Rayyan dah tak reject susu setelah berhari2 yana pujuk. Rayyan dah mula terima direct feed tanpa aksi pujuk memujuk lagi. Alhamdulillah..

Cuba tengok akibat beri bayi makan awal..














"Ya Allah permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku, murahkanlah rezeki anakku" ameen..


Walau apa jua rintangan, yana nekad akan terus susukan Rayyan secara eksklusif sampai umurnya 6 bulan dan isnyaAllah berterusan hingga umurnya 2 tahun..

Pada mereka2 tolonglah hormati niat yana untuk menyusukan Rayyan dgn hanya susu ibu hingga Rayyan 6 bulan.. Susu ibu adalah hak mereka, jangan halang yana menjalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan.. Tolong tolong tolonglah jangan suap anak yana dengan sebarang makanan..
Yana be strong & chaiyok2!!


Mama sayang Muhammad Rayyan sangat2 lebih dari diri sendiri..






Aktiviti menyusu apabila disertai dengan niat yang baik dan mengharapkan keredhaan Allah, tentu akan memberikan hasil yang optimum dengan keizinan Allah. Diriwayatkan bahawa 'Amr Bin Abdullah berkata kepada isterinya yang sedang menyusui anaknya "Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiudplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya" - Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak

- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, October 21, 2012

Nursing Strikes


Assalamualaikum..

Ps: (Bacaan untuk wanita, terutamanya ibu2 :)

Baru2 ni, Rayyan sangat kuat meragam dan reject susu.. Rayyan dah masuk 4 bulan dan yana masih fully breastfeed rayyan dan tak campur lagi dengan fm.. Alhamdulillah. Cuma baru2 ni, kerap juga Rayyan tak nak minum susu sama ada secara direct atau ebm dari botol. Bila dah max lapar baru dia nak minum.. Itupun setelah mengamuk sakan. Yana pula jangan cakapla, stress ya amat dan struggle ya amat untuk bagi Rayyan susu. Yela, mak mana tak risau bila anak reject benda makan. Risau takut dia lapar..








Malam Jumaat baru2 ni adalah kemuncak bila Rayyan reject terus susu sama ada df atau botol. Pujuk pun semua tak menjadi.. Sampai ke 3am mengamuknya. Kitaorang dah buntu sampaikan kitaorang decide nak keluar untuk tukar angin kot2 Rayyan ok. Masuk je kereta bila yana try nak bf, Rayyan ok. Keesokan paginya, incik suami cuti dan kitaorang bawa Rayyan check di klinik dan doktor kata Rayyan sihat je. Ermm.. Mula la nak fikir misteri nusantara.. Tipikal melayu betul..hihi.. Kitaorang bawa Rayyan ke Darussyifa' dan petang tu Rayyan minum ebm dan masih menolak df.. Pening dah mama dan papa.. Akhirnya, yana rujuk pada yang lebih pakar dan baru yana tau mengenai Nursing Strikes..






Apa itu NURSING STRIKES?


Penolakan penyusuan secara langsung ini lah nursing strikes. Selalunya berlaku pada baby lingkungan umur 3-8 bulan..

Ok meh baca ni..

Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2. Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit? Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Penolakan penyusuan langsung oleh bayi biasanya berlaku pada umur 3 - 8 bulan. Ianya dipanggil NURSING STRIKE(sy beri singkatan NS). Jika bayi itu hendak bercerai susu, ia akan mengurangkan jumlah penyusuan dgn sendiri secara beransur2 dan tidak akan mengamuk ketika disusukan. Bayi boleh dianggap hendak bercerai susu jika dia menunjukkan tanda2 penolakan telah berumur 9 bulan hingga 12 ke atas (umur di mana, bayi sudah mulai makan solid food).

Nursing strikes biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi ada kes hingga berminggu2. Agak sukar menentukan punca sebenar nursing strikes dan selalunya, ia akan berlalu sendiri tanpa diketahui puncanya. Ramai ibu2 yang mengalah ketika nursing strike dan akan menceraikan anak dari susu ibu terutama jika bayi mereka telah berusia 6 bulan ke atas.

Sebenarnya, bayi yang mengalami nursing strikes masih mahu menyusu secara langsung tetapi ia tidak boleh memberitahu anda apa yang tidak kena semasa penyusuan .

Bayi yang mengalami NS, masih boleh dipujuk meneruskan direct feeding(df) tetapi ibu itu sendiri hendaklah bersabar dan berusaha serta tidak putus asa. NS kadangkala boleh membuatkan ibu, bayi, ayah dan adik beradik lain menjadi stress apabila ia berlaku. Bayi boleh menjadi tidak gembira, sentiasa meragam dan sukar dipujuk walaupun tiada masalah kembung dll.

Nursing strikes are frustrating and upsetting for everyone involved – mother, baby, dad, and siblings are all affected. Bagi ibu pula, akan mudah berasa sedih kerana NS boleh disalah erti sebagai bayi mahu berhenti df/menyusu. Ibu jugak boleh mengalami masalah ketara jika bayi mengalami NS.

Sesetengah bayi menolak df buat sementara waktu/beberapa hari dan si ibu mungkin perlu memberi ebm dalam botol kpd bayi. Oleh itu, ibu perlu memerah/pam susu dlm kekerapan yang sama dgn kekerapan bayi menyusu. Jika tidak, si ibu boleh mengalami masalah salur susu tersumbat(plugged ducts dan mastitis. Pemerahan susu juga perlu selain dari mengumpul stok ebm buat bayi, ia juga sebagai supply maintenance apabila bayi kembali df dgn si ibu.

Semasa NS, jika boleh, elakkan memberi botol. EBM boleh diberi melalui sudu, picagari ataupun bekas kecil, SNS dan finger feeding system. Jika perlu memberi botol juga, pastikan puting yang digunakan menyerupai puting ibu supaya bayi mudah kembali df.



Punca2 nursing stikes(NS):

■Mastitis. Suplly susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.
■Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbuh gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.
■Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection(thrush), sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkitan telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football. Jika hidung trsumbat dan juga ke sthrush, dptkan rwtn dari klinik. Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebih mudah berbanding puting ibu. Jangan kecewa jika ibu2 sedang mengalami situasi ini.



Antara punca tercetusnya NS ni:

1. Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
2. Berpindah tempat baru
3. Terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
4. Stress ibu (masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau)
5. Ibu telah lama berjauhan dari bayi (atas urusan kerja dll)
6. Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.
7. Slowmilk let down reflect (menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat
8. A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak /sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah. Pemakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu.


Bagi kes Rayyan.. Yana rasa berpunca dari no.3 di atas iaitu overreacted. Yes, memang yana ada terjerit bila Rayyan gigit. Rayyan dah pandai nak mengigit sekarang walaupun belum tumbuh gigi.. Sakit hokay!! Atas sebab itu, rayyan terkejut dan mogok. Huhu.. Lagi satu, yana memang baru tukar sabun yang tak sama dengan sebelumnya.. Anak2 ni boleh rasa bila bau badan ibunya dah berubah.. Nak balik on the track memang sangat susah!!

Berhari2 juga yana study pasal NS ni dan yana try macam2 cara. Hari ini, masa menulis ni Rayyan dah banyak improved menerima kembali bf pada setiap masa..



Cara mengatasi NS:

1. Cuba bf baby masa baby dah nak tidur dan masa baby bangun tidur. Dari pemerhatian yana, Rayyan tak menolak untuk bf pada masa2 ni..
2. Luangkan lebih banyak masa dengan baby supaya lebih mesra. Digalakkan melakukan skin-to-skin dengan baby supaya baby rasa lebih dekat dengan ibu seperti waktu dilahirkan dulu dan ia boleh merangsang penyusuannya kembali.

Apa itu skin-to-skin?

Ibu topless dan baby hanya tinggal pampers je. Peluk baby anda dan biarkan baby mencari sendiri breast ibunya, jangan memaksa. Jika mempunyai bath tub, boleh mandi bersama baby dan boleh cuba bf baby masa tu..


3. Cuba bf baby di dalam bilik senyap dan separa gelap. Cahaya hanya akan menghilangkan fokus baby.
4. Jika baby didapati sakit, bawa berjumpa doktor.
5. Tukar posisi.. Baby yang mengalami NS akan menolak bila ibu membawa kepada posisi bf yang kebiasaannya. Jika selalu ibu bf di kerusi, bila duduk je baby dah mula menangis. Oleh itu tukar posisi. Macam yana, yana cuba mulakan bf dalam keadaan berdiri (memang susah), perlahan2 yana tarik Rayyan untuk kembali ke posisi duduk..
6. Gunakan kemudahan yang disediakan. Bagi yana, yana selalu merujuk kepada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai penyusuan susu ibu boleh email ke duniasusuibu@gmail.com








Boleh rujuk sini untuk melihat senarai pakar dan kaunselor laktasi di kawasan anda..

http://duniasusuibu.com/bantuan-penyusuan/senarai-pakar-laktasi-kaunselor-laktasi-peer-counselor-program-administrator-dan-peer-counselor/#.UIQqqRBhiSM


* JANGAN sesekali memaksa baby jika dia tidak mahu. Bila paksa, baby akan menolak dan mengamuk dengan lebih teruk lagi. Cuba bersabar dan terus memujuk..


Bf memang sangat mencabar.. Perjalanan menyempurnakannya sehingga 2 tahun akan disulami dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Bersabarlah ibu2, kerana setiap dari titisan susu ibu itu mempunyai keberkatannya dan ganjaran pahala. Malahan susu ibulah yang terbaik untuk anak2 kita.. Chaiyok2!!






“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”
Al-Baqarah : 233

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 3, 2012

My 1st day With Nona Roguy..

Assalamualaikum..

My first day with Nona Roguy.. Nona Roguy bukan untuk orang dalam pantang je. Yang dah habis pantang pun boleh untuk proses maintenance selepas pantang.. Untuk jaga kesihatan dalaman dan untuk mengurangkan berat badan..hihi..


Sebelum pilih Nona Roguy ni, yana dah buat research sikit dan ni antara set lepas bersalin yang paling bagus. Banyak betul review yang positif. Nona Roguy dah ada di Malaysia sejak tahun 1993 lagi. Dari zaman mak yana lagi dah pakai NR ni. Yang paling best NR adalah set bersalin yang baby friendly. Tak ganggu bf ye.. Cumanya bab lawas melawas tu kena kurangkan dos sebab takut baby pun lawas sekali.. Untuk yang dah lepas pantang tak perlu amik satu set..





Uncang Akar Herbanika di minum suam2 panas. Akar Herbanika ni pun boleh membantu menambahkan susu badan.. So far yana minum, Rayyan ok je.. Takde isu panas sebab NR ni adalah herba bukannya jamu..





Yana amik Phyto Cleanse (PC) dan Akar Herbanika. Dah habis PC baru amik Phytox pula.. Ok, tengoklah hasilnya nanti.. Tak boleh nak kata apa lagi sekarang.. Hihi..





Info lanjut boleh tgk official web NR sendiri di, http://www.nr4u.com.my/index7.php

Atau

Boleh cari mak bidan gojes yang sangat baik, Siti Aishah Confinement di Fb.



Ps: Nenek yana selalu pesan.. Lepas bersalin pun badan kena jaga juga.. Malah kena extra jaga.. Berpantang bukan untuk kurus je tapi untuk memulihkan dalaman jg. Baekkkk tok :)



P- Posted using BlogPress from my iPad



Monday, October 1, 2012

Shopping Tudung Online..

Assalamualaikum..

Semalam sudah tiba parcel yang ditunggu2.. 1st time ni yana cuba beli tudung secara online.. Semua ni beli sebelum ke JB... Sebelum beli fareeda. Atas sebab itu, 2 bln kena puasa dari membeli tudung.. Huhu..


Ariani dah boleh beli secara online.. So, tak payah dah la nak rebut2 di butik nun.. Cuma koleksi onlinenya masih belum banyak.. Yana beli pun sehelai je.. Sape nak shopping ariani secara online boleh ke websitenya, https://www.arianionline.my/shop/










Yana amik yang orange ni la.. Takde lagi tudung warna gini.. Cantik pula tengok wardina pakai..


Lepas tu teringin pula nak try hoodie.. Nampak cantik pula hoodie dari Al-Humaira Contemporary.. Kalau spe nak pegi butiknya ada di Kota Damansara.. Nak beli online boleh tengok di webnya, http://alhumairacontemporary.com.my/














Inilah hasil shopping online.. Ariani tiara dan Ivy hoodie Al-Humaira.. Sorry tak reti nak rotate gambar guna BlogPress ni..huhu..



- Posted using BlogPress from my iPad

Kuzi Ayam

Assalamualaikum..

Dari dulu lagi ayam kuzi memang menu wajib family yana bila raya menjelma.. Malahan, ayam kuzi adalah antara yang menjadi fav arwah abah. Mak yana belajar masak ayam kuzi ni dari arwah mertuanya iaitu nenek yana.. Yana baru 1st time nak cuba masak ayam kuzi ni untuk incik suami.. Takde guna pes kuzi pun.. Pes nye buat sendiri.. Resepi keluarga ni..hehe..





Bahan2 untuk pes kuzi:

Jintan manis (satu sudu kecil)
Jintan putih (satu sudu kecil)
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Lada putih (satu sudu kecil)
Lada hitam (satu sudu kecil)
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia


Cara untuk membuat pes:

Goreng semua bahan di atas tanpa minyak.
Lepas tu blendkan sampai hancur
Siap!!


Bahan untuk membuat kuah kuzi

Ayam/ daging
Pes kuzi yang dah disiapkan tadi
Cili boh
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Sos tomato
Santan/susu cair
Kismis
Kacang gajus
Hati ayam (tak nak pun takpe)

Cara membuat kuah kuzi ayam

1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dah dihiris sampai kuning
2. Masukkan pes kuzi tadi + cili boh.. Tumis sampai pecah minyak
3. Masukkan sos tomato (2 sudu besar)
4. Dah pecah minyak, masukkan santan/susu cair
5. Masukkan ayam (ayam digoreng separuh masak dulu)
6. Masukkan hati ayam (hati ayam digoreng garing dan dihiris)
7. Masukkan kismis dan kacang gajus
8. Jangan lupa pula garam+gula secukup rasa..
9. Tumis la sampai pekat sikit. Siap!!

Senang kan.. Boleh makan dengan nasi atau roti


Selamat mencuba..


- Posted using BlogPress from my iPad