Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, October 21, 2012

Nursing Strikes


Assalamualaikum..

Ps: (Bacaan untuk wanita, terutamanya ibu2 :)

Baru2 ni, Rayyan sangat kuat meragam dan reject susu.. Rayyan dah masuk 4 bulan dan yana masih fully breastfeed rayyan dan tak campur lagi dengan fm.. Alhamdulillah. Cuma baru2 ni, kerap juga Rayyan tak nak minum susu sama ada secara direct atau ebm dari botol. Bila dah max lapar baru dia nak minum.. Itupun setelah mengamuk sakan. Yana pula jangan cakapla, stress ya amat dan struggle ya amat untuk bagi Rayyan susu. Yela, mak mana tak risau bila anak reject benda makan. Risau takut dia lapar..








Malam Jumaat baru2 ni adalah kemuncak bila Rayyan reject terus susu sama ada df atau botol. Pujuk pun semua tak menjadi.. Sampai ke 3am mengamuknya. Kitaorang dah buntu sampaikan kitaorang decide nak keluar untuk tukar angin kot2 Rayyan ok. Masuk je kereta bila yana try nak bf, Rayyan ok. Keesokan paginya, incik suami cuti dan kitaorang bawa Rayyan check di klinik dan doktor kata Rayyan sihat je. Ermm.. Mula la nak fikir misteri nusantara.. Tipikal melayu betul..hihi.. Kitaorang bawa Rayyan ke Darussyifa' dan petang tu Rayyan minum ebm dan masih menolak df.. Pening dah mama dan papa.. Akhirnya, yana rujuk pada yang lebih pakar dan baru yana tau mengenai Nursing Strikes..






Apa itu NURSING STRIKES?


Penolakan penyusuan secara langsung ini lah nursing strikes. Selalunya berlaku pada baby lingkungan umur 3-8 bulan..

Ok meh baca ni..

Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2. Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit? Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Penolakan penyusuan langsung oleh bayi biasanya berlaku pada umur 3 - 8 bulan. Ianya dipanggil NURSING STRIKE(sy beri singkatan NS). Jika bayi itu hendak bercerai susu, ia akan mengurangkan jumlah penyusuan dgn sendiri secara beransur2 dan tidak akan mengamuk ketika disusukan. Bayi boleh dianggap hendak bercerai susu jika dia menunjukkan tanda2 penolakan telah berumur 9 bulan hingga 12 ke atas (umur di mana, bayi sudah mulai makan solid food).

Nursing strikes biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi ada kes hingga berminggu2. Agak sukar menentukan punca sebenar nursing strikes dan selalunya, ia akan berlalu sendiri tanpa diketahui puncanya. Ramai ibu2 yang mengalah ketika nursing strike dan akan menceraikan anak dari susu ibu terutama jika bayi mereka telah berusia 6 bulan ke atas.

Sebenarnya, bayi yang mengalami nursing strikes masih mahu menyusu secara langsung tetapi ia tidak boleh memberitahu anda apa yang tidak kena semasa penyusuan .

Bayi yang mengalami NS, masih boleh dipujuk meneruskan direct feeding(df) tetapi ibu itu sendiri hendaklah bersabar dan berusaha serta tidak putus asa. NS kadangkala boleh membuatkan ibu, bayi, ayah dan adik beradik lain menjadi stress apabila ia berlaku. Bayi boleh menjadi tidak gembira, sentiasa meragam dan sukar dipujuk walaupun tiada masalah kembung dll.

Nursing strikes are frustrating and upsetting for everyone involved – mother, baby, dad, and siblings are all affected. Bagi ibu pula, akan mudah berasa sedih kerana NS boleh disalah erti sebagai bayi mahu berhenti df/menyusu. Ibu jugak boleh mengalami masalah ketara jika bayi mengalami NS.

Sesetengah bayi menolak df buat sementara waktu/beberapa hari dan si ibu mungkin perlu memberi ebm dalam botol kpd bayi. Oleh itu, ibu perlu memerah/pam susu dlm kekerapan yang sama dgn kekerapan bayi menyusu. Jika tidak, si ibu boleh mengalami masalah salur susu tersumbat(plugged ducts dan mastitis. Pemerahan susu juga perlu selain dari mengumpul stok ebm buat bayi, ia juga sebagai supply maintenance apabila bayi kembali df dgn si ibu.

Semasa NS, jika boleh, elakkan memberi botol. EBM boleh diberi melalui sudu, picagari ataupun bekas kecil, SNS dan finger feeding system. Jika perlu memberi botol juga, pastikan puting yang digunakan menyerupai puting ibu supaya bayi mudah kembali df.



Punca2 nursing stikes(NS):

■Mastitis. Suplly susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.
■Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbuh gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.
■Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection(thrush), sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkitan telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football. Jika hidung trsumbat dan juga ke sthrush, dptkan rwtn dari klinik. Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebih mudah berbanding puting ibu. Jangan kecewa jika ibu2 sedang mengalami situasi ini.



Antara punca tercetusnya NS ni:

1. Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
2. Berpindah tempat baru
3. Terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
4. Stress ibu (masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau)
5. Ibu telah lama berjauhan dari bayi (atas urusan kerja dll)
6. Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.
7. Slowmilk let down reflect (menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat
8. A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak /sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah. Pemakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu.


Bagi kes Rayyan.. Yana rasa berpunca dari no.3 di atas iaitu overreacted. Yes, memang yana ada terjerit bila Rayyan gigit. Rayyan dah pandai nak mengigit sekarang walaupun belum tumbuh gigi.. Sakit hokay!! Atas sebab itu, rayyan terkejut dan mogok. Huhu.. Lagi satu, yana memang baru tukar sabun yang tak sama dengan sebelumnya.. Anak2 ni boleh rasa bila bau badan ibunya dah berubah.. Nak balik on the track memang sangat susah!!

Berhari2 juga yana study pasal NS ni dan yana try macam2 cara. Hari ini, masa menulis ni Rayyan dah banyak improved menerima kembali bf pada setiap masa..



Cara mengatasi NS:

1. Cuba bf baby masa baby dah nak tidur dan masa baby bangun tidur. Dari pemerhatian yana, Rayyan tak menolak untuk bf pada masa2 ni..
2. Luangkan lebih banyak masa dengan baby supaya lebih mesra. Digalakkan melakukan skin-to-skin dengan baby supaya baby rasa lebih dekat dengan ibu seperti waktu dilahirkan dulu dan ia boleh merangsang penyusuannya kembali.

Apa itu skin-to-skin?

Ibu topless dan baby hanya tinggal pampers je. Peluk baby anda dan biarkan baby mencari sendiri breast ibunya, jangan memaksa. Jika mempunyai bath tub, boleh mandi bersama baby dan boleh cuba bf baby masa tu..


3. Cuba bf baby di dalam bilik senyap dan separa gelap. Cahaya hanya akan menghilangkan fokus baby.
4. Jika baby didapati sakit, bawa berjumpa doktor.
5. Tukar posisi.. Baby yang mengalami NS akan menolak bila ibu membawa kepada posisi bf yang kebiasaannya. Jika selalu ibu bf di kerusi, bila duduk je baby dah mula menangis. Oleh itu tukar posisi. Macam yana, yana cuba mulakan bf dalam keadaan berdiri (memang susah), perlahan2 yana tarik Rayyan untuk kembali ke posisi duduk..
6. Gunakan kemudahan yang disediakan. Bagi yana, yana selalu merujuk kepada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai penyusuan susu ibu boleh email ke duniasusuibu@gmail.com








Boleh rujuk sini untuk melihat senarai pakar dan kaunselor laktasi di kawasan anda..

http://duniasusuibu.com/bantuan-penyusuan/senarai-pakar-laktasi-kaunselor-laktasi-peer-counselor-program-administrator-dan-peer-counselor/#.UIQqqRBhiSM


* JANGAN sesekali memaksa baby jika dia tidak mahu. Bila paksa, baby akan menolak dan mengamuk dengan lebih teruk lagi. Cuba bersabar dan terus memujuk..


Bf memang sangat mencabar.. Perjalanan menyempurnakannya sehingga 2 tahun akan disulami dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Bersabarlah ibu2, kerana setiap dari titisan susu ibu itu mempunyai keberkatannya dan ganjaran pahala. Malahan susu ibulah yang terbaik untuk anak2 kita.. Chaiyok2!!






“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”
Al-Baqarah : 233

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: