Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, November 28, 2012

Organic Cotton for My Baby..


Assalamualaikum..


Yana suka buat koleksi kimono pyjamas untuk Rayyan sebab ia sangat senang untuk tukar pampers, sangat senang bila jumpa doktor, buka je button2 tu.. Yang paling penting sangat selesa untuk Rayyan sebab ianya 100% cotton.. Selalunya yana beli di Cotton On Baby.. Di KL ni ada di Sunway Pyramid butiknya..



















Jom mommies beli 100% organic cotton untuk baju baby.. Organic cotton ni super soft against baby's skin.. Dan taula apa2 saja yang organic memang bagus. Boleh beli di Anakku..



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 23, 2012

Averine @ Aster Spring


Assalamualaikum..


Esok papa dah balik Malaysia.. Yeay!! Aktiviti hari ni, yana join mak yana ke event Averine di Aster Spring Bandar Sunway Seberang Jaya.. Mak yana memang regular customer Dermalogica. Yana hanya beli beberapa produk Dermalogica je. Facialnya tak amik. Yana sangat suka Dermalogica Daily Microfoliant Scrub. Terbaek!!


Aster Spring ada buat promotion untuk customernya dengan tawaran makeup dari Averine dan amik gambar dari professional photographer dengan boucer RM50 siap dapat free gift lagi.. Tapi yana dah terlajak minta pakej gambar RM200 sebab nak masukkan gambar dengan Rayyan sekali.. Pengalaman yang best dan sangat enjoy masa ni..






























Esok dah nak balik KL.. Esok juga papa balik. Semoga selamat perjalanan papa. Ameen..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 21, 2012

Papa dah Nak Balik..

Assalamualaikum..

Sabtu ni papa balik dah.. Yeaayy!! Miss papa sangat2!!

















Semoga perjalanan papa balik ke Malaysia nanti selamat semuanya.. Ameen





- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 19, 2012

Bila Papa Outstation..

Assalamualaikum..

Papa outstation.. Mama dan Rayyan tak ikut sebab Rayyan kecik lagi nak naik flight terbang jauh2.. Nanti Rayyan dah umur setahun baru kita ikut papa bila papa outstation jauh2 lagi ye cyg.. Mama dan Rayyan rindu papa sangat2. Hari2 lepas papa kursus papa Skype dengan mama dan Rayyan. Terubatla sikit rindu tu walaupun sebenarnya nak papa depan mata.. Sob..sob..


Tapi bila mama dan Rayyan di kampung, mood rindu tu ok la sikit. Macam2 mama dan Rayyan buat untuk hilangkan kejap rindu rinduan tu. huhu.. Poyo nya mama ni.. Hihi..






Mama & Rayyan dating dengan bff mama aunty ejan.. Tq aunty ejan datang amik kami di rumah.. Nanti kita dating2 lagi ye.. We love u!!







Balik Penang memang tak kan dan tak boleh diet.. Walaupun rindu kat papa tapi statement 'makan tak kenyang' tu tak jadi kat mama sebab makanan kat Penang semua sedap2!! Hehe.. Pegi Manhattan Fish Market sebab adik yana tu minta belanja lepas dapat result UPSR.. Hamboihh..







Terapi yang paling bagus untuk hilangkan sedih dan stress adalah shopping!! Sorry papa.. Hehehe..







Bawa adik kesayangan ku ini amik result UPSR nya di sekolah.. Rayyan dan mak ngah pun ikut sekali.. Resultnya? Okla untuk adik yana ni menjejakkan kaki ke sekolah agama pilihannya tu.. InsyaAllah..

Tempat wajib singgah bila balik Penang adalah di rumah ndak yana. Bolehla tengok2 segala persiapan untuk kenduri cousin yana next month.













We MISS YOU SO MUCH PAPA!!! Balik cepat ye papa..



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, November 15, 2012

Rayyan dan Keretanya..

Assalamualaikum..

Semalam seharian di luar.. Kitaorang ni asal cuti or weekend je memang tak lekat rumah.. Ingatkan masa berdua je macam tu, rupanya dah ada baby pun macam tu juga.. Lagi best bawa baby sama.. Hehe..


Misi semalam adalah untuk beli barang di IKEA yang dipesan oleh makcik yana untuk kenduri anaknya next month.. Lepas tu papa nak cari barang untuk pegi outstation nanti dan misi mencari walker budak tecik ni..


Rayyan dah 5 bulan, boleh dah nak main2 dalam walker. Dah 5 bulan ni macam2 ragam Rayyan. Hehe..


* Rayyan dah tak takut dengan air sejuk.. Sekarang ni boleh dah mandi air sejuk tanpa nangis2 lagi..
* Rayyan sangat suka duduk dalam kereta berbanding dalam rumah.. Itulah akibatnya dari lepas pantang asyik ke sana sini je. Next month ikut papa pegi PD pula. Hujung thn ke Spore pula. Sebab tu dalam rumah kerap nak meragam. Tapi dalam kereta suka sangat.. Huhuk..
* Rayyan dah kurang berminat df.. Hanya masa bangun pagi dan masa nak tidur je Rayyan nak df.. Aiyak.. Yang lain yana kena bagi ebm dalam botol. Sekarang ni ada masa je keje yana pam, pam dan pam untuk buat stock..
* Rayyan dah kenal orang. Memang tak nak sangat dengan sape2 tapi dah lama2 tengok baru dia nak.
* Rayyan dah mula angkat punggung setiap kali meniarap.. Nak merangkak dah ke cyg mama ni? Awal lagi kot.. Huhu.. Sekarang Rayyan dah boleh mengesot sikit2 bila meniarap..



















Rayyan dah dapat lesen kereta kecik.. Hehe.. Suka sangat la pusing satu rumah. Tapi Rayyan tak pandai jalan betul2 lagi. Rayyan bukan jalan ke depan, tapi jalan mengundur.. Hahaha..




Ps: Papa kata mama ni dari stroller, carrier ni walker pula semua nak colour merah.. Hihi..




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 14, 2012

Rayyan 5mth dan Persiapan Solid Food..


Assalamualaikum..

Hari ni 14 Nov Rayyan genap 5 bulan .. Alhamdulillah. Semoga Rayyan terus membesar menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik ye. Ameen.. December nanti, Rayyan dah 6 bulan boleh start bagi solid food. Sangat tak sabar nak bagi Rayyan makan.

Sekarang pun memang Rayyan suka sangat buat muka teringin bila tengok orang makan. Kadang tu sampai meleleh air liur. Sebab tu la orang nakkkk sangat suap dia makan. Mujur hari2 Rayyan duduk dengan mama kan. Hangin betul sebut pasal ni.. Dengan mamanye yg tegas ni, Rayyan buat mulut teringin macam mana pun mama tak kan bagi selagi belum 6 bulan. Sorry ye syg.. Mama tak bagi sebab mama sayangkan Rayyan.. Sekarang Rayyan minum susu je dulu ye.. Nanti dah sampai masa untuk Rayyan makan, mama masak sedap2 ye kat Rayyan.. (walaupun sebenarnya zero lagi ilmu pasal solid food baby ni). Baru nak belajar..

So, perkara pertama yang perlu yana buat adalah mencari ilmu mengenai pemakanan bayi dan cara sediakan makanan bayi. Ni antara Buku yang yana nak cari:






Ramai ibu2 yang suggest buku hasil tulisan Wardina ni. Banyak mengenai pemakanan berkhasiat untuk anak2 dan juga mengenai kebaikan susu ibu..






Nak cari buku ni juga.. Tengok Dr.Halina selalu rujuk buku ni untuk masak kat Bella nampak macam best dan sedap je..






Tapi untuk 6 months, kena start dengan puree yang lembut2 dulu.. Tengok chart ni.. Sebaiknya start dengan sayur dulu macam carrot. Jangan start dengan buah2 dulu sebab nanti dia dah sedap dengan buah manis2 tak nak dah sayur. Ni antara cara untuk ajar anak makan sayur la.. Dan kalau boleh jangan ajar sangat baby makan nestum sebab nestum tu ada kandungan gula. Ingat lagi doktor pesan kalau boleh elakkan garam dan gula untuk baby bawah umur setahun..





Prinsip pemberian makanan bayi:

1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun .
2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.
3. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.
4. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.
(Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.)
5. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
6. Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat.
7. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.





Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pepejal jika dia:

1. Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
2. Duduk dengan baik apabila dipegang
3. Melakukan pergerakan mengunyah
4. Telah naik berat badan secara sihat
(Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya)
5. Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
[sumber: babycenter.com.my]



Step kedua bila nak start solid food adalah dengan mencari barang2 untuk persediaan menyediakan makanan bayi. Yana baru survey apa yang perlu.. Incik suami balik dari outstation nanti baru boleh pegi beli..


Bamboo seat untuk baby.. Rayyan dah pernah try duduk dalam ni masa pergi Butik Tateh baru2 ni..










Atupun high chair ni..






Food processor pun. Jangan pula campur dengan blender kita yg dah blend sambal belacan tu. hihi..






Avent punya macam best je dan macam senang nak guna.. Tak payah steam kat periuk baru masuk blender. Semua sekali harung je.. Untuk yg banyak travel mcm yana ni elok beli yg 2 in 1 ni boleh la nak buat kat hotel nanti.. Tak payah dapur bagai..





Little Bean pun macam ok juga..






Beaba ni lagi la bestttt.. Tapi harganya mak aii.. Boleh beli sebijik stroller lagi. Huhu..

Feeding range pun kena ada. Yana berkenan sangat dengan brand Momma ni sebab cute sangat. Huhu






Boon squirt ni pun best. Tak payah nak basuh banyak2 benda kan. Satu ni je. Incik suami pun suggest yang ni.. Tapi nak cari kat mana ek? Huhu






Food tray pula untuk simpan segala puree tu. Bagi jadi frozen puree macam buat frozen ebm tu. Bila nak bagi kat baby, masuk je puree tu dalam warmer.











Homemade baby food adalah lebih baik dari yang beli di kedai. Yang di kedai tu duduk dalam botol berbulan2 di rak tu entah apalah yang ada dalam tu. huhu..






Rayyan... Rayyan yang nak makan tapi mama pula yang tak sabar nak bagi anak mama ni makan. Hehe.. Sebulan lagi ye syg. Sekarang bagi mama cukupkan ilmu di dada dulu..

Pada yang tak sabar teramat sangat nak bagi Rayyan makan macam2 tu, sila sabar ye.. Sebulan je lagi ok. Itupun start dengan yg lembut2 dulu ye.. Jangan pula bagi Rayyan makan nasi goreng belacan lecek ok.. Haihh susah hati ni.


Boleh rujuk sini mengenai Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dari KKM.. Macam biasa nak buka sila copy paste link ni ye..


http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/GPBaby.pdf

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 9, 2012

Saya Mahu Jadi Seperti Mereka..

Assalamualaikum..

Yana nak simpan kata2 semangat dari Wardina ni sebagai usaha untuk terus susukan Rayyan. Memang nak melaksanakan misi penyusan ni sangat mencabar. Semoga yana terus kuat insyaAllah.





Wardina antara idola yana dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Wardina sangat komited dengan penyusuan susu ibu ni. She managed to breastfeed her children for 2 years..

“Penyusuan susu ibu merupakan sesuatu yang amat dekat di hati saya. Bagi saya penyusuan susu ibu merupakan satu-satunya cara semulajadi untuk dilakukan, oleh itu apabila anak saya, Amna Nafeesa dilahirkan lima tahun yang lalu, saya telahpun membuat keputusan untuk menyusukannya sehinggalah dia berumur dua tahun,” -wardina


Tahniah Wardina kerana berjaya menyusukan anak2 nya hingga umur 2 tahun..


“Saya kini sedang mengandung anak yang ketiga saya dan saya sememangnya HANYA akan memberikan susu ibu kepada bayi ini!" -wardina


“Setelah membaca tentang bagaimana IQ kanak-kanak yang telah diberikan susu ibu adalah lebih tinggi 6 sehingga 10 kali ganda, saya tahu apa yang saya mahukan. Terdapat banyak kelebihan penyusuan susu ibu. Kanak-kanak mula berjalan dan bercakap lebih awal, mereka mempunyai kemahiran bersosial yang lebih baik, mereka mempunyai pembesaran rahang dan gigi yang lebih baik, mereka lebih sihat dan ceria.. Kandungan yang terdapat di dalam susu ibu tidak boleh ditiru.” -wardina



Cousin yana sendiri yang memang fully breastfeed, babynya yang berumur 11 bulan dah boleh berjalan malahan dah ada 7 batang gigi.. Congrats wiyah :). Chaiyok auni!!



“Kerana saya bekerja, jadi memang agak sukar. Saya terpaksa mengepam susu SEPANJANG MASA! Saya terpaksa merancang masa saya, mengurus dan ‘menyelitkan’ sesi mengepam saya di setiap kesempatan yang ada dalam jadual saya yang sememangnya sudah ketat,” -wardina


"Sebelum saya kembali bekerja saya akan menyimpan sebanyak 80 buah botol susu yang telah dipam di dalam peti ais dan mengamalnya setiap kali. Saya akan mengepam di mana-mana sahaja, di semua tempat, kerana tempat-tempat kerja di Malaysia ini bukanlah ‘mesra ibu’. Saya akan mengepam di dalam kereta, dalam tandas, di belakang pintu – anda namakan sahaja tempatnya. Saya tidak pernah terlepas sesi mengepam saya dan selepas beberapa kali ia telah menjadi sesuatu yang biasa dan telah menjadi sebahagian dari diri saya. Saya tidak akan ke mana-mana tanpa pam atau bayi saya!” -wardina


“Quran menggalakkan para ibu menyusukan bayi mereka sehingga berumur dua tahun. Keyakinan saya telah bertambah kerana saya inginkan hanya yang terbaik untuk anak-anak saya. Anda boleh membeli barang-barang mainan yang mahal untuk anak-anak anda dan hantar mereka ke sekolah yang terbaik tetapi bagi saya yang TERBAIK bermula dengan penyusuan susu ibu,” -wardina



Ni yana dapat dari seorang blogger yang pernah hadir kempen susu ibu dan mendengar sendiri pengalaman dari wardina..


1. susu ibu 6 kali ganda lebih tinggi khasiat dari susu formula..
mengandungi 400 khasiat
2. 44 otot digunakan semasa baby BF
3. baby usaha utk mendapatkan makanan sbb dorg kena sedut dgn smgt br susu kua.. kalo puting dorg x yah sedut2 sgt
4. untuk berjaya BF ilmu sgt penting
5. Perbaiki diri jika sebelum ini gagal utk BF dan jgn kesal tetapi usaha utk maju dan berjaya
6. Sape ckp baby tak cukup susu kalo BF?? (wardina ckp sambil tunjuk penumbuk huhuhu)
7. Susu ibu sebagai perisai sbb de antibodi yg sgt tinggi
8. Susu ibu ikut kehendak - maksudnye isi kandungan susu ibu tu dia ikut umor baby.. baby baru lahir lain..pramatang lain.. sbb tu baby pra matang jgn sesekali bg susu formula.. dorg x leh hadamkan lagi.. sian dorg.. baby umur sethn lain.. umur 2 thn lain.. kuasa Allah.. Subhanallah..
9. Kenapa kat TV x kua iklan susu ibu?? sbbnye xde org yg sanggup bayar.. nak taja ke.. iklan tv mahal.. susu formula org bayar.. sepatutnye kerajaan kita kena war-warkan kebaikan susu ibu ni.. Malaysia masih belum bagus dr segi penyusuan susu ibu berbanding di Eropah
10. Sebahagian klinik di bayar utk promote susu ibu.. (i pon pernah dpt trial pack masa cek prgnt.. tp x usik pon pehtu buang :p)
11. Jangan rosakan sistem penghadaman anak anda..mmg org ske baby debab montok tembum.. tp dari hasil susu formula.. kesian dorg.. kebanyaknnye anak2 BF x bape nak debab.. sbb dorg minum ikut keperluan n senang hadam.. (sebab rayyan tak sebambam baby sedara yang sebaya di kampungla, mereka2 suruh bagi rayyan makan. Tak kenyang katanya. Ni yana yg tulis ye)
- carta tumbesaran baby BF berbeza dgn carta baby yg minum susu formula.. slalu kt klinik tu bg baby susu formula.. so leh dload kat website WHO utk baby BF nye carta.. slalu dpt komen dari sbgn nurse n doc yg x support BF.. anak awk ni kurus sgt ni.. x ckup susu ni.. campo ngan susu formula.. sian dia.. tidak!! slh sama skali.. cuma u all tgk n akan dpt beza nye antara 2 carta tu.. :)
12. Jangan Hina mereka yg tak berjaya BF anak mereka..
13. Join group susuibu utk terus berjaya dan dpt sokongan
14. BF sgt meletihkan
15. Kuatkan semangat!!!
16. BF leh ilangkan stress... bila kita BF anak sambil lihat anak.. (i akui :D)
belajar posisi menyusu (i skrg dh pro BF baring.. BF sgt merelakskn u lagi2 tgh mlm.. x yah bgn bancuh susu hehehe selak dan pastu sambung tdo)
Selepas setahun lbh seronok sbb baby dah pandai.. leh main2 masa BF kewl!!
17. BF adalah suatu pengorbanan.. bukan mudah..
18. BF adalah lumrah manusia.. kalo x ape gunanye B kita :D



Kisah ini pula..

Dari Prof. Muhaya


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"







Persoalannya siapakah ustaz yang dimaksudkan?? Beliau adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.. Ya Allah, semoga Muhammad Rayyan dapat membesar menjadi anak soleh. Ameen..


Yana berada di dalam komuniti yang tidak terlalu support bf. Bukan senang ya. Atas sebab itu, yana perlu kuat supaya misi yana tercapai.


Pada ibu2 yang mencari semangat dan kaunseling untuk bf boleh buka blog ni.. Sila copy paste ye sebab yana tak pandai masukkan link guna blogpress ni..



http://izzahazfar.blogspot.com/2011/03/apa-saya-mahu.html


Saya mahu anak-anak saya menyusu susu ibu,
susu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
susu yang tidak mempunyai rasa yang sama setiap hari :)
susu yang mempunyai segala zat dan nutrien terbaik untuk anak-anak saya
susu yang penuh dengan rasa kasih, sayang dan cinta saya pada mereka





- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 7, 2012

Bila Mood Rajin Datang...


Assalamualaikum..

Sejak ada baby ni yana memang sangat jarang masak untuk incik suami. Kitaorang keje makan kat luar or tapau je.. Yana ni memang suka masak & cuba resepi baru, tapi tak menang tangan dengan baby. Hehe. Cuma last week mood rajin nak ke dapur tu membuak2 pula. Maybe sebab sekarang asyik hujan, kitaorang malas nak keluar takut Rayyan demam pula. So, kerapla masak walaupun simple2 je.. Sangat puas hati bila dapat bagi suami makan hasil air tangan sendiri dari makan air tangan makcik restoran kan.. Hehe..


So, inilah hasil bila mood rajin datang menjengah..





Lama dah tak masak nasi ayam.. Nasi ayam ni buat masa weekend. Papa jaga Rayyan bolehla mama masak.. Hehe







Ni masa tak rajin sangat. Masak simple sangat2.. Sayur jelatah, daging goreng kicap cicah sambal kicap dan sambal gesek.. First time cuba buat sambal gesek. Sangat sedap dan pedasssss.. Huhu..

Ni resepi:


Bahan2:

Ikan bilis
Bawang besar selabu
Cili api 5 biji
Limau kasturi
Garam+Gula

Caranya:

1. Goreng ikan bilis separa garing
2. Tumbuk ikan bilis, bawang, cili api. Jangan hancur sangat
3. Perah limau kasturi. Lagi masam lagi best
4. Masuk garam + gula.. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ikan bilis dah masin.
SIAP!! Sangat senang kan.. Makan dengan nasi panas2 dan bersedia untuk telinga berasap. Hehe..







Ni pun simple sangat2 juga.. Kucai tu milk booster ye.. Sape2 yang nak menambah breast milk boleh cuba makan kucai banyak2.






Ni lagi satu untuk milk booster. Kurma merah pun boleh membantu meningkatkan produktiviti susu. Yana buat sup ayam dan campur dengan kurma ni..

Ibu2 yang fully breastfeed memang akan cuba sedaya upaya memperbanyakkan susu untuk keperluan baby. Apa pun paling penting untuk menambah susu badan adalah konsep supply and demand. Lagi kerap baby minum susu lagi banyak susu akan ada. Kena rajin pam dan juga df. Memang susu akan banyak. Seeloknya setiap 2 jam sekali..






Sambal tumis ikan bilis dan sup lobak putih.. Lobak putih pun milk booster. Tapi bagi ibu2 yg baru lepas pantang jangan makan lagi lobak putih sebab lobak ni sejuk ye..


Breastfeed mom jangan skip makan ye. Nanti susu boleh kurang. Lunch memang yana akan makan nasi. Nak diet macam mana pun, kena amik nasi. Bila malam je yana jarang makan heavy. Yana ganti dengan secawan horlicks dan oat. Horlicks dan oat pun milk booster. Bila rajin sikit yana masak oat tu campur dengan buah. Sedapp.. Antara buah yang boleh tambah susu ialah buah longan.

Semoga Allah mudahkan usaha kita untuk bf anak2. Allah suruh kita susukan anak dan jika kita tunaikan suruhan Allah, satu jihad untuk kita.. Usaha, doa dan tawakal. Niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkanNya..



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, November 4, 2012

Rayyan 4 Months

Assalamualaikum..

Rayyan dah 4 months.. Mama papa love you so much!!

























Rayyan dah 4 bulan pada 14 Oktober baru2 ni.. Apa pencapaian Rayyan masa 4 bulan ni..

~ Rayyan dah boleh meniarap dengan jayanya tanpa bantuan sesiapa. Laju pula tu.. Golek kiri golek kanan.. Dah tiba masa untuk cari playmat pula lepas ni..
~ Rayyan suka isap jari dan gigit2.. Orang kata macam nak tumbuh gigi.
~ Rayyan dah pandai sembang2 especially masa tengok tv.. Siap jerit2 lagi. Itupun masa mood baiklah. Hihi..
~ Rayyan dah pandai nak capai itu ini. Kalau tak dapat tu memang ngamuk ler.. Hihi.. Tapi bila dah pujuk2 okla.
~ Rayyan suka sangat berdiri. Bila angkat tu senyum je siap dah pandai lompat2 lagi.
~ Rayyan dah mula kenal orang. Bila orang baru jumpa nak dukung dia akan renung dulu. Kalau Rayyan rasa ok, okla.. Kalau tak nangis la cari mama papa.. Hihi..
~ Sekarang Rayyan dah 5.9kg. Ikut graf, itu berat badan yang ideal. Tak kurus dan tak gemuk. Alhamdulillah. Ya, sampai sekarang Rayyan fully breastfeed sahaja. Chaiyok mama!! December nanti Rayyan dah 6 bulan boleh start solid food. Tak sabar mama nak masak sedap2 kat anak mama ni.. :)


Dah besar anak mama ni.. Hari2 mama papa happy sangat tgk Rayyan membesar depan mata kami.. Doa mama hari2, Muhammad Rayyan membesar menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik..ameen..


- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, November 1, 2012

Majlis Akikah Rayyan


Assalamualaikum..

Sejak yana dalam pantang lagi incik suami dah plan pasal akikah untuk Rayyan cuma kengkangan masa menyebabkan tak dapat melaksanakan pada hari ke-7. Oleh itu, akikah untuk Rayyan buat pada hari Raya Aidiladha berserta kenduri sekali..

Takrif Akikah:

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”



Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat.


Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) 


Daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:

“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” 


Tempoh menyembelih korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih haiwan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai..

Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun hijrah.


Kadar Haiwan Akikah dan Masa Akikah:

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
  • Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
  • Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.


 
Lembu untuk akikah Rayyan..
Sembelih pada pagi Aidiliadha selepas solat raya.
Incik suami yang pergi uruskan sebab mama ni tak 
kuat semangat nak tengok sembelih2 ni.. hihi.. 


Pada hari ketiga Aidiladha baru diadakan kenduri. Memikirkan masa yang sesuai untuk tetamu datang, marhaban, katering dan sebagainya. Terima kasih yana dan incik suami ucapkan pada yang sudi hadir ke majlis kenduri akikah Muhammad Rayyan :)



Majlis bermula dengan marhaban, berzanji, selawat ke atas Nabi. Disusuli dengan berendoi dari Kumpulan Marhaban Al-Hasanah..










Berendoi takde dalam plan majlis. Cradle swing tu bawa balik
untuk bagi Rayyan main. Semua orang kata alang2 buat je
berendoi sekali.. haa, ni berendoi yg tak payah dihayun.. hihi..
Mama, maktok dan tokma menemani Rayyan masa majlis berendoi.
[Gambar yg lain di Facebook]


Yana suka syair berendoi ni.. Memang touching sangat. Ada jugala yang menitiskan air mata masa ni.. hehe.. Rayyan pun diam je masa ni macam faham je.. hihi


Syair Berendoi

Bismillah itu permulaan nama
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam

asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu

empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...

 Empat bulan sampailah tuan
sudah menjadi kaki dan tangan
cukuplah dengan sifat sekalian
nyawanya belum lagi didatangkan.

 Sampailah sudah saat dan waktu
datanglah nyawa lalu bersatu
di dalam tubuh tempatnya itu
hawa dan nafsu sudah berlalu.

 Dikandungkan ibumu sembilan bulan
lebih dan kurang tiada ditentukan
melahirkan dikau beberapa kesakitan
beberapalah pantang minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang

Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat

Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira

Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

 Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

 Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah

Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan

Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.



Selalunya mengikut adat kita bila ada majlis akikah, akan disertai dengan upacara cukur jambul.. Tapi yana tak buat cukur jambul sebab Rayyan dah cukur habis sampai botak masa yana dalam pantang. 




Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:


“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” 
[Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

 
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.


Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.  [Sumber: HafizFirdaus.com]


Oleh itu, jangan sayangkan rambut anak dengan menguntingkan atau mencukur sebahagian rambut sahaja..


Okla, Dah selesai semuanya tetamu mula menjamu selera.. Majlis akikah Rayyan ni, mama papa hidangkan nasi daging bersama daging rebus dan air asam, sup tulang, gulai daging, ayam masak merah, jelatah, ulam2 dan sambal belacan.. Selepas asar, diadakan pula majlis doa selamat..





Terima kasih kawan2, kakak2, aunty2, uncle2 
yang datang ke kenduri akikah saya :)


Alhamdulillah selesai sudah majlis akikah Rayyan.. Semoga Muhammad Rayyan membesar menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik.. ameen..



PS:

Malamnya masa sembang2 dengan incik suami yang keletihan menguruskan kenduri di siang hari..

Papa: Baru rasa jadi tuan rumah handle kenduri. Letihnya.. Macam mana la nanti kenduri Rayyan kahwin ye?

Mama: hahaha.. Jauhnya papa pikir.. :)