Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 28, 2012

Bubur Nasi untuk Baby 6 Bulan


Assalamualaikum...


Hari ni Rayyan dah genap 6 bulan 2 minggu.. Alhamdulillah.. Dalam tempoh 6 bulan ni, yana dah introduce Rayyan dengan solid food step by step.. 1st day yana buatkan Rayyan puree buah pear campur dengan susu ibu.. Tapi Rayyan tak sesuai dengan pear, esoknya Rayyan batuk2.. Yana pun stop puree pear..


Lepas tu yana buatkan Rayyan puree plum campur susu ibu. Rayyan reject pula. Maybe plum agak masam untuk Rayyan. Hihi.. Then bagi puree apple.. Wahh, Rayyan suka sangat apple dan alhamdulillah takde alergik. Dengan konsep 4 day rules, Rayyan ok dengan apple..


Lepas tu mama ni nak try introduce veggie pula kat Rayyan.. Mula dengan puree carrot campur susu ibu. Rayyan love carrot!! Lambat suap Rayyan dah bising2.. Hihi.. Anak mama belajar makan sayur dari kecik ye.. Tapi carrot ni tak elok bagi banyak2 sangat. So, yana stop masa 3rd day dan cuba puree potato pula campur susu ibu.. Potato ni takde khasiat sangat, lebih kepada karbo.. Bila tengok hari ketiga takde alergik dengan potato, yana pun stop dan mula nak introduce bubur untuk Rayyan bila paed pun dah bagi green light.. Lepas ni nak try puree brokoli pula untuk si tecik mama ni.. Rayyan kena belajar makan sayur tau..


Genap umur Rayyan 6 bulan 2 minggu, mama pun masakkan bubur untuk Rayyan atas kebenaran doktor.. Tapi bubur yang sangat2 smooth.. Jom tengok cara penyediaan bubur untuk baby 6 bulan.. Thx group Hsffyb Yang banyak memberi tunjuk ajar cara penyediaan homemade solid food.. Korang dah join group tu?








Better korang prepare awal. Yana prepare semua ni malam sebelum masak keesokkan harinya..


1. Beras di basuh dulu.. Untuk Rayyan, yana gunakan brown rice.
2. Dah basuh, rendam beras selama 2 jam..
3. Keringkan beras tadi.
4. Sangaikan beras (goreng beras tanpa minyak) sampai agak kekuningan. Jangan sampai hangit pula ye. Sian baby nanti makan bubur hangit.. Tak sedap.. Hehe..
5. Biarkan beras tadi sejuk kejap dan blend kan sampai hancur.. Sampai beras tu jadi halus2..
(boleh simpan beras tu dalam tupperware, tahan lama tau. Bila nak masak,amik je)











Cara nak masak:

1. Didihkan air, kalau boleh air banyak sikit.
2. Masukkan lebih kurang dua sudu besar beras tadi dan masak la sampai jadi bubur..
3. Bila dah hampir kering, yana masukkan puree carrot yang dah siap tersedia. Yana pilih carrot sebab ia banyak nutrisi. Kalau potato dah karbo, nasi pun karbo. Berkarbo2 pula nanti.. Hihi.. Ayam, daging, seafood masa 8 bulan baru boleh bagi ye.


----> sila jangan tambah sebarang gula & garam ye.. Baby below 2yr tak digalakkan gula & garam. Tak bagus untuk kidney..

4. Biar bubur sejuk seketika dan blend kan bubur tadi supaya teksturnya lebih halus.
5. Tapis pula bubur tadi sebelum dihidang.








6. Baby tak boleh makan gula garam lagi.. Nak bagi bubur sedap berperisa tambahla susu ibu.. Susu ibu ni manis ye. Mana tahu, dah pernah rasa ke? Hahaha.. Lagi berkhasiat bila ditambah susu ibu.







Yummmyyy..







Kali ni papa pula tolong suapkan Rayyan.. Sedap tak sayang? Hihi.. Semoga Rayyan terus membesar dengan sihat dan cerdik. Ameen..




- Posted using BlogPress from my iPad



No comments: