Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 30, 2013

Saya Nak Fareeda Sara!!


Assalamualaikum..


Misi mendapatkan Fareeda terbaru muncul kembali.. Lama dah yana stop beli tudung Fareeda ni. Tapi bila patern baru muncul, mulalah rasa nakkkk tu datang..


Tapi seriously susahnyeee nak dapatkan tudung Fareeda ni sekarang.. Dari butik di Permatang Pauh yana pergi, panjang orang beratur nak beli tudung sampai habis nombor. Siap ada yang berkampung lagi bawa lauk pauk. Dasyatnye penangan Fareeda ni.. Sampailah ke Bangi nun orang sanggup beratur tengah2 panas.. Berkali2 pergi jengguk butik, macam tu juga style-nye.. Dengan ada anak kecik, takde la yana nak beratur panjang tunggu turn macam tu.. So, balik dengan hati yang kecewa je la..huhu..


Fareeda Sara terbaru dari Fareeda.. Dah ada size L!! Nakkkk tapi macam mana nak beli? Nak melangkah masuk ke butik pun tak lepas sebab ramai sangat orang. Aiyak!!































Cantekkkkkk sangat!!!








Sara printed pun cantekkk!!







Disebabkan susah sangat nak beli tudung ni di butik.. Yana beli online dari Koleksi Cahaya Balqis.. Boleh add fbnye.. Fareeda original ye jangan risau.. Tapi tak boleh nak pilih colour sangat la macam kat butik.. Kat butik pun jangan harap dapat colour idaman sebab cepat sangat sold out.







Inilah Fareeda Sara yang yana order dari Koleksi Cahaya Balqis. Akhirnya dapat juga. Nak dapat sehelai Fareeda jenuh berusaha. Hehe.. Tapi, next week baru dapat.. Sapa2 yang tak dapat beli di butik boleh tengok Fareeda di fb beliau ye..







Ni pun yana nakkkkk sangat.. Dah minta tolong owner Koleksi Cahaya Balqis carikan.. Harap2 dapatla.. Kalau tunggu nak beratur di butik tu tak merasala tudung ni.. Huhu..




Ps: Fareeda, boleh tak u olls buat tudung banyak2 sikit? Nak beli sehelai pun kena beratur, jenuhlaaa..huhu..





- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 29, 2013

Demam oh Demam.. :(


Assalamualaikum..


Musim demam ke sekarang nih? Yana ni dah 2 minggu demam. Lama tueeeee.. :(


Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)


Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”



Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)


Masa mula2 yana balik kampung yana dah start rasa sejuk satu badan.. Pergi klinik di kampung check ada infection dalam urin. Kandungan kuman yang agak tinggi. Sebab tu rasa sejuk on & off.. Tapi sampai habis ubat yana makan demam still on & off ;(


Cuti weekend tu bertolak ke rumah mertua pula, malam tu satu badan yana sejuk sangat. Papa pun dah mula selsema masa tu. Alhamdulillah Rayyan masih sihat dan takde tanda2 jangkit demam selsema dengan papa mamanya.. Amik ubat lain pula di klinik di sana.. Doc kata kuman still ada.. Ok, demam kebah sikit tapi sejuk tu still on & off.. Risau dah hati ni bila demam tak baik betul2 lagi..








Balik ke KL, terus ajak papa ke klinik pakar terus walaupun ubat still ada lagi. Tak tahan dah dengan demam yang on & off.. Kesian kat Rayyan mama tak dapat layan dan main2 dengan Rayyan sangat. Mama nak cepat sembuh untuk jaga anak mama dengan baik.. Rayyan pun dah mula selsema dan batuk masa ni.. Tapi pagi ni Rayyan dah makin ok..alhamdulillah..







Doc kata kalau infection urin kena amik antibiotik at least 10 days untuk baik. Doc check juga takut yana kena denggi, tapi alhamdulillah takde.. Doc bagi antibioik yang kuat kali ni dan boleh untuk breastfeed.. Mommies yang bf setiap kali amik ubat jangan lupa mention kat doc ye.. Tak semua ubat ibu2 bf boleh makan..


Lepas makan ubat semalam.. Bangun pagi ni dah rasa ok banyak sikit walaupun sejuk tu still ada sikit2.. Boleh dah nak buat keje rumah.. Harapnye sampai habis antibiotik ni demam yana sembuh.. Ameen.. Bila dah jadi ibu ni, sentiasa berharap akan kesihatan yang baik agar dapat menjaga dan mengurus anak dengan baik.. Jumaat ni pula dah nak bertolak ke Singapore, cepatlah baik demammmm!!





- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 22, 2013

Rayyan dah 7 bulan :)


Assalamualaikum..


14 Januari 2013, Rayyan dah masuk 7 bulan.. Cepat je rasa masa berjalan.. Dah makin besar hero kesayangan mama papa ni.. Doa mama hari2 tanpa jemu agar anak mama ni membesar dengan sihat menjadi seorang anak yang soleh dan terpuji.. InsyaAllah.. Ameen..


Alhamdulillah sampai sekarang mama masih dapat menyusukan Rayyan dengan susu ibu, hak untuk setiap bayi yang dilahirkan.. Semoga murah susu mama untuk Rayyan hingga 2 tahun nanti. Ameen..


Ramai yang berkata, "takpela tak keje lagi boleh la susukan baby dengan susu ibu.. Yang dah bekerja susahla" please mommies jangan cakap susah untuk jalankan tanggungjwab kita sebab ramai mommies yang bekerja di luar sana yang berjaya susukan baby masing2 hingga 2 tahun. Yana kagum dengan semangat mereka. Rakan yana sendiri bangun seawal 5am untuk pam susu dan cari masa untuk pam susu di ofis. Semuanya kerana semangat untuk beri yang terbaik untuk anak masing2..


Dan janganlah memperendahkan ibu2 yang menyusu badan dengan alasan susu2 tin di rak yang mahal2 itu lebih baik kerana mempunyai DHA dan sebagainya.. Percayalah dengan bancuhan dariNya kerana Allah dan Rasul juga suruh kita susukan bayi dengan susu ibu.. Kandungan dalam susu ibu tidak boleh ditiru..


Okla, apa Rayyan boleh buat bila masuk 7 bulan ni?


* Rayyan dah makin aktif sangat. Hari2 mama kena main kejar2 dengan Rayyan.. Hehe
* Rayyan dah mula angkat badan merangkak slow2. Chaiyok cyg!!
* Rayyan dah boleh bangun berdiri.. Tapi kena pegang apa2 la sebagai sokongan
* Rayyan dah boleh duduk tanpa sokongan cuma belum kuat betul lagi











































Mama papa love you sooooo much syg!!



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, January 17, 2013

Puree Peas untuk Baby 7 bulan..



Assalamualaikum...


Cakap pasal solid food baby lagi.. Yana ni dah bagi Rayyan makan puree apple, carrot, broccoli, avocado, kurma, pisang, potato, sweet potato dan juga bubur nasi.. Alhamdulillah dengan 4 day rules, Rayyan boleh terima semua senarai fruits dan veggie tu tanpa sebarang alergic.. Pear je yang Rayyan tak sesuai sebab nanti batuk..


Antara semua tu favorite Rayyan adalah carrot, pisang dan kurma.. Laju je bila nak suap.. Kalau bubur campur carrot dan sedikit susu ibu, semangkuk kecik tu Rayyan boleh habiskan.. Hehe.. Bagus anak mama, belajar makan sayur dari kecik ye..


Tapi kalau bagi apple, Rayyan makan sikit je.. Avocado lagi laaa, Rayyan luah terus.. Last2 mama amik buat mask.. Hehe.. Tapi kalau campur avacado dengan pisang laju je Rayyan makan. Ni pun yana belajar dari group HSFFYB..


Ok intro yg panjang kan.. Jom tengok menu baru yana sediakan untuk Rayyan hasil belajar dari buku, tanya doktor dan tengok di group HSFFYB..


Puree kacang peas.. Serius sedap!! Manis je kacang ni.. Rayyan suka peas ni laju je makan, mama tumpang sekali.. Hehe.. Tapi, baru hari pertama yana try bagi Rayyan makan ni.. Ada lagi 3 hari untuk tengok reaksi Rayyan..







Cari baby peas ni. Boleh jumpa di Tesco dan Giant.. Agak mahal juga sepaket ni rm13..








Comel kan? Hehe.. Basuh dan buang kulit peas ni sebab tak hancur masa blend, nanti lekat di lelangit baby.. Agak renyah sikit la.. Huhu







Steamkan.. Untuk pengguna blender Avent ni, air dalam 150ml







Dan blend-kan.. Mama pun rasa sikit.. Sedaaappp!! :)







Lebihannya simpan dalam fridge..







Penuh dah dengan stock puree Rayyan.. Kalau peas ni ok, next menu yana nak cuba labu manis pula.. Labu makanan sunnah nabi elok kita amalkan.. Lepas tu yana takde idea lagi.. Hehe.. Next month, Rayyan masuk 8mth boleh dah cuba bagi ikan, ayam..




- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, January 10, 2013

Shopping di Bbluvsme yang Comey!!


Assalamualaikum..

Yana ni tiba2 mai balik demam beli baju baby. Dua tiga menjak ni dah kurang sikit memandangkan baju Rayyan dah banyak. Tapi lepas follow instagram Bbluvsmedotcom terus mai balik perangai tu.. Hihi. Sazzy Falak pun rajin beli baju kembarnya kat situ.. Sangat comeyyy baju2, kasut dan aksesori baby kat situ..


Semua dari Bbluvsme.com













Dapat juga mama cari Superman Romper dengan cape tu. Hehe. Samfoo baby yang comey tu pun dapat juga. Yeay!! Nanti CNY Rayyan pegi umah kawan papa boleh pakai samfoo tu..








Rayyan pakai bucket hat ni, papa kata macam nak pergi melancong je..hehe..


















Prewalker shoes ni pun comeyyyyy sangat. Kalau untuk girl lagila banyak pilihan.. Boots untuk baby pun ada, tapi yana tak beli la tak tau nak bagi Rayyan pakai masa mananye boots di Malaysia yang panas ni. Hihi..






Shoes biru brand NEXT tu sangatla gojes. Takde size kecik amik juga sebab comey. Nanti Rayyan dah besar baru boleh pakai.. Antislip socks tu pun comey..


Ok mommies, boleh ke website
-->> http://www.bbluvsme.com/
Servisnya memang tip top.. Yana order pagi.. Esoknya dah dapat barang. Tapi kena cepat ye bila diaorang dah update new item sebab cepat sangat sold out..


Happy Shopping!



- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, January 6, 2013

Al-Humaira Contemporary yang Awesome!!


Assalamualaikum..


Siapa kenal dengan Al-Humaira Contemporary (AHC)? Mestila ramai yang kenal sebab ni antara brand fashion muslimah yang sangat popular.. Yana mula mengenali AHC bila jatuh cinta dengan ivy hoddie-nya dulu.





















AHC sangat famous dengan koleksi shawl yang meletop kebabom. Cantekkk sangat2. Baru2 ni tengok shawl Lujaa sangatla gojes. Tapi yana tak pandai pakai shawl + muka tembam ni tak sesuai dengan shawl. Huhu..




















Cantekkkkkk kan???


Apparels AHC pun cantekkkk sangat.
Pergi ke butik ada lagi banyak pilihan yang takde di website dan fb AHC..



Lanika..






Liv...






Dalia...














Celia.. di butik ada yang bercorak juga. Sangat gojes!!






Ouhhh rambang mata masa masuk butik AHC nih..


December baru ni AHC ada buat sale.. Yana pun ajak incik suami ke sana. Butik AHC ni sangat cantik dan staf2 AHC pun cantik dan sangat baik.. :)


Dan...






Yeayy!!







Yana amik sehelai dalia walaupun agak frust sebab colour yang yana nak dah sold out.. :(


Dapat colour brown je. Ok la. Hihi.. Sangat selesa kain chiffon nih..








Dah muat size M!! Hihi...









Dan tiga helai tak tau ni nama apa.. Hanya ada di butik AHC. Dalam website takde..












Ok, boleh singgah di cawangan baru AHC The Strand, Kota Damansara.. Najjah pun kat situ juga..




AL-HUMAIRA CONTEMPORARY
10-G, JALAN PJU 5/20D
THE STRAND
47810, KOTA DAMANSARA
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-6142 6200



Nak beli online sila ke official web AHC:

http://www.alhumairacontemporary.com/




- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, January 4, 2013

Saya Nak Kurus!


Assalamualaikum..


Ok, entry paling poyo di awal tahun. Hehe.. Kuruskah saya? Oh tidak.. Rasanya dah bertahun tak rasa apa itu kurus.. Hehe..





Ok, flash back balik.. Yana ni sangat skinny masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah.. Masa tu berat yana lingkungan 45kg saja. Makanlah banyak mana pun, kecik dan pendek tu juga. Hehe.. Tapi lepas yana operate jantung masa yana form 3, secara slow berat yana naik. Memang nampak la perubahan sebab yana kan kurus kering je sebelum tu. Makan sama je, takde pun istilah terlebih berselera. Cumanya, metabolisma yana dah turun sikit.. Last sebelum masuk U, berat yana 50kg.. Ok lagi masa ni..


Masuk U.. asyik berfast-food, asyik ber-supper, asyik makan maggi, asyik minum ais. Stay up tengah malam study & buat assignment pun makan.. Final year berat yana dah masuk ke 60kg. 3 tahun di universiti, berat naik sampai 10kg hokay. Aiyak!!







Masa buat Master, yana diet kejap sebab nak tawen..hehe.. Masa tu sangat rajin exercise dan tak makan nasik langsung. Hari2 kot yana buat sit up masa tu. Sebelum tido yana skipping dulu. Wahh semangat nak tawen. Hehe.. Masa tu yana cuma makan roti, oat dan bihun sup je. Selama sebulan la yana bertahan. Seriously, turun dalam 3kg. Kawan2 yana ada yang tegur juga nampak kecik sikit. Tapi, yana tak mampu disiplinkan diri untuk bertahan. Sebulan tu je disiplinnya. Huhuhu..


Lepas kawin lagila.. Hati gumbira, keje jalan sana sini, jalan2 cari makan juga. Sebelum pregnantkan Rayyan berat yana dah 69kg. Ohh tidak!!! Doktor pula cakap masa pregnant boleh naik lagi ke 20kg. Lagilah risauuuu pikirkan mampu ke nak turun berat badan kembali lepas bersalin nanti atau aku akan jadi lebih besar. Huhu.. Yana lebih risaukan kesihatan diri sebab yana ni pernah ada problem jantung. Walaupun dah operate, yana still ada semput tu sikit. Yana tak boleh terlalu aktif nanti kekurangan oksigen..huhu.. Sebab tu pikir kalau lagi berat lagilah cepat semput.. Risaunyeee saya..






Tapi memikirkan Rayyan dalam perut yana tak sekat pemakanan masa pregnant cuma yana kawal apa yang yana makan je. Alhamdulillah masa pregnant berat yana naik 10kg je. Berat terakhir sebelum bersalinkan Rayyan 79kg.. Erkk.. Sangat berat dah bagi yana yang kemetot ni. Huhu.. Tapi tetap bersyukur tak naik sebanyak 20kg.


Masa dalam pantang yana aim untuk kurus. Kalau tak kurus pun turun ke 60kg pun jadilah. Macam yang yana pernah cerita dalam entry sebelum ni tentang penjagaan dalam pantang.. Dengan jagaan yang sangat ketat oleh confinement lady dan nenek yana. Yana turun ke 63kg selepas habis pantang..

Boleh buka copy paste link ni: http://kyairyana.blogspot.com/2012/09/jagaan-semasa-pantang.html?m=1



63kg untuk tinggi yana masih dianggap overweight. Walaupun turun banyak juga berat tu tapi selagi tak masuk angka 50-an saya tetap gumuk. Huhu.. Yana tak berdiet sebab yana breastfeed mommy. Kalau yana diet nanti kuantiti dan kualiti susu yana merudum. Yana tak boleh skip nasi untuk menghasilkan susu yang banyak dan pekat. Yana makan nasik sehari 2x. Terfikir lagi masa ni macam mana nak turunkan berat badan kalau tak boleh diet.. Ermmm... Yana cuma masih terus amal nona roguy dan air kunyit asam yang tak menganggu penyusuan..






Tapi bila balik ke kenduri cousin yana baru2 ni, ramai kata dah kurus sikit. Ouhh kembang laaa.. Hehe.. Kat rumah cousin yana ni ada weight scale. Yana pun timbang la.. Sangat terkejut tengok berat yana dah 59kg tanpa yana diet apa pun. Dan tadi yana timbang lagi dengan weight scale masuk syiling di Tesco, berat yana dah 58kg. Jeans pun yana dah boleh pakai size 29.. Sebelum ni size 36 hokay..hukhuk.. Tapi tinggi tu untuk 58kg still overweight kalau mengikut BMI la.. Yana kena bagi dapat at least 55kg baru masuk kategori healthy. Lagi 3kg!! Chaiyok yana!! Tapi target yana adalah 50kg. Chaiyok2!!






Bila diselidiki, mana saluran yang menyebabkan berat yana turun walaupun yana tak diet dan tak buat exercise. Ianya adalah kerana I'm a nursing mom..







Breastfeed boleh membuatkan ibu itu cepat kurus. Melalui pembacaan selepas setahun baru boleh nampak perubahan tu. Sabar ye ibu2sekalian.. Hehe.. Ibu yang menyusu badan membakar purata 500 kalori sehari. Pembakaran kalori itu adalah daripada tenaga yang badan kita guna untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu itu. Sehari 500 kalori, 7000 kalori baru sama dengan 1kg berat. So dalam sebulan berpotensi untuk turun dalam 0.5kg ke 1.5kg. Ini sambil pemakanan yang dijaga juga la.. Tapi ibu yang menyusu ni memang menjaga makan untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk baby. Yana jarang dah makan fast food sejak bf rayyan ni.


Sambil tu exercise yang kita lakukan dalam menguruskan anak juga membantu untuk cepat kurus. Bab ni kalau nak cite, yana memang dah macam puting beliung je kalau menguruskan rayyan. Terkejar sana sini. Hihi.. Dalam sehari boleh kira berapa puluh kali yana turun naik tangga untuk uruskan Rayyan dan buat kerja rumah. Itu belum lagi bab sedang masak dan sambil mengejar rayyan dengan walkernya..hehe.. Sebab ni la kot mama dah turun berat badan sikit.. Tq anak mama membantu mama untuk kurus. Hehe..


Sekarang saya masih gumuk, semoga mission capai 50kg tercapai. Sikit lagi yana. Chaiyok!!



- Posted using BlogPress from my iPad