Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, March 25, 2013

Stew Salmon untuk Rayyan (9 month above)


Assalamualaikum..

Lunch Rayyan, mama masakkan pasta dengan cheesy broccoli sauce.. Teknik sama macam resepi sebelumnya iaitu cheesy pumpkin & apple sauce, cuma tukar dengan broccoli je.. Tapi, Rayyan mamam sikit je sebab Rayyan ni memang pantang sikit jumpa broccoli. Mama je yang suka paksa Rayyan mamam broccoli. Hihi..


So, malamnya untuk dinner setelah mama google sana sini cari resepi baby. Mama buatkan Rayyan stew. Yummy.. Mama nak anak mama mamam banyak balik untuk dinner..


Dalam fridge ada ikan salmon dan 9 bulan Rayyan boleh makan ikan. Walaupun yana pernah intro Rayyan ikan masa awal2 rayyan masuk 8 bulan. Tapi sebenarnya, 9 bulan baru boleh intro ikan. Sebab tu lama dah yana tak bagi Rayyan mamam ikan.. Tunggu 9 bulan..


From Parent.com

For most babies, doctors recommend waiting until 9 months to introduce fish (like sole or salmon) and 12 months before trying shellfish (like shrimp, clams, and lobster). That's because these, particularly shellfish, are among the top foods that cause allergies -- and waiting until your baby's immune system is more developed can reduce his risk of a reaction.


Ok Rayyan, jom mamam ikan balik..


Stew Salmon

Bahan2:


Sebelah ikan salmon (fillet)
Labu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Celery
Carrot
Baby peas
Italian mixherbs



Kaedah:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam pure olive oil
2. Masukkan air dan labu (masak sampai labu lembut. Tekan2 labu supaya hancur)
3. Masukkan carrot, ikan salmon, celery dan baby peas
4. Masukkan Italian mixherbs
Siap!





Boleh mamam dengan bubur nasi. Kali ni yana buatkan bubur nasi campur beras putih dan beras perang.. Hasilnya, licin rayyan mamam. Masa suapkan Rayyan papa baru balik, papa pun tumpang mamam sikit. Hehe.


- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: