Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, July 24, 2013

Didik Anak Cintakan Al-Quran..


Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog.. Yana agak busy dan takde mood menulis. Hehe.. Mood menulis ni ada masanya juga.. Bila rajin, ada je idea. Bila malas macam ni la..


Yana cuma nak share satu blog yang yana suka baca iaitu mengenai 2 orang kanak2 Darwish dan Darwisya yang sudah menghafaz Al-Quran sejak umur mereka 3 tahun lagi. MasyaAllah.. Bertuah ibu dan ayahnya..




Boleh ikuti perkembangan dua hafiz hafizah ini di blog yang ditulis oleh ibu mereka sendiri.. Yana sangat kagum dengan usaha ibu mereka untuk melahirkan generasi pencinta Al-Quran..

face="Georgia">http://darwishndarwisya.blogspot.com/


Jom join seminar asas Al-Quran dari bayi kaedah Darwish Darwisya.. 14 Sept di Shah Alam.. Boleh add fb Islamic Parenting Network..




Sekiranya Kita Merujuk Kepada Kejayaan Ilmuan Islam Di Zaman Kegemilangan Islam Dahulu, Majoritinya Adalah Penghafaz Al-Quran. Ini Adalah Bertepatan Dengan Hadis Nabi S.A.W Yang Menggalakkan Agar Kita Mengajar Anak-Anak Membaca Al-Quran.


"Yang Paling Pokok Adalah Menghafal Al Quran,Kerana Ia Adalah Ilmu Terpenting, Bahkan Para Salaf Tidak Mengajarkan Al-Hadis Dan Fikih Kecuali Yang Telah Hafal Al Quran" (Imam Nawawi)


Abu Hurairah R.a. Meriwayatkan Secara Marfu' :

"Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka AlQuran Itu Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya, Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali". (Diriwayatkan Oleh Baihaqi, Dailam Dan Hakim)



Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan
"..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama."




Adik Muhtadi Ahmad (3 tahun) dari Indonesia juga menghafaz 30 juzuk Al-Quran.. MasyaAllah.. Boleh tengok banyak video beliau di youtube.. Sebak yana masa tengok.. Bertuah ibu dan ayahnya..


Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak2. Semoga Muhammad Rayyan juga dapat menjadi seperti mereka, insyaAllah.


Yana pernah ziarah salah sebuah sekolah agama di Terengganu yang telah melahirkan ramai tahfiz iaitu Imtiaz. Masa mula2 sampai yana dah kagum melihat kanak2 kecik2 lagi tapi dah ditanam dengan rasa cinta pada Al-Quran malahan kebanyakannya sudah menghafaz Al-Quran.. Niat dihati juga nak lihat anak2 sendiri di sekolah tu, insyaAllah..





Usaha yana sekarang adalah dengan mula mengajar Rayyan mengenal huruf hijaiyah dengan mengunakan flash card. Yana download je dari apps ipad ni. Boleh tengok di apps Oh My Arabic. Cuma $2.99 je.. Memang agak susah tambahan pula anak lelaki yang tak nak duduk diam. Perlukan kesabaran yang tinggi. InsyaAllah cuba dan cuba lagi.. Ajarkan anak pada setiap pagi sebab lebih mudah difahami. Darwish mengenali semua huruf hijaiyah seawal umur setahun. MasyaAllah. Tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha.





Dulu yana ajar Rayyan mengenal bentuk melalui mainan. Memang susah. Mula2 rayyan lempar2 je mainan tu. Lepas tu dia boring tak nak main dah. Yana cuba dan cuba lagi. Berbulan juga, sekarang Rayyan dah boleh masukkan bentuk bulat dan square dalam lubang2 bentuk yang betul. Rayyan kenal 2 bentuk tu dah. Cumanya bentuk susah2 seperti star masih belum cekap lagi..


Yana juga belikan Rayyan Apple Learning Holy Quran Machine ni dari Littleaulad Baby Shop untuk Rayyan dengar setiap hari. Dalamnya terdapat bacaan surah2 Al-Quran, nasyid, laungan azan dan juga lagu2 ABC..




"Ya Allah, permudahkanlah usahaku untuk mendidik anakku menjadi pencinta Al-Quran"






Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,


“Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri" (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud.)


Semoga anak2 kita sama2 berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.. Ameen..


>- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 9, 2013

Bihun Kung Fu Versi Baby.. (1yr above)


Assalamualaikum..

Lama dah yana tak story cite baby food.. Agak malas dah sekarang nak ambil gambar2 makanan dan becerita.. Huhu.. Tapi semalam terajin sikit sebab first time yana masakkan Rayyan bihun kung fu versi baby.. Amik resepi dari seorang mummy yg serba boleh di ~blog saya hot~..


Asalnya resepi ni untuk intro shellfish kat baby. Udang kan antara yang wajib ada dalam bihun kung fu. Tapi yana tak confident lagi nak intro Rayyan udang. Yana nak hold dulu sampai Rayyan at least setahun setengah.. So, bihun kung fu ni yana gantikan dengan ikan bilis je..





Bihun kung fu versi baby.. Rayyan sukaaa sangat sampai licin mamam.. Bihun kung fu ni banyak sayur. Ikutla sayur pilihan apa yang nak dimasukkan.


Kalau boleh cari sayur2 organik. Yana satu family baru bertukar semua sayur dan buah2 ke yang organik. Sebelum ni sayur organik untuk rayyan je. Kalau di KL ni boleh cari di Jaya Grocer. Yana selalu pergi di Bukit Jelutong. Situ memang lubuk bahan2 organik yang banyak. Yana suka beli barang dapur kat situ. Mcm2 sayur yg susah nak jumpa pun ada kat situ. Ada rak khas untuk sayur organik. Ikan pun sangat fresh dari Kuala Selangor. Ayam pun tanpa antibiotik. Daging pula memang yg high quality dari Queensland. Satu lagi tempat best untuk beli barang dapur organik ni di Urban Fresh.. Ada di Setia City Mall..



Oh ya, bihun kung fu hanya boleh bagi pada baby yang dah lulus dengan telur.. Kalau tak jangan bagi lagi ye..


Bahan2:

Bihun
Telur gred A
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
Carrot
Tomato cherry (rayyan sangat suka cherry tomato dari tomato besar tu sebab cherry tomato rasanya lebih manis)
Bunga kobis (kalau ada broccoli lagi bagus, semalam stock broccoli habis dalam fridge)
Leek
Ikan bilis



Kaedah:

Untuk bihun-




1. Rendam bihun dalam telur yang dah dipukul
2. Masukkan pure olive oil dalam non stick pan dan goreng sampai kekuningan..



Untuk sup-

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan pure olive oil
2. Masukkan air dan ikan bilis yang dah direndam dan dikisar (yana rendam lama sikit untuk kurangkan rasa masin. Yana masih belum bagi Rayyan mamam sebarang gula @ garam. Tunggu 2yr ye sayang)
3. Masukkan sayur2. (ikut step sayur mana dulu. Carrot, bunga kobis, leek cherry tomato)
4. Siap!!


Boleh lah nak suap kat baby sambil mamanya ngap2 juga.. Hihi..


Di kesempatan itu, yana sekeluarga ingin ucapkan Salam Ramadhan untu semua umat Islam. Semoga segala amal ibadah kita pada bulan ini diterimaNya, insyaAllah.. Semoga bulan yang mulia ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Maaf zahir batin juga dari yana sekeluarga andai ada sebarang kekhilafan..





- Posted using BlogPress from my iPad


Saturday, July 6, 2013

Jom Amal Makanan Sunnah..


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya yana mencari pelbagai makanan sunnah. Tapi kebanyakan yang jual adalah secara online. Tapi, ada seorang hamba Allah di fb (maaf yana tak ingat namanya) bagitau yana ada kilang yang menjual segala macam makanan sunnah di Shah Alam ni. Terima kasih sangat2 sbb bagitau yana.


Dan petang tadi lepas kitaorang lunch, yana ajak papa ke Mahnaz Food di Shah Alam ni.. Mahnaz Food ni adaalah syurga makanan dari Timur Tengah. Big bos nye pun rasanya orang Arab. Cashier dan pekerjanya pun kebanyakan orang Arab.


Gambar banyak yana amik dari mr.google je sebab masa yana sampai masyaAllah punya ramai orang. Ramai yang membeli kurma untuk Ramadhan ni. Memandangkan di situ juga boleh membeli secara borong ramai jugala peniaga yang datang memborong. So, tak berpeluang untuk yana amik gambar sangat dengan keadaan yang bersesak tu..


Masa membeli tu pun yana terperasan Erra Fazira di Mahnaz Food. Walaupun Erra memakai mask yana tetap kenal. Hehe.. Banyak Erra borong kurma. Tak berkesempatan nak amik gambar sebab orang ramai sangat.










Masa mula2 yana masuk, yana dah sangat teruja sebab banyak benda yang yana carik ada di sini. Sampaikan papa kata bling2 dah mata mama. Hehehe.. Yana mencari cuka kurma, habbatus sauda, saffron, buah tin dan mestilah kurma. Semua dapat dengan harga yang sangattttt murah.


Ni je gambar yang yana sempat amik.. Rak bahagian cuka / khal.. Ada cuka delima, cuka kurma, cuka anggur dan cuka apple.. Yana memang pengamal apple cider vinegar. Yana amik seminggu 2 kali setiap pagi. Dah habis pun sebotol. Ni nak tukar pada cuka kurma pula.. Kalau nak tau khasiatnya silalah google sebab tak tertulis banyaknya.. Oh ya, untuk nursing mom sila amik cuka yang dah di- pasteurized ye..


Bersabda Rasulullah S.A.W.,

" Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”
(Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)











Murah kan? Rm12 je.. Di sini harga dari kilang memang murah ya amattt.. Dah jumpa kat luar harganya berganda..


Ni bahagian teh2 Arab..






Daun teh dari Arab pun ada..





Olive oil..





Kacang Pistachio.. Dulu masa pregnant rajin yana makan kacang nih sebab mak bawa balik banyak dari Mekah. Orang kita panggil kacang cerdik. Ibu2 mengandung amalkan makan kacang ni bagus untuk perkembangan otak bayi..






Ni pula biji aprikot yang dikatakan sebagai penawar kanser..





Jeruk buah zaitun.. Pun yana pernah makan masa mak beli dulu. Masam tapi sedap makan dengan nasik. Hehe..





Coklat Arab..





Rempah2 nak buat masakan Arab macam beriyani pun ada. Siap dengan berasnya lagi..






Dan inilah hasil pembelian kitaorang.. Kurma, Cuka kurma, Habbatus sauda, Minyak habbatus sauda, Saffron dan Buah tin..






Antara hadis berkaitan makanan sunnah di atas adalah seperti berikut. Khasiatnya sila google ye..


Cuka kurma
Kurma





Hadis2 berkaitan kurma,

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


Daripada Abu Musa r.a. katanya:
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



Habbatus sauda
Minyak habbatus sauda





Hadis berkaitan Habbatus sauda,

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)



Saffron




Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."



Buah tin




Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,

"Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti)



Di Mahnaz Food harganya memang sangat murah.. Semua senarai di atas tak sampai rm50 pun..





Ni alamat Mahnaz Food:

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik
Shah Alam, Batu Tiga, Sec 16)



Jom amalkan makanan sunnah..





- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, July 1, 2013

Juicing Good for Health..


Assalamualaikum..
Semenjak dua menjak ni yana sangat sangat suka minum jus. Ada yang yana buat sendiri jek, ada yang yana amik di luar je.






Tempat favorite adalah di Juice Boost atau di Juice Works. Tapi lagi suka di Juice Works sampai yana dah jadi ahli. Juice Works ada banyak menu dan diaorang explain satu2 kebaikan dari setiap campuran jus tu. Favorite yana adalah Slimmer Paradise iaitu campuran apple, celery, cucumber & guava. Kadang2 di shoot dengan wheatgrass juice. Satu lagi Berry Burst iaitu campuran strawberry, mix berries & tropical juice. Memang sedapppp dan sangat berkhasiat. Semua jusnya dari buah dan takde gula. Selalu yana pergi di Setia City Mall..






Wheatgrass yang fresh segar bugar.. Sila google khasiat mengenai wheatgrass ni. Sangattt banyak khasiatnya..










Untuk papa pula, papa lagi suka smoothies.. So, selain dari menikmatinya di Juice Works. Yana belajar buat sendiri. Senang jek.. Yana buatkan untuk papa dan Rayyan pun boleh mamam juga dengan syarat takde ais la..





Untuk baby yang nak menikmati smoothies, pastikan dah lulus dengan buah- buahan yang nak disediakan dan takde alergik dengan yogurt. Untuk Rayyan, macam biasa mama gunakan Full Fat plain yogurt from Farm Fresh. Baby kena mam yang full fat sebab baby perlukan lemak untuk membesar. Papa pun mama bagi yang full fat untuk bagi gumuk sikit. Untuk mama of course la yang low fat kan sebab dalam proses untuk kurus lagi. Hehe.. Smoothies antara healthy snack untuk anak2. Tapi janganlah sampai hari3 bagi mamam yogurt.


Many of these Baby Smoothie Recipes are only suitable if baby has had yogurt, milk, and wheat and/or strawberries, other berries/citrus without any problems. Use your judgment when making these baby smoothie recipes for your baby.

Most of these recipes for baby smoothies are suitable for babies 8 months+. As always, please be sure to consult your pediatrician when in doubt and keep any allergies or past food reactions in mind.

What We Love About Smoothies:
-They pull double duty:
quenching thirst and satisfying hunger at the same time.
-They taste as bright and pretty as they look.
-They're a great way to sneak more fiber and antioxidants into your kids. (But all they’ll care about is the taste.)
-They don't require a lot of fussy ingredients.
-They give new life to overripe fruit.
-They can be easily tailored to suit individual needs. And even kids with dairy allergies can enjoy them.
-They're a great DIY snack for older kids; younger operators will require adult supervision.



Caranya hanyalah sediakan buah-buahan pilihan, yogurt dan blender.. Yana pilih mango, apple dan blueberry.. Campur dengan yogurt tanpa air dan ais. Kisarkan.. Siap!!





Papa share dengan Rayyan.. Merebut2 Rayyan bila papa lambat suap. Hehe.. Sekarang ni fridge kecik ni dah penuh dengan macam2 buah dan sayur2 untuk jus dan smoothies.. Satu lagi favorite yana amik pagi2 tapi bukan selalulah iaitu Lemon juice + ACV + honey.. Sangatlah refreshing dan bagus untuk detox your liver dan bagus juga untuk weight loss.. A lemon a day keep the fat away.. Hehe..


Nah yana sharekan 95 resepi jus yang bagus untuk kesihatan. Go for real food.. Oh ya sebelum terlupa yana sharekan isu maltodextrin iaitu gula tambahan yang tak akan ada dari sumber semulajadi kerana,


"semulajadi is something we could eat it directly..maksudnya, ambil dan terus makan. so ask them about any food, natural food yg dijadikan oleh Pencipta dlm bentuk powder? ada kita perah susu lembu and it comes out in powder? atau pun tanam sayur, tumbuh dan dikutip dlm bentuk serbuk?"


Ni yana amik dari komen2 di group HSFFYB dulu2:

Juicing good for health

Recipe #1: Banana + Milk + Honey
Recipe #2: Banana + Basil
Recipe #3: Carrot + Apple
Recipe #4: Apple, Orange + Celery
Recipe #5: Lemon + Honey
Recipe #6: Orange + Mint + Sweetener
Recipe #7: Mango + Sesame Seed
Recipe #8: Honeydew + water
Recipe #9: Watermelon + Passonfruit + Kiwi + Apple
Recipe #10: Kiwi + strawberries
Recipe #11: Grapes + Dragonfruit
Recipe #12: Strawberry + Honey + Milk
Recipe #13: strawberry+banana
Receipt #14: strawberry+raspberry+blueberry.
Recipe #15: pineapple+orange.
Recipe #16: banana+chocolate. (as in choc bar)
Recipe #17: Celery + Apple + Guava
Recipe #18: mango + yogurt + milk + banana
Recipe #19: lotus root + water + honey
Recipe #20: Plain yoghurt + strawberry + blueberry + raspberry + blackberry
Recipe #21: Carrot + tomato
Recipe #22: orange, kiwi, celery n sweet potatoe leaves
Recipe #23: whole mango, one passionfruit n one banana
Recipe #24: Basil or Mint Leave + Honey
Recipe #25: carrot, paprika/bell pepper, celery,green apple
Recipe #26: orange with lime,
Recipe #27: orange with star fruit
Recipe #28: passion fruit, apple and pear
Recipe #29: Lemon + mint/basil + honey
Recipe #30: Honey dew + spinach, cantaloupe + spinach
Recipe #31: banana + spinach, mango + spinach
Recipe #32: carrot + spinach,
Recipe #33: carrot + beet + cucumber
Recipe #34: 2 carrots & 1 apple & 1 cup chopped spinach
Recipe #35: pumpkin, banana, black sesame
Recipe #36: Orange + Avocado + passion fruits
Recipe #37: watermelon, orange and lemon
Recipe #38: pineapple + spinach
Recipe #39: Mint + pineapple + mango
Recipe #40: Honey dew, a big handful of organic home grown mint + flax seed
Recipe #41: Green apple & lemon
Recipe #42: watermelon , banana and lemon and flex seed
Recipe #43: watermelon , kiwi and strawberries
Recipe #44: Green apple, orange, cucumber, pear, carrot, lemon juice & some water.
Recipe #45: green apple, orange, celery, pear, carrot, lemon juice, water, Added alfalfa sprouts too
Recipe #46: mango + pineapple + ulam raja + sesame seed
Recipe #47: lemongrass, pandan leaves, mint leaves, lime juice n a lil honey
Recipe #48: Banana & dragon fruit
Recipe #49: toasted almond flakes, toasted white sesame seeds with fresh milk
Recipe #50: pear lemon green apple and goji berry
Recipe #51: banana, avocado n goji berries!
Recipe #52: Dragonfruit and mint smoothie
Recipe #53: Strawberry+kiwi+chunks of kivi+soy milk
Recipe #54: Strawberry + green Apple + orange + Passion Fruits
Recipe #55: Plain avo with honey.
Recipe #56: Avo + chocolate sauce + honey.
Recipe #57: Avo + mango (yum)
Recipe #58: apple cider vinegar (ACV) + honey drink
Recipe #59: apple , orange , grapes and milk
Recipe #60: strawberry+mango+soy milk+ice cubes
Recipe #61: Orange & carrot smoothie
Recipe #62: Honeydew + Kiwi + mint leave + lemon juice
Recipe #63: Chocolate + banana + vanilla
Recipe #64: OJ with sunflower seeds, passion fruits, flax seeds, chia seeds, VCO & honey
Recipe #65: celery, green capsicum, cucumber, mini bitter gourd and green apple
Recipe #66: Mango lemon green apple & brown sugar/molasses
Recipe #67: Oranges n passionfruit
Recipe #68: Dragon fruit , banana and celery
Recipe #69 Banana choc milk
Recipe #70: Pear + Cucumber + Spinach + Lemon Juice + water
Recipe #71: Apple, pear, grape juice.
Recipe #72: Tomato carrot
Recipe #73: Pineapple lemon & brown sugar
Recipe #74: Honeydew + Spinach + Orange Juice
Recipe #75: carrot, green apple, mint and banana.
Recipe #76: pinach + carrot + green apple + apricot + alfalfa sprout + strawberry yoghurt. Added half tsp chia seeds
Recipe #77: Dragon fruit , banana and celery
Recipe #78: Pear + Cucumber + Spinach + Lemon Juice + water
Recipe #79: Apple, pear, grape juice.
Recipe #80: Tomato , carrot
Recipe #81: Pineapple, lemon & brown sugar!
Recipe #82: Honeydew + Spinach + Orange Juice
Recipe #83: Blended carrot, green apple, mint and banana
Recipe #84: Carrot, apple, orange
Recipe #85: Spinach + granny smith apple + apricots + carrot + alfalfa sprouts + chia seeds
Recipe #86: Mango + yogurt + strawberry + mint + ice cream
Recipe #87: sweet potato leaves + basil + pear + flaxseeds + pine nuts + sunflower seeds
Recipe #88: Apple, passionfruit, kedondong (homegrown from my backyard) and a lil honey to add sweetnesst
Recipe #89: Watermelon yogurt smoothie
Recipe #90: Celery, Apple, cucumber and water
Recipe #91: apple , lemon and honey.
Recipe #92: Mango + lemon + parsley & cherries smoothie.
Recipe #93: Mango + lemon
Recipe #94:Strawberry + Mango + Blueberry + Kiwi
Recipe #95: Pineapple + Banana + Potato Leaves + VCO+ Chia Seeds + Black Sesame Seeds + Water (Tropical bliss!)



TIPS
1) DONT BLEND: apple seeds (toxic), orange seeds (damn bitter), sour sop seeds (toxic), mango seed
2) Use Soya Milk or Fresh Milk for best effects
3) Put peeled banana to freezer.

My milk booster (the so called stuff you people like to say) is oatmeal milk. Oatmeal rendam dan di masak dan di blender sampai halus. If you add strawberry it becomes strawberry oatmeal milk hehehe if you add mango pun sama. Add honey kalau nak sweet.

For energy:
Try juice cucumber + lime (limau nipis) - add mint kalau mahu. Then mix with yogurt. Take it for breastfast......terus rasa nak lari 1000km hahaha


(Credit to: FB HSFFYB)



Kalau kata sayur dan buah2 sekarang pun bukan selamat lagi sebab dah banyak tercemar dengan racun. Ye, memang betul. Tapi kalau tahu cara bersihkan sayur dengan betul insyaAllah segala racun tu akan hilang. Nak lebih selamat carilah sayur dan buah2 organik. Dekat Jaya Grocer tu bawang organik pun yana dah jumpa. Sebijik rm3.. Hukhuk..







Ps: Hanya amalkan acv, high gred probiotik, madu manuka, chia seed, jus2 dan makanan sunnah..



- Posted using BlogPress from my iPad