Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 2013..


Assalamualaikum..

Dah 2 minggu yana tak melawat langsung blog ni. Semuanya sebab malassss.. Sibuk dengan rayaaaa, urus keluarga, proposal dan macam2.


Semua orang masih demam raya ke? Yana dah pun balik ke rumah selepas hampir 2 minggu berhari raya. Sekarang hanya hadiri jemputan open house di sekitar KL ni je.. Tahun ni turn raya ke kampung yana di Penang nun.. Yana dan suami masing2 dari utara-pantai timur. Jodoh orang jauh.. Bila raya kena ikut giliran la..huhu.. Next year turn raya di Terengganu pula..


Tiga hari sebelum Syawal yana sekeluarga dah pulang ke Kedah. Memang bestla balik kampung awal2 ni. Boleh berbuka puasa dan berterawikh dengan mak dan adik2. Boleh pegi bazar ramadhan di kampung yang memang sejak kecik lagi asyik pegi situ..


Malam raya pula, makcik yana buat bakar2 satay di rumah nenek kitaorang. Meriah sangatla jadinya..













Pagi 1 Syawal selepas mandi sunat Aidilfitri, pakailah baju raya.. Malamnya dah siapkan iron baju melayu papa, rayyan dan baju yana..


Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:


"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
[H.R Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.]


Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
[Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.]


Kitaorang sedondon color kuning tahun ni.. Tahun lepas caca merba sebab baru habis pantang.. Hihi..






Lepas dah bersiap2, makan pula sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri..






Menu untuk tahun ni adalah ketupat dan rendang daging serta kuzi ayam yang disediakan oleh mak. Memang sedap sangatttt especially kuzi ayam tu. Resepi keluarga abah yana turun temurun tu. Yana pula sediakan laksa johor tahun ni..


Kitaorang makan2 dulu sebelum pergi sembahyang raya,

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya,


“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
[H.R al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953]


Lepas solat sunat Aidilfitri, kami ziarah pusara abah dan bersihkan pusaranya.. Abah dah kembali ke rahmatullah 4 tahun yang lalu. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Kami rindu abah ;(


AL-FATIHAH untuk Allahyarham Taha Hsni Hj.Zaini..






Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri.. Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:


"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."
[Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.]






















Selamat Hari Raya Aidilfitri dari yana sekeluarga dan maaf zahir batin.. Sedih bila Ramadhan dah berlalu. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang, ameen..



- Posted using BlogPress from my iPad


Saturday, August 3, 2013

Persiapan Raya.. Ariani dan D'Rias..


Assalamualaikum..

Tinggal berapa hari je lagi kita dah nak melangkah ke Syawal.. Rasa sedih bila Ramadhan semakin ke penghujungnya.. Semoga amalan2 kita pada bulan ini diterima oleh Allah. InsyaAllah dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan2 akan datang. InsyaAllah.. Dihujung2 Ramadhan ini juga, semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Tingkatkan segala amalan kita pada masa ini.. Pada yang belum bayar zakat fitrah, jangan lupa bayar pula ye..


Apa persiapan terakhir korang menjelang Syawal ni? Yana sangat teruja sebab tahun ni turn beraya di kampung yana nun di utara tanah air.. Tahun lepas turn beraya di kampung papa.. Masa tu Rayyan baru 3 bulan dan yana baru lepas pantang. Memang takde persiapan langsung tahun lepas. Hanya pakai jubah sedia ada dan hanya tempah sepasang baju melayu untuk Rayyan masa tu.


Tapi tahun ni meriah sikit sebab Rayyan dah besar banyak sikit baju baru Rayyan dan sedondon dengan mama papa. Hehe. Cuma untungnya baju melayu Rayyan dan papa dijahit oleh adik ipar yana yang sedang mengambil kursus jahitan sekarang. Baju mama je yang beli. Yana ni jarang tempah baju. Yana lagi suka beli yang ready made je. Dekat Shah Alam ni pula memang banyak sangat butik dan bazar yang jual baju2 raya yang tak terpilih dek mata. Hehe.. Kalau pegi sekitar SACC Mall, PKNS, Alam Sentral tu memang rambang mata laaaaa... Sampaikan mak dan adik yana pun oesan carikan baju di situ.. Best duduk Shah Alam ni.. Hehe.. Tp dua tahun lagi masuk rumah sendiri di Cyberjaya..


Baju raya yana beli di Butik D' Rias di Setia City Mall.. Banyak pilihan cantik2 di situ sampai pening nak pilih. Fabrik Chiffon memang tengah 'in' sekarang. So, yana pilih kurung moden berasakan kain silk chiffon. Memang lembut lemah gemalai la baju tu. Tak boleh tnjuk gambar baju raya nanti dah tak best. Hehe.. Tahun ni tema kuning.. Sape2 nak cari baju raya berkualiti pada harga berpatutan boleh ke butik D'Rias.. Ada juga cawangannya di SACC Mall..





Tudung raya pula yana beli online dari Qaira Hijab. Memang cantikkk yang teramat tudung tu dan harga memang murah. Rm89 je untuk syria ni. Lupa nama penuh syria ni. Sekali dengan inner rm117.. Tapi tak menepati piawaian papa sebab agak singkat. So, papa tak bagi pakai.. Huhu.. Sape nak tudung ni angkat tangan? Hihi..






So, misi pencarian tudung raya bermula kembali.. Yana masih setia dengan Ariani.. Banyak tudung chiffon juga yang Ariani dah keluarkan dan semuanya cantikkk!!!


Yana memang jatuh cinta sangat dengan Tiara Chiffon selendang eksklusif 750 ni dengan selendang Aleesya.. Cuma takut selendang 750 tu singkat je.. Rupanya bila dah ke butik try sendiri ianya tak singkat dan boleh adjust menutupi dada. Walaupun ianya chiffon, jangan risau sebab innernecknya dah dijahit sekali dalam tu. Selendang Aleesya lagi labuh dan jauh lebih murah cuma ia hanya ada di Ariani Kuala Lumpur.. Yana pegi di Ariani Shah Alam je.. Tak kuasa nak meredah kesesakan orang ramai di Jalan TAR tu..





Cantik kan.. Yang atas tu selendang eksklusif chiffon 750. Yang bawah ni selendang Aleesya..


Hasil rembatan yana dapat sehelai selendang tiara eksklusif 750 dan tiara zafira.. Ada potongan 40% untuk semua jenis tudung sempena musim perayaan ni..

















Selendang chiffon 750 tu kainnya masyaAllah sangatlahh lembut sampai yana takut nak pakai. Takut tertarik dengan pin boleh rosak kainnya.. Nak pakai pun penuh berhati2.. Mulanya yana pikir yang harganya agak melampau iaitu rm750. Ramai yang komplain harga yang tak relevan. Tapi bila yana tengok depan mata memang cantikkkk sangat kainnya sutera chiffonnya yang lembut ditambah pula dengan taburan diamond yang cantik!!
Tapi yana tak beli la dengan harga tu. Kalau harga rm750 memang tak kannnn beli laaaa..huhu.. Cuma sekarang tengah sale di tambah lagi dengan potongan kad ahli dapat banyakkk sangat diskaun.. Itu yang boleh beli. Tq papa :)


Dengan pembelian ni dapat bertukar ke Platinum Kad.. Berganda lagila diskaunnya..!! Hehe




Ok habis sessi shopping untuk rayyan, mama dan papa.. Esok dah nak bertolak balik kampung. Bestnyaaa!! Pada semua pemandu. Sila pandu dengan berhati2 ya.. Dan jangan ingat raya je sehingga kita mengabaikan amalan2 yang perlu kita lakukan di malam2 hujung Ramadhan ni.. Sentiasalah berdoa agar dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar..


Dikesempatan ini juga yana sekeluarga mengucapkan pada semua yang mengenali kami dan pembaca blog ni (ada ke pembaca) hehe.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..




- Posted using BlogPress from my iPad