Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, January 28, 2014

Rayyan warded..



Assalamualaikum..


Last week minggu yg sangat mencabar pada yana. Rayyan warded. 1st time Rayyan masuk wad dan 1st time mama melalui pengalaman jaga anak di wad. Huhu..


Masa balik ke kampung, adik yana ada selsema dan batuk. Esoknya Rayyan pun berjangkit. Huhu. Mula dengan batuk dan selsema. Malamnya terus demam. Yana dan papa pun bawa ke klinik. Terpaksa ke klinik biasa sbb pakar kanak2 di area rumah mak tu dah cuti Thaipussam. Yana tak suka sangat bawa anak kecil ke klinik biasa sebab dah ada pengalaman buruk. Tapi kali ni terpaksa sebab demam Rayyan agak tinggi. Alhamdulillah doktor ni ok dan memberi penerangan terperinci. Cuma demam Rayyan masih tak kebah. Aduh susahnya hati mama..


Masih di kampung.. Lepas klinik pakar kanak2 tu dah buka, teus bawa Rayyan ke situ. Doktor bagi ubat macam biasa dan pesan after 2 days kalau tak baik jg demam kena buat blood test. Selepas dua hari Rayyan masih demam. Masa ni dah balik KL. 4 hari juga Rayyan tak nak makan apa2. Macam2 dah masak pun tak nak. Susah hati ni tak payah cakapla.. Esknya terus kitaorang bawa ke KPJ dan terus ke emergency. Masa ni check suhu Rayyan dah 39.. tingginya.. Nurse terus suruh tanggalkan semua baju Rayyan dan lap dengan air sejuk. Meraungla masa ni. Sory syg.. Terpaksa.. Kalau anak kecil demam tinggi sangat agak bahaya. Takut kena sawan. Masa ni diaorang suspect denggi. Aduh, luluh hati ni. Doktor terus buat blood test. Masa tunggu result, tak senang duduk di buatnya. Sejam lepas tu dapat result, Alhamdulillah bkn denggi. Patlet Rayyan ok. Semua ok. Tp kenapa demam lagi. Doktor di emergency tu terus rujuk ke pakar kanak2.


Dipendekkan cite lepas doktor check, Rayyan ada infection di salur pernafasan. Di kawasan tekak. Sebab tu Rayyan demam tak baik2. Doc suruh warded sebab nak nab every 4hrs utk cirkan kahak yg byk. Rayyan kena on antibiotic for 5days. Haihh yana tak suka sgt bg anak kecil antibiotik. Tp terpaksa. Takpe, dah baik nt kita topup balik dengan probiotic ye syg..








Kesian baby mama ni.. Mama tido di wad temankan Rayyan. Papa blk keje, papa pun tido sini juga. Alhamdulillah nurse2 sini sangat baik banyak membantu. Dr.Ling pun sangat bagus. Tq semua yg menjaga Rayyan dgn baik. 1st day di ward, demam Rayyan dah kebah. Hari ke4 dah boleh discaj. Alhamdulillah Rayyan dah sihat dan aktif semula. Rayyan jadi terlebih manja sejak keluar hospital ni. Kejap2 nak peluk, kejap2 nak kiss. Hihihi. I love u so much syg. Semoga terus membesar dgn sihat menjadi anak yg soleh. Ameen..



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: