Assalamualaikum..
Hari ni seharian yana di dapur.. PIL datang ke rumah, yana masak special2 sikit especially untuk adik ipar yana yang dah nak fly balik ke New Zealand untuk sambung pengajiannya.. 2 tahun lagi kita jumpa balik ye, insyaAllah..
Pagi2 yana dah sibuk proses daging, rebus daging untuk buat beef stew dan daging goreng kicap. Papa pula request sambal tumis ikan bilis petai. Rayyan, adik ipar yana tolong jagakan sementara mama sibuk di dapur. Hehe..
Sementara tunggu daging empuk, yana siapkan lunch Rayyan pula. Baru je dapat resepi chicken butter untuk baby 8mth dari seoarang sahabat.. Maaf tak sempat snap gambar step by step sebab kalut nak masak macam2.. Sempat snap gambar ni je sebelum Rayyan ngap.. Hehe
Butter Chicken Porridge with Peas..
Bahan2:Bawang merah holland
Bawang putih
Stock ayam
Isi ayam (yana amik bahagian dada)
Unsalted butter (baby tak boleh makan garam lagi)
Puree baby peas
Puree kurmaCara2:Masukkan satu sudu teh butter
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan
Masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam masak
Di kuali lain, masak bubur bersama stock ayam dan puree peas
Masukkan sedikit puree kurma untuk rasa manis
Bila bubur dah masak masukkan ayam tadi bersama bawang2..
Akhir sekali kisar kasar bubur tadi..
SIAP!!Butter chicken tu membuatkan bubur rasa lemak2 sikit. Semangkuk kecik atas tu habis Rayyan mamam. Alhamdulillah.. Esok mama masak sup ikan merah versi baby pula ye untuk Rayyan.. Nyam2.. - Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Setelah yana intro Rayyan dengan ikan, sekarang yana intro Rayyan dengan ayam pula..
Yana mulakan dengan buat stock ayam untuk Rayyan. Air rebusan ayam ni bertujuan untuk memberi rasa yang lebih sedap dalam bubur2 baby.. Stock ayam untuk baby tanpa garam ye.. Tapi tetap umphhh.. Air rebusan ayam yang dimasak hampir 4 jam memang sangat sedap. Kalau ikut orang lain ada yang buat sampai 7-8 jam..
Air rebusan ayam ni ade gelatin, campuran protein yang senang dihadam oleh baby. Gelatin berasal dari collagen yang boleh didapat kulit, tulang, otot sendi.

Stock ayam untuk Rayyan in the making.. Dah siap nanti boleh simpan dalam fridge macam kita simpan stock puree dan Ebm tu.. Bila nak guna nanti amik je..
Bahan2:
Bawang Holland (untuk Rayyan yana guna bawang jenis ni)
Ayam bahagian tulang temulang
Rempah 4 beradik
Celery
Leek
Carrot
Caranya:Sangat senang iaitu campak je semua sekali dalam periuk.
Masak sampai isi2 ayam luruh dari tulang. Tambah air bila air dah makin kurang.
Masak sampai agak pekat.
NO GARAM & GULA OK!
Bila dah sejuk, tapis buang bahagian lemak2 dan pepejal2.. Dan boleh masukkan dalam bekas untuk simpan dalam fridge. Isi ayam boleh simpan untuk tabur dalam bubur baby nanti.
Lunch Rayyan dengan ayam + pumpkin
Yana campurkan bubur Rayyan dengan stock ayam, pumpkin, carrot, puree kurma untuk rasa manis dan tabur dengan isi ayam.. Lepas tu blend (gambar atas belum blend lagi)..
Lajuuuuuu je Rayyan mamam bubur rasa ayam.. Sebelum ni bubur tawar2 je.. Hehe..
Sejak yana intro Rayyan dengan labu dan Rayyan pun ok. Dalam seminggu mesti 2,3 kali yana akan bagi Rayyan mamam labu. Labu makanan sunnah nabi dan punya banyak khasiat..
* Antaranya adalah beta karotena yang bertindak sebagai agen antioksidan yang dikatakan telah menunjukkan khasiatnya bagi memperbaiki fungsi imun dan mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buah labu dikatakan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah beta karotena, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, kalium, natrium, zink, selenium, niasin, folat, karbohidrat dan vitamin A, B1, C dan E. Dikatakan satu cawan labu mengandungi kira-kira 50 kalori dan 3 gram serat. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu menyembuhkan radang.
- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Cerita pasal solid food baby lagi.. Yana dah bagi Rayyan carrot, broccoli, potato, sweet potato, banana, baby peas, kurma, apple, avocado dan dah bagi bubur nasi juga untuk Rayyan.. So far, semua yang disenaraikan di atas Rayyan dapat terima dengan baik.. Takde alergik apa pun. Alhamdulillah..
Terbaru yana baru nak introduce Rayyan dengan pumpkin.. Dulu lagi nak cuba bagi pumpkin untuk Rayyan. Yes pumpkin sesuai untuk solid food baby. Tapi yana risau nanti angin pula.. So, yana delay-kan..
Pumpkin sangat bagus. Antara sumber pencegah kanser. Ianya juga adalah antara makanan sunnah Nabi s.a.w kita.. Yana dan adik2 memang suka pumpkin masak lemak. Mak yana ajar makan pumpkin dari kecik lagi.
Ok, baru kejap tadi yana prepare puree pumpkin untuk Rayyan.. Esok boleh la nak bagi Rayyan mamam selama 4 hari untuk tengok kesesuaian dengan Rayyan.. Harap2 ok la semuanya..

Pumpkin dipotong dadu..

Steam-kan pumpkin tadi.. Untuk pengguna blender Avent ni, air dalam 155ml
Siap!! Yummy!!Next week Rayyan dah masuk 8 bulan.. Boleh dah nak introduce Rayyan dengan ikan, ayam dan telur.. Yana sedang mengumpul ilmu untuk menyediakan makanan bagi stage seterusnya untuk Rayyan.. Sedang belajar cara masakkan dan ikan apa yang sesuai untuk baby..
Ok mommies, please support homemade food.. Elakkan bagi baby nestum dan segala instant food yang dijual atas rak tu.. Pernah yana baca di forum, bagi baby nestum seolah2 memberi baby makan maggi yang takde khasiat dan sangat manis.
Homemade food untuk baby adalah lebih berkhasiat, jauh dari segala chemical dan yang pasti air tangan ibu pengikat kasih sayang.. Please jangan campur garam & gula ye dalam baby food. Baru2 ni ada yang dah bising pada yana sebab bagi Rayyan makan makanan tawar tak nak masukkan garam.. Diulangi garam tak bagus untuk kidney baby.. - Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Sejak Rayyan dalam perut mama lagi, mama dan papa dah plan bila Rayyan dah besar sikit at least 6 bulan Untuk bawa Rayyan holiday.. 1st holiday untuk family Syahir Kyairi :) Dulu papa mama berdua je ke mana2.. Sekarang bawa Rayyan pula..
Untuk holiday ni, papa mama plan pergi dekat2 je sebab Rayyan kecik lagi.. Asalnya, family mama di Penang dan family papa di Terengganu pun ikut sekali.. Tapi last minit tak jadi sebab maktok Penang ada kursus haji dan tok ki Terengganu keje weekend tu.. So, aunty bayah dan pok bi je yang follow kita holiday ke Singapore..










Rayyan love Madagascar sooo much.. Especially Alex The Lion!!


Di bandar lama New York.. Tapi bukan di New York.. Hehe..




Di far far away boleh tengok movie Shrek 4D yang memang terbaek!! Semua effect rasa macam duduk dalam movie tu.. Mama papa masuk dalam ni berdua je sebab Rayyan tak boleh masuk lagi.. Rayyan duduk dengan pok bi jap ye masa ni.. Hehe.. Nanti Rayyan dah besar, kita masuk dalam ni sama2 ye..

Roller coaster ni papa naik sampai 2x.. Ayoo.. Mujur tak muntah.. Huhu



New York Library yang bukan di New York.. :p


Mama buat2 berani ajak papa masuk main ni di Jurrasic Park.. Hehe.. Bila dah masuk keje jerit je.. Hehe..
Di mana saja mama berada, tanggungjawab mama untuk Rayyan mama tak kan lupa.. Yes, saya support breastfeed!! Jangan malu bf di tempat awam sebab macam2 cara boleh untuk cover.. Ada nursing cover, ada dinding dan suami sendiri sebagai pelindung.. :)
Okla, Holiday yang singkat je sebab Isnin papa dah keje.. Papa kata nanti birthday Rayyan kita ke sana lagi ye.. Mama dan papa happy sangat sebab Rayyan sangat happy walaupun letih sikit.. Huhu..
We love you so much cyg!! To papa, TQ bawa mama & Rayyan holiday.. We love you soooo much papa!!- Posted using BlogPress from my iPad