Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Resepi 9 bulan ke atas. Show all posts
Showing posts with label Resepi 9 bulan ke atas. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Taufufa versi Baby (9 month above)


Assalamualaikum...


Pagi ni Rayyan breakfast taufufa.. Bukan taufufa yg manis beli kat pasar tu ye.. Tapi homemade taufufa with kurma.. Sedap dan berkhaisat.






Kaedah:

1. Taufufa organik di steam sekejap.
2. Puree kurma dimasak dalam air hingga pekat
(kalau takde puree kurma, boleh steam/rebus kurma dan kisar)
3. Campurkan kurma tadi dalam taufufa
Siap!! Sedapp!!




- Posted using BlogPress from my iPad


Bila Baby Boleh Makan Tofu?


Assalamualaikum..

Hari ni baru yana introduce Rayyan dengan tofu. Ikutkan masa 8 bulan dah boleh bagi tofu, tapi yana delay-kan sebab tofu antara makanan mudah alergik untuk baby. Dengan konsep 4 day rules, boleh tengok Rayyan alergik atau tidak dengan tofu. Hari ni baru 1st day..






Description: Tofu is made out of steamed and compressed soya beans.

The benefits are quite similar with the benefits of soya beans.

High protein (more than meat)
Cholesterol free
Prevent cancer (woman and man)
Absorb cooking fat easily
Reduce bad cholesterol – prevent heart disease
Good source of calcium – prevent osteoporosis
Good for digestion


Notes: How good the food is, there is still a limitation. Balanced diet is the best practice for a healthy life.


When Can My Baby Have Tofu?

Tofu is a protein food that may be difficult for an immature tummy to digest. Along with Meat and Egg Yolks and other more complex proteins, most pediatricians recommend offering tofu to the baby who is 8 months of age or older. As Tofu is a soy product, you should not offer it to an infant who has any allergy to soy.

(Source: Wholesomebabyfood.com)


Semalam ajak papa ke Jaya Grocer untuk beli barang dapur. Yana beli tofu organik ni untuk Rayyan. Ada juga di Jusco..






So, mama pun mula la memasak untuk hero kesayangan mama ni..

Porridge with Tofu..


Bahan2:

Bawang merah
Bawang putih
Carrot
Broccoli
Baby peas
Homemade stock ayam
Ikan bilis
Tofu
Beras putih + beras perang






Kaedah:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dalam pure olive oil
2. Masukkan air dan stock ayam
3. Masukkan beras
4. Masukkan carrot, broccoli
5. Bila dah mendidih masukkan baby peas dan tofu
6. Ikan bilis direndam 4 jam untuk kurangkan rasa masin, sangai, blend dan tabur dalam bubur..
Siap!!






* Cara nak simpan tofu ialah dengan rendam tofu dalam air dan disimpan dalam fridge. Setiap 2 hari kena tukar air tersebut..


Yana baru dapat resepi taufu fa versi baby. Tak guna gula ye.. Tapi guna kurma.. Nanti dah berjaya buat yana share resepi. Harap Rayyan tak alergik dengan tofu..


- Posted using BlogPress from my iPad


Monday, March 25, 2013

Stew Salmon untuk Rayyan (9 month above)


Assalamualaikum..

Lunch Rayyan, mama masakkan pasta dengan cheesy broccoli sauce.. Teknik sama macam resepi sebelumnya iaitu cheesy pumpkin & apple sauce, cuma tukar dengan broccoli je.. Tapi, Rayyan mamam sikit je sebab Rayyan ni memang pantang sikit jumpa broccoli. Mama je yang suka paksa Rayyan mamam broccoli. Hihi..


So, malamnya untuk dinner setelah mama google sana sini cari resepi baby. Mama buatkan Rayyan stew. Yummy.. Mama nak anak mama mamam banyak balik untuk dinner..


Dalam fridge ada ikan salmon dan 9 bulan Rayyan boleh makan ikan. Walaupun yana pernah intro Rayyan ikan masa awal2 rayyan masuk 8 bulan. Tapi sebenarnya, 9 bulan baru boleh intro ikan. Sebab tu lama dah yana tak bagi Rayyan mamam ikan.. Tunggu 9 bulan..


From Parent.com

For most babies, doctors recommend waiting until 9 months to introduce fish (like sole or salmon) and 12 months before trying shellfish (like shrimp, clams, and lobster). That's because these, particularly shellfish, are among the top foods that cause allergies -- and waiting until your baby's immune system is more developed can reduce his risk of a reaction.


Ok Rayyan, jom mamam ikan balik..


Stew Salmon

Bahan2:


Sebelah ikan salmon (fillet)
Labu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Celery
Carrot
Baby peas
Italian mixherbs



Kaedah:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam pure olive oil
2. Masukkan air dan labu (masak sampai labu lembut. Tekan2 labu supaya hancur)
3. Masukkan carrot, ikan salmon, celery dan baby peas
4. Masukkan Italian mixherbs
Siap!





Boleh mamam dengan bubur nasi. Kali ni yana buatkan bubur nasi campur beras putih dan beras perang.. Hasilnya, licin rayyan mamam. Masa suapkan Rayyan papa baru balik, papa pun tumpang mamam sikit. Hehe.


- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, March 21, 2013

Nasi Ayam dan Pasta Versi Baby (9 month above)


Assalamualaikum..

Tiap2 pagi yana fikir nak masak apa kat buah hati kesayangan mama sorang ni.. Selalu yana rujuk pada group HSFFYB dan resepi dari penulis makanan dan nutrisi kanak2 yang sangat famous iaitu Annabel Karmel..


Lunch semalam yana masakkan Rayyan Nasi Ayam versi baby.. Kalau dah buat stock ayam, senang nak masak macam2. Sangat senang nak buat nasi ayam versi baby ni. Tak macam nasi ayam untuk kita yang agak renyah.. Huhu..



Nasi Ayam versi baby (9 month above)




Bahan2 untuk nasi ayam:

Bunga lawang dan kulit kayu manis
Unsalted butter
Sehiris halia
Sebiji bawang merah
Kunyit hidup
Homemade stock ayam


Kaedah:

Tumis bawang merah, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis dalam unsalted butter
Masukkan stock ayam
Masukkan beras
Tambah air sedikit sebab nasi baby ni kena masak lembik



Bahan2 sup:

Bawang merah
Homemade stock ayam
Ayam
Carrot
Leeks


Kaedah:

Tumis bawang merah
Masukkan isi ayam
Masukkan stock ayam, carrot
Bila sup mendidih masukkan leeks
NO SALT & SUGAR untuk baby below 2yr..
SIAP!!



Rayyan baru 9 bulan dan gigi ciput2 lagi, yana still kisar. Tapi kisar kasar.. Bila dah siap.. campurkan sup, sayur dalam nasi ayam dan kisar kasar.





Berselera anak mama mamam nasi ayam.. Next week dah boleh introduce daging pula untuk Rayyan.. Sedang mengumpul resepi..




Pasta Penne with Cheesy Pumpkin & Apple Sauce (8month above)


Lunch hari ni pula yana baru introduce Rayyan pasta. Tapi bukan dengan pasta sauce dari buah tomato sebab tomato boleh intro pada baby 10 bulan. Rayyan baru 9 bulan, so mama buatkan cheesy pumpkin and apple sauce makan dengan pasta penne.. Resepi dari group HSFFYB.. Serius sedap!! Sebelum kisar, mama makan setengah dari pasta tu.. Hehe.





Bahan2:

Labu
Apple
Homemade puree kurma
Bawang merah
Unsalted butter
Pasta penne (pasta jenis apa pun takpe).. Yana guna brand ni. Organik pasta.





Tapi lepas ni nak cari pasta khas untuk baby..






Kaedah:





1. Tumis bawang merah dalam unsalted butter
2. Masukkan apple dan labu yang dah disteam dan dikisar
3. Masukkan puree kurma
4. Masukkan pasta yang dah siap direbus
5. Masukkan cream cheese
6. Masak sampai kuah agak pekat
SIAP!!


Bila dah sejuk, yana kisar kasar pasta ni dan boleh serve pada baby. Semangkuk licin Rayyan mamam. Anak mama ni kalau mama masak ala western mesti habis licin mamam. Hehe..






Selamat memasak untuk anak anda. :)


- Posted using BlogPress from my iPad



Monday, February 18, 2013

Bubur Salmon untuk Rayyan..


Assalamualaikum..


Rayyan dah masuk 8 bulan.. Cepat je masa berjalan. Besar dah hero mama sorang ni.. Dah 8 bulan, yana mula kenalkan Rayyan dengan protein.. Yana mulakan dengan introduce Rayyan dengan ikan.. Next time nak try ayam dan telur.. Kena step by step dulu.


Ikan yang yana pilih untuk Rayyan adalah ikan salmon.. Nanti nak try ikan merah pula..






Yana beli ikan salmon yang segar kat Tesco.. Lepas tu fillet-kan untuk buang kulit dan tulang2 ikan.. Untuk permulaan yana ambil sebelah ikan saja dulu.






Lepas tu yana steam kan ikan tadi guna Philips Avent ni.. Air dalam 150ml. Dah habis steam, blend-kan..








Stock puree baby peas dan carrot yang dah siap sedia dalam fridge..






Campurkan puree tadi dalam bubur








Masukkan ikan salmon yang dah siap blend tadi ke dalam bubur.. Bila bubur dah agak pekat dan sejuk, yana blend-kan bubur tadi supaya teksturnya lebih halus. Tapi sejak Rayyan masuk 8 bulan, yana tak tapis dah.


Oh ya masuk 8 bulan ni Rayyan dah tumbuh 5 batang gigi!! :)




- Posted using BlogPress from my iPad