Assalamualaikum...
Pagi ni Rayyan breakfast taufufa.. Bukan taufufa yg manis beli kat pasar tu ye.. Tapi homemade taufufa with kurma.. Sedap dan berkhaisat.
Kaedah:
1. Taufufa organik di steam sekejap.
2. Puree kurma dimasak dalam air hingga pekat
(kalau takde puree kurma, boleh steam/rebus kurma dan kisar)
3. Campurkan kurma tadi dalam taufufa
Siap!! Sedapp!!
- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Lunch Rayyan, mama masakkan pasta dengan cheesy broccoli sauce.. Teknik sama macam resepi sebelumnya iaitu cheesy pumpkin & apple sauce, cuma tukar dengan broccoli je.. Tapi, Rayyan mamam sikit je sebab Rayyan ni memang pantang sikit jumpa broccoli. Mama je yang suka paksa Rayyan mamam broccoli. Hihi..
So, malamnya untuk dinner setelah mama google sana sini cari resepi baby. Mama buatkan Rayyan stew. Yummy.. Mama nak anak mama mamam banyak balik untuk dinner..
Dalam fridge ada ikan salmon dan 9 bulan Rayyan boleh makan ikan. Walaupun yana pernah intro Rayyan ikan masa awal2 rayyan masuk 8 bulan. Tapi sebenarnya, 9 bulan baru boleh intro ikan. Sebab tu lama dah yana tak bagi Rayyan mamam ikan.. Tunggu 9 bulan..
From Parent.comFor most babies, doctors recommend waiting until 9 months to introduce fish (like sole or salmon) and 12 months before trying shellfish (like shrimp, clams, and lobster). That's because these, particularly shellfish, are among the top foods that cause allergies -- and waiting until your baby's immune system is more developed can reduce his risk of a reaction.Ok Rayyan, jom mamam ikan balik..Stew SalmonBahan2:
Sebelah ikan salmon (fillet)
Labu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Celery
Carrot
Baby peas
Italian mixherbsKaedah:1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam pure olive oil
2. Masukkan air dan labu (masak sampai labu lembut. Tekan2 labu supaya hancur)
3. Masukkan carrot, ikan salmon, celery dan baby peas
4. Masukkan Italian mixherbs
Siap!
Boleh mamam dengan bubur nasi. Kali ni yana buatkan bubur nasi campur beras putih dan beras perang.. Hasilnya, licin rayyan mamam. Masa suapkan Rayyan papa baru balik, papa pun tumpang mamam sikit. Hehe. - Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Sabtu baru2 ni papa kena keje. Tak bestnyeee.. Huhu.. Papa kena jaga expo elektrik di KLCC.. Dari pagi sampai petang jugala..
Akibat bosan hari minggu di rumah. Yana telah merajinkan diri (ayat apa nih) kemas rumah sampai berkilat dan masak special (special la sangat) untuk papa.. Rayyan pun sangat baik hari tu tak banyak meragam.. Hehe..
Pais ikan selar, asam rebus bendi, ulam pegaga dan tomato dan sambal mangga yang pedas menyengat.. Special la sangat kan? Hehe..
Papa balik buka tudung saji, terus tanya mana dapat daun pisang? Hehe.. Mama pergi beli di Jaya Grocer la dengan Rayyan.. Kebetulan papa pegi keje dengan saga dan tinggal xtrail.. Boleh la mama kuar jalan2 dengan Rayyan sebab xtrail ada car seat Rayyan.. Pais IkanBahan2:Ikan SelarBahan kisar: Bawang merah
Bawang putih
Serai
1 sudu besar biji ketumbar
Kunyit hidup
Halia
1 susu besar pes asam jawa
Cili boh
Gula + garamKaedah:Ikan dibersihkan
Kisar semua bahan kisar di atas
Gaulkan ikan dalam bahan kisar
Basuh daun pisang dan layurkan sekejap
Masukkan ikan dalam daun pisang dan bungkus
Kukus ikan tadi
Siap!!Asam RebusBahan2:Bendi
Sebiji biji Cili merah *
10 biji cili padi *
Bawang merah *
Bawang putih *
Kunyit hidup *
Asam keping *
Belacan bakar *Kaedah:Kisar bahan bertanda *
Rebus naik bahan kisar tadi
Masukkan asam keping
Bila kuah dah mendidih masukkan bendi (boleh juga dengan nenas)
Masukkan garam + gula
Siap!Sambal ManggaBahan2:Mangga muda
3 tangkai cili kering *
Setengah biji buah tomato *
4 biji cili padi *
Belacan bakar *
Limau nipis
Gula melaka *Kaedah: Cili kering direbus dulu
Kisar semua bahan yang bertanda *
Mangga disagat halus
Campur bahan kisar ke dalam mangga
Perasakan dengan limau nipis
Siap!Sambal mangga ni memang pedas menyengat. Tapi serius sedap!! Ada rasa masam, manis dan pedas. Hari ni yana buat lagi sebab papa request. Buat tu je dengan ikan goreng. Hehe..Untuk dinner Rayyan mama masakkan Oat Porridge..
Rolled oat yang dah direndam, mama masakkan dengan ayam dan stock ayam, sweet potato, celery, zucchini dan asparagus. Broccoli steam kan macam tu je sebab Rayyan sekarang makan nak ada benda pegang untuk suap sendiri. Sambil mama suapkan oat..
Happy weekend :)
- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Seminggu tak update blog.. Last week yana satu family ke Melaka. Asalnya nak ke JB ikut papa outstation. Tapi sambil menyelam minum air, sebelum ke JB kitaorang singgah di Melaka dulu.. Yana sangatttt suka pergi Melaka sbebab Melaka sebiji macam Penang. Terubat rindu nak balik kampung.. Huhu.. Esoknya terus ke JB dan hari ni masih berada di JB.. InsyaAllah esok pulang ke rumah..
Sepanjang travel duduk di hotel ni, macam mana Rayyan mamam? Ada yang memberi pandangan bawa je Nestum ke, Cerelac ke, Biskut Rusk ke, Milna ke or puree Heinz tu.. Senang nak bagi baby mamam bila travel. Ermm.. Yana hanya senyum dan cakap ok.. Cakap ok sebab tak nak panjang cerita tapi tak semestinya kena patuh kan.. Huhu..
Semua instant food baby tu yana tak nak bagi pada Rayyan sebab tinggi kandungan gula, ada bahan pengawet dan macam2 lagi la.. Makanan yang berkhasiat untuk anak2 ialah homemade food air tangan ibu.. Sedangkan kita orang dewasa pun tak digalakkan amik instant @ fast food. Inikan pula baby yang masih kecil..
Kitaorang bertolak ke Melaka dan JB dengan segala blender, rice cooker, beras dan stock2 puree yang yana dah siapkan di rumah.. Dah sampai sana, kitaorang beli lagi sikit sayur2 di Tesco untuk Rayyan.. Tak susah pun nak prepare baby food bila duduk hotel..
Di Melaka kitaorang stay sehari saja, yana dah siapkan oat untuk Rayyan sebelum bertolak. Rayyan mamam oat malam tu.. Masa di JB pula kitaorang amik Suite yang ada dapur. Senang sikit nak masak2 untuk Rayyan..


Sehari sebelum bertolak, yana dan papa dah pergi cari mini rice cooker ni. Senang bawa yg kecik je.. Tapi kalau sape dah beli blender brand Beaba sangat la bestttttt!!! Sebab blender tu ada function untuk masak bubur sekali. So, usung blender tu je.. Nak blender tu pula nanti boleh tak papa? Hehehe..

Stock puree Rayyan.. Ada broccoli, sweet potato, carrot, pumpkin, baby peas, prune dan kurma.. Semua buat siap2 kat rumah..

Cari juga sayur fresh untuk Rayyan.. Kesian pula kalau asyik mamam yang frozen puree je.. Sayur yang senang nak handle.. Celery, asparagus dan broccoli..

Brown rice khas untuk Rayyan.. Rendam 24hr, sangai dan blend.. Sebab kena rendam beras boleh rujuk artikel mengenai rendaman oats..



Siap bubur broccoli dan asparagus untuk Rayyan..





Mama papa pun keje makan je bila travel ni.. Dah lama teringin makan kacang pool. Dapat juga rasa kat JB ni.. Sape yg datang JB wajib makan kacang pool haji ni. Sedapp!! Sampai 2x kitaorang datang makan situ. Hehe


Tauhu bakar pun famous di JB ni.. Juga di gerai kacang pool haji..

Jangan lupa mee tulang gear box ni juga bila datang JB!! Di Restoran Sup Tulang ZZ..
Ni pula di Benafee Village restoran milik aktres Betty Benafe.. Adik ipar yana yang bawa kitaorang ke sini.. Adik ipar yana keje di JB ni. Memang sedappp dan ada macam2 pilihan makanan di sini.. Sape nak chinese cuisine, malay, nasi padang, claypot, western semua ada dan restorannya sangat cantik..
Balik KL nanti sila timbang berat badan ye yana.. Hehe..makan je keje ko bila jalan2 ni..hehe..- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Dinner Rayyan malam ni yana buatkan oats. Lunch Rayyan dah mamam bubur dengan ayam dan asparagus. So, dinner oats pula..
Baby 8 bulan dah boleh introduce buah blueberries.. Dengan 4 day rules juga ye.. Semalam dah ajak papa shopping barang dapur untuk Rayyan. Sape2 yang tinggal area KL dan Selangor, kalau nak shopping barang dapur yang barangnya susah nak jumpa kat mana2 tempat. Sila lah ke Jaya Grocer.. Semuaaaa ada. Serius!! Best sangat pegi situ. Dari buah, sayur sampailah ke barang organic semua ada.. Zucchini, buttersquash, parsnip, rempah ratus 'mat saleh' macam rosemary, daun tyme semuaaa ada.
Ok, berbalik pada topik utama.. Dinner Rayyan oats+ apple + blueberries+ raisins.. Nyam2.. Rasanya manis je.. Yana mamam sekali dengan Rayyan. Hehe..
Macam biasa, Rolled Oats direndam selama 24jam. Boleh tengok topik sebelumnya mengenai rendaman bijirin..

Sediakan apple, blueberries dan raisins..
Masukkan je semua dalam kuali.. Masak oats sampai likat. Kena rajin kacau sebab ia mudah melekat2 pada kuali.. NO SUGAR & SALT!!

Dah masak likat.. Tunggu oat sejuk campurkan susu ibu. Jangan campur susu ketika oat sedang panas nanti hilang khasiat susu. Dalam oat Rayyan yang campur buah memang yana masukkan sekali dengan susu. Tapi kalau dengan ayam, ikan tak masukkan susu. Nabi pun ajar jangan campur susu dengan ayam dan ikan..

Mama papa mengidam nak makan koey teow sup dan laksa di Old Town.. So, mama bawa oat Rayyan ni sebagai bekal. Rayyan pun boleh mamam juga di sana. Takdela Rayyan tengok je mama papa makan kan.. Hehe..

- Posted using BlogPress from my iPad