Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Saya Nak Fareeda Sara!!


Assalamualaikum..


Misi mendapatkan Fareeda terbaru muncul kembali.. Lama dah yana stop beli tudung Fareeda ni. Tapi bila patern baru muncul, mulalah rasa nakkkk tu datang..


Tapi seriously susahnyeee nak dapatkan tudung Fareeda ni sekarang.. Dari butik di Permatang Pauh yana pergi, panjang orang beratur nak beli tudung sampai habis nombor. Siap ada yang berkampung lagi bawa lauk pauk. Dasyatnye penangan Fareeda ni.. Sampailah ke Bangi nun orang sanggup beratur tengah2 panas.. Berkali2 pergi jengguk butik, macam tu juga style-nye.. Dengan ada anak kecik, takde la yana nak beratur panjang tunggu turn macam tu.. So, balik dengan hati yang kecewa je la..huhu..


Fareeda Sara terbaru dari Fareeda.. Dah ada size L!! Nakkkk tapi macam mana nak beli? Nak melangkah masuk ke butik pun tak lepas sebab ramai sangat orang. Aiyak!!































Cantekkkkkk sangat!!!








Sara printed pun cantekkk!!







Disebabkan susah sangat nak beli tudung ni di butik.. Yana beli online dari Koleksi Cahaya Balqis.. Boleh add fbnye.. Fareeda original ye jangan risau.. Tapi tak boleh nak pilih colour sangat la macam kat butik.. Kat butik pun jangan harap dapat colour idaman sebab cepat sangat sold out.







Inilah Fareeda Sara yang yana order dari Koleksi Cahaya Balqis. Akhirnya dapat juga. Nak dapat sehelai Fareeda jenuh berusaha. Hehe.. Tapi, next week baru dapat.. Sapa2 yang tak dapat beli di butik boleh tengok Fareeda di fb beliau ye..







Ni pun yana nakkkkk sangat.. Dah minta tolong owner Koleksi Cahaya Balqis carikan.. Harap2 dapatla.. Kalau tunggu nak beratur di butik tu tak merasala tudung ni.. Huhu..




Ps: Fareeda, boleh tak u olls buat tudung banyak2 sikit? Nak beli sehelai pun kena beratur, jenuhlaaa..huhu..





- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 9, 2012

Saya nak FITFLOP!!


Assalamualaikum..


Yana ni memang peminat kasut!! Suka kumpul kasut!! Dulu2 yana suka sangat pakai wedges.. Paling tinggi setakat 3inch je.. Tapi sejak pregnant semua wedges dah masuk store bertukar ke kasut flat2 je.. Sampai dah bersalin sedap kasut flat je. Susah dan tak berani nak berwedges tinggi2 bila dukung baby ni..


Masa pregnant yana suka sangat pakai kasut dari Crocs dan Tiamo. Walaupun saya bukanlah peminat Crocs tapi beli satu sebab tumit kaki kerap sakit bila jalan lama2 masa pregnant dulu..







Carlie Flat Crocs sangat sedappp pakai.. Yana punya sebiji yang atas warna tapak orange tu..












Masa pregnant dulu suka juga Tiamo Ballerina Flats.. Tapi tak muat dah sebab dulu saiz kaki bengkak.. Ni kaki dah kembali ke saiz asal...




Tapi......




Sekarang yana sangat nakkkkkkkkkk kasut di bawah ni. Sejak terpandang dan mencubanya di The Curve baru2 ni dah jatuh cinta.. Walaupun nampak macam sandal je tapi bila sarung di kaki cantikkkkk + selesa ya amatttt!! Tapi harganya ya ampun.... Dua kali ganda harga Crocs kot.. Huhu..


Ianya adalah...

















Fitflop bukan sebarangan kasut.. Seperti trademark-nya, footwear with the gym built in..



















Sekarang banyak lambakan Fitflop yang tak original sama macam Crocs dulu.. Kalau beli yang tak ori, tak dapatlah merasai benefit Fitflop ni..



Fitflop Electra..








Fitflop Fleur









Fitflop Rokkit









Fitflop Floretta yang sangat cantik!! Yana suka yang ni










Nk yang ni.. Sweetnyeeeee.. Tapi hari tu tak nampak colour ni di The Curve
















Fitflop Frou pun cantikkk sgt2.. Nak black tu blh?? Hihi
















Fitflop Due

















Fitflop Arena Luxe Tan (ni agak limited edition. Cantikkkkk. Nak yang ni boleh) hihi..


Gladiator meets glam, in this great new embellished wedge sandal. With a classic H-shape upper and soft adjustable ankle strap, a cluster of colourful resin stones, all on our super-cushioned triple-density Microwobbleboard™ midsole..








Nakkkkkkkkk!!!!












Fitflop Via Bar













Fitflop Palma Flame Raffia















Fitflop Walkstar Slide














Fitflop Fiorella by Anna Sui
















Fitflop Lolla














Fitflop Lunetta









Nak Fitflop sangat2!!



Ps: incik suami sila baca entry ni ye sampai habis ;p





- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 9, 2012

Saya Mahu Jadi Seperti Mereka..

Assalamualaikum..

Yana nak simpan kata2 semangat dari Wardina ni sebagai usaha untuk terus susukan Rayyan. Memang nak melaksanakan misi penyusan ni sangat mencabar. Semoga yana terus kuat insyaAllah.





Wardina antara idola yana dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Wardina sangat komited dengan penyusuan susu ibu ni. She managed to breastfeed her children for 2 years..

“Penyusuan susu ibu merupakan sesuatu yang amat dekat di hati saya. Bagi saya penyusuan susu ibu merupakan satu-satunya cara semulajadi untuk dilakukan, oleh itu apabila anak saya, Amna Nafeesa dilahirkan lima tahun yang lalu, saya telahpun membuat keputusan untuk menyusukannya sehinggalah dia berumur dua tahun,” -wardina


Tahniah Wardina kerana berjaya menyusukan anak2 nya hingga umur 2 tahun..


“Saya kini sedang mengandung anak yang ketiga saya dan saya sememangnya HANYA akan memberikan susu ibu kepada bayi ini!" -wardina


“Setelah membaca tentang bagaimana IQ kanak-kanak yang telah diberikan susu ibu adalah lebih tinggi 6 sehingga 10 kali ganda, saya tahu apa yang saya mahukan. Terdapat banyak kelebihan penyusuan susu ibu. Kanak-kanak mula berjalan dan bercakap lebih awal, mereka mempunyai kemahiran bersosial yang lebih baik, mereka mempunyai pembesaran rahang dan gigi yang lebih baik, mereka lebih sihat dan ceria.. Kandungan yang terdapat di dalam susu ibu tidak boleh ditiru.” -wardina



Cousin yana sendiri yang memang fully breastfeed, babynya yang berumur 11 bulan dah boleh berjalan malahan dah ada 7 batang gigi.. Congrats wiyah :). Chaiyok auni!!



“Kerana saya bekerja, jadi memang agak sukar. Saya terpaksa mengepam susu SEPANJANG MASA! Saya terpaksa merancang masa saya, mengurus dan ‘menyelitkan’ sesi mengepam saya di setiap kesempatan yang ada dalam jadual saya yang sememangnya sudah ketat,” -wardina


"Sebelum saya kembali bekerja saya akan menyimpan sebanyak 80 buah botol susu yang telah dipam di dalam peti ais dan mengamalnya setiap kali. Saya akan mengepam di mana-mana sahaja, di semua tempat, kerana tempat-tempat kerja di Malaysia ini bukanlah ‘mesra ibu’. Saya akan mengepam di dalam kereta, dalam tandas, di belakang pintu – anda namakan sahaja tempatnya. Saya tidak pernah terlepas sesi mengepam saya dan selepas beberapa kali ia telah menjadi sesuatu yang biasa dan telah menjadi sebahagian dari diri saya. Saya tidak akan ke mana-mana tanpa pam atau bayi saya!” -wardina


“Quran menggalakkan para ibu menyusukan bayi mereka sehingga berumur dua tahun. Keyakinan saya telah bertambah kerana saya inginkan hanya yang terbaik untuk anak-anak saya. Anda boleh membeli barang-barang mainan yang mahal untuk anak-anak anda dan hantar mereka ke sekolah yang terbaik tetapi bagi saya yang TERBAIK bermula dengan penyusuan susu ibu,” -wardina



Ni yana dapat dari seorang blogger yang pernah hadir kempen susu ibu dan mendengar sendiri pengalaman dari wardina..


1. susu ibu 6 kali ganda lebih tinggi khasiat dari susu formula..
mengandungi 400 khasiat
2. 44 otot digunakan semasa baby BF
3. baby usaha utk mendapatkan makanan sbb dorg kena sedut dgn smgt br susu kua.. kalo puting dorg x yah sedut2 sgt
4. untuk berjaya BF ilmu sgt penting
5. Perbaiki diri jika sebelum ini gagal utk BF dan jgn kesal tetapi usaha utk maju dan berjaya
6. Sape ckp baby tak cukup susu kalo BF?? (wardina ckp sambil tunjuk penumbuk huhuhu)
7. Susu ibu sebagai perisai sbb de antibodi yg sgt tinggi
8. Susu ibu ikut kehendak - maksudnye isi kandungan susu ibu tu dia ikut umor baby.. baby baru lahir lain..pramatang lain.. sbb tu baby pra matang jgn sesekali bg susu formula.. dorg x leh hadamkan lagi.. sian dorg.. baby umur sethn lain.. umur 2 thn lain.. kuasa Allah.. Subhanallah..
9. Kenapa kat TV x kua iklan susu ibu?? sbbnye xde org yg sanggup bayar.. nak taja ke.. iklan tv mahal.. susu formula org bayar.. sepatutnye kerajaan kita kena war-warkan kebaikan susu ibu ni.. Malaysia masih belum bagus dr segi penyusuan susu ibu berbanding di Eropah
10. Sebahagian klinik di bayar utk promote susu ibu.. (i pon pernah dpt trial pack masa cek prgnt.. tp x usik pon pehtu buang :p)
11. Jangan rosakan sistem penghadaman anak anda..mmg org ske baby debab montok tembum.. tp dari hasil susu formula.. kesian dorg.. kebanyaknnye anak2 BF x bape nak debab.. sbb dorg minum ikut keperluan n senang hadam.. (sebab rayyan tak sebambam baby sedara yang sebaya di kampungla, mereka2 suruh bagi rayyan makan. Tak kenyang katanya. Ni yana yg tulis ye)
- carta tumbesaran baby BF berbeza dgn carta baby yg minum susu formula.. slalu kt klinik tu bg baby susu formula.. so leh dload kat website WHO utk baby BF nye carta.. slalu dpt komen dari sbgn nurse n doc yg x support BF.. anak awk ni kurus sgt ni.. x ckup susu ni.. campo ngan susu formula.. sian dia.. tidak!! slh sama skali.. cuma u all tgk n akan dpt beza nye antara 2 carta tu.. :)
12. Jangan Hina mereka yg tak berjaya BF anak mereka..
13. Join group susuibu utk terus berjaya dan dpt sokongan
14. BF sgt meletihkan
15. Kuatkan semangat!!!
16. BF leh ilangkan stress... bila kita BF anak sambil lihat anak.. (i akui :D)
belajar posisi menyusu (i skrg dh pro BF baring.. BF sgt merelakskn u lagi2 tgh mlm.. x yah bgn bancuh susu hehehe selak dan pastu sambung tdo)
Selepas setahun lbh seronok sbb baby dah pandai.. leh main2 masa BF kewl!!
17. BF adalah suatu pengorbanan.. bukan mudah..
18. BF adalah lumrah manusia.. kalo x ape gunanye B kita :D



Kisah ini pula..

Dari Prof. Muhaya


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"







Persoalannya siapakah ustaz yang dimaksudkan?? Beliau adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.. Ya Allah, semoga Muhammad Rayyan dapat membesar menjadi anak soleh. Ameen..


Yana berada di dalam komuniti yang tidak terlalu support bf. Bukan senang ya. Atas sebab itu, yana perlu kuat supaya misi yana tercapai.


Pada ibu2 yang mencari semangat dan kaunseling untuk bf boleh buka blog ni.. Sila copy paste ye sebab yana tak pandai masukkan link guna blogpress ni..



http://izzahazfar.blogspot.com/2011/03/apa-saya-mahu.html


Saya mahu anak-anak saya menyusu susu ibu,
susu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
susu yang tidak mempunyai rasa yang sama setiap hari :)
susu yang mempunyai segala zat dan nutrien terbaik untuk anak-anak saya
susu yang penuh dengan rasa kasih, sayang dan cinta saya pada mereka





- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 18, 2011


Assalamualaikum..

Yana bukanlah seorang yg addict dengan segala gadget bagai ni.. huhu.. Orang beratur untuk Iphone yana heran juga.. huhu.. Incik suami pernah tanya nak ke? yana kata tak nak.. haha.. Tak kisah nak pakai phone zaman batu pun di zaman apple ni.. Janji boleh call, sms, mms pun jadila.. Si Legend ni pun incik suami yg bagi. Nak harap yana minta, tak kan la.. Tapiiii.......... segalanya berubah bila terpandang Samsung Galaxy Note.. Tengok Iphone pun tak rasa apa lagi.. Entahla kenapa.. Nakkkkkkk


Sangat besar (yana memang suka phone skrin besar2, puas!!) hehe, sangat cun habis, sangat segala2nya.. hehe..















ps: sudah hint2 pd incik suami.. hehe..

Thursday, February 10, 2011

Elsker deg..

ELSKER DEG??

Apa tu?? 

LOVE YOU in Norwegian..

Ye la, yana dah jatuh cinta berkali-kali
dengan semua benda ni..huhu..



Semua benda ni boleh buat yana senyum sampai ke telinga..hehehe..
Bila lah boleh dapat ye.. Takpela berangan je dulu, mana la tahu
10, 20 tahun lagi boleh dapat ke kan.. hahahaha..
 Sekarang ni, semua ni sebagai self motivation..










Chanel Jumbo.. Sudah bertahun aku jatuh cinta padamu..
Bila la boleh dapat.. Yana, Chaiyok2!!!







Christian Louboutin Chain Wedges.. 
aduuhhh... Cantiknya kamu ni...






Pumps Christian Louboutin ni pun sangat cantikkkkk!!!







ROLEX!!! Tahun bila nak dapat pun tak tau la!!
Takpe.. satu hari nanti.. chaiyok2!!









iPad.. Yang ni je around the corner..
Hadiah birthday walaupun lambat lagi.. hehehe.. TQ cyg :)








Paris...
a wonderful city..
a place for lovers..

 Baru nak honeymoon ke??
Hubby kata jom pegi hujung tahun ni!! Yeayy!!








GOLF GTI!! Kena kerja keras dari sekarang.. Chaiyok2!!







House in PENANG.. Dekat pulau sana nun..
Yana dengan hubby ada perancangan ke 
arah ni.. Cuma masa yang akan menentukan.. InsyaAllah..