Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Cabaran Penyusuan lagi dan lagi.....



Assalamualaikum..


Cabaran penyusuan lagi.. Lepas Rayyan 6 bulan hingga ke hari ini takde lagi dah nursing strikes yang sangat mencabar bagi mama. Boleh lihat artikel sebelumnya mengenai Nursing Strikes dan cara mengatasinya.


Tapi perangai memilih botol susu tu masih ada bila yana tinggalkan botol susu untuk beberapa hari dan hanya direct feed je. Maybe Rayyan jadi keliru dengan puting botol susu tu atau maybe Rayyan tak nak minum frozen EBM bila dah lama minum secara direct dengan mama. Macam2 la anak mama ni ye.. Bila Rayyan reject botol mula la mama papa cari botol susu baru pula. Rayyan dah ada banyak koleksi botol susu. Haihh anak mama ni..





Koleksi Rayyan la ni.. Botol susu Medela dengan Tommee Tippee tu masa dalam pantang je Rayyan nak minum. Lepas tu reject. Botol susu Momma Perisistaltic lama juga Rayyan guna sampai masuk 8 bulan. Puting botol ni sangatttt lembut mirip nipple ibu. Tapi lepas balik JB baru2 ni, takde angin takde ribut Rayyan reject sangat2. Bila nak bagi je meraung2 dia. Aiyakk..


Mama pun mula la Google dan banyak review mengenai botol susu brand NUK ni di mana puting classic-nya sangat lembut dan orthodontic. Selalunya berjaya bagi pada baby yang memilih botol susu. Terus yana dan papa pergi One Baby World beli botol ni dan Yes, Rayyan tak reject. Anak mama please jangan reject lagi ye..





Pada ibu bapa di luar sila jangan contohi yana. Huhu. Bila anak reject botol, tak perlulah anda membeli semua botol susu yang ada di pasaran. Hehe.


Salah yana juga sebab bila kitaorang travel ke tempat yang jauh2 atau holiday dalam jangka masa yang lama memang yana hanya menyusu Rayyan secara direct. Malas nak angkut breastpump dan buat koleksi frozen EBM memandangkan fridge hotel pun selalunya kecik je. Bila Rayyan dah lama minum susu secara direct, bila balik rumah mama nak bagi botol mesti Rayyan reject. Kadang2 bila dipujuk dan diajar balik, Rayyan boleh menerima semula botol tu. Tapi boleh juga sampai ke sudah dia tak mau juga minum EBM dari botol. Air masak guna cawan Dr.Brown dia tu je. Bila mama cuba bagi susu dari cawan dia tu, rayyan reject juga.


Ok, pengajarannya selepas ini. Buat macam di rumah. Siang Rayyan minum susu perahan menggunakan botol. Malam baru direct feed. Kalau tak, jadi kekeliruan puting lagi kalau hanya fokus pada satu cara saja.


Sabar mama sabar. Demi nak menjayakan penyusuan susu ibu ni kena banyak bersabar sebab memang banyakkkk cabaran. Belum lagi bila ada yang paksa suruh bagi Rayyan susu formula aka susu tin. Especially bila Rayyan reject EBM, mula la orang suruh bagi Rayyan susu tin. Takkanla baru sekali dua reject terus nak bagi susu tin. Budak2 ni kena pujuk2 dulu. Sekarang Rayyan tak reject dah EBM. Yes memang nak brestfeed ni perlu banyak bersabar sebab banyak cabaran.




Telinga ni dah letih nak dengar,

Bagi susu tin kan lagi senang. Nak bagi susu kat mana2 pun senang. Tak payah dok perah2 susu. Buang duit beli breastpump mahal2. Susu EBM dalam peti ais tu bukan elok sangat. Susu tin brand ni bagus, ada DHA, ada campuran madu, ada macam2..


Ni jawapan..

Tak susah nak breastfeed baby kat mana2 pun sebab boleh guna nursing cover dan kalau di mall pun banyak nursing room. Mall sekarang pun baby friendly and support breastfeeding. Yana pernah bf Rayyan di kedai mamak tutup dengan nursing cover. Tak susah pun.


Tak rasa buang duit pun beli breastpump sebab tu investment untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu dan ia untuk kebaikan anak juga. Dengan breastpump tu la, yana boleh buat stock susu banyak2 untuk Rayyan. Masa yana warded di hospital baru2 ni, susu2 tu la yang Rayyan minum sebab yana tak dapat bf Rayyan masa tu sebab on antibiotik yang tak sesuai untuk bf mom.. Kalau takde stock susu tu mesti dah kena minum susu tin kan..




Frozen EBM (ekspres breast milk) tetap susu ibu. Kandungannya tetap terpelihara walau duduk dalam peti ais jika betul cara pengendaliannya. Malah takde sebarang campuran chemical untuk mengekalkan kualitinya. Susu tin yang berbulan2, malah bertahun2 duduk dalam tin atas rak tu bagus ke?








Yes, susu tin bagus ada macam2. Tapi susu ibu adalah bancuhan dari Allah. Dia ada lagiii macam2 malah kandungannya tidak boleh ditiru..





Maaf, bukan tak nak ikut nasihat atau nak melawan. Tapi susu ibu hak pada setiap anak yang lahir. Allah dan Rasul juga suruh susukan setiap anak yang lahir dengan susu ibu jika mampu. Selagi susu tu ada dalam badan ni, selagi diri ini mampu menyusu Rayyan dengan susu ibu, selagi tu hanya SUSU IBU untuk Rayyan sampai Rayyan 2 tahun.. InsyaAllah.




- Posted using BlogPress from my iPad



Thursday, March 14, 2013

Rayyan 9 bulan :)


Assalamualaikum..


Semalam 14 March Rayyan genap 9 bulan.. Kejap je masa berjalan dah besar hero mama papa ni.. Doa mama papa hari2 untuk Rayyan agar Rayyan membesar dengan sihat menjadi anak yg soleh, beriman dan berilmu.. Ameen..



Apa yg Rayyan dah boleh buat masuk 9 bulan ni?

* Paling ketara adalah Rayyan dah mula pandai nak memanjat. Setakat sofa kat rumah ni, meja memang dah lepas Rayyan panjat. Aiyak..hehe. Tangga memang dah laju je dia panjat tapi mama tak risau dah sebab papa dah pasangkan pagar..

* Rayyan dah merangkak dengan lajunya. Boleh main kejar2 merangkak dengan papa. Hehe

* Favorite Rayyan adalah oats with blueberries and apple juga moi dan sup ayam campur sayur2. Rayyan love pumpkin, sweet potato, celery dan baby peas. Broccoli Rayyan tak suka. Huhu.. Kalau ada rasa broccoli confirm tak habis dia mamam. Tapi mama paksa juga mamam broccoli. Hehe

* Rayyan masih minum susu ibu. Alhamdulillah! Yana tak campur lagi Rayyan dengan susu formula. Semoga terus murah susu ibu untuk anak mama ni sampai Rayyan dua tahun insyaAllah..








































Tiba2 mama rindu masa Rayyan kecik2 dulu.. Huhu..







- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 29, 2013

Demam oh Demam.. :(


Assalamualaikum..


Musim demam ke sekarang nih? Yana ni dah 2 minggu demam. Lama tueeeee.. :(


Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)


Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”



Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)


Masa mula2 yana balik kampung yana dah start rasa sejuk satu badan.. Pergi klinik di kampung check ada infection dalam urin. Kandungan kuman yang agak tinggi. Sebab tu rasa sejuk on & off.. Tapi sampai habis ubat yana makan demam still on & off ;(


Cuti weekend tu bertolak ke rumah mertua pula, malam tu satu badan yana sejuk sangat. Papa pun dah mula selsema masa tu. Alhamdulillah Rayyan masih sihat dan takde tanda2 jangkit demam selsema dengan papa mamanya.. Amik ubat lain pula di klinik di sana.. Doc kata kuman still ada.. Ok, demam kebah sikit tapi sejuk tu still on & off.. Risau dah hati ni bila demam tak baik betul2 lagi..








Balik ke KL, terus ajak papa ke klinik pakar terus walaupun ubat still ada lagi. Tak tahan dah dengan demam yang on & off.. Kesian kat Rayyan mama tak dapat layan dan main2 dengan Rayyan sangat. Mama nak cepat sembuh untuk jaga anak mama dengan baik.. Rayyan pun dah mula selsema dan batuk masa ni.. Tapi pagi ni Rayyan dah makin ok..alhamdulillah..







Doc kata kalau infection urin kena amik antibiotik at least 10 days untuk baik. Doc check juga takut yana kena denggi, tapi alhamdulillah takde.. Doc bagi antibioik yang kuat kali ni dan boleh untuk breastfeed.. Mommies yang bf setiap kali amik ubat jangan lupa mention kat doc ye.. Tak semua ubat ibu2 bf boleh makan..


Lepas makan ubat semalam.. Bangun pagi ni dah rasa ok banyak sikit walaupun sejuk tu still ada sikit2.. Boleh dah nak buat keje rumah.. Harapnye sampai habis antibiotik ni demam yana sembuh.. Ameen.. Bila dah jadi ibu ni, sentiasa berharap akan kesihatan yang baik agar dapat menjaga dan mengurus anak dengan baik.. Jumaat ni pula dah nak bertolak ke Singapore, cepatlah baik demammmm!!





- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, January 3, 2013

The Milk Story for Milk Booster..

Assalamualaikum..


Breastfeed mommies.. Jom cuba The Milk Story(TMS) from Lunatots ni untuk milk booster.. Yana dah minum 3 kotak TMS ni. Ianya bukan sekadar minuman coklat biasa tetapi ada campuran halba yang membantu memperbanyakkan susu ibu.. Tapi, jangan bergantung pada supplement je untuk tambah susu, konsep supply and demand lebih penting untuk meningkatkan produktiviti susu badan. Yang lainnya ikhtiar kita demi menyusukan anak2 tersayang..
















Seriously sangattttt sedap sampai yana lupa kejap kat Milo. Hehe.. Yana buat panas2. Packaging baru ada campuran collagen.. RM36.90 ada 10 paket.. Yang takde campuran collagen RM29.90.. Disarankan amik 3 paket sehari. Yana amik sehari sepaket je. Jimat sikit. Hehe..






Boleh juga cuba chocolate rice snack ni. Fungsi yang sama sebagai milk booster. Juga ada 10 paket RM35.90..


Boleh didapati di butik2 Lunatots atau beli online di http://www.lunatots.com/shop/


Buat masa ni yana hanya cuba TMS chocolate drink.. Review dari yana, YES ia membantu juga selain dari konsep supply and demand. Kalau amik supplement tapi malas pam dan lambat2 df baby, susu takkan banyak juga.


Pada mommies yang susu merudum cuba buat power pumping.. Yana pernah susu tiba2 sikit sampaikan nak dapat 2oz pun susah. Sedih sangat risaukan Rayyan nanti tak cukup susu. Yana cuba buat power pumping dan betul ia sangat sangat membantu. Tapi agak letih sikit la.. Huhu..


Seperti yang yana belajar, buat power pumping dengan tenang tanpa gangguan. Kalau boleh bagi husband jaga anak kejap. Pam breast sebelah kanan selama 10 minit. Kemudian pam breast sebelah kiri pula selama 10 minit. Buatlah berulang2 selama sejam. InsyaAllah nanti susu akan banyak balik. Kadang2 mommies kena cari masa untuk buat power pumping. Memang agak letih dan renyah. Tapi demi nak menjayakan misi penyusuan ku redah jua.. Huhu..





Ok, selamat menyusu para ibu luar biasa!!


- Posted using BlogPress from my iPad



Sunday, December 16, 2012

Misi Penyusuan Selama 6 bulan BERJAYA!! Alhamdulillah..


Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Rayyan dah masuk 6 bulan pada 14 December baru2 ni. Secara rasminya juga yana berjaya untuk misi pertama dalam penyusuan selama 6 bulan untuk Rayyan. Alhamdulillah.. Terharu sangat.. Bila mengenangkan banyak sangat halangan untuk yana bf Rayyan dan yana syukur sangat dapat juga terus bf Rayyan hingga sekarang..


Memang niat yana sejak Rayyan lahir untuk bf Rayyan hanya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan. Dan boleh mulakan solid food selepas 6 bulan dan teruskan penyusuan sehingga Rayyan 2 tahun.. Semoga misi seterusnya iaitu bf Rayyan sampai 2 tahun pula berjaya. Ya Allah permudahkanlah..


Yana sangat berterima kasih pada sahabat yana iaitu Izma dan juga cousin yana Wiyah yang banyak bagi support pasal bf ni. Kalau tak, mungkin dalam pantang lagi yana dah give up dan bagi Rayyan susu tin. Alhamdulillah dengan support korang yana teruskan bf Rayyan walau macam2 halangan.. Tq korang.. doakan yana dapat contohi semangat korang yang masih bf baby masing2 hingga sekarang..


Sepanjang penyusuan selama 6 bulan. Sehabis mungkin yana cuba untuk eksklusif bf Rayyan.. Yana hanya bf Rayyan tanpa campur dengan susu fm dan air masak hingga 6 bulan.. Sekarang baru sikit2 yana kenalkan Rayyan dengan air masak dan masih susu ibu..


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU (SI) SECARA EKSKLUSIF

Mengapa Penting Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif & Mengapa Jangan Campur Susu Ibu Dengan Air Masak/Kosong/Susu Formula(FM)?

* Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan Susu Ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
* Bahan pelindung penyakit yang terkandung dalam Susu Ibu bertindak dengan menyalut usus bayi. Air masak/kosong/FM akan menghakis saluran tersebut. Bayi tidak akan mendapat perlindungan.
* Bayi juga terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan FM
* Bagi akan kurang kerap menyusu & menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan-bahan pelindung penyakit dari Susu Ibu.

[kredit: SyuhadaWahi]



Rayyan 6 months hasil susu ibu.. Mama papa love u sangat2 cyg..
























Apa perkembangan terbaru Rayyan bila masuk 6 bulan ni..

* Perkembangan paling ketara adalah Rayyan dah boleh menyulur, betul ke ayat tu.. Bila dah meniarap tu laju je dia menyulur ke sana sini.. Naik walker pun dah pandai jalan gerak ke depan sikit2..
* Dah pandai marah bila orang amik apa yang dia dah pegang.. Hehe.. Suka sangat main remote tv. Bila mama amik remote tu, mula lah nangis sekuat hati.. Huhu
* Rayyan dah semakin pandai tengok tv. Bila nak start nangis, mama on je BabyTV senyap la dia. Siap leka lagi tengok sampai mama panggil pun kadang tak dengar. Siap angkat2 tangan lagi bila happy tengok gambar2 kat BabyTV tu.. Tapi semua tu ada tempoh masa, bila dah boring tu nangis juga. Hehe..
* Rayyan dah pandai nak bersosial dengan kawan2.. Hehehe.. Bila balik kampung jumpa rakan sebaya keje berebut mainan. Siap kedekut lagi. hehe.. Bila orang nak amik mainan, bantal dan handbeg mama pun Rayyan dah marah siap pegi berebut2 lagi. Hehe..
* Sangat susah nak siapkan Rayyan dari pakai pampers sampai ke pakai baju. Stress mama papa bab ni. Huhu.. Bila nak pakaikan je Rayyan keje nak meniarap..
* Rayyan takut kucing.. Nampak kucing Rayyan terus nangis.. Hehe..











Bagi balik.. Tu saya punya.. Hehe..


Masuk 6 bulan, tibalah masanya untuk 1st solid food Rayyan.. Last minit baru cari barang2 untuk solid food Rayyan.. Sibuk sangat ikut papa outstation, balik kampung..



















Review sikit pasal blander Avent ni.. Memang bestttt dan sangat membantu sebab blender ni 2 in 1 boleh steam dan blend.. Potong2 buah masukkan dalam blender ni, masukkan air mengikut sukatan untuk buah dan pusing button steam. Dia akan steam sampai la keluar bunyi tanda dah habis steam. Terbalikkan bekas tu dan pusing button blend pula.. SIAP!! Senang sangat nak buat puree guna blender Avent ni..



Dapat buku resepi untuk buat homemade puree..





Yana start Rayyan solid food dengan puree buah pear.. Tapi maybe Rayyan tak sesuai buah ni sebab Rayyan batuk. Yana dah stop dulu bagi solid food sampai batuk Rayyan baik. Lepas ni boleh try puree apple.. Bubur nasi bila dah 7 months baru boleh bagi..












Dah blend pun yana tapis lagi supaya tekstur lebih halus.. Awal2 ni Rayyan tak makan banyak sangat.. Lebihan tu simpan dalam fridge.. Buat frozen puree macam Ebm tu..






Reaksi Rayyan bila 1st time dapat makan.. Hehe.. Makan dalam walker dulu ye syg, bamboo seat papa tak beli lagi..












Lepas tu nakkk lagi.. Hehe..


Ibu2 yang nak start solid food untuk baby.. Bila dah masuk 6 months ye.. Boleh rujuk chart 4 days rules ni..











Chart ni yana amik dari Group Homemade Solid Food for Your Baby (HSFFYB).. Boleh join group ni di Fb.. Banyak yang boleh dipelajari berkaitan homemade solid food baby ni..


Doa mama hari2.. Rayyan membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan cerdik.. Ameen.. Moga berkat susu ibu yang Rayyan minum setiap hari dari kecil sampai sekarang Rayyan dapat membesar menjadi insan yang terpuji insyaAllah..


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
[Al-Baqarah: 233]




- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 9, 2012

Saya Mahu Jadi Seperti Mereka..

Assalamualaikum..

Yana nak simpan kata2 semangat dari Wardina ni sebagai usaha untuk terus susukan Rayyan. Memang nak melaksanakan misi penyusan ni sangat mencabar. Semoga yana terus kuat insyaAllah.





Wardina antara idola yana dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Wardina sangat komited dengan penyusuan susu ibu ni. She managed to breastfeed her children for 2 years..

“Penyusuan susu ibu merupakan sesuatu yang amat dekat di hati saya. Bagi saya penyusuan susu ibu merupakan satu-satunya cara semulajadi untuk dilakukan, oleh itu apabila anak saya, Amna Nafeesa dilahirkan lima tahun yang lalu, saya telahpun membuat keputusan untuk menyusukannya sehinggalah dia berumur dua tahun,” -wardina


Tahniah Wardina kerana berjaya menyusukan anak2 nya hingga umur 2 tahun..


“Saya kini sedang mengandung anak yang ketiga saya dan saya sememangnya HANYA akan memberikan susu ibu kepada bayi ini!" -wardina


“Setelah membaca tentang bagaimana IQ kanak-kanak yang telah diberikan susu ibu adalah lebih tinggi 6 sehingga 10 kali ganda, saya tahu apa yang saya mahukan. Terdapat banyak kelebihan penyusuan susu ibu. Kanak-kanak mula berjalan dan bercakap lebih awal, mereka mempunyai kemahiran bersosial yang lebih baik, mereka mempunyai pembesaran rahang dan gigi yang lebih baik, mereka lebih sihat dan ceria.. Kandungan yang terdapat di dalam susu ibu tidak boleh ditiru.” -wardina



Cousin yana sendiri yang memang fully breastfeed, babynya yang berumur 11 bulan dah boleh berjalan malahan dah ada 7 batang gigi.. Congrats wiyah :). Chaiyok auni!!



“Kerana saya bekerja, jadi memang agak sukar. Saya terpaksa mengepam susu SEPANJANG MASA! Saya terpaksa merancang masa saya, mengurus dan ‘menyelitkan’ sesi mengepam saya di setiap kesempatan yang ada dalam jadual saya yang sememangnya sudah ketat,” -wardina


"Sebelum saya kembali bekerja saya akan menyimpan sebanyak 80 buah botol susu yang telah dipam di dalam peti ais dan mengamalnya setiap kali. Saya akan mengepam di mana-mana sahaja, di semua tempat, kerana tempat-tempat kerja di Malaysia ini bukanlah ‘mesra ibu’. Saya akan mengepam di dalam kereta, dalam tandas, di belakang pintu – anda namakan sahaja tempatnya. Saya tidak pernah terlepas sesi mengepam saya dan selepas beberapa kali ia telah menjadi sesuatu yang biasa dan telah menjadi sebahagian dari diri saya. Saya tidak akan ke mana-mana tanpa pam atau bayi saya!” -wardina


“Quran menggalakkan para ibu menyusukan bayi mereka sehingga berumur dua tahun. Keyakinan saya telah bertambah kerana saya inginkan hanya yang terbaik untuk anak-anak saya. Anda boleh membeli barang-barang mainan yang mahal untuk anak-anak anda dan hantar mereka ke sekolah yang terbaik tetapi bagi saya yang TERBAIK bermula dengan penyusuan susu ibu,” -wardina



Ni yana dapat dari seorang blogger yang pernah hadir kempen susu ibu dan mendengar sendiri pengalaman dari wardina..


1. susu ibu 6 kali ganda lebih tinggi khasiat dari susu formula..
mengandungi 400 khasiat
2. 44 otot digunakan semasa baby BF
3. baby usaha utk mendapatkan makanan sbb dorg kena sedut dgn smgt br susu kua.. kalo puting dorg x yah sedut2 sgt
4. untuk berjaya BF ilmu sgt penting
5. Perbaiki diri jika sebelum ini gagal utk BF dan jgn kesal tetapi usaha utk maju dan berjaya
6. Sape ckp baby tak cukup susu kalo BF?? (wardina ckp sambil tunjuk penumbuk huhuhu)
7. Susu ibu sebagai perisai sbb de antibodi yg sgt tinggi
8. Susu ibu ikut kehendak - maksudnye isi kandungan susu ibu tu dia ikut umor baby.. baby baru lahir lain..pramatang lain.. sbb tu baby pra matang jgn sesekali bg susu formula.. dorg x leh hadamkan lagi.. sian dorg.. baby umur sethn lain.. umur 2 thn lain.. kuasa Allah.. Subhanallah..
9. Kenapa kat TV x kua iklan susu ibu?? sbbnye xde org yg sanggup bayar.. nak taja ke.. iklan tv mahal.. susu formula org bayar.. sepatutnye kerajaan kita kena war-warkan kebaikan susu ibu ni.. Malaysia masih belum bagus dr segi penyusuan susu ibu berbanding di Eropah
10. Sebahagian klinik di bayar utk promote susu ibu.. (i pon pernah dpt trial pack masa cek prgnt.. tp x usik pon pehtu buang :p)
11. Jangan rosakan sistem penghadaman anak anda..mmg org ske baby debab montok tembum.. tp dari hasil susu formula.. kesian dorg.. kebanyaknnye anak2 BF x bape nak debab.. sbb dorg minum ikut keperluan n senang hadam.. (sebab rayyan tak sebambam baby sedara yang sebaya di kampungla, mereka2 suruh bagi rayyan makan. Tak kenyang katanya. Ni yana yg tulis ye)
- carta tumbesaran baby BF berbeza dgn carta baby yg minum susu formula.. slalu kt klinik tu bg baby susu formula.. so leh dload kat website WHO utk baby BF nye carta.. slalu dpt komen dari sbgn nurse n doc yg x support BF.. anak awk ni kurus sgt ni.. x ckup susu ni.. campo ngan susu formula.. sian dia.. tidak!! slh sama skali.. cuma u all tgk n akan dpt beza nye antara 2 carta tu.. :)
12. Jangan Hina mereka yg tak berjaya BF anak mereka..
13. Join group susuibu utk terus berjaya dan dpt sokongan
14. BF sgt meletihkan
15. Kuatkan semangat!!!
16. BF leh ilangkan stress... bila kita BF anak sambil lihat anak.. (i akui :D)
belajar posisi menyusu (i skrg dh pro BF baring.. BF sgt merelakskn u lagi2 tgh mlm.. x yah bgn bancuh susu hehehe selak dan pastu sambung tdo)
Selepas setahun lbh seronok sbb baby dah pandai.. leh main2 masa BF kewl!!
17. BF adalah suatu pengorbanan.. bukan mudah..
18. BF adalah lumrah manusia.. kalo x ape gunanye B kita :D



Kisah ini pula..

Dari Prof. Muhaya


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"







Persoalannya siapakah ustaz yang dimaksudkan?? Beliau adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.. Ya Allah, semoga Muhammad Rayyan dapat membesar menjadi anak soleh. Ameen..


Yana berada di dalam komuniti yang tidak terlalu support bf. Bukan senang ya. Atas sebab itu, yana perlu kuat supaya misi yana tercapai.


Pada ibu2 yang mencari semangat dan kaunseling untuk bf boleh buka blog ni.. Sila copy paste ye sebab yana tak pandai masukkan link guna blogpress ni..



http://izzahazfar.blogspot.com/2011/03/apa-saya-mahu.html


Saya mahu anak-anak saya menyusu susu ibu,
susu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
susu yang tidak mempunyai rasa yang sama setiap hari :)
susu yang mempunyai segala zat dan nutrien terbaik untuk anak-anak saya
susu yang penuh dengan rasa kasih, sayang dan cinta saya pada mereka





- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 24, 2012

Cabaran Penyusuan Lagi...

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha semua.. Esok baru yana sekeluarga bertolak balik ke kampung.. Raya haji kali ni turn beraya di kampung yana sekaligus tahun ni nak mengadakan akikah putera sulung kami.. :).. Pada yang mengenali yana, jemput ye datang ke rumah berhari raya dan semasa kenduri akikah pada hari Ahad nanti..

Sebenarnya topik lain yang yana nak cerita.. Kadang2 kanvas blog ni menjadi sahabat setia yana untuk meluahkan rasa hati..

Masih bercerita perihal penyusuan susu ibu.. Tak henti2 cabaran dan dugaan yang melanda dalam misi yana untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk Rayyan.. Walaupun masa pantang dulu yana pernah beri Rayyan susu fm atas arahan doktor selama seminggu, selepas kuning Rayyan hilang memang yana hanya memberi bm pada Rayyan sehingga ke hari ini tanpa setitik pun susu fm dan air masak..




Di hujung2 mengandungkan Rayyan dulu, memang yana dah berniat nak susukan Rayyan dgn bm. Yana banyak membuat pembacaan, bertanya pada yang pakar dan membeli segala kelengkapan untuk proses penyusuan nanti. Yana ceritakan juga niat yana ini pada incik suami.. Yana perlu support incik suami untuk merealisasikan matlamat ini.. Alhamdulillah incik suami sangat mengalakkan yana untuk bf Rayyan secara eksklusif.. Lagipun masa antenatal class dulu memang incik suami pun dah belajar selok belok hal penyusuan susu ibu ni..

Tapi...

Seperti yang ramai katakan bahawa bukan mudah untuk melaksanakan penyusuan secara eksklusif. Banyak cabaran dan dugaan perlu diharungi.. Yana sangat2 terkilan bila ada pihak yang sehingga ke hari ini tak henti2 memaksa yana memberi Rayyan air masak walaupun sudah diterangkan kesan dari air masak kepada bayi bawah 6 bulan. Paling yana sedih, bila Rayyan berada bersama mereka disuapkan juga Rayyan dengan air masak walaupun yana dah halang.






Malahan yana dikatakan kedekut kerana hanya memberi Rayyan susu ibu tanpa memberi sebarang makanan tambahan. Bukan isu kedekut tapi isu yana sayangkan anak yana dan atas sebab itu yana tak beri Rayyan sebarang makanan seperti nestum, tepung beras, bubur kerana belum masanya untuk Rayyan menikmati semua itu..

Tak beri anak makan bukan bermakna anak lapar.. Susu ibu Allah dah cipta cukup semuanya untuk keperluan bayi. Dah cukup untuk mengenyangkan perutnya yang kecik tu.. Tak perlu beri bayi air kerana dalam susu ibu dah mengandungi 88% air. Bukti bayi cukup minum adalah beratnya naik ideal dan pampersnya kerap basah.. Alhamdulillah graf berat Rayyan normal hanya dengan susu ibu..




Banyak risikonya jika memberi bayi makan sebelum umur 6 bulan.. Usus bayi sangat kecil dan tak sesuai untuk menampung solid food lagi.. Banyak kes yang kita lihat dengan memberi bayi makan awal ada yang koma, pecah usus, usus berlapis dan macam2 lagi.. Kesian bayi2 tu.. Pada mommies2, tolongla jangan bagi bayi bawah 6 bulan makan terlalu awal.. Sampai masanya nanti bagila diaorang makan sepuasnya. Sekarang bukan masanya lagi..

Pernah dulu ada yang menyuapkan Rayyan kuah masak lemak. Walaupun kuantitinya sikit tapi tetap tak elok untuk bayi 3 bulan makan semua tu. Masak lemak tu dahla bersantan, ada garam gula. Ya Allah bayangkan macam mana perasaan yana sebagai ibu. Bila bersama mereka ada saja benda makan yang nak dicalitkan ke mulut Rayyan walaupun yana dah pesan tak boleh lagi..

Baru2 ni Rayyan nursing strikes, reject susu.. Mereka2 dah mula suruh yana bagi Rayyan makan dengan alasan Rayyan lapar sebab tu reject susu. Paksa beri air masak masih belum habis. Selagi yana tak bagi selagi tu akan berterusan.. Tolonglah, yana tak mahu beri Rayyan makan lagi sebab Rayyan baru 4 bulan. Belum sesuai lagi dengan perutnya dan tolonglah hormati niat yana nak susukan Rayyan secara eksklusif sampai umurnya 6 bulan.. Sekarang Rayyan dah tak reject susu setelah berhari2 yana pujuk. Rayyan dah mula terima direct feed tanpa aksi pujuk memujuk lagi. Alhamdulillah..

Cuba tengok akibat beri bayi makan awal..














"Ya Allah permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku, murahkanlah rezeki anakku" ameen..


Walau apa jua rintangan, yana nekad akan terus susukan Rayyan secara eksklusif sampai umurnya 6 bulan dan isnyaAllah berterusan hingga umurnya 2 tahun..

Pada mereka2 tolonglah hormati niat yana untuk menyusukan Rayyan dgn hanya susu ibu hingga Rayyan 6 bulan.. Susu ibu adalah hak mereka, jangan halang yana menjalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan.. Tolong tolong tolonglah jangan suap anak yana dengan sebarang makanan..
Yana be strong & chaiyok2!!


Mama sayang Muhammad Rayyan sangat2 lebih dari diri sendiri..






Aktiviti menyusu apabila disertai dengan niat yang baik dan mengharapkan keredhaan Allah, tentu akan memberikan hasil yang optimum dengan keizinan Allah. Diriwayatkan bahawa 'Amr Bin Abdullah berkata kepada isterinya yang sedang menyusui anaknya "Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiudplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya" - Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak

- Posted using BlogPress from my iPad