Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Resepi Ikan untuk baby. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan untuk baby. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Stew Salmon untuk Rayyan (9 month above)


Assalamualaikum..

Lunch Rayyan, mama masakkan pasta dengan cheesy broccoli sauce.. Teknik sama macam resepi sebelumnya iaitu cheesy pumpkin & apple sauce, cuma tukar dengan broccoli je.. Tapi, Rayyan mamam sikit je sebab Rayyan ni memang pantang sikit jumpa broccoli. Mama je yang suka paksa Rayyan mamam broccoli. Hihi..


So, malamnya untuk dinner setelah mama google sana sini cari resepi baby. Mama buatkan Rayyan stew. Yummy.. Mama nak anak mama mamam banyak balik untuk dinner..


Dalam fridge ada ikan salmon dan 9 bulan Rayyan boleh makan ikan. Walaupun yana pernah intro Rayyan ikan masa awal2 rayyan masuk 8 bulan. Tapi sebenarnya, 9 bulan baru boleh intro ikan. Sebab tu lama dah yana tak bagi Rayyan mamam ikan.. Tunggu 9 bulan..


From Parent.com

For most babies, doctors recommend waiting until 9 months to introduce fish (like sole or salmon) and 12 months before trying shellfish (like shrimp, clams, and lobster). That's because these, particularly shellfish, are among the top foods that cause allergies -- and waiting until your baby's immune system is more developed can reduce his risk of a reaction.


Ok Rayyan, jom mamam ikan balik..


Stew Salmon

Bahan2:


Sebelah ikan salmon (fillet)
Labu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Celery
Carrot
Baby peas
Italian mixherbs



Kaedah:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam pure olive oil
2. Masukkan air dan labu (masak sampai labu lembut. Tekan2 labu supaya hancur)
3. Masukkan carrot, ikan salmon, celery dan baby peas
4. Masukkan Italian mixherbs
Siap!





Boleh mamam dengan bubur nasi. Kali ni yana buatkan bubur nasi campur beras putih dan beras perang.. Hasilnya, licin rayyan mamam. Masa suapkan Rayyan papa baru balik, papa pun tumpang mamam sikit. Hehe.


- Posted using BlogPress from my iPad


Tuesday, February 26, 2013

Baby Porridge Ekspress..


Assalamualaikum..


Kali ni masak ekspress untuk Rayyan.. Masak bubur dulu baru proses yang lain.. Senang dan simple.


Fillet dan basuh ikan salmon, potong celery, zucchini, campur dengan ikan bilis yang dah direndam supaya hilang masin dan baby peas.. Semuanya campur dalam Philips Avent ni untuk steam.. Air 200ml..







Dah habis stem, terbalikkan dan kisar..







Dah siap campur je dalam bubur yang dah dimasak tadi..





Siap untuk Rayyan mamam..




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, February 25, 2013

Sup Ikan Merah with Zucchini & Butternut Pumpkin for baby 8mth..


Assalamualaikum..


Dah keje menulis resepi baby pula sekarang ni. Hehe.. Baru2 ni yana masak sup ikan merah untuk Rayyan.. Yana mulakan dengan intoduce Rayyan ikan salmon dan sekarang dengan ikan merah pula. Rasanya Rayyan lagi suka ikan merah dari ikan salmon. Ikan salmon Rayyan suka buat aksi2 nak termuntah, tapi ikan merah laju je dia mamam..


Sup Ikan Merah + Zucchini + Butternut squash pumpkin.. Baby 8mth dah boleh introduce zucchini dan pumpkin masa Rayyan 7mth yana dah bagi..





Pada yang tak kenal Zucchini tu, ni rupanya.. Nampak macam timun, tapi rasa macam carrot je.. Better amik Yellow Zucchini sebab yang Green macam pahit sikit.. Dekat Jusco ada jual, Tesco pun ada tapi tak selalu la nak jumpa..







Yang ni pula butternut pumpkin.. Yana dah bagi Rayyan labu manis bulat tu.. Saja nak cuba pumpkin ni pula.. Rasanya jauh lebih manis dan harganya mahal sangat dari labu biasa.. Seketul tu saja RM10.. Hukhuk..







Bahan2:






Pure olive oil
Ikan merah
Bawang besar holland
Bawang putih
Yellow zucchini
Butternut pumpkin



Cara2:

1.Tumis bawang besar dan bawang putih dengan pure olive oil.. Bukan yang virgin olive oil ye.. Yang virgin guna untuk renjis2 je..
2. Masukkan air dan campak je semua dalam periuk kecuali ikan
3. Bila sup dah mendidih baru masukkan ikan..
No garam dan gula ye untuk baby
SIAP!!

Di kuali lain siapkan bubur untuk baby. Yana campurkan bubur Rayyan dengan puree kurma untuk rasa manis..



Campurkan semua bahan yang dah siap di masak dalam bubur..









Bila dah dikisar.. Dan siap untuk baby mamam..













Comotnye budak tecik ni mamam.. Sampai kena buka baju supaya tak bertambah comot.. Hehe..


Nanti yana tunjukkan cara sediakan baby food untuk travel pula, insyaAllah.. Kejap lagi nak ke Pantai Hospital untuk check up hasil demam hari tu.. Hope semuanya makin ok.. Doakan yana ye.. :)



- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, February 18, 2013

Bubur Salmon untuk Rayyan..


Assalamualaikum..


Rayyan dah masuk 8 bulan.. Cepat je masa berjalan. Besar dah hero mama sorang ni.. Dah 8 bulan, yana mula kenalkan Rayyan dengan protein.. Yana mulakan dengan introduce Rayyan dengan ikan.. Next time nak try ayam dan telur.. Kena step by step dulu.


Ikan yang yana pilih untuk Rayyan adalah ikan salmon.. Nanti nak try ikan merah pula..






Yana beli ikan salmon yang segar kat Tesco.. Lepas tu fillet-kan untuk buang kulit dan tulang2 ikan.. Untuk permulaan yana ambil sebelah ikan saja dulu.






Lepas tu yana steam kan ikan tadi guna Philips Avent ni.. Air dalam 150ml. Dah habis steam, blend-kan..








Stock puree baby peas dan carrot yang dah siap sedia dalam fridge..






Campurkan puree tadi dalam bubur








Masukkan ikan salmon yang dah siap blend tadi ke dalam bubur.. Bila bubur dah agak pekat dan sejuk, yana blend-kan bubur tadi supaya teksturnya lebih halus. Tapi sejak Rayyan masuk 8 bulan, yana tak tapis dah.


Oh ya masuk 8 bulan ni Rayyan dah tumbuh 5 batang gigi!! :)




- Posted using BlogPress from my iPad