Assalamualaikum..
Bila weekends mesti happy sangat!! Mula la mood rajin menjelma.. Pagi2 sabtu dah pikir nak masak apa untuk papa.. Tapi, papa kata sabtu kita makan luar je bawa Rayyan jalan2.. Ahad baru masak..
Sejak ada Rayyan, jarang sangat dapur berasap. Hehe.. Kalau berasap pun untuk Rayyan je. Dekat Rayyan hari2 yana masak. Takkan nak bungkus lauk kat luar pula untuk Rayyan kan.. Hehe.. Tapi kena juga kadang tu cari masa untuk masak kat suami pula.. Perut suami pun kena jaga juga. Kesian pula kalau asyik makan nasi bungkus.
So, sabtu adalah masa mengemas rumah sama2 dengan papa dan petangnya bawa Rayyan jalan2. Tiba2 kitaorang craving sangat nak makan sushi!! Yana ni memang hantu sushi. Hehe. Masa zaman master degree dulu, bila ada duit mesti pergi makan sushi dengan roomate yana yang mempunyai minat yg sama. Makan sampai nak muntah ok! Heeee...

Kalau Rayyan nak tahu, sushi king la tempat mama papa dating2 dulu masa Rayyan takde lagi.. Hehe.. Sekarang datang bawa Rayyan pula.. :)
Ahad pukul 8am yana dah start masak breakfast dan dinner. Haaa masak dinner awal, sebab nak pergi kenduri. Tapi last2 makan untuk lunch juga, tak jadi pergi kenduri sebab hujan lebattttt sangat. Breakfast masak simple je.. Makaroni goreng..
Untuk lunch yana masak Opor Ayam sejenis Indonesian food. Kalau bahasa kita ayam masak hijau kot. Family sebelah arwah abah yana orang Banjar. Balik kampung sana mesti ada opor ayam tapi yana tak pandai buat. Tapi teringin!! So, yana pun Google la, amik resepi dari ::dari Dapur CT:: Tq kak CT share resepi di blog.. Dapat yana cuba buat resepi yang memang sedap ni.OpOr AyAm..
Bahan2:
Ayam
Terung bulat (potong dua bahagian)
Santan kelapaBahan Kisar Halus:10 biji Cili Hijau (bahan paling penting)
2 labu Bawang besar
5 helai Daun ketumbar
Halia
3 batang Serai
2 helai Daun limau limau purut - buang uratnya
1 inci belacan
2 sudu besar ketumbar biji - sangai dulu sebelum dikisar
1 sudu besar jintan manis - sangai dulu sebelum dikisar
1 sudu besar rata lada putih bijiHiasan:2 batang cili merah - belah dua (takde cili merah yana guna cili hijau juga)
Daun ketumbar - hiris kasarCara-cara :1. Kisar semua bahan kisar yang tersenarai di atas
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak
3. Masukkan ayam dan biar ayam mereneh dalam bahan tumis selama lebih kurang 20 minit supaya isi ayam serap bahan tumis..

4. Masukkan santan dan terung bulat
5. Bila kuah dah mendidih, taburkan daun ketumbar dan cili yang dipotong. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
SIAP!! Makan dengan nasi panas2. Perghh!!

Papa request kerabu mangga juga. Pagi2 papa dah keluar cari mangga. Hehe..
Bahan2:Mangga (campur mangga muda dengan mangga dah masak)
Bawang merah
Bunga kantan
Cili api
Ikan bilis (kalau nak ganti dengan kacang tanah @ kacang gajus lagi sedap)
Daun limau purut
Limau purut
Gula
GaramCara2:Ikan bilis di goreng garing
Hiris semua bahan dan campur semuanya
Perahkan limau nipis
Perasakan dengan garam dan gula
SIAP!!
Jemput makan.. 2 jenis lauk je.. Hehe..
Malamnya jalan2 Setia City Mall yang sangat cantik. Dinner kat sana je.. Halal Korean Food dekat Jom Coffee SCM..

Beef Bulgogi untuk papa..

Tak ingat nama apa.. Tapi rice with chicken curry. Korean curry tak boleh lawan kari Penang mai. Hehe..
Shopping baju budak tecik ni juga dekat Mothercare.. Dan baju mama.. Tq papa :)
Saya suka weekend!! Heee.. :)- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Sejak Rayyan dalam perut mama lagi, mama dan papa dah plan bila Rayyan dah besar sikit at least 6 bulan Untuk bawa Rayyan holiday.. 1st holiday untuk family Syahir Kyairi :) Dulu papa mama berdua je ke mana2.. Sekarang bawa Rayyan pula..
Untuk holiday ni, papa mama plan pergi dekat2 je sebab Rayyan kecik lagi.. Asalnya, family mama di Penang dan family papa di Terengganu pun ikut sekali.. Tapi last minit tak jadi sebab maktok Penang ada kursus haji dan tok ki Terengganu keje weekend tu.. So, aunty bayah dan pok bi je yang follow kita holiday ke Singapore..










Rayyan love Madagascar sooo much.. Especially Alex The Lion!!


Di bandar lama New York.. Tapi bukan di New York.. Hehe..




Di far far away boleh tengok movie Shrek 4D yang memang terbaek!! Semua effect rasa macam duduk dalam movie tu.. Mama papa masuk dalam ni berdua je sebab Rayyan tak boleh masuk lagi.. Rayyan duduk dengan pok bi jap ye masa ni.. Hehe.. Nanti Rayyan dah besar, kita masuk dalam ni sama2 ye..

Roller coaster ni papa naik sampai 2x.. Ayoo.. Mujur tak muntah.. Huhu



New York Library yang bukan di New York.. :p


Mama buat2 berani ajak papa masuk main ni di Jurrasic Park.. Hehe.. Bila dah masuk keje jerit je.. Hehe..
Di mana saja mama berada, tanggungjawab mama untuk Rayyan mama tak kan lupa.. Yes, saya support breastfeed!! Jangan malu bf di tempat awam sebab macam2 cara boleh untuk cover.. Ada nursing cover, ada dinding dan suami sendiri sebagai pelindung.. :)
Okla, Holiday yang singkat je sebab Isnin papa dah keje.. Papa kata nanti birthday Rayyan kita ke sana lagi ye.. Mama dan papa happy sangat sebab Rayyan sangat happy walaupun letih sikit.. Huhu..
We love you so much cyg!! To papa, TQ bawa mama & Rayyan holiday.. We love you soooo much papa!!- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Musim demam ke sekarang nih? Yana ni dah 2 minggu demam. Lama tueeeee.. :(
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Masa mula2 yana balik kampung yana dah start rasa sejuk satu badan.. Pergi klinik di kampung check ada infection dalam urin. Kandungan kuman yang agak tinggi. Sebab tu rasa sejuk on & off.. Tapi sampai habis ubat yana makan demam still on & off ;(
Cuti weekend tu bertolak ke rumah mertua pula, malam tu satu badan yana sejuk sangat. Papa pun dah mula selsema masa tu. Alhamdulillah Rayyan masih sihat dan takde tanda2 jangkit demam selsema dengan papa mamanya.. Amik ubat lain pula di klinik di sana.. Doc kata kuman still ada.. Ok, demam kebah sikit tapi sejuk tu still on & off.. Risau dah hati ni bila demam tak baik betul2 lagi..

Balik ke KL, terus ajak papa ke klinik pakar terus walaupun ubat still ada lagi. Tak tahan dah dengan demam yang on & off.. Kesian kat Rayyan mama tak dapat layan dan main2 dengan Rayyan sangat. Mama nak cepat sembuh untuk jaga anak mama dengan baik.. Rayyan pun dah mula selsema dan batuk masa ni.. Tapi pagi ni Rayyan dah makin ok..alhamdulillah..

Doc kata kalau infection urin kena amik antibiotik at least 10 days untuk baik. Doc check juga takut yana kena denggi, tapi alhamdulillah takde.. Doc bagi antibioik yang kuat kali ni dan boleh untuk breastfeed.. Mommies yang bf setiap kali amik ubat jangan lupa mention kat doc ye.. Tak semua ubat ibu2 bf boleh makan..
Lepas makan ubat semalam.. Bangun pagi ni dah rasa ok banyak sikit walaupun sejuk tu still ada sikit2.. Boleh dah nak buat keje rumah.. Harapnye sampai habis antibiotik ni demam yana sembuh.. Ameen.. Bila dah jadi ibu ni, sentiasa berharap akan kesihatan yang baik agar dapat menjaga dan mengurus anak dengan baik.. Jumaat ni pula dah nak bertolak ke Singapore, cepatlah baik demammmm!! - Posted using BlogPress from my iPad