Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Masak Memasak di Hari Minggu..



Assalamualaikum..

Sabtu baru2 ni papa kena keje. Tak bestnyeee.. Huhu.. Papa kena jaga expo elektrik di KLCC.. Dari pagi sampai petang jugala..


Akibat bosan hari minggu di rumah. Yana telah merajinkan diri (ayat apa nih) kemas rumah sampai berkilat dan masak special (special la sangat) untuk papa.. Rayyan pun sangat baik hari tu tak banyak meragam.. Hehe..





Pais ikan selar, asam rebus bendi, ulam pegaga dan tomato dan sambal mangga yang pedas menyengat.. Special la sangat kan? Hehe..


Papa balik buka tudung saji, terus tanya mana dapat daun pisang? Hehe.. Mama pergi beli di Jaya Grocer la dengan Rayyan.. Kebetulan papa pegi keje dengan saga dan tinggal xtrail.. Boleh la mama kuar jalan2 dengan Rayyan sebab xtrail ada car seat Rayyan..



Pais Ikan

Bahan2:

Ikan Selar

Bahan kisar:

Bawang merah
Bawang putih
Serai
1 sudu besar biji ketumbar
Kunyit hidup
Halia
1 susu besar pes asam jawa
Cili boh
Gula + garam


Kaedah:

Ikan dibersihkan
Kisar semua bahan kisar di atas
Gaulkan ikan dalam bahan kisar
Basuh daun pisang dan layurkan sekejap
Masukkan ikan dalam daun pisang dan bungkus
Kukus ikan tadi
Siap!!



Asam Rebus

Bahan2:

Bendi
Sebiji biji Cili merah *
10 biji cili padi *
Bawang merah *
Bawang putih *
Kunyit hidup *
Asam keping *
Belacan bakar *


Kaedah:

Kisar bahan bertanda *
Rebus naik bahan kisar tadi
Masukkan asam keping
Bila kuah dah mendidih masukkan bendi (boleh juga dengan nenas)
Masukkan garam + gula
Siap!



Sambal Mangga

Bahan2:

Mangga muda
3 tangkai cili kering *
Setengah biji buah tomato *
4 biji cili padi *
Belacan bakar *
Limau nipis
Gula melaka *


Kaedah:

Cili kering direbus dulu
Kisar semua bahan yang bertanda *
Mangga disagat halus
Campur bahan kisar ke dalam mangga
Perasakan dengan limau nipis
Siap!


Sambal mangga ni memang pedas menyengat. Tapi serius sedap!! Ada rasa masam, manis dan pedas. Hari ni yana buat lagi sebab papa request. Buat tu je dengan ikan goreng. Hehe..


Untuk dinner Rayyan mama masakkan Oat Porridge..




Rolled oat yang dah direndam, mama masakkan dengan ayam dan stock ayam, sweet potato, celery, zucchini dan asparagus. Broccoli steam kan macam tu je sebab Rayyan sekarang makan nak ada benda pegang untuk suap sendiri. Sambil mama suapkan oat..

Happy weekend :)



- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, February 7, 2013

Beef Stew untuk Papa :)


Assalamualaikum..


Baru2 ni yana tengok ctdk (Siti Nurhaliza) punya instagram ada masak beef stew. Yummyy!! Sedapp tapi tak pandai nak buat. So, apa lagi tanya la pada mr.Google dan dapat resepi. Malamnye, ajak papa ke Tesco cari barang dapur..


Meh nak share resepi.. Senang je nak buat. Selama ni ingatkan susah sangat stew2 ni..






Antara bahan2 yang diperlukan untuk buat beef stew..



Bahan2:


Bawang besar 3 labu
Bawang putih 3 ulas
Sos tiram
Tomato paste
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Tepung jagung


Ubi kentang (potong dadu)
Carrot (hiris)
Cendawan butang
Saleri (hiris)
Kiub stok ayam
Daging lembu




Cara2:







Daging dipotong dan dibasuh dengan tepung.. Diperap dengan serbuk lada hitam dan garam.. Kemudian digoreng seketika. Goreng jangan sampai garing.









Di kuali berasingan..

1. Hiris bawang besar dan bawang putih, tumiskan sampai kekuningan
2. Masukkan sos tiram dan paste tomato
3. Masukkan air dan kiub pati ayam
4. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano
5. Masukkan daging yang dah digoreng tadi
6. Kecikkan api dan masak sekurang-kurangnya sejam
7. Daging dah empuk, masukkan ubi kentang dan carrot
8. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah
9. Masukkan cendawan butang dan saleri
10. Garam + gula


SIAP!!




Serius sedap!! Kitaorang makan dengan roti je. Papa kata boleh jadi fav lepas ni. Hehe.. Terima kasih pada yang share resepi ni, boleh yana cuba :)



- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 7, 2012

Bila Mood Rajin Datang...


Assalamualaikum..

Sejak ada baby ni yana memang sangat jarang masak untuk incik suami. Kitaorang keje makan kat luar or tapau je.. Yana ni memang suka masak & cuba resepi baru, tapi tak menang tangan dengan baby. Hehe. Cuma last week mood rajin nak ke dapur tu membuak2 pula. Maybe sebab sekarang asyik hujan, kitaorang malas nak keluar takut Rayyan demam pula. So, kerapla masak walaupun simple2 je.. Sangat puas hati bila dapat bagi suami makan hasil air tangan sendiri dari makan air tangan makcik restoran kan.. Hehe..


So, inilah hasil bila mood rajin datang menjengah..





Lama dah tak masak nasi ayam.. Nasi ayam ni buat masa weekend. Papa jaga Rayyan bolehla mama masak.. Hehe







Ni masa tak rajin sangat. Masak simple sangat2.. Sayur jelatah, daging goreng kicap cicah sambal kicap dan sambal gesek.. First time cuba buat sambal gesek. Sangat sedap dan pedasssss.. Huhu..

Ni resepi:


Bahan2:

Ikan bilis
Bawang besar selabu
Cili api 5 biji
Limau kasturi
Garam+Gula

Caranya:

1. Goreng ikan bilis separa garing
2. Tumbuk ikan bilis, bawang, cili api. Jangan hancur sangat
3. Perah limau kasturi. Lagi masam lagi best
4. Masuk garam + gula.. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ikan bilis dah masin.
SIAP!! Sangat senang kan.. Makan dengan nasi panas2 dan bersedia untuk telinga berasap. Hehe..







Ni pun simple sangat2 juga.. Kucai tu milk booster ye.. Sape2 yang nak menambah breast milk boleh cuba makan kucai banyak2.






Ni lagi satu untuk milk booster. Kurma merah pun boleh membantu meningkatkan produktiviti susu. Yana buat sup ayam dan campur dengan kurma ni..

Ibu2 yang fully breastfeed memang akan cuba sedaya upaya memperbanyakkan susu untuk keperluan baby. Apa pun paling penting untuk menambah susu badan adalah konsep supply and demand. Lagi kerap baby minum susu lagi banyak susu akan ada. Kena rajin pam dan juga df. Memang susu akan banyak. Seeloknya setiap 2 jam sekali..






Sambal tumis ikan bilis dan sup lobak putih.. Lobak putih pun milk booster. Tapi bagi ibu2 yg baru lepas pantang jangan makan lagi lobak putih sebab lobak ni sejuk ye..


Breastfeed mom jangan skip makan ye. Nanti susu boleh kurang. Lunch memang yana akan makan nasi. Nak diet macam mana pun, kena amik nasi. Bila malam je yana jarang makan heavy. Yana ganti dengan secawan horlicks dan oat. Horlicks dan oat pun milk booster. Bila rajin sikit yana masak oat tu campur dengan buah. Sedapp.. Antara buah yang boleh tambah susu ialah buah longan.

Semoga Allah mudahkan usaha kita untuk bf anak2. Allah suruh kita susukan anak dan jika kita tunaikan suruhan Allah, satu jihad untuk kita.. Usaha, doa dan tawakal. Niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkanNya..



- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, October 1, 2012

Kuzi Ayam

Assalamualaikum..

Dari dulu lagi ayam kuzi memang menu wajib family yana bila raya menjelma.. Malahan, ayam kuzi adalah antara yang menjadi fav arwah abah. Mak yana belajar masak ayam kuzi ni dari arwah mertuanya iaitu nenek yana.. Yana baru 1st time nak cuba masak ayam kuzi ni untuk incik suami.. Takde guna pes kuzi pun.. Pes nye buat sendiri.. Resepi keluarga ni..hehe..





Bahan2 untuk pes kuzi:

Jintan manis (satu sudu kecil)
Jintan putih (satu sudu kecil)
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Lada putih (satu sudu kecil)
Lada hitam (satu sudu kecil)
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia


Cara untuk membuat pes:

Goreng semua bahan di atas tanpa minyak.
Lepas tu blendkan sampai hancur
Siap!!


Bahan untuk membuat kuah kuzi

Ayam/ daging
Pes kuzi yang dah disiapkan tadi
Cili boh
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Sos tomato
Santan/susu cair
Kismis
Kacang gajus
Hati ayam (tak nak pun takpe)

Cara membuat kuah kuzi ayam

1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dah dihiris sampai kuning
2. Masukkan pes kuzi tadi + cili boh.. Tumis sampai pecah minyak
3. Masukkan sos tomato (2 sudu besar)
4. Dah pecah minyak, masukkan santan/susu cair
5. Masukkan ayam (ayam digoreng separuh masak dulu)
6. Masukkan hati ayam (hati ayam digoreng garing dan dihiris)
7. Masukkan kismis dan kacang gajus
8. Jangan lupa pula garam+gula secukup rasa..
9. Tumis la sampai pekat sikit. Siap!!

Senang kan.. Boleh makan dengan nasi atau roti


Selamat mencuba..


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, April 3, 2012

HoMe ALone..


Assalamualaikum..

Hari ni pagi2 dah keseorangan.. huhu.. Incik suami terchinta lepas subuh dah bertolak ke Melaka dan Johor untuk melawat site. Yana pula seharian hari ni di UIA. Selesai urusan dalam 3.30pm yana pun bertolak balik. Boringla pula balik rumah awal2. Incik suami 9pm ni baru sampai rumah. Kesian syg sekarang kalau outstation akan sedaya upaya balik hari sebab risau tinggalkan mak buyung ni sorang2. huhu..


Okla, disebabkan boring nak balik rumah awal2, yana singgah lunch sorang2 di Paparich shah alam dan lajak la ke Tesco membeli barang dapur. Cadang nak masak hari ni. Semenjak dua menjak ni dapur kitaorang tu seminggu sekali je berasap sebab mak buyung ni kena sindrom malas nak masak. hihi.. Kitaorang keje makan kat luar & bungkus je.. Tapi kena juga masak walau kadang2 sebab kesian dekat incik suami. Bak kata orang, nak pikat hati suami..pikatlah perutnya.. cewahh..hihi..


Jalan punya jalan nampak ikan merah.. Ermm..sedap juga kalau buat asam pedas. Lama dah tak masak asam pedas.. Harapnya skill tu ada lagi.. Tapi sampai rumah sempat lagi tido kejap. Sekarang ni kalau nampak bantal, laju je nak terkam.. Lepas bangun, mandi dan terus siangkan ikan untuk masak..





Siap sudah asam pedas ikan merah!!
Resepinya yana pernah tulis di sini..

Jap lagi siapkan sambal belacan,
basuh ulam pegaga & tomato dan 
tunggu incik suami balik makan sama2..


Weekend ni pun kitaorang nak balik kampung.. Rinduuu sudaa dan yana sedang mengidam mee rebus resepi arwah abah. Mak je pandai buat.. dan mak kata balik ni mak nak masakkan.. Yeayy!! TQ mak.. Dulu2 abah selalu masakkan bila raya untuk dihidangkan pada sedara bila turn kitaorang buat open house.. Abah sangat suka jamu orang makan. Kadang2 abah buat char koey teow, laksa goreng, murtabak durian.. Macam2 la.. Abah sangat pandai masak dan kami sangat rindu masakkan abah :(


Okla, dah Maghrib.. Solat dulu..


Sunday, October 2, 2011

Hari minggu...


Assalamualaikum..

Semalam dah seharian di luar, hari ni yana dan incik suami duduk rumah je.. Lepas subuh kitaorang pegi jogging dan breakfast. Balik sambung tido sampai 12pm.. huhu.. Lepas tu kemas rumah sama2, lepak2 depan tv sama2, main PSP sama2, jemaah sama2 dan main masak2 sama2.. huhu.. Bestnyee kalau weekend.. Boleh tak kalau hari2 macam ni tapi duit tetap masyuk.. hahaha.. [melampau sungguh la kan.. kalau jadi tauke balak takpela juga..huhu]


Sebenarnya takde idea nak menulis. Nak tulis paper lagiiiiiiilaaaaaaa kekurangan idea sekarang ni.. Oleh itu, layan je gambar ni..huhu




Ni la hasil main masak2 kitaorang..
> Pucuk ubi masak tempoyak, sambal tumis kerang + petai,
ikan goreng dan tempe goreng madu..

Suami yana tolong proses kerang, potong2 bawang, celur dan potongkan
pucuk ubi.. Yana masakkan. Simple je untuk 2 orang makan..
Jemput makan [walaupun sebenarnya dah masuk perut].. hehe



Monday, September 26, 2011

Lemak putih kulit buah rambai + Ikan selayang


Assalamualaikum..

Asyik posting pasal masak memasak pula sekarang. Kali ni sebab keterujaan nak share resepi yg bagi yana agak baru. Memang tak pernah rasa apatah lagi masak resepi ni.. Tapi, mertua yana ajarkan masa diaorang datang KL baru2 ni. Rupanya ni fav anak ma a.k.a my hubby.. hehe.. Kalau tau ni fav incik suami lama dah yana belajar masak benda alah ni.. Semuanya secara kebetulan bila mertua datang bawa banyak sangat buah rambai. Sambil makan tu, encik suami request fav dia.. Yana sebagai org Penang memang tak pernah rasa lagi.. Terus belajar dengan mertua dan hari ni berjaya membuatnya.. hehe.. Incik suami bertambah2 makan sampai 3 kali.. hehe..


Kalau orang Terengganu mungkin dah tau.. Mertua yana memang asal dari Terengganu.. Ok, inilah dia.. Lemak putih kulit buah rambai + isi ikan selayang.. Sangat masakan kampung tau.. SEDAP!!




Lemak putih kulit buah rambai in the making... 





SIAP SUDAH!! yummy!!




Menu macam ni sangat sesuai dengan sambal belacan, 
ulam2 dan ikan masin goreng bawang..
Baru betul masakan ala2 kampung..



Ok, nak share resepi juga la..


<Lemak Putih Kulit Buah Rambai + Isi Ikan Selayang>

Bahan2:

Bawang besar 1 biji  [Kisar]
Bawang putih 4 ulas  [Kisar]
Halia 1 inci  [Kisar]
Buah keras 2 biji  [Kisar]
Belacan sikit je  [Kisar]
Cili api 5 batang  [Kisar]

Santan
4 ekor ikan selayang
Serai 1 batang
Cili api + Cili merah
Petai  [Kalau suka]
Jangan pula lupa kulit buah rambai ye..


Cara2:

1.Kupas buah rambai dan ambil kulitnya..
2.Bersihkan kulit buah rambai tersebut dan 
rebus hingga agak lembut..
3. Bila dah lembut toskan, tunggu sejuk dan perah air
dari kulit tersebut.. Ni untuk buang segala getahnya..
4. Ikan selayang tadi pula disiangkan dan direbus, 
kemudian ambil isinya..

Ok, boleh dah nak mula masak..

1. Dalam kuali tumis semua bahan kisar tadi hingga kekuningan..
2. Masukkan santan + air [Kena selalu kacau kalau tak santan jd berketul]
3. Bila dah mendidih, masukkan kulit yg dah 
diperah tadi + buah petai..
4. Masukkan isi ikan tadi
5. Akhir sekali masukkan cili api+cili merah, garam + gula..

Ok, SIAP!! 

~sEDAP!! Dulu, mertua yana ajarkan lemak jambu golok+sotong..
tau apa tu jambu golok? dulu yana ingat tu buah jambu.. hehe..
Rupa2nya buah janggus @ gajus.. Sekarang lama dah tak buat
sebab buah tu susah dah nak jumpa kan..

Balik penang nanti, boleh masakkan ni kat mak dan adik2 pula..



Sape tak tau buah rambai tu mcm mana..
Ini lah dia. Buah rambai ye bukan langsat.. hihi..


Selamat Mencuba!!


Sunday, September 25, 2011

Bihun sup utk mertua


Assalamualaikum..

Weekend ni apa korang buat ye? Jumaat baru2 ni PIL yana datang ke rumah. Kitaorang nak ziarah saudara yang baru je buat pembedahan buang rahim. Semoga diberi kesihatan yg semakin baik pada dia.. 


Ok, macam menantu2 perempuan yg lain jugala.. Bila PIL datang rumah, mula la pikir nak masak apa kan.. hehehe.. Jumaat malam baru PIL dan adik2 ipar yana sampai rumah, yana masak simple je iaitu bihun sup... Simple pun dekat dua jam juga la nak siapkan.. hehehehe.. 



Yana masak bihun sup ayam je.. 


<Bihun>

Rendamkan dengan kunyit.. Jadila warna kuning..
Rupa2nya di Terengganu takde lagi bihun warna kuning..
So, MIL dan adik2 ipar yana agak terkejut melihatnya..
Balik nanti, diaorang nak buat bihun sup warna kuning juga.. hehe


<Sup Ayam>

Bahan: 

Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Kiub pati ayam
Sup bunjut
Fish cake
Tomato
Daun sup + Daun bawang
Jangan lupa ayam.. hehehe


Cara:

Ala.. semua orang pandai buat sup ayam..

Bawang besar, bawang putih, halia dikisarkan dan tumis
Masukkan air. Kalau nak sup banyak, masukkan la banyak..
Masukkan ayam, fish cake, kiub pati ayam, sup bunjut..
Jangan lupa garam + gula..
Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tomato,
daun sup + daun bawang..

~ Angkat ayam dan biar hingga sejuk. Carik2kan isi ayam tadi..


<Sambal kicap>

Kicap Manis
Belacan
Bawang Besar separuh
Bawang putih 1 ulas
Cili api.. 


Cara:

Kisar belacan, bawang besar, bawang putih dan cili api
Campurkan dengan kicap + gula..


<Begedil Ayam>

Bahan:

Ubi Kentang 6 biji
Isi ayam.. Nak guna daging kisar pun boleh
Bawang besar
Serbuk lada hitam
Daun sup + Daun bawang
Telur ayam sebiji


Cara:

Ubi kentang di goreng dan di angkat..
Bawang besar digoreng dan di angkat..
Lenyekkan ubi kentang tersebut (Yana tumbuk dalam lesung batu je)
Dah lenyek, campurkan dengan ayam dan bawang goreng tadi
Campurkan juga dengan serbuk lada hitam, daun sup dan daun bawang..
Jangan lupa garam + gula..

Bila dah campur ke semuanya,
bentukkan lah sesuka hati..
Bulat boleh, leper boleh, bentuk bintang, bulan, love ke.. hihi
Lepas tu gaul dalam telur ayam yg dah di kacau dan goreng..


Bihun sup dihidangkan juga dengan taugeh, tauhu goreng,
bawang goreng.. Kalau suka pedas hidang juga dengan cili merah..
Yana tak masukkan cili sebab family in law yana tak makan pedas.

Ok, selamat mencuba.. ;)




Saturday, July 9, 2011

Dinner: Paprik


Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada sahabat tanya resepi paprik.. Kebetulan 
dinner malam tu yana buat paprik.. Tu antara menu 
bila malas nak masak banyak2.. 
Sebab paprik campur je semua.. hehe.. 






Yana buat paprik campur tapi bahan tak cukup..
Korang tambah2 la sendiri bahan2 yg disenaraikan ni..


Bahan-bahan:

Ayam
Daging
Udang
Bawang besar 1 labu
(dipotong bulat)
Carrot (dipotong memanjang)
Kobis bunga
Kacang panjang
Daun limau purut
Cili api (diketuk)
Sos tiram
Kicap manis
Gula + Garam


Cara-Caranya:

1. Ayam dan daging digoreng dulu
2. Di kuali asing, tumis bawang besar
3. Masukkan daging dan ayam yg digoreng tadi
4. Masukkan carrot + Kobis bunga
5. Masukkan sos tiram + Kicap manis + air
6. Masukkan udang + Kacang panjang 
(Udang jangan masak lama sangat)
7. Masuk pula cili api yg diketuk + daun limau purut
8. Bahan wajib gula + garam janga lupa pula..

SIAP!!


Friday, July 1, 2011

Musim udang Makan udang :)


Assalamualaikum..

Sekarang ni musim udang agaknya di Kedah.. Merata tempat orang jual macam2 jenis udang.. Harga jangan cakap la.. Murah berganda.. Sempena weekend ni pula, berkesempatan yana nak masak untuk encik suami memandangkan kitaorang tak plan nak g mana kecuali tengok Transformers 3 malam ni!! Mujur kitaorang beli tiket awal.. Kalau tak dapat seat depan sekali la jawabnya.. 



Lamanya tak makan udang lipan ni.. Orang utara panggil udang ketak.. Isi udang ni sangat sedappp.. Macam rasa isi ketam. Tapi kena pandai proses sebab kulitnya keras dan tajam.  Tak susah pun, potong je kaki2 udang dan gunting bahagian tepi yang tajam tu. Udang ni tak boleh makan kerap2 sebab high cholestrol.. huhu.. Tak bagus untuk kesihatan ye.. Tapi, sape yg tak suka seafood kan? Cuma pandai2 la kawal makan tu ye..

 
Orait, nak masak apa ye udang lipan ni? Encik suami request gulai lemak cili api pedasss punya.. hehe..


 Gulai Lemak Cili Api Udang Lipan..



Ni la rupa paras udang lipan tu..
 Source: Mr.Google



Udang Laut pun kitaorang borong..
Dahla besar2 udangnye.. Nak masak apa pula ye.. 
Selalunya orang perempuan la pening pikir nak masak apa kan..huhu





Udang masak halia.. 
Hambek serai berlonggok2.. hehe
Ni memang fav encik suami..



Lepas tu yana nak try buat Butter Prawn..
Memang tak pernah cuba buat..
Google resepi, siap tengok di Youtube lagi.. hehe..



Ini lah hasilnya.. BERJAYA!!
Terima kasih pada yg telah share resepi butter prawn nye..
Lepas ni boleh buat lagi untuk adik2 yana pula..



Banyaknye masak udang.. huhu.. 
Butter prawn ni kitaorang ratah2 je.. 

 

Friday, June 17, 2011

I am 26..


Assalamualaikum..

Lamanya rasa yana tak masak.. hehe.. Semuanya di sebabkan kesibukan amat.. huhu.. Ikutkan, hari ni pun tak plan nak masak sebabnya yana dan en.suami nak lunch di Japanese restaurant Park Avenue Hotel sempena birthday yana semalam. huhu.. Rasa dah makin tua pula.. huhu.. Kitaorang celebrate hari ni sebab semalam hari keje.. Setelah mencari sana sini info-info, jumpa juga restoran Jepun yg halal di sini..


Tapi.. Tiba2 pagi ni ada break down dan en.suami kena pergi site. Atas sebab itu, kena tukar plan untuk ke Park Avenue malam ni.. So, lunch yana masak.. Masak ala kadar je untuk kitaorang berdua sebab malam dinner luar..




Ayam masak kicap pedas.. Ni fav adik2 yana..






Gulai kawah jantung pisang (tapi tak masak la dlm kawah.. hehe)
Rempah gulai kawah ni MIL yana bagi masa balik Terengganu dulu..
Gulai kawah dari Pantai Timur memang sangattt sedap..
Jantung pisang ni pula ambil dari pokok pisang yg 
arwah abah tanam di kampung..



Tu je yana masak untuk lunch.. Simple ya amat kan.. hehehe.. Dinner malam ni tak sabarnya orang mengidam nak makan sushi dengan salmon soba!! TQ sayang..



Friday, May 20, 2011

Lunch part.1


Assallamualaikum..


Macam biasa, Jumaat adalah hari cuti dan weekend ni yana dengan hubby spent time di rumah je sebab encik suami kena pergi site pagi ni.. Kalau tak minggu ni nak balik Penang.. huhu.. 


Macam wife2 lain, masa cuti ni la nak mengemas rumah, masak dan macam2 lagi la.. hehehe..


Ni hasil masakan untuk lunch hari ni..



Jemput makan... hehe..





Kali ni yana buat sup ayam mamak style..
1st time ni encik suami yang berasal
dari Terengganu rasa sup orang Penang..hehe..





Sambal tumis ikan bilis + petai.. 
Ni memang fav encik suami..






Ni menu wajib kitaorang.. ulam-ulaman..






Ni yg special.. Sambal macang..
Bukan senang nak dapat buah macang ni..

Ok, jom makan..






Malam ni layan Nur Kasih The Movie dengan 
my sayang.. encik suami la..hehe..
Kalau tak nak tengok di Gurney.. Tapi atas
tugas encik suami di site,... Tengok di Alor Star 
pun jadilaaa...hehehe..


NEXT: Pirates of Caribbean pula..

Saturday, May 14, 2011

Dinner 4th part: Nasi Ayam


Assalamualaikum..

Hari minggu macam ni, mood rajin datang menjengah.. Yana pun dah baik demam, cuma batuk je masih tak hilang2.. So, di hari minggu ni, rasa macam nak makan nasi ayam pula.. Tapi..... tak pandai sangat nak masak nasi ayam.. Dah boring makan nasi ayam kedai.. Nak belajar buat sendiri pula.. Ermm.. apa lagi, cari di cik google la.. Yana suka cuba resepi2 dari Mat Gebu. Macam2 resepi ada..


Tengok bahan2 untuk nasi ayam semua ada kecuali daun salad.. Takpe, satu ingredient je yang takde, tak menjejas apa pun.. Kitaorang malas nak keluar hanya untuk beli tu je..hehe..




Ni lah hasilnya pertama kali masak nasi ayam..
Mujur jadi juga.. Hubby kata sedap!! yeayy!!






Resepi dapat dari Mat Gebu..

Ada sikit yana edit dalam nasi ayam ni..
Tapi 90% dari resepi Mat Gebu..
Terima kasih kerana sudi share 
resepi ni.. Dapat yana belajar
masak nasi ayam.. hehehe..



Bila Isteri Demam...


Assalamualaikum...

Hari ni yana demam..hukhuk.. Demam pun boleh update blog kan? hehe.. ni dah ok sikit.. Cuaca yang agak panas seminggu ni kot, tu yang demam terus.. Tekak perit sangat sampai suara pun dah jadi rock..hehe.. Secara rasminya, duduk umah je hari ni.. hehehe.. tu yang best kan..




Encik suami yang tercinta pun ambil half day hari ni (tak boleh cuti sehari sebab petang encik suami ada site meeting) sebab nak bawa yana ke klinik. Sambil2 tu, encik suami masak lunch hari ni untuk orang demam.. hehe.. Tq cayang..


Encik suami nak masak masakan ala2 kampung yang simple, tapi besttt.. hehe.. Not bad.. sedappp sangat.. 




Masakan ala kampung air tangan suami tercinta
untuk isterinya yang demam.. hehehe.. TQ cyg... :)





Lemak putih kobis + udang.. Nyam nyam..





Ulam daun pudina + kobis..





Sambal belacan + tempoyak
air tangan encik suami..

Tempoyak di asingkan sebab
orang demam tak boleh makan..hehe..
Sambal belacan encik suami buat 
memang terangkat habis!!!





Ikan kering goreng..
Sedap makan dengan nasi panas2
dan sambal belacan... perghhh..



Tq so much syg sebab masak kan lunch yang sangat sedap.. Orang demam jadi berselera makan.. hehehe.. Sesekali tukar selera menu wajib orang demam iaitu bubur kanji ke menu macam ni, rasa macam tak demam je..huhu..


Tuesday, May 3, 2011

Dinner, 3rd part: Nasi Tomato dan Ayam Madu


Assalamualaikum..


Dinner malam ni pukul 6.30pm baru start masak.. hehehe.. Walaupun agak letih, tapi tiba2 mood rajin datang.. Bila dah rajin, mula nak masak itu ini.. Kalau mood malas datang, nak goreng telur sebiji pun rasa payahnyeee.. hehehe..


Menu malam ni hasil dari tunjuk ajar mak masa zaman bujang dulu.. Tapi, tetap tak boleh lawan nasi tomato air tangan mak.. Tambah pula bila mak buat ayam masak merah.. Sedappp tu.. 


NASI TOMATO



Bahan-bahan:

Beras Basmathi (Yana guna brand Faiza)
Bawang merah 8 ulas (dihiris)
Bawang putih 3 ulas (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Kulit kayu manis
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
4 biji tomato segar (di hiris dadu)
Garam


Cara nak masak nasi tomato sangat senang.. :)

1. Beras lepas basuh, rendam dalam setengah jam
2. Di kuali, tumis bawang merah, bawang putih,
buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih 
dan kulit kayu manis sampai kekuningan..
3. Masukkan buah tomato dan sos tomato.
Bila dah masak, masukkan susu cair..
4. Lepas dah mendidih bolehlah masukkan
ke dalam rice cooker bersama beras tadi..
5. Janggan lupa masukkan garam dan gaulkan
kesemua bahan tadi bersama beras..
6. Sukatkan air dan bolehlah masuk dalam rice cooker.
(Jangan lupa sambil2 gaul masa masak tu)

~Dah siap, bolehlah di hias dengan bawang goreng~



AYAM MASAK MADU


Ayam masak madu sangat sesuai bersama nasi tomato..
Ayam masak merah atau masak kurma pun sesuai juga..


Bahan-bahan:

Ayam (basuh, potong2, tabur kunyit, 
garam dan sedikit kicap manis)
Bawang merah 5 ulas,(dikisar)
Bawang putih 3 ulas,(dikisar)
Satu sudu besar cili boh
3 sudu besar madu asli
2 sudu besar sos cili
Bawang besar dipotong bulat


Cara membuat:

1. Ayam digoreng dulu..
2. Di kuali lain, tumis bahan dikisar sehingga kekuningan dan
masukkan cili boh.. Masak sampai pecah minyak
3. Masukkan madu, sos cili, air + ayam yang digoreng tadi....
4. Bila kuah dah mendidih, masukkan garam 
dan bawang yang dipotong bulat..

SIAP!! senang je kan..



JELATAH


Jelatah paling senang nak buat..
Ni pun mak yana ajarkan.. Sedap 
makan dengan nasi tomato


Bahan:bahan:

1 batang timun
Sebiji tomato
Bawang besar seulas
Sebiji buah epal
Cili Merah
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Garam


Cara nak buat dia paling senang iaitu... :)

Campur semua bahan dan gaulkan (guna sudu ye..)

SIAP!! :)


Dah siap masak.. Walaupun yana letih sangat tapi hilang semua rasa tu bila tengok encik suami makan dengan penuh berselera.. hehehe..