Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 15, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung ala cina


Assalamualaikum..


Lama rasanya yana tak post entry pasal masak-memasak ye..hehehe.. Sejak pindah ni, dapur lama betul tak berasap sebab sibuk sangat-sangat.. Hari ni yana berkesempatan masak untuk hubby tersayang.. Tu pun, 6.45pm baru start masak. Semasa menulis ni, baru je lepas makan. hehe..



Yana masak asam pedas ikan kembung hari ni.. Nyam nyam.. Resepi asam pedas ni ala-ala chinese punya asam pedas. Mak yana yang ajarkan.. Hubby pun suka asam pedas macam ni sebab ia agak pekat..



Ni antara bahan-bahannya:

  • Dua ulas bawang besar
  • Dua kuntum bunga kantan
  • Daun kesum
  • Cili boh
  • 4 ekor Ikan kembung
  • Air asam jawa
  • Sebiji tomato
  • Bendi

Sikit je kan bahan-bahannya. Cara nak masak pun sangat senang. Ni yana masak untuk dua orang je.. Jom tengok cara-caranya:





Stail yana masak blend je semua.. hehehe..
Blend kan kesemua bahan di atas..

1. Dua ulas bawang besar
2. Sekuntum bunga kantan
3. Sebelah tomato
4. Cili boh

* Beza chinese asam pedas adalah bunga kantan 
di blend sekali. Sebab tu kuahnya agak pekat.






Daun kesum.. Bahan paling penting.. Kalau takde
daun ni, bukan asam pedas la..hehe.. 






Tumis bahan yang di blend tadi sehingga
agak pecah minyak. Lepas tu masukkan
air asam jawa secukup rasa..






Kemudian, masukkan daun kesum dan 
bunga kantan yang di potong.. Yana masuk
daun kesum agak banyak sebab hubby yana suka.. huhu..



Last sekali





Masukkan ikan.. Bila nak tutup api tu,
masukkan bendi dan tomato.. 
Kalau ada nenas, boleh masukkan juga..
Yana tak makan nenas.. Jangan lupa 
juga gula dan garam tau.. 


SIAP!! Senang tak nak masak? senang kan.. hehe..


"SELAMAT MENCUBA"





p/s: esok MIL dari tganu nak dtg..dua hari kitaorg cuti nak bawa diaorang pusing2 kedah.. sambil pkir nak masak apa..huhuhu

1 comment:

Anonymous said...

nk try la..huhuhuu..(ctliza)=P