Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 25, 2011

Sup Ketam dan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum..


Hari ni dua sekali entry di publish.. Mood hari ni sangat rajin..hehehe..Dalam 11am tadi yana dengan hubby ke market di tempat kitaorang ni.. Saja nak tengok apa ada market di sini.. Selama pindah ni, kitaorang beli barang basah di Tesco atau Giant je.. Bila weekend macam ni(Jumaat adalah weekend di Kedah), mood rajin sikit nak masak special2..hehehe..



Sampai je kat market, benda pertama kitaorang pergi ialah bahagian sayur-sayur sebab kitaorang ni sangat suka ulam-ulaman dan sayur kampung. Macam-macam la ulam-ulam yang diborong termasuk pucuk ubi.. Yana cadang nak masak pucuk ubi lemak cili api.. Lepas tu terpandang pula macam-macam jenis ketam, apa lagi lama dah tak makan ketam ni.. Kitaorang pun borong la..




SUP KETAM



SUP KETAM.. Semua ketam betina yang ada telur.. 
Ni dalam periuk lagi.. Yana dengan hubby suka
ketam di masak sup, sebab sup tu akan jadi manis je..



* Sup Ketam sangat bagus sebagai penawar denggi.. Selain tu, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak kecil, sup ketam pun bagus untuk menambah susu badan..



BAHAN-BAHAN:


Ketam
Sebiji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Satu inci halia* (dihiris)
Lada hitam
Ubi kentang
Tomato
Cili api 
Sup bujut
Kiub pati ayam
Telur ayam (ambil putih telur je)
Daun sup + Daun bawang



CARA:

(Tak sempat snap gambar step by step sebab 
start masak 1pm, kalut je masak pun..hehehe)


1. Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga kuning
2. Masukkan air + kiub pati ayam + sup bunjut + ubi kentang
3. Bila ubi dah empuk, masukkan ketam yang telah dibersihkan
4. Taburkan putih telur perlahan-lahan sekitar sup
5. Masukkan tomato + cili api + gula + garam
6. Bila nak tutup api, taburkan daun sup+daun bawang..


~ Teringat sup ketam yang arwah abah masak.. ermmm..  :(




PUCUK UBI LEMAK CILI API + UDANG





PUCUK UBI dicelur dulu sehingga layu. Kemudian
rendamkan dengan air sejuk.. Perah untuk buang airnya..
Lepas tu boleh di hiris-hiris..



BAHAN-BAHAN:


Pucuk Ubi
Udang
Santan
Sebiji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
6 biji cili api (ambil cili api yang kecil2, lagi pedas)*
Belacan * (ditumbuk/blend)



CARA:

1. Tumis bahan yang ditumbuk/blend sehingga pecah minyak
2. Masukkan santan
3. Masukkan pucuk ubi
4. Kacau dan kacau lagi (takut santan jadi berketul) sehingga mendidih
5. Masukkan udang + garam + gula
SIAP!!



Dekat 3pm baru siap masak.. sian encik suami tunggu lama..huhu..
Tapi menu kali ni buat encik suami makan bertambah.. 
Suka tengok suami selera makan masakan yang kita masak.. hehe..



No comments: