Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 18, 2011

Bolognese Spaghetti dan lain-lain lagi..


Assalamualaikum..


Khamis baru-baru ni, MIL yana datang rumah dengan semua adik-adik ipar.. Meriah je rumah..hehehe.. Bila MIL nak datang, selalunya apa yang menantu perempuan sibuk sekali? Of course la sibuk kemas rumah dan masak..hehehe..





Hari Rabu diaorang sampai, yana masak 
Bolognese Spaghetti..



Bahan-bahan:

1. Spaghetti 1 paket
2. Sebiji bawang besar
3. Dua batang carrot
4. Dua biji capsicum
5. Cendawan butang 
(yana ambil yang organik, bukan dalam tin)
6. Daging/ayam kisar
7. Sos Bolognese 

(Semua bahan-bahan, potong je.. Kecuali daging kisar)


Cara-caranya:

Sangatttt senang masak kuah spaghetti ni..

1. Tumis bawang sehingga agak kekuningan
2. Masukkan daging/ayam kisar. 
( Tumis sehingga daging empuk)
3. Lepas tu, masukkan carrot dan capsicum
4. Barulah masuk sos bolognese + air
5. Masuk pula cendawan butang
6. Masaklah sehingga kuah agak pekat..
7. Jangan lupa pula gula + garam...


~ Spaghetti tu rebus je la.. 
Kalau suka, boleh tabur cheese  
di atas spaghetti bila nak makan~



Esoknya pula pagi-pagi lagi kitaorang betolak ke Langkawi dari Kuala Kedah. Lama sangat dah yana tak ke Langkawi. Last pegi, masa sekolah rendah lagi.. Masa zaman U, pernah family pergi tapi yana tak dapat ikut sebab ada kelas. Rindu sangat zaman-zaman pegi jejalan dengan arwah abah.. ~Al-Fatihah untuk abah..~



Ok, photo ni je di upload sebab yana kan low profile..hahaha..poyos!





Adik yana dan adik ipar dalam Lada 2



Pagi tadi kitaorang sampai rumah dan tengahari tadi, kitaorang masak-masak sebelum family MIL balik... Haiihh..yana ni suka sangat cite pasal benda makan kan..hehehe.. Sebabnya yana ni memang suka masak dari sebelum kahwin sampai sekarang.. huhu.. Lepas tu, suka nak bertukar-tukar resepi.. hehe.. Yana suka belajar respi-resepi baru dari Chef Hanieliza. Boleh la melawat blognye.. Macam-macam resepi dok ada..



Ok, ni yang yana masak untuk family MIL sebelum diaorang balik.. Simple je.. Encik suami pun join masak hari ni.. Kecoh je kat dapur.. Best2.. hehe.. Rasanya semua yang masak kat bawah ni orang lain pun tau masak.. Yana tak masukkanlah resepi..huhu





Tomyam ayam.. nyam nyam..






Sambal ikan merah,  
masak bersama encik suami.. hehehe..







Sambal belacan + pelam.. ni encik suami yang buat..
Sesekali tunjuk bakat di dapur, licinnn sambal ni.. sedapp.. 



 " Selamat Memasak.."


 

No comments: