Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Majlis Akikah Rayyan


Assalamualaikum..

Sejak yana dalam pantang lagi incik suami dah plan pasal akikah untuk Rayyan cuma kengkangan masa menyebabkan tak dapat melaksanakan pada hari ke-7. Oleh itu, akikah untuk Rayyan buat pada hari Raya Aidiladha berserta kenduri sekali..

Takrif Akikah:

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”



Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat.


Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) 


Daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:

“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” 


Tempoh menyembelih korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih haiwan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai..

Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun hijrah.


Kadar Haiwan Akikah dan Masa Akikah:

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
  • Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
  • Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.


 
Lembu untuk akikah Rayyan..
Sembelih pada pagi Aidiliadha selepas solat raya.
Incik suami yang pergi uruskan sebab mama ni tak 
kuat semangat nak tengok sembelih2 ni.. hihi.. 


Pada hari ketiga Aidiladha baru diadakan kenduri. Memikirkan masa yang sesuai untuk tetamu datang, marhaban, katering dan sebagainya. Terima kasih yana dan incik suami ucapkan pada yang sudi hadir ke majlis kenduri akikah Muhammad Rayyan :)



Majlis bermula dengan marhaban, berzanji, selawat ke atas Nabi. Disusuli dengan berendoi dari Kumpulan Marhaban Al-Hasanah..










Berendoi takde dalam plan majlis. Cradle swing tu bawa balik
untuk bagi Rayyan main. Semua orang kata alang2 buat je
berendoi sekali.. haa, ni berendoi yg tak payah dihayun.. hihi..
Mama, maktok dan tokma menemani Rayyan masa majlis berendoi.
[Gambar yg lain di Facebook]


Yana suka syair berendoi ni.. Memang touching sangat. Ada jugala yang menitiskan air mata masa ni.. hehe.. Rayyan pun diam je masa ni macam faham je.. hihi


Syair Berendoi

Bismillah itu permulaan nama
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam

asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu

empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...

 Empat bulan sampailah tuan
sudah menjadi kaki dan tangan
cukuplah dengan sifat sekalian
nyawanya belum lagi didatangkan.

 Sampailah sudah saat dan waktu
datanglah nyawa lalu bersatu
di dalam tubuh tempatnya itu
hawa dan nafsu sudah berlalu.

 Dikandungkan ibumu sembilan bulan
lebih dan kurang tiada ditentukan
melahirkan dikau beberapa kesakitan
beberapalah pantang minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang

Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat

Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira

Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

 Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

 Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah

Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan

Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.



Selalunya mengikut adat kita bila ada majlis akikah, akan disertai dengan upacara cukur jambul.. Tapi yana tak buat cukur jambul sebab Rayyan dah cukur habis sampai botak masa yana dalam pantang. 




Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:


“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” 
[Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

 
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.


Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.  [Sumber: HafizFirdaus.com]


Oleh itu, jangan sayangkan rambut anak dengan menguntingkan atau mencukur sebahagian rambut sahaja..


Okla, Dah selesai semuanya tetamu mula menjamu selera.. Majlis akikah Rayyan ni, mama papa hidangkan nasi daging bersama daging rebus dan air asam, sup tulang, gulai daging, ayam masak merah, jelatah, ulam2 dan sambal belacan.. Selepas asar, diadakan pula majlis doa selamat..





Terima kasih kawan2, kakak2, aunty2, uncle2 
yang datang ke kenduri akikah saya :)


Alhamdulillah selesai sudah majlis akikah Rayyan.. Semoga Muhammad Rayyan membesar menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik.. ameen..



PS:

Malamnya masa sembang2 dengan incik suami yang keletihan menguruskan kenduri di siang hari..

Papa: Baru rasa jadi tuan rumah handle kenduri. Letihnya.. Macam mana la nanti kenduri Rayyan kahwin ye?

Mama: hahaha.. Jauhnya papa pikir.. :)



Friday, July 13, 2012

Pengalaman Bersalin...


Assalamualaikum..


Pengalaman melahirkan anak sulung memang mencabar.. Pada 14 Jun yang lalu, yana dah lalui pengalaman yang cukup manis ni walaupun penuh onak dan ranjau..huhu..


3am, 14 Jun 2012.. Yana temankan incik suami tengok bola. Bukanla teman sangat, yana takut tidur di bilik atas sorang2 sebenarnya. hehe.. Bila dah habis bola, kitaorang sama2 naik ke bilik nak sambung tidur. Masa ni perut yana dah ade rasa tak selesa sikit2 dan dah ade lendir darah yang keluar. Cuma kitaorang ignore je sebab sakit tak kuat. Tak nak pegi hospital dan false labour lagi. huhu.. Tiba2 masa tidur nak menukar posisi yana dengar satu bunyi pop dalam perut dan mengalirla air ketuban tak henti2.. Yana kejutkan incik suami yang agak panik dengan situasi tersebut. huhu.. Dalam panik tu sempat lagi yana pegi mandi kejap dan bila tengok jam subuh pun dah masuk.. Kitaorang solat dulu, packing2 barang dan terus memecut sebab takut jalan jam. Dari Shah Alam ke Pantai Medical Centre KL agak jauh.. Masa ni dah sms ke mak dan mertua dan diaorang semua sama2 panik + teruja.. hehe


Alhamdulillah perjalanan ke hospital subuh tu sangat mudah.. Kereta sikit je dan kejap je kitaorang dah sampai ke Pantai MC KL. Terus incik suami bawa yana ke emergency room dan diaorang terus bawa yana ke labour room bila tau yang air ketuban yana dah pecah. Masa ni tak sakit lagi.. Sampai labour room, isi form itu ini, sign itu ini, tukar baju.. Yana pun rest dengan tali pinggang CTG di perut.. Masa belum sakit ni sempat la yana breakfast walau sikit je dan yana ada dengar jiran2 bilik sebelah yang sedang bertarung bersalin terjerit2.. Subhanallah, takut yana dengar. Tapi bila di akhirnya dengar suara tangisan baby happy je rasa.. Lepas ni aku pula..huhu..




Lepas breakfast, nurse datang masukkan ubat untuk bagi yak2.. hehe.. Dan contraction mula rasa secara perlahan2.. Boleh lagi sembang2 gurau2 dengan incik suami, berfacebook dan whats app.. Dah lama2 bila nurse dah masukkan drip, contraction makin kuat dan kerap, rasa nak baling je phone di tangan masa tu pun ada. Sakitttttttttt sangat yang tak boleh digambarkan..huhu. Bila doktor datang buat VE, bukaan 3cm. Contraction yang kuat dan kerap menyebabkan yana jadi agak termengah2.. Sampai ada ketika yana tarik baju incik suami. hihi.. Pakar jantung sarankan yana amik epidural agar jantung yana boleh relax. Yana kan ada heart problem sikit. Contraction yang kuat menyebabkan yana jadi sangat penat. Lalu epidural pun diminta.. Okay, RM1K dah keluar di sini..huhu.


Prosedur amik epidural dilakukan oleh pakar bius. Doktor tu sangattt baik dan lembut.. Masa jarum nak cucuk ke tulang belakang, ermmm sakit sangat hokayyy!!!! Walaupun sakit dilarang bergerak dan yana genggam tanggan incik suami sekuat hati. Tapi kejap je semua tu.. Bila dah selesai, epidural dah bertindak balas siap boleh senyum.. hehe.. Hilang sakit sebelum tu. Yana pun tidur kejap sambil ditemani incik suami yang setia di sisi sambil mengaji.


Epidural yg setia menemani yana.. hehe


Dari pukul 7am yana admit sampai dah nak masuk pukul 6pm hari yang sama bukaan yana hanya naik ke 4cm. Ada kala mesin CTG tunjuk jantung baby drop sikit. Muka nurse yang datang memang dah lain macam.. Jauh di sudut hati dah gundah gulana. Yana dapat rasakan yang aku ni nak kena czer kot.. Tak nakkk!! Tapi, bila doktor sendiri kata jantung baby dah drop dan ada potensi untuk lemas. Yana dan incik suami takde pilihan melainkan accept je untuk czer. Situasi macam ni adalah emergency czer dan caj untuk EC sangat mahal.. Memang seperti dijangka, bila dah nak discaj bil datang rm11k.. hukhuk.. hambekkk.. Tapi, kitaorang dah bersedia dari dulu lagi untuk bermacam kemungkinan masa bersalin..


Lepas Maghrib, yana pun di bawa ke OT. Incik suami boleh masuk sekali. Yana dibius separuh badan iaitu dari bahagian perut ke bawah. Bila dah bius ni memang sebarang torehan, gunting tak rasa sakit. Tapi bila saat baby nak ditarik keluar agak tak selesa seolah2 perut yana ditekan2 dengan kuat. Yana ni jenis tak tahan sakit. huhu.. Incik suami yang menyaksikan tak terkata apa masa ni, tapi setia mengengam erat tangan yana. hihi.. Yana sangat berterima kasih pada pakar bius yang sangat baik. Sentiasa di hujung kepala yana untuk tenangkan yana dan ceritakan prosedur yang berlaku. Tapi kesian dia dapat patient macam yana yang tak reti duduk diam. Asyik bising sakit2, sampai last sekali yana di bius sampai pengsan. huhu.. Tak dapat la yana tengok masa baby mula2 keluar.. Tapi incik suami ada rekod video, dapat la tengok gitu je..


14 Jun 2012, jam 8.36pm di Pantai Medical Centre Kuala Lumpur lahirlah zuriat pertama kami Muhammad Rayyan seberat 2.93kg yang disambut oleh Dato' Prof. Dr. Hamid Arshat. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Berakhirlah penantian kami selama tiga tahun..


Muhhammad Rayyan b. Mohd Syahir Kyairi







Muhammad Rayyan latest, 3.4kg


We love u so much Rayyan.. semoga Rayyan membesar
 menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik. ameenn..

Friday, April 6, 2012

Sticker Surprise...


Assalamualaikum..


Hari ni dalam yana memproses email.. Nak delete segala email2 lama dan yang tak penting.. Yana pun terjumpa satu gambar yang incik suami kirimkan masa zaman2 belum kahwin dulu.. hehe.. Senyum sorang2 bila tengok.. Penuh nostalgia..


Yana ingat lagi masa ni, incik suami datang jumpa yana di kampus dengan wira hitamnya (masa ni masih memandu wira).. Incik suami cakap pada yana cuba tengok ada beza tak keretanya hari tu. Yana punyala renung sana sini nak tengok apala beza dekat 'si hitam' ni.. Sampaila yana ternampak satu benda ni.. 


Walaupun simple.. Tapi terharu hokayy.. hehe.. Yana gelak besar masa ni walaupun dalam hati touching2.. hihi..




Sticker gabungan nama kitaorang.. hahaha..
Lawak pula bila tengok balik. Masa ni pikir, 
boleh tahan romantik bakal suamiku ini.. hehe..
(Suami yana jarang sikit surprise2 ni.. hehe)





Sangat rindu wira hitam nih..
Masa let go untuk tukar xtrail,
sticker tu incik suami biarkan je.. hehe.
Dekat xtrail tak nak letak sticker gini dah ke syg?? hehe


Masa 1st time incik suami datang jumpa family yana.. 
Abah ada tanya yana, "Baby tu hang ka??" haha!!
Malunyeee.. Rupanya abah pun perasan sticker nih.. hehe



Okay, entry hari ni sungguh poyo.. :p

Friday, August 12, 2011

ABAH..

mo
Assalamualaikum..


Semalam 12hb Ogos 2011 genap dua tahun pemergian abah yana ke rahmatullah.. Rasa macam masih baru je abah tinggalkan kami sekeluarga.. Masih jelas terbayang wajah abah di mata ni, masih jelas terdengar suara abah di telinga ni.. Rasa rindu pada abah memang tak tertanggung.. Tapi, yana sekeluarga redha kerana Allah lebih sayangkan abah..


Masih teringat sehari sebelum pemergian abah, bersyukur kerana yana ada di kampung masa tu. Dapat yana berbual-bual dengan abah, masakkan gulai ayam pada abah.. Malam tu yana di dapur masak bersama-sama abah.. Abah memang cekap di dapur. Segala ilmu masakan yang yana tahu hari ni, gurunya adalah abah..


Ingat lagi masa yana berumur 10 tahun, yana dah di ajar untuk siangkan ikan dan ayam.. Yana yang nakal masa tu, memang memberontak tak nak buat kerja dapur.. Tapi, abah sabar dan terus ajar yana sampai la yana boleh memasak.. Macam tu juga dengan belajar bawa kereta, abah juga yang bertungkus lumus ajar yana sampai dah boleh bawa kereta sampai ke KL..

Kalau nak dihitung dan diceritakan jasa ibu dan ayah kita, memang tak terhitung banyaknya. Takde apa dalam dunia ni yang boleh dibandingkan dengan jasa mereka pada kita.. Berbaktilah pada ibu dan ayah selagi mereka ada..


Yana ingat pesan abah sejak dari yana kecik lagi..

"Abah tak minta anak2 abah bagi duit banyak2 pada abah. Abah nak anak2 abah belajar tinggi, dapat ijazah, keje bagus2.. Semua tu bukan untuk abah, tapi untuk kesenangan masa depan hampa juga.."
(hampa adalah bahasa utara, maksudnya kamu)


Masa yana kecik2, abah selalu bawa yana dan adik2 ke USM bila ada majlis konvokesyen.. Abah selalu cakap.. 

"Teringin tak nak pakai jubah tu? Abah nak tengok anak2 abah pakai jubah tu, jalan atas karpet tu.."

 
Masa abah nak menjalani bypass di Adventist Hospital pun abah pesan benda yang sama pada yana dan adik2.. Alhamdulillah, abah sempat tengok yana sarungkan jubah konvo masa grad degree dulu.. Yana ingat lagi, masa kami cuba sarungkan jubah di rumah.. Terpancar rasa puas dan gembira di wajah abah.. Senyuman tak lekang di wajah abah..


Cuma abah tak sempat tengok yana grad untuk Ijazah Sarjana..

Abah.. semangat dan pesan abah lah yang mendorong yana sampai ke peringkat sekarang.. Banyak cabaran yang yana lalui sepanjang masih bergelar pelajar, tapi bila ingat akan pesan abah, yana bangun semula.. Yana janji akan habiskan pengajian hingga akhirnya.. Yana janji akan dapatkan tittle dr untuk abah.. Terima Kasih abah..




Allahyarham Taha Hsni Hj. Zaini
1.1.1954 - 12.8.2009
AL-FATIHAH..


Semoga abah tenang dan aman di sana..
Semoga roh abah bersama orang2 beriman..
Ameen..


Tuesday, April 26, 2011

Memori dari Kingston.. :)


Assalamualaikum..


Tiba-tiba terjumpa balik cik Kingston yang dah lama hilang.. Banyak dah cik Kingston ni berbakti dengan yana masa zaman degree dulu.. Bila jumpa balik, yana pun proses la isi perut dia..hehehe.. 


Dan.... Yana jumpa balik folder gambar dengan kawan-kawan a.k.a geng masa tiga tahun buat degree di USM.. Tapi sedih sebab tak semua gambar ada, yang selebihnya dalam laptop yang dah rosak tahun lepas..





Rindunye bila tengok gambar-gambar ni semua.. Rasa macam muda remaja balik je..hahaha.. Sangat rindu masa student life zaman degree.. Kuliah, tutorial (PhD dah kurang semua ni), kuiz, test, exam.. Serius cakap, rindu nak masuk dewan exam balik jawab soalan sampai lenguh tangan..


Rindu juga nak merebut naik bas.. hehehe.. (Dah lama tak naik bas), rindu duduk hostel, bertandang bilik kawan-kawan, makan ramai-ramai dalam bilik.. Ramai-ramai jalan kaki pergi pasar malam, stay up late siapkan assignment, study group, field work sambil jalan-jalan (Kitaorang pernah buat field work dari Padang Kota ke Weld Quay sampai ke Komtar hanya dengan berjalan kaki!! Siap kena kejar anjing.. hahaha.. Bila ingat balik, kelakar pula..hehehe)





Rindu juga nak pillow talk sampai 3,4 pagi.. Tergelak kuat sampai kena marah dengan jiran.. huhu.. Ooops.. SORRY, tak sengaja.. hehe.. Kitaorang ni pillow talk sampai lupa esok ada kelas pagi.. Lepas tu mula la, mamai2 dalam kelas.. huhu.. (Sekarang pillow talk dengan hubby je.. hehe)..




Ni la Desassiwa Indah Kembara (IK), USM
yang yana duduk masa degree.. 
Tiga tahun berteduh di sini 
bersama Shila, Ku Nor dan Lin..

Sekarang ni IK dah bertambah 
cantik selepas di renovate sempena APEX





Desassiwa Restu, Saujana dan Tekun, USM..
Yana duduk di Tekun selama setahun
setengah sepanjang menyiapkan 
Master dengan my bff, Nabilah..





Coursemate masa degree.. (Ni pun separuh je)
Mana satu yana? hehehe..

Masa ni hari last final exam tahun 3..
Kitaorang buat BBQ di Tasik Harapan USM..
Separuh kawan-kawan dalam gambar 
ni dah kahwin (Termasuk yana).. hehe..
Malah ada yang dah ada anak pun.. 
Cepatnya masa berjalan kan..hehehe..





Rindu bangat sama Gabby, Nurul dan Ku Nor..
Kitaorang selalu satu group untuk apa-apa tugasan..
Master & PhD kena sorang2 je.. huhu..





Satu geng sejak tahun 1 di USM..
Tiga orang dah kahwin dan dua 
daripadanya dah ada anak pun.. 
Cepatnya masa bejalan kan.. hehe..





RINDU KORANG!!!
Especially Shila.. 
 Shila, kawan yana sejak sekolah..
Masuk U pun sama2.. Duduk pun satu bilik..
Shila antara kawan ketawa dan menangis 
yana masa campus life.. 
Kitaorang ni nak pergi toilet pun
sama-sama sebab dua2 penakut..hehehe..
Baju kurung pun, kitaorang selalu 
share dan tukar2.. hehe.. Tak payah
bawa stock baju kurung banyak2 ke hostel.. hehe


Ku Nor dengan Lin..
Ingat lagi masa kita masak spaghetti guna
rice cooker dalam bilik.. Pagi-pagi dah bangun semangat 
nak masak untuk pergi picnic di feringghi..hehehe..
Ingat juga macam mana kita struggle untuk paper Dr.Andrew..


Ok, ni je gambar yang sesuai.. hehehe




Apa pun, di sinilah tempat yana belajar macam-macam..
Selain ilmu untuk dunia dan akhirat.. Di sini juga la
yana belajar erti persahabatan.. belajar erti berdikari
dan belajar erti tanggungjawab..


Friday, November 26, 2010

Miss you so much abah..


Assalamualaikum..


If I had my life to do over,
I'd have chosen you to be my dad once more. 
Even if it meant losing you again,
It's worth all the tears in the world. 
You were my sunshine when skies were gray.
I loved you and honored you; 
You took all my tears away.
I was happy to be with you, 
Proud to be your little girl.
Sometimes we would argue, 
But to me you meant the world.
Your love was always pure; 
You treated me as your own.
Your time seemed all too short and I feel so alone. 
What can I take from this?
My heart is completely crushed. 
But nothing loved is ever lost
-And you are loved so much


Hari ni lewat yana balik dari keje.. Otw balik, yana dapat tahu pasal khabar seorang sahabat yana yang ayahnya sedang sakit. Agak teruk juga sakitnya dan sahabat yana mohon agar sama-sama mendoakan ayahnya.






Tiba-tiba datang kembali kenangan bersama abah yana yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Ogos 2009. Tiba-tiba, kuat sangat rasa rindu dalam hati ni. Masih ingat lagi saat-saat indah bersama abah..


Abah yana memang seorang yang tegas terutama dalam pelajaran anak-anaknya . Masa yana sekolah dulu, selagi tak dapat hafal sifir, selagi tu yana tak boleh tengok TV. Disebabkan ketegasan itulah, dapat yana menjejakkan kaki ke universiti sampai ke peringkat sekarang. Terima kasih abah..


Abah pun pandai sangat masak. Sampai sekarang, yana dengan adik-adik selalu cakap.. Rindu nak makan char koey teow abah buat.. Rindu nak makan laksa goreng abah buat..Rindu nak makan murtabak durian abah buat.. Kalau mak, yana atau adik-adik demam.. Abah selalu masakkan sup ikan merah panas-panas supaya cepat surut panas badan. Masakan abah memang sangat sedap.. Abah happy sangat bila tengok mak dan anak-anaknya berselera makan masakannya..


Masa yana sekolah rendah.. Abah lah yang hantar yana pagi-pagi dengan motornya yang masih ada sampai sekarang. Masa sekolah menengah..Yana pergi sekolah naik bas. Tapi kadang-kadang terlewat bangun, terlepas juga bas.. Abah lah yang akan hantar yana ke sekolah sambil membebel supaya belajar tepati waktu. Sampai sekarang yana ingat setiap pesanan abah tu.. Sampai masa di universiti pun, kawan-kawan semua balik kampung naik bas. Tapi yana..abah jemput di universiti.. Abah tak bagi yana balik sorang-sorang naik bas.. Bila sambung Master, abah bagi yana kereta supaya senang bergerak untuk buat research, pergi dan balik kampus.. Errmm... I have been my 'daddy's little princess' always even after i was grown and married..






Bila yana dapat masuk Universiti.. Abah lah insan yang paling gembira. Abah selalu kata.. Tu lah salah satu dari impian dia.. Nak tengok anak-anaknya belajar tinggi-tinggi.. Masa di universiti.. Bila bulan puasa.. Abah selalu hantar makan untuk berbuka pada yana sebab ofisnya dekat je dengan universiti yana belajar. Yana tak pernah suruh abah hantarkan makanan. Tapi abah belikan juga., bukan sahaja pada yana, tapi untuk roomate yana sekali..Ramai kawan-kawan yana yang kenal dengan pakcik Taha..


Bila yana dah nak grad.. Nampak riak bangga dan gembira di wajah abah bila melihat yana sarungkan jubah konvo. Terbalas sudah usaha abah menyekolahkan yana selama ni.. Terima kasih abah, mak.. Abah juga sempat mewalikan yana masa yana kahwin. Tapi.. Takdir penentu segalanya.. Abah yana meninggal dunia tiga bulan selepas tu. Abah tak sempat tengok yana menyarung sekali lagi jubah konvo masa yana grad Master dan tak sempat tengok bakal cucunya. 


Masih kuat lagi ingatan yana pada malam 11hb Ogos 2009. Abah pulang kerja dengan mak macam biasa. Tak nampak apa yang beza petang tu. Yana pun kebetulan ada di kampung masa tu sebab yana ada perjumpaan di universiti (tak habis Master lagi masa tu).. Abah nampak sihat sangat.. Abah dengan yana sama-sama di dapur uruskan untuk masak kari ayam malam tu. Semuanya nampak biasa.. Tak ada apa yang pelik pun. Cuma abah nampak agak pendiam malam tu. Sekali-sekala yana terpandang abah seolah-olah termenung sorang-sorang di buaian laman luar rumah. 


Paginya 12hb Ogos 2009, selepas subuh dan semasa semua orang sedang sibuk bersiap untuk pergi kerja dan adik-adik nak ke sekolah.. Yana pun sedang bersiap untuk ke universiti.. Tiba-tiba yana terdengar mak dan adik perempuan yana menjerit dari tingkat bawah..  Dari tingkat atas, yana dengar.. Diorang kata abah jatuh toilet.. Cepat-cepat yana turun dan terkejut sangat bila nampak abah dah terbaring atas lantai toilet.. Tapi, abah masih boleh buka mata. Dalam hati yana.. hanya berdoa semoga takde apa-apa yang teruk berlaku pada abah.. Yana dan adik-adik berlari minta bantuan pada jiran dan mereka bawa abah ke hospital yang berhampiran. 






7pm, 12 Ogos 2009.. Perginya abah buat selamanya.. They say..he died of a stroke.. He was very young.. only 55, and it was a complete shock to me, my mom, my sister and my brothers. I am having a really hard time dealing with it. I think about him almost constantly. I'm getting through it though with the support of my husband. Its been nearly a years since he died but i'm still working through it. It will take time for me to be totally happy and able to accept it fully.



Semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmatNya
AL-FATIHAH buat Allahyarham Taha Hsni Hj Zaini..



ps: semalam dah tulis..tp hari ni, masuk ofis  baru sempat postkan..