Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, November 3, 2011



~ALHAMDULILLAH..~
TERIMA KASIH YA ALLAH.


“…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, Dan diberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "    [Surah At-Talaq :2-3]



Sunday, June 19, 2011

Sahabat


Assalamualaikum..


When you win, i will proudly tell the world, "Hey! that's my friend"
But, when you loose.. I will sit by your side,
Hold your hand and say, "Hey! I am your friend.."




Nasihat Imam Syafie dalam soal persahabatan..

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku.. seakan-akan aku mencintai saudaraku.. Sahabat yg baik adalah yg sering sejalan denganku dan yg menjaga nama baikku.. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yg tidak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.."



Imam Ghazali berpesan..

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.."



Saidina Ali berkata..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.."



Hadith Riwayat Abu Daud..

"Sahabat yg salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya.. Dan sahabat yg jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya.."



Friendship isn't about whom you have known the longest, 
who came first or who cares the best.. 
It's all about WHO CAME and NEVER LEFT..




ps: kecewa dgn seorg sahabat yg dah dianggap mcm saudara sendiri, terima ksh atas segalanya.. Hanya mak dan encik suami sahabat terbaik dunia akhirat..

Wednesday, June 15, 2011




"Dan demikianlah keadaan hari-hari 
(kejayaan dan kesedihan) 
Kami pergilirkan di antara manusia
(supaya menjadi pengajaran)"

Ali Imran:140


Tuesday, June 7, 2011

Pesanan untuk pengantin lama dan baru..


Assalamualaikum..

Ramai yang baru melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ni. Kawan yana je dekat 4 orang yg telah selamat di ijabkabulkan weekend baru ni.. Tahniah yana ucapkan dan semoga berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah..


Artikel di bawah sangat sesuai untuk bacaan pengantin baru dan lama.. Para isteri, semoga kita sama2 menjadi isteri solehah penyejuk di mata dan penawar di hati suami.. insyaAllah..





RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.


Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..


Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.


Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.





 
Tiada yang indah...!!!

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya, Jadilah anak yang soleh dan solehah.


Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya, Usahalah sehingga berjaya.


Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid, Jadilah syuhada' fisabilillah


Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya, Hindari diri dari mengkhianati


Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia, Wujudkanlah keluarga bahagia


Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan, Jadilah kawan yang baik


Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat, Carilah ilmu yang berkat

 
Tiada apa yang indah, Ingatlah...;


Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.


Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuba kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.


Sumber: ikutsukaakuisa.com

Sunday, April 3, 2011

La Tahzan Innallaha Ma'ana..


Assalamualaikum..


Apabila kita asyik termenung..
Memikirkan nasib diri sendiri di sini..

Merenung jauh mereka di sana hidup
penuh keseronokan dan kegembiraan..

Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..






Ramai orang tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya..

Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan
faktor harta.. dengan faktor kekayaan..
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang..
Tetapi itu bukan segala-galanya..

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..
Tidur di atas katil yang empuk..
Tetapi dia tidak enak lena tidurnya..


Bahkan..


Ada orang yang tidur di pondok buruk..
Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita..

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan 
yang hebat-hebat.. Lauk-pauk yang bagus..
Tetapi lidahnya tidak enak..


Bahkan..


Lebih enak lagi orang-orang yang makan kadang-kadang
dengan satu dua mata lauk sahaja..


Kata Hamka....

" Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.."





_______________________________________


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah s.w.t..


"Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.."


 "Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.."





"Jika Allah uruskan urusan kita.. 
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita.. 
Walaupun sekelip mata.. dunia boleh berbuat apa-apa..
 Tetapi, mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.."


"Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..
Apa yang orang rasa rugi.. Allah akan memberi keuntungan
di mana jalan-jalan manusia tak sangka..
Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.."

______________________________________


Apabila kita asyik keluh setiap kali di timpa musibah..


Tengoklah dunia ini..
Kadang-kadang manusia hilang suatu benda di dunia ini..
Kadang-kadang macam hilang segala-galanya..


Berapa banyak dalam hidup kita melalui keperitan hidup?

"Ketika kita kena keperitan..
Kita rasa tidak dapat keluar daripadanya..
Tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita 
dan berada dalam keadaan yang baik.."


"Ketika kita ditimpa musibah tertentu..
kita berkata.. habislah aku kali ini..
Tetapi usia kita telah berjalan..
Kita masih lagi hidup dan makan..
Menikmati kurniaan kehidupan ini.."


"Ketika kita kata.. Ya Allah, Tolonglah aku, aku susah..
Hari ini... Kita telah lupa akan perkataan itu..
Dan.. Kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas 
pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.."





Allah s.w.t berfirman:

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul )
yang ketika ada orang-orang yang mengatakan kepadanya,
Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk
menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, ternyata
(ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab,
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung"

Ali-Imran [3]:173

________________________________________


Pengalaman sering mematangkan kita..


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan faham maksudnya..


Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..





Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb..

" Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah.."

________________________________________


Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat..
Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil..
Kehidupan ini sangat luas..


Nabi ada menyebut dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim..


Allah telah bawa pada hari akhirat,
manusia yang paling derita dalam dunia ini..
Allah ambil dia.. Allah masukkan dia ke dalam syurga..
Kemudian, dia dikeluarkan lalu ditanya..

"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Jawabnya... " Tak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini.."


Hanya masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita..


Kemudian, Allah ambil manusia yang 
paling nikmat dalam dunia ini..
Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka,
lalu dikeluarkan dan ditanya..


"Wahai fulan, pernahkah kau merasai nikmat?"
Jawabnya.. "Tak! aku tidak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini.."


Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia
lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

_______________________________________


Masihkah kita teringat nikmat yang Allah berikan dalam hidup ini..?


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru..
Dan.. kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini..
Suatu nikmat yang besar..


 Satu hamba Allah.. yang patah kakinya..
Yang tidak pernah pun sebut atau teringat
nikmat kaki yang dipijak setiap hari..


Apabila suatu hari dia sakit kaki, lalu berkata..
Ya Allah, sembuhlah kaki aku balik..
Baru dia sedar akan besarnya nikmat kaki,
nikmat tangan dan nikmat sihat..


Kata Hamka..

"Yang ada ini sudah harapan kita.."


Tetapi insan.. bukan salah untuk kita mengharapkan
yang belum ada.. Tetapi jangan lupa yang telah ada..






Bersyukurlah wahai diri ini...

Atas sebab itu, sebahagian para sarjana menyebut bahawa..

"Syukur kadang kala lebih tinggi markamnya daripada sabar.."


Ramai orang terpaksa sabar.. Tetapi..
belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur..


"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami..
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada
sesiapa di kalangan hambaMu.. Tidak ada daripada
sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan..
Bagi Engkaulah kepujian, bagi Engkaulah kesyukuran.."

Subhanallah..


Allah s.w.t berfirman..

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu
mohonkan kepadaNya.. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, 
nescaya kamu tidak akan mamu menghitungnya.. Sungguh, manusia
itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"

Ibrahim [14]:34


Bila kita lihat hidup ini secara keseluruhan..
MasyaAllah.. Apa yang Allah kurniakan kepada kita..
Lebih dari harapan kita sebenarnya..


Kalau ingat hari kita dilahirkan.. Tempat kita dilahirkan..
Rumah kita dilahirkan.. Sehingga tempat kita pada hari ini..
MasyaAllah.. Tak terucap..

____________________________________


Nabi pesan pada kita..


Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya
Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir
mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang 
dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua,
ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya,

"La Tahzan innallaha ma'ana.."
 (Jangan engkau bersedih, 
sesungguhnya Allah bersama kita..)

At-Taubah [9] : 40






Petikan daripada:

Ceramah 'Mencari Sakinah'
Oleh, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
1 Nov 2009


Boleh juga layari video ceramah ini, yang
di sampaikan oleh Dr. MAZA di sini



ps: Wahai hati... La Tahzan Innallaha Ma'ana...


Wednesday, January 19, 2011

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku..





Yana baca artikel ni di iluvislam.. 
Sangat menarik untuk bacaan pada mereka 
yang sedang mencari bakal suami dan isteri.. :)
Pada yang dah kahwin pun boleh baca..
Macam yana..hehehe..



Sila klik link di atas untuk ke artikel tu ye..






~ Alhamdulillah.. diri ini telah ditemukan dengan jodoh yang terbaik.. Semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke pintu syurga.. ameen.. ~
  

Thursday, January 6, 2011

Insha Allah..


Assalamualaikum..


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah Insha Allah Insha Allah..

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way

Insha Allah Insha Allah

Insha Allah we’ll find our way..


      By: Maher Zain..




Lagu ni bukan sekadar lagu pada yana.. It's so meaningfull!! Dalam hidup ni, macam-macam dugaan datang menguji kita.. Macam-macam cabaran datang mencabar hidup kita.. Macam-macam kesalahan yang kita lakukan.. Itu adalah fitrah sebuah kehidupan.. Mungkin juga ada di antara kita yang hampir putus asa.. Jatuh dan tak mahu bangun semula. Setiap masalah ada jalan keluarnya.. Ingatlah Allah selalu bukan sahaja di waktu susah.. Malah di waktu senang..  Dia sentiasa bersama kita.. 


“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”   (Ar-Ra’d: 28)


Pada hati-hati yang kecewa.. Bangunlah semula.. Ingatlah bahawa setiap ujian yang diberi oleh Allah kepada kita adalah untuk menguji keimanan kita dalam perjuangan di dunia ini.. 



Allah s.w.t berfirman:

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.."
(albaqarah:216)



Pada keluargaku.. Bersabarlah dengan ujian yang telah Allah berikan untuk kita. Allah lebih menyayangi abah.. Memang rasa rindu itu tak kan pernah hilang.. Tapi redha dan sabarlah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. Al-Fatihah untuk abah..


Pada Jue.. Jangan  putus asa dalam terus mencari rezeki.. Dalam dunia Allah yang serba luas ini, pasti ada satu rezeki yang telah di khaskan hanya untuk kamu.. Insha Allah.. Bersabarlah dan terus berusaha.. Serta jangan lupa terus berdoa pada Allah..


Pada ieda.. Jangalah terus menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku.. Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya yang belum kita nampak.. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Mungkin ini bukan yang terbaik untuk kamu.. Pasti Allah akan kurniakan hadiah yang lebih baik dari itu. Insha Allah.. Bersabar dan teruslah berdoa pada Allah..


Pada diri yana sendiri.. Semoga terus diberi kekuatan, ketenangan, ketabahan dalam menempuh segala macam dugaan hidup di dunia ini.. Semoga pada tahun 2011 ini, akan dimurahkan lagi rezeki yana dan suami, akan diberi kesihatan yang baik dan semoga terus berusaha menjadi seorang muslimah yang solehah, isteri yang solehah dan anak yang solehah.. Insha Allah.. ameen.. 



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”    (Surah Al-Imran ayat 200)







Friday, October 29, 2010

Bidadari Syurga..


"Dari segumpal tanah 
menjadi seketul daging,
Dari sebatang rusuk
menjadi sesusuk tubuh,
Adam dan Hawa 
bersatu di syurga,
Terpisah di dunia,
Walau berabad di jarak waktu,
Dengan izinNya pasti 
kembali bertemu.."



"Ketika anak  meraungkan tangisan,
Hati ibu tidak keruan,
Berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah,
Mencari petunjuk bantuan Allah,
Hentakan kaki menerbitkan air,
Penghilang dahaga dankering bibir,
Hajar... hikayatmu merentas kurun,
Menjadi ingatan turun temurun.."




  "Akan tumbuhkah benih
tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga 
tanpa cahaya suria?
Maryam... 
engkau jadi pilihan Allah
Membuktikan kudratNya 
yang Maha Kuasa.."











"Semulia-mulia rahim
yang mengandungkan bayinya,
Semulia-mulia wanita
yang mengandungkan rahmat,
Tidak akan terulang lagi 
di dalam hikayat,
Kisah laksana 
Aminah Binti Wahab,
Ibu pembawa berkat..."







"Ketika dia keseorangan,
Engkau menjadi teman,
Ketika dia disisihkan,
Engkau setia di sisnya,
Ketika dia terbuang,
Engkau tetap menyayanginya,
Ketika dia kebuntuan,
Engkau menjadi penunjuk jalan,
Wahai Khadijah...
Cintamu menjadi lagenda..."





"Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penenang fikiran,
Di rumah dia isteri,
Di jalanan kawan,
Sewaktu kita buntu,
Dia penunjuk jalan..."

Friday, October 22, 2010

Pesanan Seorang Lelaki kpd Wanita Islam

Ratuku...
ingin ku luahkan
apa yang sudah lama ingin ku luahkan..
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga2 berguguran
Dipetik tangan2 yang ganas lagi bernafsu serakah..


Ratuku...
Kebimbanganku ini
masih menebal
apabila ku dengar
dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu..


Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
bila ku melihat bunga yang tak segan silu
melempiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar..
Melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya..


Ratuku..
Aku masih terpingga-pingga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku?
Kerana apa yang ku lihat hari ini
semakin banyak bunga2 gugur
bagaikan tibanya musim luruh..


Ratuku..
Bukanlah ku harapkan
kau segigih Siti Hawa
yang berlari2 antara Safa dan Marwa..
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga..


Ratuku..
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan a'ishah
bukan juga Rabiatul Adawiyyah wanita suci terpuji..
kerana..
Aku tidak layak
berharap sedemikian rupa..
cukuplah sekadar kau mencontohi bunga2 itu..
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya melewati
pintu2 syurga..


Jangan kau risau ratuku..
Kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar..
Tapi itu hanya ujian buatmu..


Ratuku..
Esok musim bunga akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu..
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan2 kasar memetikmu lagi..!!
Jangan goda kumbang2 ganas menghisap madumu..!!
Jangan biarkan gagak2 hitam itu merosakkan serimu..!!
Kerana kau ratu idaman qalbu..


Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya..


Tapi..
Bukan itu yang kuharapkan..


-mpp@upm-