Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, November 4, 2010

Cakes.. Yummy..yummy..


Assalamualaikum


I'm just craving for cakes.. Yummy.. yummy... 
Tiba-tiba yana rasa nak makan kek je malam ni. hehehe
Tapi dah lewat la.. :(

Jom kita tengok kek-kek yang sangat unik dan cute.. 
Kreatifnya orang yang buat kek macam ni..
nak buat juga, tapi tangan ni tak berseni..
Semua gambar ni yana google je..





Nak main ke nak makan? hehehe..
Nanti kalau anak-anak minta PS2, 
kalau korang rasa tak mampu beli lagi
boleh lah buat kek bagi..hehe..





I love burger.. Tapi ni versi kek ok..
Macam susah je nak buat fries tu..





Nak pegi cari kat Borders nanti.. hehehe





Ni laptop baru yana, cantik tak? hehehe






Tak sampai hati je rasa nak makan kek Iphone ni..hehe..






Kek ke ni? Oh..kagumnye.. 
sedap je nampak kan?  :)






Kreatif kan orang yang buat ni? 
Jom kita berblogging.. hehe























Singer lagi tu.. hehehe..
mesin ni ada lagi kat kampung yana..
Tapi ni kek ok.. hebatkan.. 
99% nampak macam real je.. :)







Kek suasana dalam OT.. Macam ni pun boleh buat..
Dahsyat-dahsyat..







Oh my prada.. hehehe.. Semua ni kek ok..
Hermes, Chanel, LV, Prada pun ada..
Memang tak sampai hati nak makan kek macam ni..hehehe



Ok la.. Takde gambar dah, :)
Kagum kan dengan kreativiti orang-orang yang berseni macam ni. 
Kalau yana nak buat,  memang sampai tahun depan pun tak siap.


Tu la, setiap manusia kan berbeza.. 
Masing-masing ada kreativiti tersendiri. 
Apa-apa pun, yana memang kagum 
dengan tangan-tangan yang boleh hasilkan
benda yang cantik macam ni..



Wednesday, November 3, 2010

Jom Menulis

Assalamualaikum..

Rasanya, dah berapa hari yana tak update topik apa-apa.. Banyak sangat kerja, sampaikan hilang idea nak menulis. hehehe.. Jangan kata hilang idea untuk menulis blog, kadang-kadang yang lebih parahnya bila hilang idea nak menulis tesis... jenuh..jenuh..






Masa yana form 6 dulu, yana minat sangat dengan penulisan. Kalau ada pertandingan menulis cerpen ke, sajak ke, mesti yana masuk. 

Kadang-kadang, kawan yana masuk pidato, forum.. Skripnya yana yang tulis.. huhu.. 

Tapi, setakat itu sajalah.. kadang-kadang buntu juga nak tulis apa. Nak buat ayat puitis.. lagilah susah.. Yana tak sepandai fida aishah dalam menulis.. huhuhu.. Apa cite ye dengan blogger yang famous tu? Ermm..keluar topik pula..

  
Tapi, bila melangkah masuk alam universiti, yana dah kurang dengan bab-bab penulisan ni sebab sibuk dengan kelas dan pelbagai aktiviti. Mungkin hanya diterjemahkan dalam assignment dan tesis dengan gaya yang lebih formal. Bila dah kerja dan kahwin, lagilah kan.. Berpuisi sajak dengan hubby je la..hehehe


Ingat lagi kata-kata dari Winston Churchill "Pena lebih tajam dari mata pedang". Manakala Napoleon Bonaparte pula berkata, "Saya lebih takut pada sebuah pena dari seratus meriam." Walaupun kita tukarkan pena itu menjadi keyboard. Tapi sama saja, ia berkaitan dengan penulisan. 


Menulis ni menyeronokkan kalau kena gayanya. Apapun, hasilkan penulisan yang boleh mendatangkan manfaat kepada pembaca. Bukannya penulisan yang boleh meruntuhkan sesuatu tamadun.




Sekarang dah ada blog, semua orang boleh menulis. Blog ni ada faedahnya juga kalau di manfaatkan betul-betul. Blog adalah satu medium untuk kita menulis, berkongsi pelbagai ilmu dan meluahkan segala rasa. Tapi, biarlah betul dengan caranya.

Yana didedahkan dengan dunia blog semasa master. Kata pensyarah yana dulu, melalui blog dapat mengajar kita cara menulis. Tambahan bila dah masuk dalam dunia master dan PhD, di mana kita perlu banyak menulis. Bukan sahaja tesis, tetapi kertas kerja untuk seminar, jurnal dan macam-macam lagi.

Ok, Dah banyak yana membebel. hehehe.. Apa yang yana nak sampaikan ialah cara kita menulis terutamanya di dalam blog di mana ribuan malahan jutaan orang yang akan membacanya. 


Berhati-hatilah dalam melakar pena di atas kanvas... cewahh.. Jangan kita hasilkan penulisan yang berlandaskan emosi tanpa ilmu. Fikir sebelum menulis.. Pastikan hasil penulisan itu dapat memberi manfaat kepada pembaca. Tak banyak, sikit pun jadilah. Jangan kita hanya menulis kosong dan ke laut.. huhuhu..





Pada para remaja juga, berhati-hatilah ketika menulis sama ada di blog, Facebook atau Twitter. Parent pun harus pantau apa yang anak-anak buat depan komputer. Jika silap menulis, banyak kesannya nanti.

Kalau kita tengok di Facebook misalnya, banyak yang dah jadi akibat dari  menulis tanpa berfikir. Mulalah akan wujud group yang menentang owner tu. Baru-baru ni pun kita digemparkan dengan blogger yang menghina Almarhum Baginda Sultan Johor, Al-marhum Sultan Iskandar ibni Al-marhum Sultan Ismail.

Perkara macam ni terjadi disebabkan, menulis berlandaskan emosi dan bukannya akal.




Yana sendiri pun tulis macam-macam benda. Yana lebih suka menulis dengan cara santai. Kadang-kadang ada juga yang serius. Tanamkan niat masa mula-mula create blog tu, yang tujuannya adalah untuk kebaikan. Kadang-kadang nak merepek boleh je, tu blog masing-masing kan. Dalam-dalam merepek tu, selitkan juga mesej. 

Apa-apa pun, Think before you write.. Ok la.. dalam takde idea tu, berjela juga jadinya.. huhu..
 
Wallahualam..


ps: Sama-samala kita ingat-mengingati.. :)


Tuesday, November 2, 2010



Assalamualaikum...





Today, i will present my paperwork in a seminar on financial management. 
The seminar will be held for three days. 
Must be bored.. huhu..