Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 25, 2011

Take 5..


Assalamualaikum...


Aktiviti hari ini....







Bila weekend (Jumaat adalah weekend di Kedah..), takde aktiviti nak buat.. Semua benda ni la yang yana akan mengadap sampai migrain.. adehh... Lepas subuh, semangat je rasa.. hehehe..



Best ke bergelumang dengan buku-buku yang banyak ni.. BESTTT.. Tapi kalau lebih 3 jam, nampak bintang dengan bulan je kat depan mata neh... hehe.. 



Masa zaman degree, kalau nak buat assignment tu, satu dua buku je jadi rujukan..hehehe.. Makin naik level, makin teruk rasanya bergelumang dengan terlalu banyak dan pelbagai jenis bahan bacaan.. Yang tak berapa nak faham pun kena mengadap juga.. Ermm.. kenalah buat-buat faham..huhu.. Pening kejap....





Ni la kitab rasmi sepanjang pengajian..
Siapa nak belajar SPSS dalam 
Bahasa Melayu, sila ambil buku ni..
Terbitan dari UTM..







Tesis sendiri pun di jadikan rujukan..hehehe..
Sambil-sambil tu saja membelek-belek tesis en.suami juga..


*Ermm.. UKM bertemu USM.. jauhnye kitaorang bertemu.. 
tak sangka betul..hehehe... Love u syg.. (sorry, iklan kejap..huhu)



Ok lah, nak sambung buat keje.. Entry kali ni agak ringkas.. Saja take 5 untuk merehatkan otak.. Tengah pening, tak tau nak tulis apa dah...





p/s: Take 5 lagi dengan Yogurt..
Nak bagi tenaga balik..hehehe..
Ngade tol yana ni..Ni la akibatnya
bila dah blur.. Benda tak berkaitan
pun masuk sekali..hehehe



Friday, March 18, 2011

Bolognese Spaghetti dan lain-lain lagi..


Assalamualaikum..


Khamis baru-baru ni, MIL yana datang rumah dengan semua adik-adik ipar.. Meriah je rumah..hehehe.. Bila MIL nak datang, selalunya apa yang menantu perempuan sibuk sekali? Of course la sibuk kemas rumah dan masak..hehehe..





Hari Rabu diaorang sampai, yana masak 
Bolognese Spaghetti..



Bahan-bahan:

1. Spaghetti 1 paket
2. Sebiji bawang besar
3. Dua batang carrot
4. Dua biji capsicum
5. Cendawan butang 
(yana ambil yang organik, bukan dalam tin)
6. Daging/ayam kisar
7. Sos Bolognese 

(Semua bahan-bahan, potong je.. Kecuali daging kisar)


Cara-caranya:

Sangatttt senang masak kuah spaghetti ni..

1. Tumis bawang sehingga agak kekuningan
2. Masukkan daging/ayam kisar. 
( Tumis sehingga daging empuk)
3. Lepas tu, masukkan carrot dan capsicum
4. Barulah masuk sos bolognese + air
5. Masuk pula cendawan butang
6. Masaklah sehingga kuah agak pekat..
7. Jangan lupa pula gula + garam...


~ Spaghetti tu rebus je la.. 
Kalau suka, boleh tabur cheese  
di atas spaghetti bila nak makan~



Esoknya pula pagi-pagi lagi kitaorang betolak ke Langkawi dari Kuala Kedah. Lama sangat dah yana tak ke Langkawi. Last pegi, masa sekolah rendah lagi.. Masa zaman U, pernah family pergi tapi yana tak dapat ikut sebab ada kelas. Rindu sangat zaman-zaman pegi jejalan dengan arwah abah.. ~Al-Fatihah untuk abah..~



Ok, photo ni je di upload sebab yana kan low profile..hahaha..poyos!





Adik yana dan adik ipar dalam Lada 2



Pagi tadi kitaorang sampai rumah dan tengahari tadi, kitaorang masak-masak sebelum family MIL balik... Haiihh..yana ni suka sangat cite pasal benda makan kan..hehehe.. Sebabnya yana ni memang suka masak dari sebelum kahwin sampai sekarang.. huhu.. Lepas tu, suka nak bertukar-tukar resepi.. hehe.. Yana suka belajar respi-resepi baru dari Chef Hanieliza. Boleh la melawat blognye.. Macam-macam resepi dok ada..



Ok, ni yang yana masak untuk family MIL sebelum diaorang balik.. Simple je.. Encik suami pun join masak hari ni.. Kecoh je kat dapur.. Best2.. hehe.. Rasanya semua yang masak kat bawah ni orang lain pun tau masak.. Yana tak masukkanlah resepi..huhu





Tomyam ayam.. nyam nyam..






Sambal ikan merah,  
masak bersama encik suami.. hehehe..







Sambal belacan + pelam.. ni encik suami yang buat..
Sesekali tunjuk bakat di dapur, licinnn sambal ni.. sedapp.. 



 " Selamat Memasak.."


 

Tuesday, March 15, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung ala cina


Assalamualaikum..


Lama rasanya yana tak post entry pasal masak-memasak ye..hehehe.. Sejak pindah ni, dapur lama betul tak berasap sebab sibuk sangat-sangat.. Hari ni yana berkesempatan masak untuk hubby tersayang.. Tu pun, 6.45pm baru start masak. Semasa menulis ni, baru je lepas makan. hehe..



Yana masak asam pedas ikan kembung hari ni.. Nyam nyam.. Resepi asam pedas ni ala-ala chinese punya asam pedas. Mak yana yang ajarkan.. Hubby pun suka asam pedas macam ni sebab ia agak pekat..



Ni antara bahan-bahannya:

  • Dua ulas bawang besar
  • Dua kuntum bunga kantan
  • Daun kesum
  • Cili boh
  • 4 ekor Ikan kembung
  • Air asam jawa
  • Sebiji tomato
  • Bendi

Sikit je kan bahan-bahannya. Cara nak masak pun sangat senang. Ni yana masak untuk dua orang je.. Jom tengok cara-caranya:





Stail yana masak blend je semua.. hehehe..
Blend kan kesemua bahan di atas..

1. Dua ulas bawang besar
2. Sekuntum bunga kantan
3. Sebelah tomato
4. Cili boh

* Beza chinese asam pedas adalah bunga kantan 
di blend sekali. Sebab tu kuahnya agak pekat.






Daun kesum.. Bahan paling penting.. Kalau takde
daun ni, bukan asam pedas la..hehe.. 






Tumis bahan yang di blend tadi sehingga
agak pecah minyak. Lepas tu masukkan
air asam jawa secukup rasa..






Kemudian, masukkan daun kesum dan 
bunga kantan yang di potong.. Yana masuk
daun kesum agak banyak sebab hubby yana suka.. huhu..



Last sekali





Masukkan ikan.. Bila nak tutup api tu,
masukkan bendi dan tomato.. 
Kalau ada nenas, boleh masukkan juga..
Yana tak makan nenas.. Jangan lupa 
juga gula dan garam tau.. 


SIAP!! Senang tak nak masak? senang kan.. hehe..


"SELAMAT MENCUBA"





p/s: esok MIL dari tganu nak dtg..dua hari kitaorg cuti nak bawa diaorang pusing2 kedah.. sambil pkir nak masak apa..huhuhu