Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, April 10, 2011

Rajuk Hati Menanti Permata..


Assalamualaikum..

Baru-baru ni yana tengok rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh Ustazah Siti Nurbayah di TV9..

Tajuknya sangat menarik iaitu Rajuk Hati Menanti Permata..






Pada yang bertahun-tahun menanti kehadiran permata hati atau yang pernah mengalami kehilangan permata sama ada keguguran atau apa saja pasti tahu bagaimana rasa sayu, sedih dan macam-macam rasa lagi.. Sakit fizikal akan hilang.. Tapi, sakit dan sayu di jiwa.. hanya yang pernah mengalami saja yang tahu bagaimana rasanya..







Yana pernah mengalami saat ni suatu masa dulu.. Memang sedih apabila zuriat yang dikandung, yang dibawa ke sana sini, yang bersatu dengan diri pergi sebelum dapat melihat dunia.. Pada yang pernah mengalaminya, faktor emosilah yang paling sukar dirawat.. Sampaikan bila melihat bayi orang lain pun boleh mengungat jiwa ini.. Boleh menitis air mata di situ juga.. Ermm..pada yang pernah mengalaminya pasti tahu apa yang yana rasa..



Tapi... Redhalah dengan setiap dugaan Allah itu kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. 


Rasulullah s.a.w bersabda;

"Demi zat yang jiwaku berada di tanganNya. Sesungguhnya, bayi yang keguguran itu akan membawa ibunya dengan tali pusarnya ke syurga jika ia mengharapkan pahala"   (H.R Ahmad, Ibnu Majah dan Ad-Darimi)



Rasulullah s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya bayi yang keguguran itu memarahi Raab Azza Wa Jalla jika kedua orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka. Kemudian, dikatakan kepada bayi yang keguguran tersebut, 'Masukkan kedua orang tuamu ke dalam syurga"
(H.R Ibnu Majah)



Bila yana tengok topik tersebut dalam rancangan Semanis Kurma.. Terimbau kembali memori dulu dan seperti yang yana katakan sebelum ini, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. Tak semua dari kita punya jalan hidup yang sama.. Tak semua dari kita punya rezeki yang sama.. Ada yang cepat, ada yang lambat dan semuanya telah diatur dengan baik olehNya. Setiap yang diatur itu adalah yang terbaik untuk hambaNya..






Apa yang menarik perhatian yana mengenai topik dalam rancangan tersebut adalah pandangan dan pengalaman mereka yang pernah mengalaminya.. Yana kagum dengan ketabahan seorang ibu yang menanti kehadiran permata selama 12 tahun.. Tanpa putus asa berusaha, berdoa dan bertawakal. Akhirnya setelah lama menanti, ibu itu dikurniakan kembar 6.. Alhamdulillah.. Hikmah redha dan kesabarannya, Allah hadiahkan dengan zuriat yang ramai..


Ingat lagi kata-kata ni:

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan hujan dan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."


... Allah berikan kita kesusahan dan rintangan sebab Dia nak berikan kita kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha.. Bersangka baiklah pada Allah ...


Hikmah pada yana sepanjang masih belum punya zuriat.. Yana berpeluang menjaga dan memberi sepenuh perhatian pada adik-adik yana yang merupakan anak yatim.. Semoga ia berkekalan sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Yana juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat penyayang dan sentiasa bersama dalam susah ataupun senang.. Alhamdulillah..






Pada mereka yang masih menanti permata hati.. Jangan terus melayan rajuk itu.. Terus berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakal.. Pada yana sendiri, rajuk itu telah lama berlalu walaupun sakitnya masih berbaki.. Redha dan bertawakal.. Jika itu yang dilakukan, kamu pasti dapat merasai keajaibannya..


Hayatilah ayat Al-Quran di bawah..


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"
(Al-Baqarah:286) 



Wallahualam..


Sunday, April 3, 2011

La Tahzan Innallaha Ma'ana..


Assalamualaikum..


Apabila kita asyik termenung..
Memikirkan nasib diri sendiri di sini..

Merenung jauh mereka di sana hidup
penuh keseronokan dan kegembiraan..

Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..






Ramai orang tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya..

Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan
faktor harta.. dengan faktor kekayaan..
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang..
Tetapi itu bukan segala-galanya..

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..
Tidur di atas katil yang empuk..
Tetapi dia tidak enak lena tidurnya..


Bahkan..


Ada orang yang tidur di pondok buruk..
Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita..

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan 
yang hebat-hebat.. Lauk-pauk yang bagus..
Tetapi lidahnya tidak enak..


Bahkan..


Lebih enak lagi orang-orang yang makan kadang-kadang
dengan satu dua mata lauk sahaja..


Kata Hamka....

" Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.."





_______________________________________


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah s.w.t..


"Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.."


 "Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.."





"Jika Allah uruskan urusan kita.. 
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita.. 
Walaupun sekelip mata.. dunia boleh berbuat apa-apa..
 Tetapi, mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.."


"Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..
Apa yang orang rasa rugi.. Allah akan memberi keuntungan
di mana jalan-jalan manusia tak sangka..
Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.."

______________________________________


Apabila kita asyik keluh setiap kali di timpa musibah..


Tengoklah dunia ini..
Kadang-kadang manusia hilang suatu benda di dunia ini..
Kadang-kadang macam hilang segala-galanya..


Berapa banyak dalam hidup kita melalui keperitan hidup?

"Ketika kita kena keperitan..
Kita rasa tidak dapat keluar daripadanya..
Tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita 
dan berada dalam keadaan yang baik.."


"Ketika kita ditimpa musibah tertentu..
kita berkata.. habislah aku kali ini..
Tetapi usia kita telah berjalan..
Kita masih lagi hidup dan makan..
Menikmati kurniaan kehidupan ini.."


"Ketika kita kata.. Ya Allah, Tolonglah aku, aku susah..
Hari ini... Kita telah lupa akan perkataan itu..
Dan.. Kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas 
pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.."





Allah s.w.t berfirman:

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul )
yang ketika ada orang-orang yang mengatakan kepadanya,
Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk
menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, ternyata
(ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab,
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung"

Ali-Imran [3]:173

________________________________________


Pengalaman sering mematangkan kita..


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan faham maksudnya..


Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..





Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb..

" Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah.."

________________________________________


Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat..
Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil..
Kehidupan ini sangat luas..


Nabi ada menyebut dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim..


Allah telah bawa pada hari akhirat,
manusia yang paling derita dalam dunia ini..
Allah ambil dia.. Allah masukkan dia ke dalam syurga..
Kemudian, dia dikeluarkan lalu ditanya..

"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Jawabnya... " Tak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini.."


Hanya masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita..


Kemudian, Allah ambil manusia yang 
paling nikmat dalam dunia ini..
Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka,
lalu dikeluarkan dan ditanya..


"Wahai fulan, pernahkah kau merasai nikmat?"
Jawabnya.. "Tak! aku tidak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini.."


Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia
lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

_______________________________________


Masihkah kita teringat nikmat yang Allah berikan dalam hidup ini..?


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru..
Dan.. kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini..
Suatu nikmat yang besar..


 Satu hamba Allah.. yang patah kakinya..
Yang tidak pernah pun sebut atau teringat
nikmat kaki yang dipijak setiap hari..


Apabila suatu hari dia sakit kaki, lalu berkata..
Ya Allah, sembuhlah kaki aku balik..
Baru dia sedar akan besarnya nikmat kaki,
nikmat tangan dan nikmat sihat..


Kata Hamka..

"Yang ada ini sudah harapan kita.."


Tetapi insan.. bukan salah untuk kita mengharapkan
yang belum ada.. Tetapi jangan lupa yang telah ada..






Bersyukurlah wahai diri ini...

Atas sebab itu, sebahagian para sarjana menyebut bahawa..

"Syukur kadang kala lebih tinggi markamnya daripada sabar.."


Ramai orang terpaksa sabar.. Tetapi..
belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur..


"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami..
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada
sesiapa di kalangan hambaMu.. Tidak ada daripada
sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan..
Bagi Engkaulah kepujian, bagi Engkaulah kesyukuran.."

Subhanallah..


Allah s.w.t berfirman..

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu
mohonkan kepadaNya.. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, 
nescaya kamu tidak akan mamu menghitungnya.. Sungguh, manusia
itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"

Ibrahim [14]:34


Bila kita lihat hidup ini secara keseluruhan..
MasyaAllah.. Apa yang Allah kurniakan kepada kita..
Lebih dari harapan kita sebenarnya..


Kalau ingat hari kita dilahirkan.. Tempat kita dilahirkan..
Rumah kita dilahirkan.. Sehingga tempat kita pada hari ini..
MasyaAllah.. Tak terucap..

____________________________________


Nabi pesan pada kita..


Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya
Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir
mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang 
dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua,
ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya,

"La Tahzan innallaha ma'ana.."
 (Jangan engkau bersedih, 
sesungguhnya Allah bersama kita..)

At-Taubah [9] : 40






Petikan daripada:

Ceramah 'Mencari Sakinah'
Oleh, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
1 Nov 2009


Boleh juga layari video ceramah ini, yang
di sampaikan oleh Dr. MAZA di sini



ps: Wahai hati... La Tahzan Innallaha Ma'ana...


Saturday, April 2, 2011

Entry tak bertajuk...


Khamis malam, yana dengan hubby balik kampung.. So, kitaorang ambil kesempatan jalan-jalan di Penang memandangkan takde sape kat rumah (mak keje, adik2 sekolah) yela Jumaat kan hari keje di Penang, tapi hari cuti di Kedah.. hehe.. 



Pergi mana pun, Penang jugala yang paling best.. hehehe.. Dari segi makan memang Penang is the best.. tempat pelancongan pun banyak.. Shopping pun boleh tahan best walaupun masih KL tetap the best (Coach baru je ada di 1st Avenue Penang).. Pendek kata, dah nama pun tanah tumpah darahku, kalau tak de apa pun tetap the best juga..hehehe



Layan je la gambar, takde mende nak cite... hehehe..





Breakfast @ Taman Sardon, Penang..
Ni sandwich ketam.. lama sangat dah
tak makan sandwich ni.. Masa zaman di Usm,
ni antara menu fav dengan kawan2..





Niat di hati nak pegi main laut di Feringhi..
Tapi hujan pulaa..huhu..Kitaorang
lepak je la dalam kete kat Padang Kota sambil
tengok laut... Jadila kan..hehehe..







Apa tu?? jeng jeng..
Daun2 bertaburan je.. hehehehe..







Kitaorang tak tau dah nak pegi mana
hujan2 ni.. Pergi ke Island Plaza untuk
menikmati frozen yogurt di Tutti Frutti..
Makan frozen yogurt masa hujan,
sungguh tak sesuai.. hehehe...
Tapi sedaapppp sangat..

Yang yana punya ni yogurt blueberry campur 
apa ntah..Lupa lak.. Topping pelbagai buah..
RM15



Pilih je nak flavours ape... Yana suka Blueberry..
RM5 something (tak ingat) untuk 100 gm..
Makin banyak ambil, makin banyak juga duit keluar..huhu..
Tapi bagus korang makan frozen yogurt dari makan ice cream..
Yogurt ni bagus untuk cegah colon cancer..







Masuk waktu solat Jumaat..
Yana tunggu hubby solat di Masjid Kapitan Keling..
Antara masjid tertua di penang..






Lunch time kitaorang nak cari nasi kandaq..
biasala bila datang Penang..hehehe..



Hambek ko...hehehe..






Sebelum balik hubby singgah auto city..
nak test drive Peugeot 308.. 
testt je laaa...huhu..



~ dah petang pun..ambik adik2 dekat akademi, pegi pasar malam
beli barang dapur sikit..pastu balik rumah..