Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, April 22, 2011


Assalamualaikum..


Hari ni, hari yang mengembirakan pada yana..
Alhamdulillah..Thank you ALLAH..



Semoga aku terus menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur.. Ameen..






Friday, April 15, 2011

Port Dickson part.2


Assalamualaikum..


Baru-baru ni yana post kan entry pasal hotel yang best di Port Dickson. Sekarang part 2. mengenai chalet pula di Port Dickson juga. 


Lepas kitaorang check out dari Avillion Admiral Cove Hotel.. Kitaorang check in pula di The Legend Water Chalet dengan tujuan untuk merasai experience duduk chalet di atas laut.. Di hotel, kitaorang mengadap betul-betul ke arah laut.. Di chalet ni, kitaorang tinggal di atas laut pula..




Source: Google






Ni bahagian Lobby dan bilik hotel kalau sape yg
tak nak duduk chalet la..





Source: Google

Pandangan dari atas..
Yana tak pandai nak snap gambar cengini..hehehe






Ni pandangan chalet yang yana snapkan.. 
Macam biasa.. Blur je kan..hehehe..
Semua chalet ni terletak di atas laut.. 
Masa kitaorang pegi ni tak ramai sangat orang
sebab bukan musim cuti kan..
So, agak sunyi....huhu






Buggy ni yang akan bawa kita ke bilik dan ke mana saja..
Nak ke pool, ke lobby, ke cafe (Dalam kawasan hotel je la)..
Call je, buggy ni akan datang ambil..huhu..

Sebabnya, chalet terletak agak jauh..
Tapi kadang-kadang kitaorang jalan juga untuk
menikmati suasana laut di sini..





Laluan ke bilik..






Bilik yang kitaorang ambil ni Deluxe Water Chalet..
RM 340 per night.. Tapi rasanya, yana lagi
suka suasana di Avillion walaupun harganya murah lagi..
Pemandangan laut di Avillion lagi cantik dan bersih berbanding di sini..






Yang bestnye sebab setiap bilik di sini ada jakuzi..
I like... huhuhu..






Solid glass di depan jakuzi ni boleh nampak
laut.. Jangan risau takde orang di bawah..
Yang ada hanya laut dan ikan-ikan..hehehe..






Balkoni yang mengadap ke laut..
Dekat je balkoni ni dengan laut, jelas
dengar bunyi ombak.. Sangat menenangkan..huhu..






Boleh main volleyball, football semua ada di sini..






Kitaorang lepak tepi pool je..
Encik suami je yang terjun dalam pool ni..
Tau tak yana ni penakut air walaupun hanya
pool yang cetek.. Hahaha.. Takat jakuzi je la level yana ni..
Masa kat PD ni pun, encik suami ajak snorkeling..
Oh tidak.. jangan harap yana nak buat aktiviti tu.. hehehe..






Melihat laut adalah antara perkara yang apabila kita
melihatnya ia mendatangkan pahala..
Melihat laut sambil memuji kebesaranNya..






Makan time!!!





 Untuk breakfast makan ringan2 je..






I love croissant! Sangat sedapp..
Apple pie tu pun sedapp juga
campur dengan beef dan tuna yang di salai..





Untuk lunch di cafe hotel juga.. Kitaorang ambil buffet
Yana gabungkan local food dan western..hehehe..
Beriani ayam dan pasta bolognese..
Kurma ayam dia besstt!! Tapi,
bolognese sauce dia agak masam..





Untuk dinner kitaorang cari ikan bakar di
food court Majlis Perbandaran PD..
Ikan bakar di situ agak famous.. 
4 SETENGAH bintang la yana bagi untuk ikan bakar dia..



Kesimpulannya, best juga percutian di sini..
Cuma laut di bahagian sini kurang cantik.. huhu..



Next trip kitaorang bercadang nak ke
The Legend International Water Homes pula..
Water homes ni sebelah je dengan water chalet..




Kitaorang tak perasan kewujudan water homes ni..
Kitaorang booking chalet online je.. Bila datang sini baru
tau The Legend ada water homes juga..





Sape nak merasa private pool yang mengadap laut,
boleh la ke water homes ni.. Orang penakut
air macam yana ni memang elok la dengan private pool.. huhu..


__________________________________________

Tamat la sudah percutian sambil bekerja..
Masa untuk balik dan memulakan kerja serta 
menulis lagi dan lagi untuk tesis.. adehh..









Tuesday, April 12, 2011

Port Dickson part.1


Assalamualaikum..


Ahad pagi baru-baru ni yana dengan hubby bertolak ke Port Dickson atas urusan kerja.. Bukan nak pegi bercuti semata-mata.. Cuma, sambil menyelam minum air la..hehehe.. Ni pun boleh la di anggap mini honeymoon.. Kelebihan pasangan yang takde anak lagi, boleh pegi bejalan je.. ke mana-mana berdua je kan.. huhu (statement nak sedapkan hati je ni..huhu)


Sepanjang perjalanan yang agak menyeramkan kerana dihujani dengan hujan yang teramat lebat.. Banyak pula accident masa tu.. Alhamdulillah perjalanan kami sampai dengan selamat..


Boleh tak nak buat review pasal hotel.. Asyik review pasal makan je.. hehe..


Ok, pada yang nak bercuti di Port Dickson, yana suggestkan pegi lah Avillion Admiral Cove Hotel.. Ini kerana, hotel ini antara hotel baru di PD.. So, masih segar dan cantikla.. Tambahan pula hotel ni betul-betul tepi laut.. Sape nak feeling2 duduk kondo tepi laut macam di Gurney Drive tu bolehlah duduk di sini.. Kalau nak beli kondo kat Gurney tu, berjanggut pun belum tentu mampu kan..huhu..










Ni gambar dari web.. Yana tak pandai 
nak snap gambar nampak full gini..


Kitaorang ambil Straits Studio Room..
Bilik ni betul-betul mengadap laut.. Buka je pintu balkoni
tu terus nampak laut.. Rasa tenang je bila boleh
tengok laut lama-lama gini..





Dari pintu masuk..
Ni hasil yana snap.. Sungguh tak pro.. Lagi pun
snap guna HTC Legend je..Bukannya guna DSLR.. hehehe..






Suka lepak sini.. Buka sliding doors tu luas-luas..
Nampak laut terbentang luas depan mata
di sulami angin yang sepoi-sepoi bahasa..cewahh..hehe












View dari balkoni bilik di tingkat 8 pada malam hari..
Nampak kapal-kapal mula berlabuh..
Ni pun hasil snap bukan dari DSLR..
So, cengini la hasilnya..
Nampak suram-suram manja je..huhu






Baru nampak clear di siang hari..






Tenang je rasa bila tengok laut..
Melihat laut adalah di antara yang
boleh mendatangkan pahala.. Allahuakhbar

Melihat laut sambil memuji kebesaran Allah..
Saat kita memuji melihat kebesaran Allah,
sudah ditambahkan pahala..




Banglo 3 ketul tu tak tau la hotel punya ke tak..
Rasanya tak.. Dasyat nye rumah di kelilingi laut..






Breakfast time.. Kitaorang cari sudut-sudut tepi laut lagi..
Tapi perlu berhati-hati dengan burung-burung 
yang sedang berterbangan..hehehe..







Nak enterframe juga benda makan kan..hehehe..
Dah sampai masa lunch, kitaorang lunch di hotel ni je..
Yana lupa apa nama fried rice ni..
Tapi, harga tak setimpal dengan rasanya..
RM35, tapi biasa-biasa je rasanya..huhu


... Ok, tamat sudah part 1.. Takde gambar personal
sebab En.Suami tak bagi upload di blog..huhu.. Kitaorang
pun tak berkesempatan nak jalan-jalan di laut lagi sebab hujan..


Sape yang datang bercuti di Port Dickson,
Hotel ni antara yang terbaik dan cantik.. 
Layanan pun bagus dan harga pun setimpal 
dengan level 4 star nye.. Kalau datang
masa bukan cuti sekolah, raya dan sebagainya..
Harganya lebih murah..



OK.. TAMAT PART.1