Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 10, 2011

entry takde tajuk lagi dan lagi..


Assalamualaikum..

Malam ni yana duduk sorang2.. huhu.. Encik suami kena keje sebab ada breakdown yang agak teruk.. Sian cyg malam2 kena pegi site.. Dulu yana pernah ikut pergi site.. boringnyeee... huhu.. Sekarang better tunggu kat umah je.. Siapa2 kahwin dengan engineer atau doktor, mesti akan kadang2 kena tinggal sorang2.. huhu.. Kena faham lah tugas suami..




Lama dah encik suami takde breakdown yang teruk. Selalunya kalau yang minor2, encik suami tak payah pegi, technician je yang buat keje. Kalau teruk, kena turun padang juga la..

Tadi pun lepas kitaorang dinner, yana temankan encik suami buat keje sikit kat ofis.. Lepas tu, hantar yana balik dan encik suami terus ke site.. Maybe kol 2 am baru balik.. Yana ni penakut sikit duduk sorang2.. Mujur sekarang dah pindah duduk tengah2 town, takde sunyi sangat.. Kalau sunyi2 sangat.. takuttt.. huhu..

Ermm...ok la, nak tengok TV sementara tunggu encik suami pulang..


Sunday, May 8, 2011

Mama I Love You


 
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."  [ Al-Isra’: 23]


Tiada kata yang dapat menggambarkan pengorbanan seorang ibu, tiada benda dalam dunia ni yang dapat membalas jasa mereka.. Pada mak yana dan ibu mertua yana yang yana panggil ma.. Terima kasih atas segalanya.. 


Terima kasih sangat2 pada mak yana kerana telah membesarkan dan mendidik yana serta adik2 dengan baik walaupun setelah pemergian abah.. Kami sayang mak dan abah sangat2.. Pada ma, terima kasih kerana telah melahirkan seorang suami yang terbaik untuk yana.. Mak dan ma adalah ibu terbaik anugerah dari Allah pada kami.. Semoga mak dan ma sentiasa dalam rahmat Ilahi, diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.. ameen..


Ingat lagi masa yana masuk hospital tahun lepas.. Hilang rasa sakit, timbul rasa bahagia bila di jaga oleh kedua2 ibu.. Di kiri mak yana, di kanan ma.. Mak tak henti2 mengurut kaki yana, ma pula menyuap makanan.. Encik suami tak boleh enterframe sebab dah penuh.. hehe.. Kami sayang mak dan ma sangat2..!! Doakan yana juga akan bergelar ibu tak lama lagi ye..


____________________________________


HAPPY MOTHER'S DAY!! We love you so much mak & ma..
Thank you for everything.. May Allah bless both of you forever.. ameen..

from: emy & syahir



Wednesday, May 4, 2011

2 is better than 1


Assalamualaikum..


Pagi ni mood kacau sikit.. Mood agak terganggu dengan penyakit orang melayu kita (sorry to say..) Teralu la sangat teramat concern kan.. (ayat apa ntah..)


Masa lepas upsr @ pmr mesti " Dapat berapa A? tak dapat masuk SBP ke?"
Masa lepas spm "Dapat berapa A? masuk U mana?
Lepas dapat degree "Bila nak keje ni?"
Lepas dah keje "Bila nak kahwin ni?" 
(walaupun umur baru 23 tahun masa tu)
Bila dah kahwin "Takkan takde apa lagi?" 
(walaupun baru 2 bln kahwin dah di tanya)
Bila dah ada anak sorang "Bila nak tambah sorang lagi?"


Pendek kata, sampai bila2 pun memang masyarakat kita macam ni. Tadah je la telinga.. Kalau yang tanya dengan penuh berhemah takpe la lagi.. Pada yang tanya dengan penuh kejam, ermm.. kan lebih baik kalau awak doakan saya.. Kita dah la memang sensitif bab tu, pastu tanya dengan tak fikir perasaan orang.. Ermm.. im gonna brush off people when they ask "hey.. tak kan takde pe2 lg? merancang ke? anak makcik dah dapat anak pun.." So what?? Semua orang rezeki tak sama ok.. Semua orang jalan hidupnya berbeza.. Ok la, its not people's fault, its my fault for hearing them out. So, im just gonna chill with what Allah has given me and thank Him non stop for that.. and enjoy with my hubby.. not gonna stressed out so much. Not gonna fret coz im just 25 turning 26 in Jun 2011. 





Kalau layan sangat, kita yang stress balik kan.. Come on la.. tak sampai dua tahun kahwin pun lagi.. Kitaorang masih boleh terus berhoneymoon dan pusing2 satu Malaysia berdua (i am blessed with a very good and loving husband).. Let nature take its course and not gonna worry bout nothing too much.. i have planned for 4 kids before and i know Allah has decided for me the best that i cannot possibly think of and Allah is great. Allah works in mysterious ways and He know what is the best for us.. So, from this moment.. no more preggy worries (i am afraid im gonna get the phantom pregnancy sindrom which is not something i like).. and focus on my husband, my family and my study. You just gotta be thankful of what you have.. Kalau nak kira what you dont have, jenuh la..

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah s.w.t. mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (Al Baqarah: 216)
 
 
 
ps: Sazzy falak dah besalin baby kembar setelah 5 tahun kahwin.. Allah know what is the best.. Dah, nak wt keje.. byk benda lagi nak kena pikir..