Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, June 11, 2011

Miki oh miki...


Assalamualaikum..


Seminggu dua ni macam-macam betul kena buat. Tak menang tangan dibuatnya.. Dalam sibuk macam ni, rabbit kesayangan yana si Miki jatuh sakit pula. Dahla kitaorang takde lagi pengalaman menguruskan pet yang sakit. Kalut juga la jadinya.. huhu. Mujur juga encik suami dah balik dari Perlis. Kalau yana sorang panik juga..






Kesian miki, dia kena diarrhea sampai demam.
Itu yang yana selimutkan dia.. Dah tak aktif, makan 
pun tak nak.. Kalau tak, sakan berlari sana sini..
Diarrhea adalah antara peyakit paling bahaya 
untuk rabbit.. Lagi2 untuk yang berumur 6 bulan ke bawah..
Itu yg yana risau sangat sebab miki baru umur sebulan..


Macam mana boleh kena diarrhea pun tak tau la..
Yana jaga makan dia, hanya bg rumput alfafa je..
Jenis premium lagi.. Sayur2 basah memang tak bagi..
Tapi, miki kena diarrhea juga.. adoiyai..








Kesian miki kecik2 dah kena makan macam2 ubat..
Pil chi kit teck aun je yang takde.. huhu
Get well soon ye miki...


 Ok, dah 1.30 am.. Mata dah berat, yana nak tido..
Setelah seminggu tido sorang2, hari ni tak lagi.. huhu.


Thursday, June 9, 2011


Assalamualaikum...

Masa menulis ni yana ada di Penang dan encik suami ada di Perlis.. Sejak Isnin lagi atas urusan kerja. Rindunyeeee kat encik suami.. 


Ingat masa yana masih bersekolah dulu bila ada saudara yg mengadu rindu pada suami yg jauh di mata. Yana yg masih berhingus masa tu pun terfikir kenapa nak rindu sampai sedih2. Sekarang, bila diri sendiri dah bersuami, baru tahu macam mana rasa rindu bila berjauhan dengan suami sendiri.. huhu.. Dari Isnin sampai Jumaat ni je pun dah rasa rindu sangattt.. huhuhu.


Takpe b, kita sama2 redha sesekali berjauhan atas tuntutan kerja untuk mencari nafkah pada keluarga.. Semoga bertambah murah rezeki dariNya.. insyaAllah.. Tahan kejap rindu tu.. huhu


Seperti firman Allah s.w.t mengenai kewajipan memberi nafkah oleh suami kepada isteri..



الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ  


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. (An-Nisa' : 34)


Tuesday, June 7, 2011

Pesanan untuk pengantin lama dan baru..


Assalamualaikum..

Ramai yang baru melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ni. Kawan yana je dekat 4 orang yg telah selamat di ijabkabulkan weekend baru ni.. Tahniah yana ucapkan dan semoga berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah..


Artikel di bawah sangat sesuai untuk bacaan pengantin baru dan lama.. Para isteri, semoga kita sama2 menjadi isteri solehah penyejuk di mata dan penawar di hati suami.. insyaAllah..





RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.


Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..


Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.


Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.





 
Tiada yang indah...!!!

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya, Jadilah anak yang soleh dan solehah.


Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya, Usahalah sehingga berjaya.


Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid, Jadilah syuhada' fisabilillah


Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya, Hindari diri dari mengkhianati


Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia, Wujudkanlah keluarga bahagia


Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan, Jadilah kawan yang baik


Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat, Carilah ilmu yang berkat

 
Tiada apa yang indah, Ingatlah...;


Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.


Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuba kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.


Sumber: ikutsukaakuisa.com