Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, July 9, 2011

Dinner: Paprik


Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada sahabat tanya resepi paprik.. Kebetulan 
dinner malam tu yana buat paprik.. Tu antara menu 
bila malas nak masak banyak2.. 
Sebab paprik campur je semua.. hehe.. 






Yana buat paprik campur tapi bahan tak cukup..
Korang tambah2 la sendiri bahan2 yg disenaraikan ni..


Bahan-bahan:

Ayam
Daging
Udang
Bawang besar 1 labu
(dipotong bulat)
Carrot (dipotong memanjang)
Kobis bunga
Kacang panjang
Daun limau purut
Cili api (diketuk)
Sos tiram
Kicap manis
Gula + Garam


Cara-Caranya:

1. Ayam dan daging digoreng dulu
2. Di kuali asing, tumis bawang besar
3. Masukkan daging dan ayam yg digoreng tadi
4. Masukkan carrot + Kobis bunga
5. Masukkan sos tiram + Kicap manis + air
6. Masukkan udang + Kacang panjang 
(Udang jangan masak lama sangat)
7. Masuk pula cili api yg diketuk + daun limau purut
8. Bahan wajib gula + garam janga lupa pula..

SIAP!!


Tuesday, July 5, 2011



TOLONG JANGAN TANYA SAYA SOALAN ITU LAGI!!!!
SAYA DAH TERLALU LETIH NAK MENJAWAB..
TAU TAK, SETIAP KALI DIAJUKAN SOALAN TU,
HATI YG MASIH TERLUKA BERDARAH KEMBALI!!
YE.. SAYA MENGAKU MEMANG SAYA SENSITIF BILA
BERKAITAN DENGAN PERKARA TU.. 
SEBAB, SAYA SENDIRI TAK ADA JAWAPAN NAK DIBERI..


SEMUA TU TAKDIR UNTUK SAYA..
BELUM REZEKI SAYA DAN SUAMI.. 
SAYA PERCAYA ALLAH LEBIH TAHU APA YG TERBAIK..
SAYA DAN SUAMI REDHA DAN KAMI TAK PERNAH BERPUTUS ASA..
SAYA BAHAGIA WALAU HANYA BERDUA BERSAMA SUAMI..
SAYA BERSYUKUR DIKURNIAKAN SEORANG SUAMI YG TERBAIK..
SAYA BERSYUKUR MEMPUNYAI KELURGA DAN MERTUA YG SANGAT MEMAHAMI..


TERIMA KASIH PADA MEREKA2 YG SANGAT MENGAMBIL BERAT
CUMA, SAYA POHON SUSUNLAH BAHASA
DENGAN BAIK BILA BERTANYA SOALAN SEBEGITU DENGAN INSAN2
SEPERTI SAYA.. CUBA KAMU DI TEMPAT SAYA,
APA AGAKNYA KAMU RASA JIKA DIPERLAKUKAN BEGINI?
SAYA MAAFKAN KAMU, CUMA DARI BERCAKAP PERKARA YG
BOLEH MENYAKITKAN HATI ORANG.. 
LEBIH BAIK KAMU DOAKAN SAYA..





ps: thn ni ramai sedara beranak pinak.. siapla masa raya nt akan dgrla pelbagai soalan, pelbagai perbandingan.. wahai hati, KUATLAH!! KUATLAH!!

Friday, July 1, 2011

Musim udang Makan udang :)


Assalamualaikum..

Sekarang ni musim udang agaknya di Kedah.. Merata tempat orang jual macam2 jenis udang.. Harga jangan cakap la.. Murah berganda.. Sempena weekend ni pula, berkesempatan yana nak masak untuk encik suami memandangkan kitaorang tak plan nak g mana kecuali tengok Transformers 3 malam ni!! Mujur kitaorang beli tiket awal.. Kalau tak dapat seat depan sekali la jawabnya.. 



Lamanya tak makan udang lipan ni.. Orang utara panggil udang ketak.. Isi udang ni sangat sedappp.. Macam rasa isi ketam. Tapi kena pandai proses sebab kulitnya keras dan tajam.  Tak susah pun, potong je kaki2 udang dan gunting bahagian tepi yang tajam tu. Udang ni tak boleh makan kerap2 sebab high cholestrol.. huhu.. Tak bagus untuk kesihatan ye.. Tapi, sape yg tak suka seafood kan? Cuma pandai2 la kawal makan tu ye..

 
Orait, nak masak apa ye udang lipan ni? Encik suami request gulai lemak cili api pedasss punya.. hehe..


 Gulai Lemak Cili Api Udang Lipan..



Ni la rupa paras udang lipan tu..
 Source: Mr.Google



Udang Laut pun kitaorang borong..
Dahla besar2 udangnye.. Nak masak apa pula ye.. 
Selalunya orang perempuan la pening pikir nak masak apa kan..huhu





Udang masak halia.. 
Hambek serai berlonggok2.. hehe
Ni memang fav encik suami..



Lepas tu yana nak try buat Butter Prawn..
Memang tak pernah cuba buat..
Google resepi, siap tengok di Youtube lagi.. hehe..



Ini lah hasilnya.. BERJAYA!!
Terima kasih pada yg telah share resepi butter prawn nye..
Lepas ni boleh buat lagi untuk adik2 yana pula..



Banyaknye masak udang.. huhu.. 
Butter prawn ni kitaorang ratah2 je..