Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, October 9, 2011

Dermalogica..


Assalamualaikum..

Sangat best nak bercerita pasal topik ni.. hehe.. Yana sangat addict dengan skin care.. Dan baru2 ni, scrub yana dah habis.. Rasa macam nak try produk lain pula. So, yana pun google dan baca forum.. Ramai yang mengatakan Dermalogica Daily Microfoliant adalah the best!! Malah produk ni pernah dapat award tau.. Yana dah pernah cuba sekali dulu sebab mak yana memang pakai brand ni. Memang sangat best!! 


Oleh itu, tanpa berlengah bila perut dah ok sikit.. Yana pun ajakla encik suami keluar untuk membelinya...




Mula2 beautician yg sangat cantik itu buat Face Mapping
pada yana untuk tengok jenis kulit. Dan dia kata
kulit yana kategori sihat tapi agak nipis sbb ada 
penggunaan produk yang agak berat..huhu..






Sangat teruja bila tahu pakej ni disertakan
dengan free gifts yg agak besar.. 
Memang pueh hati lerr...






Yang botol besar tu la Dermalogica Daily Microfoliant..
Disertakan dengan dua free gift yg besar juga.. iaitu Special Cleansing gel 
dan Active Moist.. Memang berbaloi dengan harga RM228 satu set..






Ini yana Goggle je.. Cara nak pakai Daily Microfoliant tu..
Dia macam bedak powder je.. Sangat smooth bila pakai
dan lepas tu rasa skin pun sangat smooth dan putihhh!!






Ni semua yang yana dapat. Beli satu dapat berderet!!
Yang lain tu adalah Multiactive Toner, Skin Hydrating Masque 
dan Tri-Active Cleanse..



Yana dah agak terpengaruh dengan produk ni terutama bila tengok
kesannya pada mak yana sendiri.. Kulit mak semakin cantikkk!! 
Tadi pun bila dah tanya pakej rasanya sangat berbaloi, tapi
perlu habiskan sessi yang masih ada dengan S-------- .. hehe.. 
Kalau tak rugila.. Siapa yang suka skincare ni, pegi cepat
beli scrub yang sangat bagus sementara ada promosi ni..





Assalamualaikum..

Dua, tiga hari ni perut yana buat hal betul.. Ingatkan sakit apa la..Rupa2nya yana kena gastrik.. Yana tak pernah lagi kena gastrik tau.. Baru tau macam mana rasa sakitnya.. huhu.. Semalam saja dekat 5 kali muntah-muntah. Tak boleh makan apa2 pun. Pagi ni baru rasa kurang sikit sakitnya. Harap2 cepatlah sembuh wahai perutku.. 


Pagi ni pun kecian encik suami kena buatkan breakfast. TQ yang2.. :) Suami yana tak berani nak beli nasi lemak or roti canai untuk yana sebab takut perut tak boleh terima lagi.. Yana sedang tidur encik suami kejutkan breakfast atas katil.. Wahhh..specialnya layanan bila sakit.. hehehe.. Kalau hari2 macam ni boleh tak???? hehehehe..



Suami yana buatkan sandwich telur..



Siap letak tomato dan timun.. Comel je rse.. hehehe..


TQ cyg.. :)
Okla, tak larat nak tulis panjang2..



Sunday, October 2, 2011

Hari minggu...


Assalamualaikum..

Semalam dah seharian di luar, hari ni yana dan incik suami duduk rumah je.. Lepas subuh kitaorang pegi jogging dan breakfast. Balik sambung tido sampai 12pm.. huhu.. Lepas tu kemas rumah sama2, lepak2 depan tv sama2, main PSP sama2, jemaah sama2 dan main masak2 sama2.. huhu.. Bestnyee kalau weekend.. Boleh tak kalau hari2 macam ni tapi duit tetap masyuk.. hahaha.. [melampau sungguh la kan.. kalau jadi tauke balak takpela juga..huhu]


Sebenarnya takde idea nak menulis. Nak tulis paper lagiiiiiiilaaaaaaa kekurangan idea sekarang ni.. Oleh itu, layan je gambar ni..huhu




Ni la hasil main masak2 kitaorang..
> Pucuk ubi masak tempoyak, sambal tumis kerang + petai,
ikan goreng dan tempe goreng madu..

Suami yana tolong proses kerang, potong2 bawang, celur dan potongkan
pucuk ubi.. Yana masakkan. Simple je untuk 2 orang makan..
Jemput makan [walaupun sebenarnya dah masuk perut].. hehe