Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 18, 2011


Assalamualaikum


Yana kebuntuan idea nak menulis sekarang ni.. hehe.. Dalam mood 'cuba utk bertenang tapi gelisah' macam mana tu?? huhu.. Jumaat ni scan untuk tengok keadaan my little baby.. Rasa macam nak cepatkan je masa ke Jumaat. On the same time rasa nak stopkan masa pun ada sebab takut.. huhu. 


Yana tak nafikan memang dah ada sikit trauma selepas dua kali miscarriage.. Pengalaman yang kalau boleh janganlah berulang lagi.. Tapi, naluri seorang perempuan trauma macam mana pun tetap inginkan zuriat sendiri. Sebab tu la sekarang ni yana happy sebab preggy balik tapi tetap cemas. Selagi tak masuk 2nd trimester selagi tu la akan rasa macam ni. Mujur ada incik suami yg tak putus2 bg support pada yana supaya tak risau2. 


Yana cuba pesan pada diri jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh akan parah. Tapi yana tak akan putus asa untuk memohon hanya padaNya. Serik macam mana pun, sakit macam mana pun yana tak akan pernah putus asa. Sebab yana yakin, suatu hari nanti akan lahir juga permata hati yang dah lama kami nantikan.


Sekarang ni yana banyak amalkan zikir untuk tenangkan hati dan berserah hanya pada Allah semoga dipermudahkan kandungan kali ini. Semoga rezeki memihak kepada kami kali ini. Semoga yana dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu nanti.
Ameenn.. Doakan kami ye..




Friday, October 14, 2011

My 1st consultation with gynae


Assalamualaikum..


Hari ni 1st day consultation yana dengan gynae iaitu Dato' Dr.Hamid Arshat di klinik beliau di Bukit Damansara. Dah dekat setahun tak jumpa.. Yana ni dah jumpa banyak gynae dari Ipoh ke Penang sekarang ke KL pula.. huhu.. Happy tapi cemas sebab yana kan pernah ada bad history.. Harapnya, rezeki memihak pada kami kali ini.. ameen..


Tapi tadi scan tak nampak apa2 sebab masih terlalu awal walaupun rahim dah nampak penebalannya. 4@5wk memang tak nampak lagi ke?? Next week doc suruh datang lagi untuk scan. Harapnya nampak la little baby tu. Shy2 pula dia nak menunjukkan diri. huhu.. Risau kalau masih belum nampak sebab takut ia berada di tempat yg tidak sepatutnya..Janganla!!




Kalau nak tau tentang kliniknya di sini
Banyak info tentang hal wanita yang kita 
boleh belajar di web beliau..




Awal2 yana dah dapat banyak ubat. Duphaston
antara yang penting utk yang rahim lemah macam yana ni..
Habbatuss Sauda pun doc bagi juga..



~ My dear frenz, please pray for me and my little baby ya.. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Ameenn...


Thursday, October 13, 2011


Assalamualaikum..





Apa maksudnye ye??

~Ini bukan gmbr UPT yana..
Dah cuba ambil gambar, tapi camera yana
tak sensitif pada line yg agak blur tu.. So, ini
yana Google dan hampir sama dengan UPT yana..


Masih belum jumpa doktor sebab masih terlalu awal..
Tapi, tangan  ni gatal mencuba kuiz di sini..


Result kuiz: 


You answered 5 items out of 12 Yes.

Your score is 42%. You might be pregnant,
wait awhile and retest if your period doesn't start. 

Yana tak nak terlalu teruja dan berharap sebab takut kecewa lagi..
Tapi tidak akan putus asa untuk terus memohon padaNya..
Doakan yana ye..