Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 23, 2011

Syukur Ya ALLAH


Assalamualaikum..

Bulan ni yana dah 3 bulan!! Alhamdulillah.. Tempoh bed rest dah habis. Segala morning sickness pun dah makin kurang. Malah makin cergas je rasa.. dan.... berat pun makin naik sikit.. adehhh..


Last scan dengan Dr. Hamid Arshat yana dah nampak baby yana yang dah makin besar saiznya, yang dah ada kaki tangan walaupun belum sempurna terbentuk. Masa scan tu baby siap golek2 lagi. Aktifnya anak mama ni.. Alhamdulillah.. Hanya Allah je tau macam mana rasa syukurnya yana dan suami masa tu. Terharu sangat tengok buah hati kitaorang ni.. Pregnant yang dulu yana tak sempat tengok semua keadaan ni.. 






Semoga kali ni semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya. Ameen.. Semoga zuriat ini adalah rezeki yana dan suami setelah hampir tiga tahun menanti. Doakan yana ye.. We LOVE u sooo much our little baby!! Semoga anak mama & papa ni menjadi anak yg sihat walafiat, soleh solehah, beriman dan berlimu.. ameen..


Sunday, December 18, 2011


Assalamualaikum..

Yana bukanlah seorang yg addict dengan segala gadget bagai ni.. huhu.. Orang beratur untuk Iphone yana heran juga.. huhu.. Incik suami pernah tanya nak ke? yana kata tak nak.. haha.. Tak kisah nak pakai phone zaman batu pun di zaman apple ni.. Janji boleh call, sms, mms pun jadila.. Si Legend ni pun incik suami yg bagi. Nak harap yana minta, tak kan la.. Tapiiii.......... segalanya berubah bila terpandang Samsung Galaxy Note.. Tengok Iphone pun tak rasa apa lagi.. Entahla kenapa.. Nakkkkkkk


Sangat besar (yana memang suka phone skrin besar2, puas!!) hehe, sangat cun habis, sangat segala2nya.. hehe..















ps: sudah hint2 pd incik suami.. hehe..

Tuesday, November 22, 2011

T.E.N.S.I.O.N


Assalamualaikum..

Yana dok gerammm sangat nih..huhu.. adoi..tak mo marah2.. huhu. Tak tau nak luah kat sapa, incik suami kat ofis lg.. So, kanvas blog ni la jadi mangsa..hehe..


Kadang2 manusia ni, bila kita dah bagi kemudahan, kesenangan tak reti nak guna elok2 kan. Mentang2 la sekarang yana ni tak boleh bergerak sangat, sekaligus kereta kesayangan yana tu pun sama jarang bergerak la. Adala yg nak pinjam untuk kegunaan nak amik exam la sbb dewan exam jauh. Kita pun pikir la kesian.. Ok, amikla.. Jaga baik2.


Tapi, sabar je la bila pinjam melaram ke sana sini (bukan dekat ok), siap bawa anak dara orang sampai meletup tayar keta yana weekend baru2 ni.. Adussss... Itupun yana tau dari fb dia.. Guna untuk pegi exam ke apa. Tak study ke nak exam hari2 keluar jalan2 siap bawa kereta masuk hutan lagi.. Adusss.. sabar yana sabar.. cmne nak buat ye? korang ada idea? yana ni jenis tak reti nak tegur sgt. Kalau family sendiri boleh la tegur.. Karang kecik ati pula.. Tapi hati sendiri dah sakit cmne??


Walaupun kereta yang bukanlah Porsche Cayenne mahupun Bentley tapi yana sangat sayang sebab ia hadiah dari encik suami sempena perkahwinan kami dulu. Sapa tak sayang kereta, dapat free lagila sayang.. Yana bagi pinjam sbb kesian kan orang tu. Tapi geramkan bila salah guna kemudahan yang diberi.. Seminggu lagi baru dapat kereta yana balik.. Semoga selamat la semuanya..huhu. haihh.. tension2, mula la dari ikhlas jadi tak ikhlas.. ermmmmm..


Okla, mujur petang ni yana dgn incik suami nak balik kampunggg.. Happyla sikit hati ni.. Minggu depan sampai KL, sila hantar kereta saya balik ye..