Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, January 5, 2012

Family Trip to Singapore


Assalamualaikum...

Sempena musim cuti sekolah hari tu.. Family kitaorang
telah ke Singapore.. Percutian di hujung tahun 2011..
Tahun 2012 ada rezeki boleh pegi bawa baby pula!! hehe


Singapore adalah satu tempat
yang sangat bersih dan sangat happening!! 
Ok, jom layan entry yang ringkas..






 











Universal Studio tempat yg paling best dan harga tiketnya pun.. adusss
Tapi sangat puas hati sebab dalamnya macam2 ada..



















Si bongsu bam bam yang paling happy!!














Ok, Jom ke SINGAPORE!!




Monday, January 2, 2012

Aktiviti Awal 2o12


Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru!! Semoga tahun 2012 ini akan memberi 1001 kebaikan kepada kita semua. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi.. 


Apa azam tahun baru korang?? Azam yana adalah untuk terus menunaikan azam sebelumnya yg belum tertunai.. Tahun kebelakangan ni, yana berazam cepat2 habis PhD!!!! Tapi habisnya entahla bilerr... huhu.. Chaiyok2!!!! Tahun 2012 juga insyaAllah yana dan suami akan menyambut kehadiran buah hati kami yang pertama, yang kami tunggu hampir 3 tahun.. Semoga segalanya dipermudahkan ya Allah..


Okla, aktiviti yana di tahun baru semuanya secara tak dirancang. Tapi tahun ni, yana dan suami bawa adik2 ipar naik Genting Highlands jalan2 + sambut new year di atas sana.. Kebetulan sebelum tu diaorang turun KL..




@ Genting 31/12/2011



1 January pula yana dapat call dari mak.. Mak dan adik2 pula nak turun KL.. yeayyy!! Kitaorang sambung bawa mak dan adik2 pula pusing KL.. Memang sangat best bila beramai2 dengan keluarga kan.. Tapi mak datang sehari je, hari ni Isnin mak dah balik sebab esok keje dan adik2 dah nak start sekolah.. (Maaf takde gambar dengan family.. Mak awal2 pesan jangan upload gambar dalam blog.. hehe)


Malam ni lepas mak dah balik.. Yana dan encik suami berdua kembali di rumah.. Aktiviti bersama kitaorang di rumah pada tahun baru adalah masak memasak.. Ni menu pertama yana masak di awal tahun 2012..




Punyala lama masak, 9pm baru boleh makan..hihi
Masak simple je.. ---> Ikan kembung kukus sambal
portugis (rempahnye ada jual di Tesco), sotong goreng cili api
dan labu air masak air.. hihi..



Sotong goreng cili api campur petai.. yana main masak je..
Dah boring asyik sotong masak sambal, 
masak lemak, masak asam, goreng berempah..
Ni buat mcm ni pula.. Rasa nak makan pedas2..
Incik suami makan bertambah kira success la tu.. hehe


Meh nak share resepi.. :p


Bahan2:

Sotong mesti la kan..
(Yana pilih sotong yang semua ada telur)
Sebiji bawang besar * dihiris
3 ulas bawang putih * dihiris
5 biji cili api (Tak nak pedas boleh kurangkan cili) * dihiris
Petai (Kalau tak nak, boleh ganti dengan kacang panjang)
Sebiji limau nipis
Daun limau purut
Sos Tiram
Sos cili Thai



Cara2:

Sotong di goreng sekejap untuk dapatkan airnya
Bila dah angkat sotong.. Tumis pula hirisan bawang
besar, bawang putih, cili api..
Masukkan sos tiram + sos cili thai + air
Masukkan petai + sotong
Masukkan daun limau purut + perah limau nipis
Garam + Gula..
SIAP!!


OK. HAPPY NEW YEAR!!



Wednesday, December 28, 2011

Senarai 65 Universiti Terbaik di Malaysia 2011


Assalamualaikum..

Jom tengok 65 senarai Universiti terbaik di Malaysia bagi tahun 2011. Setinggi tahniah pada Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menjadi nombor satu universiti terbaik di Malaysia pada tahun ini. Semoga prestasi ini dapat dikekalkan..Tahniah juga pada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapat tempat kedua dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat ketiga..


Selama 5 tahun yana menimba ilmu di USM, jadi sebagai warganya.. Saya sangat bangga!! :) Suami yana pula dari UKM.. Ramai kawan tanya, sorang di USM, sorang di UKM.. Macam mana jumpa.. hehe.. RAHSIA.. Ok lah, melalut sudah..



SENARAI 65 UNIVERSITI TERBAIK 
DI MALAYSIA 2011





1. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA  (Rank.dunia 629)

2. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA  (Rank.dunia 694)

3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  (Rank.dunia 731)

4. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA  (Rank.dunia 771)

5. UNIVERSITI MALAYA  (Rank.dunia 788)

6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS  (Rank.dunia 995)

7. MULTIMEDIA UNIVERSITY  (Rank.dunia 1126)

8. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA  (Rank.dunia 1133)

9. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG  (Rank.dunia 1344)

10. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY OF MALAYSIA  (Rank.dunia 1491)

11. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA  (Rank.dunia 1572)

12. UNIVERISTI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA  (Rank.dunia 1838)

13. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL  (Rank.dunia 1838)

14. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH  (Rank.dunia 1862)

15. OPEN UNIVERSITY MALAYSIA  (Rank.dunia 2106)

16. UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA   (Rank.dunia 2127)

17. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS  (Rank.dunia 2154)

18. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA  (Rank.dunia 2274)

19. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS  (Rank.dunia 2993)

20. TAYLOR'S UNIVERSITY COLLEGE  (Rank.dunia 3333)

21. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA  (Rank.dunia 3450)

22. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN  (Rank.dunia 3847)

23. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU  (Rank.dunia 3859)

24. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK  (Rank.dunia 4571)

25. UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK  (Rank.dunia 5011)

26. MONASH UNIVERSITY MALAYSIA  (Rank.dunia 5068)

27. UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR  (Rank.dunia 5266)

28. WAWASAN OPEN UNIVERSITY  (Rank.dunia 5375)

29. UCSI UNIVERSITY  (Rank.dunia 5528)

30. CURTIN UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS  (Rank.dunia 5554)

31. ASIA PACIFIC INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY  (Rank.dunia 6117)

32. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY  (Rank.dunia 6628)

33. HELP UNIVERSITY COLLEGE  (Rank.dunia 6716)

34. TUNKU ABDUL RAHMAN COLLEGE  (Rank.dunia 6795)

35. AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY  (Rank.dunia 6809)

36. UNIVERSITI KUALA LUMPUR  (Rank.dunia 6867)

37. NATIONAL DEFENCE UNIVERSITY OF MALAYSIA  (Rank.dunia 6995)

38. SEGI COLLEGE  (Rank.dunia 7003)

39. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN  (Rank.dunia 7027)

40. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN  (Rank.dunia 7209)

41. LIMKOKWING UNIVERSITY OF CREATIVE TECHNOLOGY  (Rank.dunia 7608)

42. KDU COLLEGE (Rank.dunia 7826)

43. SELANGOR INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE  
     (Rank.dunia 7991)

44. SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE  (Rank.dunia 8326)

45. MALAYSIA THEOLOGICAL SEMINARY  (Rank.dunia 8529)

46. MALAYSIA UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY  (Rank.dunia 8705)

47. OLYMPIA COLLEGE MALAYSIA  (Rank.dunia 8772)

48. SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS  
     (Rank.dunia 8864)

49. MALAYSIAN INSTITUTE OF MANAGEMENT  (Rank.dunia 9345)

50. UNIVERSITY OF MALAYA MEDICAL CENTER & FACULTY OF MEDICINE  
     (Rank.dunia 9479)

51. INSANIAH UNIVERSITY COLLEGE  (Rank.dunia 9541)

52. TAMAN PERTANIAN UNIVERSITY  (Rank.dunia 9879)

53. KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE  (Rank.dunia 9897)

54. INTERNATIONAL CENTRE FOR EDUCATION IN ISLAMIC FINANCE  
    (Rank.dunia 9911)
55. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA  (Rank.dunia 10114)

56. CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES  
    (Rank.dunia 10143)

57. DISTED-STAMFORD COLLEGE  (Rank.dunia 10169)

58. BERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF HOSPITALITY  (Rank.dunia 10169)

59. ASIA e UNIVERSITY  (Rank.dunia 10281)

60. KBU INTERNATIONAL COLLEGE  (Rank.dunia 10425)

61. NEW INTI COLLEGE  (Rank.dunia 10831)

62. TATI UNIVERSITY COLLEGE  (Rank.dunia 11254)

63. NILAI INTERNATIONAL COLLEGE  (Rank.dunia 11571)

64. ASIA PACIFIC UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY & INNOVATION
     (Rank.dunia 11889)
65. AIMST UNIVERSITY  (Rank.dunia 11975)


[Sumber: melayukini.net ]


Pada adik2 yang dah tamat SPM, STPM.. Bolehla rujuk senarai universiti terbaik di Malaysia ni untuk sambung pengajian.. Good luck!!