Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, February 7, 2013

Beef Stew untuk Papa :)


Assalamualaikum..


Baru2 ni yana tengok ctdk (Siti Nurhaliza) punya instagram ada masak beef stew. Yummyy!! Sedapp tapi tak pandai nak buat. So, apa lagi tanya la pada mr.Google dan dapat resepi. Malamnye, ajak papa ke Tesco cari barang dapur..


Meh nak share resepi.. Senang je nak buat. Selama ni ingatkan susah sangat stew2 ni..






Antara bahan2 yang diperlukan untuk buat beef stew..



Bahan2:


Bawang besar 3 labu
Bawang putih 3 ulas
Sos tiram
Tomato paste
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Tepung jagung


Ubi kentang (potong dadu)
Carrot (hiris)
Cendawan butang
Saleri (hiris)
Kiub stok ayam
Daging lembu




Cara2:







Daging dipotong dan dibasuh dengan tepung.. Diperap dengan serbuk lada hitam dan garam.. Kemudian digoreng seketika. Goreng jangan sampai garing.









Di kuali berasingan..

1. Hiris bawang besar dan bawang putih, tumiskan sampai kekuningan
2. Masukkan sos tiram dan paste tomato
3. Masukkan air dan kiub pati ayam
4. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano
5. Masukkan daging yang dah digoreng tadi
6. Kecikkan api dan masak sekurang-kurangnya sejam
7. Daging dah empuk, masukkan ubi kentang dan carrot
8. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah
9. Masukkan cendawan butang dan saleri
10. Garam + gula


SIAP!!




Serius sedap!! Kitaorang makan dengan roti je. Papa kata boleh jadi fav lepas ni. Hehe.. Terima kasih pada yang share resepi ni, boleh yana cuba :)



- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, February 6, 2013

Puree Pumpkin untuk Rayyan..


Assalamualaikum..


Cerita pasal solid food baby lagi.. Yana dah bagi Rayyan carrot, broccoli, potato, sweet potato, banana, baby peas, kurma, apple, avocado dan dah bagi bubur nasi juga untuk Rayyan.. So far, semua yang disenaraikan di atas Rayyan dapat terima dengan baik.. Takde alergik apa pun. Alhamdulillah..


Terbaru yana baru nak introduce Rayyan dengan pumpkin.. Dulu lagi nak cuba bagi pumpkin untuk Rayyan. Yes pumpkin sesuai untuk solid food baby. Tapi yana risau nanti angin pula.. So, yana delay-kan..


Pumpkin sangat bagus. Antara sumber pencegah kanser. Ianya juga adalah antara makanan sunnah Nabi s.a.w kita.. Yana dan adik2 memang suka pumpkin masak lemak. Mak yana ajar makan pumpkin dari kecik lagi.


Ok, baru kejap tadi yana prepare puree pumpkin untuk Rayyan.. Esok boleh la nak bagi Rayyan mamam selama 4 hari untuk tengok kesesuaian dengan Rayyan.. Harap2 ok la semuanya..







Pumpkin dipotong dadu..






Steam-kan pumpkin tadi.. Untuk pengguna blender Avent ni, air dalam 155ml







Siap!! Yummy!!


Next week Rayyan dah masuk 8 bulan.. Boleh dah nak introduce Rayyan dengan ikan, ayam dan telur.. Yana sedang mengumpul ilmu untuk menyediakan makanan bagi stage seterusnya untuk Rayyan.. Sedang belajar cara masakkan dan ikan apa yang sesuai untuk baby..


Ok mommies, please support homemade food.. Elakkan bagi baby nestum dan segala instant food yang dijual atas rak tu.. Pernah yana baca di forum, bagi baby nestum seolah2 memberi baby makan maggi yang takde khasiat dan sangat manis.


Homemade food untuk baby adalah lebih berkhasiat, jauh dari segala chemical dan yang pasti air tangan ibu pengikat kasih sayang.. Please jangan campur garam & gula ye dalam baby food. Baru2 ni ada yang dah bising pada yana sebab bagi Rayyan makan makanan tawar tak nak masukkan garam.. Diulangi garam tak bagus untuk kidney baby..




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, February 4, 2013

1st Family Holiday..


Assalamualaikum..


Sejak Rayyan dalam perut mama lagi, mama dan papa dah plan bila Rayyan dah besar sikit at least 6 bulan Untuk bawa Rayyan holiday.. 1st holiday untuk family Syahir Kyairi :) Dulu papa mama berdua je ke mana2.. Sekarang bawa Rayyan pula..


Untuk holiday ni, papa mama plan pergi dekat2 je sebab Rayyan kecik lagi.. Asalnya, family mama di Penang dan family papa di Terengganu pun ikut sekali.. Tapi last minit tak jadi sebab maktok Penang ada kursus haji dan tok ki Terengganu keje weekend tu.. So, aunty bayah dan pok bi je yang follow kita holiday ke Singapore..



























































Rayyan love Madagascar sooo much.. Especially Alex The Lion!!













Di bandar lama New York.. Tapi bukan di New York.. Hehe..
























Di far far away boleh tengok movie Shrek 4D yang memang terbaek!! Semua effect rasa macam duduk dalam movie tu.. Mama papa masuk dalam ni berdua je sebab Rayyan tak boleh masuk lagi.. Rayyan duduk dengan pok bi jap ye masa ni.. Hehe.. Nanti Rayyan dah besar, kita masuk dalam ni sama2 ye..







Roller coaster ni papa naik sampai 2x.. Ayoo.. Mujur tak muntah.. Huhu

























New York Library yang bukan di New York.. :p


















Mama buat2 berani ajak papa masuk main ni di Jurrasic Park.. Hehe.. Bila dah masuk keje jerit je.. Hehe..







Di mana saja mama berada, tanggungjawab mama untuk Rayyan mama tak kan lupa.. Yes, saya support breastfeed!! Jangan malu bf di tempat awam sebab macam2 cara boleh untuk cover.. Ada nursing cover, ada dinding dan suami sendiri sebagai pelindung.. :)



Okla, Holiday yang singkat je sebab Isnin papa dah keje.. Papa kata nanti birthday Rayyan kita ke sana lagi ye.. Mama dan papa happy sangat sebab Rayyan sangat happy walaupun letih sikit.. Huhu..


We love you so much cyg!! To papa, TQ bawa mama & Rayyan holiday.. We love you soooo much papa!!





- Posted using BlogPress from my iPad