Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, April 3, 2013

Mode Shopping Online kembali...


Assalamualaikum..


Seperti tajuk di atas. Bila mode ni turn ON habislah.... Hehe.. Lama dah tak shopping online untuk yana. Asyik untuk Rayyan je. Hehe.. Bila jari jemari yang tak boleh diam ni melayari web2 shopping online ni. Habisslaaa poket. Hehe..


Sangatla buat yana tak sabar menerjah ke cimbclicks bila masuk website Zawara dan Button my Buttons. Semua baju di situ awesome!!!



Atilia in Zawara..





Yatt Hamzah in Zawara..






Natasha Hudson in Zawara






Shea Rasol in Zawara..












Cantik kan??!!

Dan..

Dah sampai tadi yang ditunggu2.. Servis yang sangat bagus. Semalam order hari ni dah sampai dan packaging pun kemas sangat.






Tangan sape la tu ye.. Hehe..










Rayyan rasmi dulu baju mamanya..hehe..




Boleh ke butik Zawara di,

ZAWARA KUALA LUMPUR
LOT 2C, BUSANA@MENARA MARA,
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
50100 KUALA LUMPUR.


Atau di

ZAWARA SHAH ALAM 29,
JALAN PLUMBUM P7/P,SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


Boleh juga beli online di,

www.zawara.com


Button my Buttons pun baju2 cantikkk sangat!! Boleh juga nak custom order dengan diaorang..



Button my Buttons sangat famous dengan Bow Kurung..


































Raya tahun ni jom beli di Button my Buttons.. Ada juga tops, blouse, jacket di sini..


Nak amik sally fishtail top di bawah ni.. Tapi nampak macam tak muat je sebab free saiz.. Hukhuk.. Sedih... Tu la yana bila nak slim ni haa??






So, ukur baju di badan sendiri.. Ini yang muat. Hehe.. Cantik juga. Yana ni memang fanatik dengan cardigan & jacket..





Yana amik color salmon tu, dan


Cardigan nih..




Esok hantar barang saya ye incik posmen..


Boleh ke butik Button my Buttons di,

No: 7-1, Jalan SS15/8B,
47600 Subang Jaya,
Selangor, MALAYSIA.


Atau beli online di,

buttonmybuttons.com

Follow juga ButtonmyButtons di Instagram dan akan sangat kagum dengan custom made untuk wedding. Cantikkkk sangat sangat sangat!!



- Posted using BlogPress from my iPad


Tuesday, April 2, 2013

Rayyan & Broccoli..


Assalamualaikum..


Rayyan dan broccoli adalah musuh ketat. Hahaha.. Lama jugala mama nak bagi Rayyan suka mamam broccoli. Tadi lunch masakkan Rayyan sup salmon dengan broccoli, peas, celery, carrot mamam dengan bubur nasi. Tak sempat amik gambar sebab kena berusaha nak bagi Rayyan mamam.


Susah pula dia nak makan sekarang. Mama kena guna pinggan yang kami gunakan dan picit2 je segala sayur,ikan dan nasi guna tangan. Kalau guna mangkuk yang khas untuk Rayyan dan guna sudu memang dia tak nak makan. Bubur nasi pun Rayyan tak nak kisar2 dah. Nak ubah tekstur dah sekarang..


So, dengan kaedah tu habis juga la separuh. Takpela Rayyan janji Rayyan nak makan. Kita cuba lagi lepas ni ye.. Mama akan cuba masak sedap2 supaya selera Rayyan bertambah balik.. Kejap je la food strikes tu ye..


Dah habis makan mama bagi Rayyan ratah2 broccoli. Mau pula dia. Siap bunyi2 lagi. Hehe. Rayyan dan broccoli dah jadi member. Yeayy!! Broccoli bagus tau cayang, Rayyan kena belajar suka broccoli ok :)


Aksi Rayyan bersama broccoli..hehe































- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, April 1, 2013

Bila Rayyan jadi Food Strikes..


Assalamualaikum..

Weekend baru2 ni yana masakkan Rayyan Sup Bening. Tu panggilan di pantai timur. Kalau biasa2 panggil sup sayur.





Bahan2:

Bawang merah
Bawang putih
Homemade stock ayam
Tofu
Celery
Labu
Zucchini
Parsnip



Ni la sayur parsnip.. Baby 8 month dah boleh introduce sayur ni. Rasanya lebih kurang carrot je dan berbau wangi. Ni yana beli di Jaya Grocer. Rasanya di Jusco bahagian organik ada parsnip ni..


Sweet potatoes (with their tempting taste) and avocados (with their creamy texture) are two good examples. But there's another - rather less popular - vegetable that we think makes GREAT baby food... and that's the parsnip!


They contain lots of potassium and fibre and are also a source of B vitamins, vitamin C, zinc, iron and calcium - making them a great 'all-rounder' for your baby. Low in calories and with no saturated fats or cholesterol, parsnips make a healthy food for the rest of the family, too.


When can my baby eat parsnips?

Parsnips are easy to digest and do not present a high risk of allergic reaction.
With your doctor's consent, you may introduce them to your baby from 6 months of age..

(Source: homemadebabyfood.com)






Kaedah:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dalam pure olive oil
2. Masukkan stock ayam dan sedikit air
3. Masukkan labu dan parsnip. Masak sampai labu empuk
4. Last sekali masukkan celery, zucchini dan tofu






Siap.. Boleh mamam dengan bubur nasi..


Tapi semalam, Rayyan meragam tak nak makan sangat. Ayoo.. Maybe sebab Rayyan selsema dia kurang berselera. Mama ni risaula anak tak nak makan. Kalau makan pun sikit je..


Rayyan cayang, please jangan food strike pula. Dulu masa minum susu je dah jadi nursing strikes sampai sebulan. Pening mama masa tu.. Boleh rujuk artikel dalam breastfeeding mengenai cara mengatasi nursing strikes. Pagi ni pun Rayyan tak nak mamam breakfast oat.


Akhirnya mama tanya pada yang pakar dan google.. Mama pun ubah kaedah. Baby ni bila dah sampai satu peringkat umur nak ubah cara makan dari segi tekstur, cara makan iaitu mereka nak suap sendiri. So, breakfast mama bagi finger food dengan potong apple dan steam blueberry letak dalam mangkuk dan mama bagi Rayyan pegang buah2 tu untuk dia suap sendiri. Yes, Rayyan makan tanpa reject..






Lunch, yana masakkan Rayyan pasta with cheesy sweet potato sauce. Yana tak kisar kali ni.. Cuma pasta tu yana rebus lama sikit bagi lembik sikit dan potong dua.. Bagi Rayyan mangkuk tu untuk dia suap sendiri sambil kadang2 mama suapkan Rayyan guna tangan. Tak guna sudu sebab nanti Rayyan reject. Ok Rayyan makan walaupun tak habis semangkuk. Takpela cayang, janji Rayyan mamam dari tak makan langsung.





Kena buka baju kalau tak habis comot.





Ni la cara nak bagi anak makan bila dah jadi food strikes. Harap kejap je la strike ni ye Rayyan.


- Posted using BlogPress from my iPad